Isnin, 3 Januari 2011

HATI SEORANG IMAN




Bila lain pemerentah
lain pula cara pentakbirannya
daripada jawatan seumur hidup
kena pula isi borang jawatan semula
cuma dua tahun sekali layak berkhutbah.

Bila hati seorang iman
bertugas bukan kerana borang
sekadar keikhlasan dan keluhuran
bukan kerana ganjaran dan gelarannya
atau elaun setahun sekali wang zakat dicari.

Tapi demi agama Allah
sahut menyeru dakwah islamiah
selagi ada kerelaan hati  sucimurni
jika terasa bagai dipermainkan jawatan
elok saja si iman memilih berhenti menarik diri.


Oleh: Nurimanja,
bila hati rasa terluka.
jawatan ketua pun dilepas juga.
catatan di masjid Telok Kumbar, 2011.




50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG. Bab 4/ siri 2 Oleh Nurimanja PK..2002

    Dari situlah aku mula mengikut sikit-sikit lagu nasyid yang di ajar Pak Haji Dollah sebelum memngajar membaca Al Quran, seperti, Qalamul qadiqmullah, Walaaspuriri, Dunia fitegeri ,secara tidak langsung, aku pun berminat membaca Al Quran, cuma tidak pandai sangat berlagu.

    Mak bila ada majlis kenduri kkawin sering dijemput membaca Al Quran bersama beberapa orang lagi kawannya, Ayah yang hantar , balik lewat hingga jam dua belas malam, aku selalu saja rasa hendak marah tinggal di rumah .

    Aku masih ingat bagaimana Pak haji Dolah nak berkhawin dengan Mak Teh Tijah janda muda anak satu itu, walaupun Mak Teh Tijah berkulit hitam manis namun dia maseh galak, ketawanya mengatasi bacaan murid yang baru hendak berlajar berlagu.

    Malam perkhawinan itu aku dengar orang kampung ramai yang marah, Pak haji Dolah mengajar Quran di rumah Mahmud itu , bukan hendak mengajar sangat nak mengurat anak dara dan janda muda di kampung ini.

    Ayah terpaksa mengatar Pak Haji Dollah ke rumah pengantin perempuan melalui sungai, ayah mengunakan sampanlopek, mudek ke hilir, takut kalau-kalau Pak haji Dolah tidak sampai ke rumah Mak Teh Tijah, Pasti tidak ada najlis persandinganlah malam itu, sebab selain Pak Haji Dolah ada lagi seorang dua nak ngorat Mak Teh Tijah ini.Pak haji Dolah dah kebas dulu.

    Kalau melalui jalan baruh (darat). Aku tak tahu kenapa orang kampung marah sangat. mungkin yang ada hati kepada Mak Teh Tijah telepas peluang. Aku maseh kecil , aku tak ambil tahu sangat hal itu semua.

    Dalam diam-diam aku tak sangka abang Halim juga belajar Al Quran berlagu di rumah Pak Haji Dolah dengan dua tiga orang kawan-kawannya di sebelah malam, patut abang Halim selalu pulang lewat malam, dia memang banyak ilmu sebab dia belajar banyak guru, Haji Majid, Pak Haji Masdar kedai dua dan termasuk juga guru silat,

    Bila tidak ada Tok Bilal di masjid kpg Tanjung Nipis, mereka lantek abang Halim jadi bilal, akhirnya, dia pula menjadi iman selepas dia berkhahwin dengan Kak Sariah cucu Tok Wan Dollah.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. AGONG CINTAMU

    Tiap malam kala ku dongak
    Melihat agong cintamu..
    Pasti dilihat akan tanda rindu itu
    Pasti terpandang akan
    Keyakinan pencinta kasih sayang
    Biar juta langit tinggi
    Seindah dan setia bintang tiga itu
    Berada disitu tiada ganjak
    Walau bulan berganti silih
    Mentari ufuk timur yang terbit
    Menghilangkan tanda-tanda cinta ini
    Namun pasti bintang tiga disitu
    Menanti dikasih bagai malam-malam
    Janji bintang tiga biar cakera bumi bertimbus awam putih
    Titik sejajar ini pasti disini..
    Seindah langit bintang tiga malam
    Tiada pernah terjanji untuk
    Gugur..turun menyembah riba
    Ibarat bulan tiada mahu bersinar
    Seindah langit bintang tiga ini..
    Sesetia bintang tiga dilangit ini..
    Ku pacak kasih buatmu..


    Tuan Haji Abkam
    maaf sy hntr lagi kerana byk plak idea sy nk buat sajak semenjak dua menjak

    BalasPadam
  3. TULANG RUSUK KAMU

    Dan kali ini aku betul betul
    Berhenti menjadi tulang rusuk kamu
    Simpati benci sayang hilang
    Jadi sekarang aku musnah sekejap
    Bermula dari bawah
    Untuk bangkit sekali lagi.
    Tikamlah aku selayaknya.
    Asal kamu tahu aku sudah mati
    Sebelum ditikam kamu.
    Maka hiduplah kamu tanpa aku
    Kerana mungkin aku tidak cocok
    Sebagai tulang rusuk kamu.


    Nor Hasanah
    saya penjaga blog harap qalam terima sajak sy

    BalasPadam
  4. HAI HAI LEPAS TU BYE-BYE

    Kau akan terus begitu sayang
    Biasa hidup dan mencurang
    Jika tidak itu bukan kamu
    Aku akan tetap begini sayang
    Biasa hidup dengan kamu sayang
    Jika tidak itu bukan aku
    Mudahnya kau katakan BYE
    Setelah susah payah kau katakan HAI
    Jika tahu aku akan kau katakan BYE
    Tidak sekali aku beri peluang untuk kau kata HAI.
    Mengapa perlu ada HAI
    Jika kata akhirmu berbunyi BYE?


    Suzana Jamal
    saya penjaga blog salam perkenalan

    BalasPadam
  5. TOLONG JANGAN HIMPIT!

    Peredaran udara yang tiada
    Tolong sempit himpit kepit
    Sungguh kau genggami aku.
    Maaf jangan terlalu ketat aku mohon
    Agar tidak mati aku dalam dakapanmu
    Akan aku rentap diri ini
    Agar terus lepas dari tangan itu?
    Satu ribu hari berkongsi langit
    Berbeza ruang dan masa.
    Enam puluh detik semalam,
    Sepasang mata jadi saksi,
    Seraut wajah kalis benci.

    Elis Amira
    saya pun penjaga blog jgn marah qalam

    BalasPadam
  6. Tuan Haji Abkam dengan sajak AGONG CINTAMU pengucapannya bagai ingin membuktikan bahawa cinta dan kasih pada keagongan tuhan atau cinta pada seorang itu bagaikan ketaatan bintang tiga yang tergantung didada langit, tetap kekal hingga kini. biar apa pun terjadi mereka tetap kekal bersama. Begitulah teguh hati si penulis memahatkan kata pada keagongan cinta pada makhluk atau ketuhanannya yang sukar dibelah bagi. Amin.

    BalasPadam
  7. TULANG RUSUK KAMU tajuk sajak oleh sdri Nor Hasanah. Mengingatkan kita bahawa wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki dalam keadaan bengkok, jika ingin dibentuk janganlah terlalu kuat atau keras, pastilah akan patah dan musnah. Perlu berhati-hati dan dibelai dengan mesra. tetapi nampaknya nasib si penulis tidak berpihak pada kematangan seorang lelaki, lalu bagai dikecewakan, untuk bangkit dan berdiri semula, amat perit, kini perlulah berhati dan berwaspada. Semoga sukses . Amin.

    BalasPadam
  8. Suzana Jamal dengan sajaknya bertajuk: HAI HAI LEPAS TU BTE –BYE Ini pun satu penyakit yang boleh di kategorikan sebagai jenayah jual beli perkenalan. Bila berjumpa hai-hai sesaja. Apabila berjumpa cuba mahu bermesra, setelah mengenali hati budi, lalu pergi bye-bye pula kerana mungkin rasa tidak sesuai lagi di pandang mata. Biasanya menyesal kemudian tidak ada guna. Walau apa pun ianya belum lagi dapat mencuri hati. Selamat berhati-hati selepas ini. Amin

    BalasPadam
  9. Sajak Elis Amira TOLONG JANGAN HIMPIT cerita bagai dalam perjalanan yang meremaskan dan membosankan, bila penumpang terlalu ramai, mungkin dalam satu keinderaan awan terkini. Memang sesekali waktu sesak bila ramai yang hendak pulang serentah keadaan akan menjadi kacau bilau.Masing bagaikan enau mahu cuba melepaskan pucuknya, hempit menghimpit asak mengasak . biar pun puluhan mata menyasikan dengan rasa benci, kerana kehdupan perjalanan berhehendakkan begitu. Semoga bila ada wang lebih beli kereta atau motosikal naik sendiri. Amin.

    BalasPadam
  10. Qalamul qadiqmullah ni apa bnda en nuri?

    BalasPadam
  11. Walaaspuriri benda apa? susah nk sebut

    BalasPadam
  12. mcm2 ayat bru ada yg Dunia fitegeri ni apa?

    BalasPadam
  13. al quran pun buat lagu ke?

    BalasPadam
  14. quran tu apa plak en nuri?

    BalasPadam
  15. pak haji dollah? mak tijah? sapa ni?

    BalasPadam
  16. pak haji dollah pun ribut jgk yer? hehe

    BalasPadam
  17. nk megorat bkn nk mengajar? adoi.. apa la pak haji dollah ni

    BalasPadam
  18. pak haji dollah ni sapa plak?

    BalasPadam
  19. sampanlopek tu apa bnda? bot ke?

    BalasPadam
  20. mudek ke hilir, bahasa apa plak ni?

    BalasPadam
  21. mak jijah ni popular jgk di kmpung

    BalasPadam
  22. mak teh ni wlpn hitam laku jgk? hehe

    BalasPadam
  23. baruh tu bnda apa? xphm la..

    BalasPadam
  24. abang halim? pndai bersilat ke? xthu plak sy...

    BalasPadam
  25. mcm2 cerita ada dalam ni naik pening baca..

    BalasPadam
  26. aku hnya tumpu cerita en nuri je yg lain2 xde sgt

    BalasPadam
  27. eh! mcm2 cerita plak smlm pnya dh hbis ker?

    BalasPadam
  28. abang halim? ni bkn dahalan ke?

    BalasPadam
  29. abang halim abang en nuri ke? kalau abg halim abang en nuri? en nuri ni msti mat zauzi ni?

    BalasPadam
  30. mana cerita psl en nuri ni cerita pasal lain plak?

    BalasPadam
  31. en nuri x msuk sekali ke belajar silat?

    BalasPadam
  32. kenapa smua pakat nk mat teh ni?

    BalasPadam
  33. abang halim? jadi imam? pnh belajar silat? mcm knal saja....

    BalasPadam
  34. cerpen kali agak susah sikit nk phm la..

    BalasPadam
  35. sajak en nuri ni mcm khutabah jumaat di teluk kumbar saja???

    BalasPadam
  36. sajak ni mcm berbunyi sedih je? kenapa plak ni?

    BalasPadam
  37. sajak ni pasal apa? xphm la

    BalasPadam
  38. sajak utk org teluk kumbar ke en nuri?

    BalasPadam
  39. pasal berebut jawatan ke en nuri?

    BalasPadam
  40. ada apa plak kat masjid teluk kumbar ni?

    BalasPadam
  41. sapa plak menarik diri ni?

    BalasPadam
  42. en nuri imam teluk kumbar ker?

    BalasPadam
  43. sajak pasal apa plak? sedih je bunyi?

    BalasPadam
  44. ni sajak msti pasal rebut jawatan atau pangkat ni

    BalasPadam
  45. sajak ni en nuri tuju kat imam teluk kumbar ker?

    BalasPadam
  46. sajak susah la nk paham...

    BalasPadam
  47. sajak politik ke ni?

    BalasPadam
  48. sajak simbolik jgk pasal teluk kumbar ker?

    BalasPadam
  49. sajak susah nk tangkap la..

    BalasPadam
  50. ____________________________________________________________

    JAWAB RENGKAS PERTANYAAN AHLI CR


    -Muder- Sama juga guru besar atau pengetua sekolah

    -Ada sajak sembolik, SESUMPAH daripada Suara Pulau

    -Mat zauzi itu abang saya. Ibu saya ingat letak nama itu
    boleh jadi semacam tokoh ulamak Iman zauzi
    tapi dia pun penulis juga. (Azimad Mahmud)

    -baruh itu, jalan atas bukan jalan di tepi sungai

    -mudek ke hilir itu, kita kena ikut air sungai surut .

    -sebelum baca al quran berlagu (teranum) kita kena cari
    angin vokal bernasid sekejap latihan

    - semua perkataan yang bukan Islam tak faham itu, perkataan
    Arabic, orang melayu Islam pun ada yg tak faham.

    -Quran itu, Kitab yg diturunkan kpd nabi Muhamad saw, seperti injil, zabur

    -banjar ini bangsa mereka seratus peratus kuat beragama dan taat pada Islam

    -Sahasul Maarif itu bahasa Arab, nama sekolah agama.

    - Mengajar pejam mata , mungkin dia nak khusuk agaknya

    BalasPadam