Ahad, 19 Disember 2010

MIMPI KAMI SAMA




kategori sajak bersama


 Malam itu aku tidor ,
bersama air sembahyang di badan masih basah,
kami bermimpi panjang ,
insan yang telah mati kami temui .
kami jumpa seorang bernama Hassan
kata nya " Aku lah Tok Janggut ,
kami di tembak penjajah ,
aku tidak mati ,

Aku hidup di hati mu "
kami di ajar ilmu persilatan sejati
kami bertarung menggunakan pelbagai senjata ,
senjata senjata yang amat tajam ,
boleh memutuskan tulang dengan sekali libas ,
bangga nya,
kami berdua di iktiraf menjadi murid nya yang sejati ,
di anugrahkan bengkong warna merah
kami terima dan cium tangan nya sepuas hati .

Bila kami berdua terjaga ,
kami berpandangan
kami berdua bermimpi yang sama,
walaupun itu hanya mimpi

Tapi Di hati kami ,
jadi kami bertekad ,
bila diperlukan ,
akan kami guna ,
mempertahan kan ugama ,
bangsa dan tanah air ku yang tercinta .
Semoga Tuhan memberi kekuatan untuk kami berdua.


PEJUANG ISLAM DAN USTAZ MUDA
pukul 4 pagi
selepas kami berdua terjaga serentak
di dalam sekolah pondok.




50 ulasan:

  1. POPULAR

    Lorong jalan banyak itu
    Lorong kehidupan pilihlah lorongmu
    Agar kau tidak sesat
    Setiap lorong itu pasti
    akan berakhir dengan kematian
    Tanpa kau sedari
    Mengapakah yang disayangi
    pergi selamanya mendahului mu?
    Ia mengajar erti hargai kehidupan
    Hargai apa yang dikurniakan
    Sedar ada nya Tuhan
    Popular Kata-kata sindiran
    keluar dari mulut remaja…
    Yang merasakan dirinya
    popular dan dikenali…
    Apakah benar dia popular??
    Buktikannya kepadaku…
    Satu demi satu percubaan
    mereka menjatuhkan aku…
    Apakah mungkin mereka
    sengaja mempermainkan ku???
    memang realitinya aku popular??
    Atau hanya fantasi mengata begitu
    Aku keliru!! Siapakah diriku??
    Mengapa aku tidak mengenali diriku?
    Jawapannya pada diriku sendiri…
    Hanya aku menentukan jawapannya
    Jawapannya Aku bukan lah popular…
    Mereka tidak mempermainkan aku…
    Fantasi ku sahaja Realitinya…
    Tiada apa dengan popular…


    Nor Delimawati
    sy pun ingin mancuba manulis sajak

    BalasPadam
  2. BINTANG JADI KECIL

    jauh menyala kian malap
    terbentang luas tapi jauh berkelana
    nampak berhias biar kelompok
    sayang sekali panorama hiba
    bintang kesayuan
    apakah sinar rembulan
    memantul kedinginan
    .tatkala bintang menyapa
    terang memancar hanya sketika
    kurang titpan hinggan ke dasar
    kasihan bintang itu..
    kecilnya langsung tidak dihargai


    Qasidah Bee
    harap qalam terima kami

    BalasPadam
  3. Mencari jalan atau lorong untuk jadi popular, apa jalan pun mesti menemui kematian.
    Kerana tuhan yang menguasai kita semua. Sama ada anda popular atau tidak popular Terpulang pada pandangan orang ramai.siapa kita? Apa kedudukan kita? Mungkin kerana anak orang ternama, atau kerana sesuatu bidang tertentu. Tetapi semuanya akan Menemui jalan yang satu bertemu juga dengan pencipta. Jagi mengapa kita mesti mengamalkan sikap keegoan sesame manusia? Semoga keadaan tidak begitu.Amin.

    BalasPadam
  4. Sajaknya berbentuk semacam simbolik saja . Ada sesuatu yang ingin dikiaskan dalam pengucapansajak ini. Penceritaan lebih bermaksuk pada bulan dan bintang kecil yang kian menjadi kecil. Bila bulan yang rasa kecewa atau gagal mengharap sinar bintang. Tapi apa yang terjadi sebaliknya. Kini bulan membiarkan sahaja cahaya bintang yang kian malap dan pudar dan pelahan-lahan menjadi kecil dan tidak bermaya lagijadinya. Begitulah agaknya. Cuma andaian sahaja. Amnin.

    BalasPadam
  5. Cara memotong kuku jari tangan:

    Waktu memotong kuku:

    Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya:
    “Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)

    Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
    Bersabda Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wasallam:

    “Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)

    Ini bermakna kita digalakkan memotong kuku pada hari jumaat dan jangan simpan lebih dari 40 hari.

    BalasPadam
  6. korg mimpi sama ke?

    BalasPadam
  7. xpnh aku dgr plak mimpi sama?

    BalasPadam
  8. mimpi dua org yg sama ni pelik

    BalasPadam
  9. mimpi sama selalunya ada makna tersirat tu

    BalasPadam
  10. tok janggut tu nk turunkan ilmu tu

    BalasPadam
  11. korg pegi menurun kat kubur tok janggut kot?

    BalasPadam
  12. rasanya tu jelmaan jin kot?

    BalasPadam
  13. kali sajak agak menyeramkan

    BalasPadam
  14. korg kutuk tok janggut kot? sbb tu dia dtg

    BalasPadam
  15. dia nak bersahabat la tu korg terima x?

    BalasPadam
  16. org bunian kot berupa tok janggut?

    BalasPadam
  17. tok anggut tu bagi barang apa2 x????

    BalasPadam
  18. kalau aku jd korg sah aku minta nombor... hahahhaha

    BalasPadam
  19. susah tau nk jmpa org dh mati ni korg mmg istetimewa

    BalasPadam
  20. pelik jgk pesan tok janggut tu

    BalasPadam
  21. korg cam x muka dia? mcm mana rupa dia?????

    BalasPadam
  22. misteri jgk sajak korg ni

    BalasPadam
  23. meremamng jgk bulu roma baca sajak korg ni

    BalasPadam
  24. rasanya macam ada pesan ingin di sampaikan kat ustaz muda dgn pejuang islam la

    BalasPadam
  25. aku selalu mimpi tok guru aku jer...

    BalasPadam
  26. mimpi tok janggut! mmg aneh! susah org nk dpt

    BalasPadam
  27. harap2 mlm ni x mimpi bukan2...

    BalasPadam
  28. jgn lps ni tok janggut dtg dalam mimpi smua ahli citra rasa sudah.....

    BalasPadam
  29. aku selalu potong ikut suka jer...

    BalasPadam
  30. rupanya ada cara2 ingatkan potong ikut suka jer...

    BalasPadam
  31. ada pantang larang jgk potong kuku ni

    BalasPadam
  32. mcm ada sumpahan plak potong kuku pun kena ada harinya

    BalasPadam
  33. eh! berdosa ke kalau langgar pantang larang potong kuku ni?

    BalasPadam
  34. eh! potong kuku pun ada syarat2....

    BalasPadam
  35. aku xpnh potong kuku pun... jd selamat... hehehhee

    BalasPadam
  36. kalau langgar pantang larang ni jadi apa????

    BalasPadam
  37. huh! potong kuku pun kena ada cara ker?

    BalasPadam
  38. pasal potong kuku ni kena wajib ikut ke????

    BalasPadam
  39. alamak! byk aku langgar pantang pasal potong kuku ni

    BalasPadam
  40. pasal potong kuku ni aku xnk ikut boleh> hehehe

    BalasPadam
  41. mcm2 la pasal potong kuku ni naik pening aku

    BalasPadam
  42. nampaknya x jd nk potong kuku la sbb byk pantang larang

    BalasPadam
  43. hmm.. makin pening baca pasal potong kuku ni

    BalasPadam
  44. ni wajib ke sunat ustaz muda?????

    BalasPadam
  45. sadikit tambahan: potong kuku ini

    Petua ustaz saya orang banjar:

    3 hari saja: jumaat, isnin dan khamis. hari lain tu, ada bencana atau musibah, papa kena miskin,sakit lambat sembuh, rezeki tak datang.

    mulakan memotong kuku dari jari telunjuk kanan dahulu. sampaike jari kelingking.Sambung pada jari kelingking kiri sampai ke pada
    jari ibu kanan semula. (pelekan?)


    Itulah yang sadikit dapat saya difahamkan. sampai hari ini umur ustaz saya sudah 62 orang sangka 40 puluhan.

    BalasPadam