Ahad, 19 Disember 2010

KEEGOAN MEMBUNUH PERPADUAN



Bukankah Islam itu patut bersaudara
tapi keegowan pula mengambil tempat
lalu berani menidakkan ajaran tersebut
itulah satu keegoan mengusai keadaan.

Keluarkanlah sikap keegoan dalam diri
kerana perpecahan sikap Allah murkai
mengapa mesti elak usaha perpaduan?
adakah kita kini lupa sunah dan Quran.

Mari berpekang teguh dengan tali Allah
ambillah akan contoh kisah dan tauladan
persaudaraan orang muhajirin dan anssar
semoga kejayaan besar di hari kemudian.

Kerisis keyakinan keimanan agak longar
lihat akibat mementingkan rasa keegoan
buangkanlah semua itu kerana Allah swt
irat perpaduan persaudaran sesama kita.


Oleh: Nurimanja,
catatan dini hari 2010.
hujan pagi jam delapan Ahad.




50 ulasan:

  1. SIRI 7.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    Tetapi bila Hadi sudah mula menerima wang gajinya dan mengenal sadikit sebanyak kehidupan di kota raya. Pengaruh keadaan telah menjemputnya keluar terutamanya malam minggu dihujung istirehat. Bersama kawan-kawan sebaya dengannya telah pun menyelenap bermain embun jantan hingga ke hujung pagi.

    Kini pengaruh Bandar dan budaya morden begitu mencabar rasanubari alam kerumajaannya. Kekebalan keimanannya yang dibawa dari kampong nampanya kian terhakis, malah menjadi nipis dengan kelalaian dan keasyikan pukauan masa keadaan sekeliling.

    Solat lima waktu dulu yang tidak pernah ditinggalkan kini sudah mula menjadi bebelangan kucing, bertumpok-tumpok warna hitam dan putihnya. Hatinya yang dulu bila mendengar azan akan segera ke masjid atau surau, kini bagai dirantai menjadi berat dan bertangguh-tangguh, malah utang qada solatnya kian bertambah.

    Hadi kini memang mulai lupa segala-galanya. Lupada pada ketentuan Allah, lupa lupa pada kampong halamannya, lupa pada janji yang dia lapaskan pada ibu tuanya, kini yang sedang menunggu pemberian wang gajinya yang tidak kunjung tiba. Kini segala-galanya tinggal janji, bila pengaruh kawan, pengaruh wang, pengaruh keadaan alam sekeliling menguasai dirinya.

    Di hujung bulan, bila wang penuh saku, hadi bagaikan terdorong untuk melakukan sesuatu, tanpa memekirkan baik buruk akan perlakuan dan perbuatannya itu. Hadi menjadi anak muda yang buas dan ganas di malam hari. Dia sering memburu kupu-kupu malam . Mengahabiskan masa di meja judi dan hiburan untuk mendapatkan rasa kepuasan.

    Akhirnya tanpa disedari wang yang diperolehi setiap bulan melalui titik keringatnya selama ini, habis mengalir dibelanjakan dan bertukar tangan pada jari-jari yang lembut, ghairah dan mempersonakan. Diam-diam telah membunuh kehidupan hadi di dalam dunia asyik dan melalaikan.

    Lantaran itulah semua janji-janji Hadi kepada ibu tuanya di kampong telah hanyut ditelan masa dan dibawa arus hanyut ditengah gelombang keasyikan jiwa rumaja. Sedangkan ibunya tinggallah menanti dihujung sepi.

    Tidak ada siapa yang tahu kehidupan Hadi di Bandar yang angkuh dan sumbong itu, kecuali Madian teman se kampungnya yang mengajak dan mengajarnya mengenali arus kemordenan kehidupan di tengah bandaraya kuching.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. HARIMAU BETINA

    sekali pandang
    macam harimau betina
    sedang menunggu mangsa
    tak sanggup rasanya
    pandangan menikam ke sukma
    gementar rasa hati
    gugup seluruh jiwa
    dua kali pandang
    ukiran senyum tercipta
    hilang rasa gentar
    semangat terus membara
    sapa penuh kelembutan
    lenyap segala persepsi
    tiga kali pandang
    terus duduk semeja
    kongsi kisah gembira
    kongsi apa sahaja
    ikatan sudah tersimpul
    harimau dah jadi kucing
    alhamdulillah....


    Mazlan Zakaria
    harap qalam terima sajak dari penjaga blog..

    BalasPadam
  3. BERSEDIA

    Sepatutnya kita sudah patut
    terjaga dari lena yang mesra.
    Kita sudah patut bersedia menjinjing senjata.
    Sudah patut siap menggarap perkasa.
    Patut selesai menghimpun anggota.
    Dan tamat mengatur revolusi ini.
    Bersihkan hati mu.
    Pada benci tentang
    bintang merah yang dicemburu.
    Seorang pemimpin dusta,
    seharusnya tak patut terjadi.
    Sekarang ini waktu kau turun,
    dari mahligai jutaan ringgit,
    yang bertatahkan emas dan intan,
    dari titik peluh rakyat yang tak terkudrat.
    Ini mesranya pemimpin kita,
    setelah lamanya bebas merdeka.
    bila hati dah tak suka
    kau bagi lah permata
    tetap nampak kaca.


    Ashaari Azren
    percubaan mengasah bakat disini

    BalasPadam
  4. Mazlan Zakaria penjaga log bagai dapt menjinakan harimau betina yang pernah diemui (mungkin seoarng yang agak berpakain ragget atau seksi cara dan gayanya) sekali terpandang berderau darah, kedua pula telah boleh mesra, akhir sekali boleh pula makan semeja dan berkongsi cerita. Mudah-budah boleh kekal pertukarannya dari saekor harimau bitina menjadi kucing jenak pula. Amin

    BalasPadam
  5. Ashaari Azren dulu tabika pasti ke? Adakah ada terjebak sama dengan asuhan gambar yang mengelirukan? Contoh ini Ferun, jahat tidak patut disokong dan yang ini orang baik batut kita memujanya. Inilah gaya pendidikan yang diamabil dari pihak keristian
    Mereka berkata: Jika anak kamu dididik umur 4 atau 5 tahun tentang satu kefahaman
    yang mungkin taksuf. Bila dia berusia 21 tahun kebencian itu akan digunakan untuk menjatuhkan pemerentah. Hari ini telah terbukti.tidak termasuk yang bukan agama lain lagi tersebar secara tersembunyi.Justeruitu har iini permata cuba diketengahkan, itupun ramai pula ibu bapak yang tidak senang. Kita pun tahu siapa marah peruntukan begitu banyak . semoga anda mengerti amin.

    BalasPadam
  6. SOLAT TAUBAT

    Syarat-syarat taubat :

    1. Ikhlas ingin bertaubat
    2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
    3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
    4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
    5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

    Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

    Waktu melaksanakan taubat :

    Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

    Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

    Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

    Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

    BalasPadam
  7. sampai siri 10 ke cerpen hadi ni?

    BalasPadam
  8. agak byk jgk flashback.. hehe

    BalasPadam
  9. byk jgk hadi ni teringat kisah lalu

    BalasPadam
  10. ni cerpen ke novel panjang jgk cerita hadi ni

    BalasPadam
  11. hadi dh kena kejutan budaya sbb xpnh dok bandar mungkin

    BalasPadam
  12. pengaruh kawan la hadi jd mcm ni

    BalasPadam
  13. embun jantan? apa bnda tu?

    BalasPadam
  14. hadi ni jd lupa daratan plak?

    BalasPadam
  15. dh mula dia nak kena musibah sbb byk dia dh lupa

    BalasPadam
  16. inilah manusia dapat nikmat sikit dah lalai kepadaNya

    BalasPadam
  17. rasanya nnt dia balik kmpung mak dia pun dh xde agaknya

    BalasPadam
  18. itulah manusia dapat kemewahan sikit lupa segalanya

    BalasPadam
  19. sbb tu dia merana agaknya balasan tuhan kat dia...

    BalasPadam
  20. itulah hadi ni x reti bersyukur

    BalasPadam
  21. itulah bongkak sangat hadi ni

    BalasPadam
  22. rasanya hadi ni x sempat bertaubat kot..

    BalasPadam
  23. hadi ni kisah benar atau rekaan semata2?

    BalasPadam
  24. msti doa mak hadi dia jd merana kot?

    BalasPadam
  25. hadi ni mmg dh kena kejutan budaya kat bandar ni

    BalasPadam
  26. mmg selalunya bdk kmpung masuk bandar mmg berubah sama sekali

    BalasPadam
  27. sajak ego ni pasal apa plak?

    BalasPadam
  28. keegoan ni mcm sajak utk org sombong jer...

    BalasPadam
  29. org makin lupa diri mmg patut baca sajak en nuri ni

    BalasPadam
  30. sajak ni mcm perli tok guru je en nuri? bahaya sbb tok guru kami tu berdaulat...

    BalasPadam
  31. dalam gambar ni kalau x salah najib melawat tok guru tu

    BalasPadam
  32. menarik sajak en nuri ni

    BalasPadam
  33. sajak ni ada sinis jgk ni

    BalasPadam
  34. sajak politik ke ni?

    BalasPadam
  35. maaf ulasan ada lagi tp x dpt sy lepaskan ada masalah teknikal sikit

    BalasPadam
  36. panjang lagi cerpen ni?

    BalasPadam
  37. solat taubat pun ada! ni aku dah lama cari ni

    BalasPadam
  38. nnt nk buat solat taubat la sbb aku byk dosa jgk ni

    BalasPadam
  39. org lama bagi solat tauabat?

    BalasPadam
  40. aku byk dosa jgk kena solat taubat la nanti

    BalasPadam
  41. saudara baru pun kena solat taubat jgk ke dosa yg dulu pnya?

    BalasPadam
  42. solat taubat! terima kasih org lama

    BalasPadam
  43. solat taubat sebelum terlambat

    BalasPadam
  44. esok cadang nk bgi kat kawan aku solat taubat ni

    BalasPadam
  45. wah! menarik jgk kali ni pasal solat taubat

    BalasPadam
  46. resepi dh xde ker?

    BalasPadam