Selasa, 7 Disember 2010

MERINTIH PILU



sayup ku biar perasaan ini mekar
menimpa diri yang malang
namun siapa tahu hati ini
selalu ku damba tetapi tak dapat
meraih rindu dari seorang perindu
akan adakah rindu buatku?
aku tahu kau juga begitu
namun rindu tak terucap
kerana rindu itu sudah tandus
dek kemarau yang panjang
hiba ku tanggung duka
duka ku tanggung derita
buat maha pencipta
aku sujud memohon padaNya
pada diri yang merasa hina
dari insan yang bergelar durjana
akan adakah sedikit ruang
kemaafan untukku?

Oleh; Seri Suri  ( 8 )n1
penulis sajak wanita terbanyak. 




50 ulasan:

  1. GELOMBANG

    mulus sutera dicarik bara
    terhambur pendaman lara
    berderai segala rasa
    terlerai cantuman jiwa
    gelombang membadai
    manghancur bahtera kata
    menyepai layar setia
    mematah kemudi cinta
    karam disamudera dalam
    bermakam didasar suram
    ditumbuhi lumut kelam
    dikerumuni teritip hitam
    permukaan itu kembali tenang
    tiada gelora tiada gelombang
    bahtera kini hanya kenangan
    reput terhakis semakin menghilang


    Bayu Bulan
    Negeri sembilan
    3pagi

    BalasPadam
  2. TENGAH MALAM

    malam ini bulan penuh..
    bintang terang
    riak gembira di dada langit
    meraikan indah malam
    bercempera semua
    tapi jalan di kota ni sunyi.
    macam tiada orang
    sekejap tersilau suluhan neon
    kereta lalu lalang kalau pun ada
    lampu lampu jalanan malap
    berbeda cuaca langit dan bumi
    saat semua orang senyap di kamar
    lelah seharian dilepaskan ke mimpi
    udara bercerita indah..
    nyaman tenteram terasa
    menjelang dinihari
    saat bulan mengejutkan fajar
    mentari menanti malam berganti
    bulan bintang pergi
    dan semua akan kembali
    seperti hari hari


    Lebai Noh
    ketika bermalam di surau

    BalasPadam
  3. SATU LANGKAH BARU

    Satu langkah baru dalam hidup
    Hidup bukan duka hanya sesaat
    Sesaat dalam hidup ini
    Ini semangat baru
    Baru ku akhiri sesalku
    Sesalku pergilah jauh untuk hidupku
    Hidupku didalam jiwamu cinta …
    simpuh lesu penuh kisah
    simpul cinta anyam cerita
    deru deras cinta terlintas
    raga terkapar membiru bisu
    cerita unik dengan jilid lusuh
    di tahun dua ribu tujuh yang lalu
    terekam pahit oleh akal
    rintihan jiwa - jiwa yang terbui
    dibui oleh angan - angan mimpi
    janji akankah semua ada hati mulia
    hadir menemani jiwa yang terbuka


    Manja Lara
    Perak
    7.12.2010

    BalasPadam
  4. MAHU JADI KAYA

    sampai bila agaknya
    mahu jadi kaya
    punya wang berjuta
    hidup bagai raja
    dapat apa sahaja
    tapi takut juga
    sempat ke buat amal
    sempat ke jenguk ke surau
    sempat ke jumpa mak ayah
    sempat ke bersama keluarga
    rasanya tak sempat
    baiklah begini sahaja
    walau tak banyak
    tapi berkat penuh terasa
    biarlah sederhana...


    Marjan Ibtisam
    Parit Buntar
    30.11.2010

    BalasPadam
  5. GULAI IKAN TONGKOL



    * 1 kg ikan tongkol
    * 2-3 ekor ikan kering
    * 2-3 ulas asam keping
    * 4 ulas bawang merah
    * 2-3 ulas bawang putih
    * 4-5 biji cili padi
    * 3 cm lengkuas
    * 2 sudu kecil serbuk kunyit
    * 3 sudu makan cili giling
    * 1 biji kelapa
    * 1 batang timun
    * 1 biji cili merah
    * 1 biji cili hijau
    * garam secukup rasa

    Cara-cara

    1. ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini...
    2. kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa...
    3. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...
    4. kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau...
    5. kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P
    6. untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...

    BalasPadam
  6. GELOMBANG sajak daripada Bayu Bulan dari negeri Sembilan. Pengucvapannya bagai ada satu rasa ketengangan , atau bala makhluk perosak yang cuba menganggu atau menghancurkan satu keadaan yang aman dan damai. Akhirnya semuanya akan
    menanggung kerugian. Tidak ada satu pun keberuntungannya. Begitulah sembolik atau andaian penulis agaknya mengambarkan GELOMBANG angkara bahaya yang patut kita jauhi dan tanganinya sebaik mungkin. Ada rasa unsur berbau politik juga agaknya. Semoga dengan pemikiran yang matang kecelaruan minda dapat dihendar dan dimasuhkan dari hasutan makhluk perosak ini.. Amin.

    BalasPadam
  7. Lebai Noh agak lama menghilang kini muncul kembali dengan sajaknya TENGAH MALAM. Pemelihan tengah mala mini memanglah cerita bagi orang dewasa yang
    Lama hidup dan banyak menangung beban cerita. Namun penghayatan malam yang Ada simboliknya oleh Lebai Noh, mengapa kita tidak menjadi malam yang mengikut \peredarannya aman damai tidak ada persengkitaan, mengikut urutan dan tugas yang saksama dan tersendiri untuk jagat kehidupan alam. Semoga kita dapat merenungan bersama. Amin.

    BalasPadam
  8. Manja Lara Perak. (tak tahu jantinanya) sajaknya bertajuk: SATU LANGKAH BARU. Pengucapannya bagai menanam semangat dan cita-cita baru bersempena dengan maal hijrah ini. Baguslah jika ingin berubah. Mungkin kisah memory lama Agaknya. Setelah kasih mungkin berpaling tadah ataui mengikut orang lain. Hati mula rasa kecewa dan resah, Tapi mujurlah ada pula isan lain yang sudi menganti Menghidupkam kembali kemesraan dalam hati. Semoga kemesraan kekal buat selamanya. Amin.

    BalasPadam
  9. MAHU JADI KAYA oleh Marjan Ibtisam , sajaknya kini mengingatkan kita manusia
    Yang bercita-cita ingin jadi kaya, bolehkah menahan diri dari kesibukan atau kesuntukan masa, bila harta terlalu banyak, sebagaimana saklabah, bila nabi mendoakannya jadi kaya dia sudah lupa solat berjumaah di masjid atau surau, kerana Memekirkan atau menguruskan harta bendanya. Akhirnya dia minta cukup hidup sederhana. Tetapi perlu ingat, sama ada miskin atau pun kaya, tiap oeang ada ujiannya. Amin.

    BalasPadam
  10. sajak kucing dan tikus ni pasal apa?

    BalasPadam
  11. kucing bkn dgn anjing ke kenapa dgn tikus plak????

    BalasPadam
  12. sajak kali ni agak pening jgk la...

    BalasPadam
  13. kenapa tikus mondok plak?

    BalasPadam
  14. sapalah kucing dan tikus dalam sajak kali ni?

    BalasPadam
  15. sajak kali ni mcm bunyi sindiran jer...

    BalasPadam
  16. sapalah plak en nuri gambarkan kucing dan tikus ni?? politik ker?

    BalasPadam
  17. menarik jgk resepi kali ni....

    BalasPadam
  18. ikan tongkol??? dh lama sy cari resepi ni...

    BalasPadam
  19. mamu kassim boleh bagithu plak resepi?? setahu aku rahsia....

    BalasPadam
  20. resepi selalunya rahsia kenapa mamau kassim dedahkan plak?

    BalasPadam
  21. lps ni boleh buat sndiri la xpyh beli dah kari ikan tongkol ni...

    BalasPadam
  22. xdelah susah sgt nk buat boleh cuba sndiri ni...

    BalasPadam
  23. kenapa mamu kassim dedahkan plak??? pelik...

    BalasPadam
  24. msti ramai pengusaha restoran nasi kndaq marah kat mamu kassim...

    BalasPadam
  25. eh! setahu sy mamak2 ni resepi selalunya rahsia????

    BalasPadam
  26. msti mamu kassim ikut cakap en nuri jgn simpan resepi kongsi2...

    BalasPadam
  27. esok boleh cuba la ikan tongkol ni...

    BalasPadam
  28. nak beli mahal baik buat sndiri....

    BalasPadam
  29. resepi kari ikan tonngkol plak?? mana nk cari ni...

    BalasPadam
  30. kalau cuba ikan lain boleh x?

    BalasPadam
  31. selalunya mamak buat jgk yg sedap dari buat sndiri...

    BalasPadam
  32. nak buat agak susah baik beli je snang...

    BalasPadam
  33. ha! bru sy dok cari resepi ikan tongkol....

    BalasPadam
  34. sajak seri suri jiwa2 plak?

    BalasPadam
  35. mcm mana seri suri boleh dapat sajak kt sini?? sajak dia x best pun....

    BalasPadam
  36. kenapalah byk sajak jiwa3 di siar kt citra rasa???

    BalasPadam
  37. lps ni aku nk buat sajak jiwa2 la sbb byk sajak jiwa2 en nuri siar....

    BalasPadam
  38. mcm biasa saja sajak kali ni mcm mana en nuri boleh siar?

    BalasPadam
  39. alamak! sajak yg biasa2 saja....

    BalasPadam
  40. bila plak sajak ahli bru plak ni?

    BalasPadam
  41. sajak utk org bkn islam bila plak nk siar en nuri?

    BalasPadam
  42. sajak seri suri plak ke?? hehe

    BalasPadam
  43. sajak jiwa2 plak seri suri kali ni?

    BalasPadam
  44. esok sajak sapa plak la?

    BalasPadam
  45. sajak mcm mana agaknya en nuri pilih ni?

    BalasPadam
  46. bila la sajak aku nk siar plak?

    BalasPadam
  47. eh! cerpen ni panjang jgk...

    BalasPadam
  48. akhir sekali sedih ke gembira cerpen ni?

    BalasPadam
  49. Sajak yang tersiar ikut sumbangan terbanyak.sepanjang tahun 2009, tetapi tidak pula pilih yang terbaik, kerana sajak terlalu banyak.pengsan kalau nak pilih.

    Esok sepatutnya sajak Puteri Bunian
    orang ke enan terbanyak, seri suri
    ke lima. Tersilap terbit pula. Tunggu esok atau lusa .

    Ilmu ini tak boleh kedekut, macam guru silat, dia ada 15 bunga silat
    dia ajar cuma 10, lima lagi dia simpan, bila dia mati , bukankah 5 lagi rugi macam itu saja, hilang.
    siapa pun tak tahu.

    Apa ilmu sekali pun, dedah saja bukan zaman dulu, sesama kita dapat mamfaatnya. Saya masih ingat mak metua saya, pandai buat nasi brani, macam nasi hujan panas, seminggu masih bau lagi di tangan,

    Saya tak belajarm, isteri pun tak belajar,ambil petua, bila dia meninggal. Kempunan nak makan rasa macam dia masak tak dapat lagi. rugi..

    BalasPadam
  50. Esok mungkin tak ada cerpen, kita rehat dulu sehari dua.


    Bagaimana dengan Soalan TAHUKAH ANDA?
    saya hambir umur lima puluh tahu baru tahu; Bau harum kasturi yang dinyanyikan oleh Ramlee Sharif, saya dia sendiri pun tak tahu asal usul bau harum kasturi itu?

    Insyaallah esok akan diberi tahu.
    jikalau tiada siapa dapat meneka dan mencarinya..GD pun x tahu...

    BalasPadam