Selasa, 21 Disember 2010

MENCARI AURA SEBENAR




Bertahajudlah di hujung malam
akan ada tanda-tanda untuk kemuliaan
selalulah membaca dan bertadabur al quran
pasti akan diberikan hidayah nur pada hati
dan amalkan solat sunat dhuha stiap pagi
nescaya ada rezeki datang tanpa disedari
biasakan pergi masjid solat berjumaah
akan ada kemesraan mudah dikenali
bersedekahlah bila hidupmu mewah
akan dihapus dosa-dosa kecil dulu
berwuduklah pada setiap masa
sentiasa dalam kebersihan jiwa
beristakfar berzikir tiap masa
semoga diampun segala dosa.

Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda catatan biasa,
tanggal 15hb, Muharam, 1432.





50 ulasan:

  1. SIRI 9.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    HADI tidak dapat memejamkan kedua matanya. Fikirannya menjadi kusut, bagai tali bersempul mati. Di pipinya mengalir air mata kesayuan, panas terasa. Begitulah kesedehan dan kepedehan penderitaan hadi yang sakit terlantar di rantau orang.

    Hadi mengurut-ngurut dadanya. Masih terasa panas, rengkongnya juga kering dan pahit bila ditelah air, Dia cuba memejamkan kedua matanya untuk tidur, tetapi ternyata matanya engan untuk lena. Terasa benar waktu-waktu sakit begini, matanya memang sukar dipujuk untuk membawa dirinya untuk tidur walapun sebentar.

    “Aku rasa aku tidak boleh tinggal di sini lagi,” Bisik hati kecil hadi. Malah lewat kebelakangan ini, wajah ibunya sering kali muncul dalam mimpi-mimpi singkatnya. Dan kalangkala hingga terbawa dalam igauannya. Sesekali dia terbayang wajah ibu tuanya di ruang mata.

    “Makkk!!” Keluh hadi di dalam hati. Terasa dalam hatinya kerinduan mulai mengoda pada kampong halaman. Sawah bendang yang ditinggalkan, rumah kampong tempat dia dilahirkan, ibu tua yang selalu uzur dan sering mengharap bantuannya.


    “Makkk!” Keluh hati kecil hadi lagi. Dia mulai sedar akan segala perbuatannya selama ini. Dia terasa dosa-dosanya bagai berkumpul di hadapannya. Terlalu sukar untuk dihitung.


    Sesekali dia terasa bagai ternampak dua malaikat yang diutuskan untuk mengawal akan dirinya sedang mencatat dan menghitung kembali akan dosa-dosanya yang telah dilakukan selama ini. Lebih-lebih lagi dengan dosanya yang amat dikesali terhadap ibu tuanya yang penuh harap menunggu wang hantarannya yang dijanjikan.


    “Betapa berdosanya aku selama ini. Barangkali inilahagaknya balasan yang aku terima?” Bisik hati kecil Hadi lagi. Penyeksaan kesakitan ini cukup amat ketara sekali baginya. Cukup terasa bagai satu hukuman yang setempal dengan sikap zalim dan kejamnya terhadap orang tuanya selama ini.


    Hadi masih ingat kata-kata Tuk Khatib sewaktu membaca khutebah jumaat di masjid kampungnya dahulu: Bahawa dosa durhaka seorang anak terhadap ibu dan bapanya.Allah tidak akan menangguh pembalasannya di akhirat nanti, tetapi Allah swt akan memberi pembalasannya di dunia ini lagi.



    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. GEMA BINTANG MENJADI SATU

    ketika ramai mula mencongak
    rugi pula kalau tak tengok
    bawak semua anak beranak
    pasti mereka semua seronok
    artis terkenal banyak datang
    ada juga dari seberang
    memang berbaloi kalau datang
    buat mengisi masa lapang
    tunggu sekejap
    alamak tak kena masa
    mula pulak diwaktu senja
    waktu ada temujanji biasa
    mesti pak imam duduk terpinga
    lihat makmum tak kunjung tiba
    temujanji mana lebih utama
    pilih sahaja bagaimana pula mereka
    jemaah di ICT la gamaknya…

    Wasiril Azmi
    Kuala Lumpur
    2pagi

    BalasPadam
  3. USAH CAMPAKKAN MEREKA

    usah campakkan mereka
    situ bukan layak
    tempat mereka di singgahsana
    situ layak mereka semayam
    mana mungkin lihat dunia
    tanpa ada benih suci
    dari kantung mereka kedua
    mana mungkin jauh langkah
    tanpa pimpin tangan mulus
    tiada kenal lelah penat
    mana mungkin pandai akal
    tanpa titip ilmu insani
    aliran dari jejak suci
    mana mungkin jaya gemilang
    tanpa korban suci murni
    tiada sepatah terpancul keluhan
    mereka harus bersama kalian
    mereka bahagia bersama kalian
    wahai anak soleh solehah
    usah campakkan mereka ke rumah itu…


    Warga Emas
    Melaka
    1.12.2010

    BalasPadam
  4. PUJA NAJIS DADAH

    apa mahu kesah
    usia masih mentah
    badan masih bergetah
    habis semua diredah
    redah sampai rebah
    terngadah habis datang musibah
    bawa sejuta masalah
    peningkan mak ayah
    cakap pantang dibantah
    terus cepat memangkah
    mata tak nampak rumah
    jadi tempat singgah
    badan makin lemah
    kaki tak daya melangkah
    hidup sudah musnah
    puja najis dadah jadi sampah…


    Ustaz saad
    sedih melihat anak melayu bergelumang najis dadah

    BalasPadam
  5. JIKA HARI INI

    jika hari ini
    kau bisa terbang
    terbanglah bebas sepuasnya
    nikmati segala anugerah
    jika hari ini
    kau bisa berlari
    larilah sekuat tenaga
    redah segenap daerah
    jika hari ini
    kau bisa melangkah
    langkahlah dengan akal waras
    jalani hidup penuh ceria
    kerana hari esok
    ketentuan bukan milik kita
    mungkin sayap kan patah
    mungkin kaki kan tergeliat
    mungkin langkah kan terhenti
    nikmatilah hari ini sepuasnya…


    Syakir Retro
    Johor
    3ptg

    BalasPadam
  6. Pencatat berita hiburan Wasiril Azmi tentunya lebih peka dengan perjumpaan para deva yang memang terkenal mewakili negara masing di asia ini, bila dicantumkan pertemuan itu untuk menjadi GEMA BINTANG MENJADI SATU maka pastilah ramai peminat yang sedia ada akan membanjirinya pentas persembahan mereka.Dan tidak ketinggalah anak-anak dan dewasa ,apatah lagi orang muda kebetulan cuti sekolah yang panjang. Tentulah lebih meriah lagi jadinya..

    BalasPadam
  7. Lama Warga Emas tidak menyumbang bicara sajaknya. Kali ini muncul dengan sajak sinis atau amaran peringatan jika yang sedar bertajuk: USAH CAMPAKKAN MEREKA. Ternya pengucapannya agak memelilukan hati orang-orang atau warga emas tua yang mendengarnya. Tetapi begitulah keadaan dunia sekarang. Anak yang pernah diberi kasih sayang, pendidikan dan kepandain,berpangkat dan berkedudukan boleh bertindak menjadi sebaliknya. Nauzubillah. Buat orang Islam semoga tidak begitu. Amin. Tenguk muka ibu bapa pun dapat berkat dan pahala. Bagaimana untuk dapat berkat dan syurga? Jika kita mencampaknya ke rumah orang tua?

    BalasPadam
  8. Ustaz Saad ini mengajar di sekolah mana dulu? Rasa semacam pernah dengar. kalau betullah Saad Sagger. Apa pun pengucapanya amat mudah tidak berselindung lagi. Kisah kehidupan segelinter anak muda kini dengan penyakit najis dadah. Ramai ibu bapa yang berendam air mata dan makan hati langsung mati. Apa bila anak yang diasuh dan disayangi setelah besar jadi pembantah, mengikari akan nasihat ibu bapa, malah mengherdek dan menipu, ibu bapa dan keluarga, malah telah menjadi bangkai bernyawa, sampah masyarakat, dengan lelaki jadi betina. Apa nak jadi dengan penyakit dimurkai tuhan ini? Jagalah anak cucu kita jangan terjebak di dalam kancah najis dadah ini. Amin

    BalasPadam
  9. JIKA HARI INI sajak nukilan daripada sdra. Syakir Retro kalau tak salajh. orang jawo ini? Pengucapannya bagai memberi peransang kuat buat mereka yang ingin berjaya dalam kerjaya masing-masing. Teruskan katakanya jangan anda berhenti atau menanguh untuk hari esok, atau di pertengahan jalan. Selagi ada peluang dan masa masih ada, usia masih muda .Hendaklah terusan berusaha hingga ke puncak jaya. Tetapi apabila anda berhenti mungkin sukar kembali anda untuk menekmati apa yang anda hajati. Dan hari esok tidak seindah hari ini. Amin.

    BalasPadam
  10. KUAH KACANG

    Bahan-bahan ( 10 orang )

    * 1kg kacang tanah
    * 2 batang serai
    * 1inci halia &lengkuas-ambil airnya
    * 3 senduk gula atau ikut suka
    * 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
    * 20 tangkai cili kering
    * 1/3 belacan
    * 20 ulas bawang merah kecil
    * 3 senduk minyak masak
    * sedikit garam

    Cara-cara

    1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
    2. Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
    3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
    4. Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
    5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
    6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
    7. Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!

    BalasPadam
  11. wah! kuah kacang plak kali ni?

    BalasPadam
  12. ada kuah kacang dari badrolshah?

    BalasPadam
  13. ni msti mak ko ni badrolshah setahu aku ko mana thu masak...

    BalasPadam
  14. bila baca pasal kuah kacang ni tiba2 teringat satay plak?

    BalasPadam
  15. kuah kacang resepi turun temurun ker?

    BalasPadam
  16. aku nk cuba la kuah kacang ni

    BalasPadam
  17. kuah kacang ni kalau xpndai buat hangit

    BalasPadam
  18. resepi balik? ingatkan xde dh pasal resepi?

    BalasPadam
  19. wah! ada kuah kacang plak kali ni yg best ni

    BalasPadam
  20. aku mmg hantu kuah kacang ni terima ksih badrolshah!

    BalasPadam
  21. kuah kacang ni kalau guna kacang dhal boleh ke???

    BalasPadam
  22. badrolshah ni niaga satay ke?

    BalasPadam
  23. kuah kacang saja ke badrolshah? nasi impit dgn satay mne?

    BalasPadam
  24. kuah satay? ni yg aku selera ni

    BalasPadam
  25. kauh kacang ni kalau makan dgn lemang buka selera ni.. hehe

    BalasPadam
  26. panjang btol cerpen kali ni

    BalasPadam
  27. cerpen ni sampai siri brapa en nuri?

    BalasPadam
  28. hadi ni menderita sakit sampai mati ker?

    BalasPadam
  29. sampai siri 100 ke en nuri? hehehe

    BalasPadam
  30. dia selalu mimpi mak dia? mak dia dh meninggal ke?

    BalasPadam
  31. roh mak hadi nk minta tolong agaknya

    BalasPadam
  32. sian hadi ni rasanya masih blum terlambat dia nak bertaubat

    BalasPadam
  33. hadi ni x pnh solat ke?

    BalasPadam
  34. itulah hadi bila di timpa musibah bru nk ingat ALlah...

    BalasPadam
  35. sayu je baca cerpen hadi ni harap aku x sesat jauh mcm hadi ni

    BalasPadam
  36. cerpen ni ada 3 watak je ke??? xnmpk pun watak yg lain?

    BalasPadam
  37. hadi sempat minta maaf kat mak dia x?

    BalasPadam
  38. entah mcm mana la di alam sana hadi ni

    BalasPadam
  39. hadi hanya termenung je x buat apa2 ke??

    BalasPadam
  40. bila hadi nak balik jmpa mak dia ni??

    BalasPadam
  41. apa bnda tahajud tu en nuri?

    BalasPadam
  42. haiya! wa tatak paham ini sajak

    BalasPadam
  43. sajak ketuhanan plak kali ni

    BalasPadam
  44. lps ni kena perbanyakan sikit solat tahjud mudah2 dapat aura mcm en nuri

    BalasPadam
  45. smbhyg tahajud tu apa? aku solat 5 waktu je yg lain2 xthu plak?

    BalasPadam
  46. solat tahajud boleh buat waktu siang x?

    BalasPadam
  47. solat tahajud ni mcm solat hajat jgk ke boleh minta macam2?

    BalasPadam
  48. solat tahajud? solat utk minta apa ni?

    BalasPadam
  49. lps ni aku nk buat solat sunat la..

    BalasPadam
  50. aku solat sunat ni mmg xthu aku cuma pentingkan solat wajid jer...

    BalasPadam