Selasa, 21 Disember 2010

GULI BERKILAT



Kategori sajak keluarga

Aku tidak kenal mereka
setiap pagi mereka datang 

bertanyakan cara menanam sayuran
tentang menternak binatang
mereka berdiri di bendang sana
membelek-belek benih itu dan ini

Setiap pagi minggu mereka datang
ambil gambar warna ulat kecil
segenggam tanah atau sekepal lumpur
kemudian mereka duduk mencatatkan
memilih membanding membincangkan
garis-garis merah dan biru di sana sini

Aku tidak kenal pada mereka
aku harap mereka menemui
apa yang merka cari selama ini
hanya aku tidak tahu apakah
yang harus kuperbuat
pada ratusan guli-guli berkilat
yang mereka tinggalkan
setiap kali mereka datang ke mari

OLEH: ABANG & ZIARAH MAKRIFAT
Bicara seorang Atuk dengan cucunya
2009 November 9 00:52




50 ulasan:

  1. AYAT POWER ATUK

    atuk oh atuk
    ayat apa atuk pakai
    ayat apa atuk guna
    pucuk muda atuk dapat
    atuk oh atuk
    ilmu apa atuk pakai
    ilmu apa atuk tuntut
    pucuk muda habis tunduk
    kami rasa mahu menuntut
    atuk oh atuk
    kami taknak ayat atuk
    walau power walau hebat
    ayat songsang kami takut
    nanti kami kena sebat
    atuk oh atuk insaflah...


    Muhamad Akmal
    percubaa buat sajak politik dgn bantuan ayah

    BalasPadam
  2. PETROL DAN PEMANIS GULA

    Sukat pekat petrol,
    banding sama likat gula
    Sudah nyata ia tak sama,
    dengan kadar sejat
    Titis-titis terkeladak klorin
    Namun walau bagaimanapun,
    Berbeza sangatkah petrol dan gula,
    Juga titis-titis dikeladak-klorin,
    Di Sweden atau Manila?
    Kuala lumpur ini terjerat asasi kekangan rakus tak putus-putus
    Pembasi-pembasi biri-biri,
    tangkup hadapan dan litup belakang.
    Emas Semenanjung ini
    Si Kenyalang bersisi
    Sang Teduhan Bayu,
    Tersekat dikanan-kiri,
    aharajalelaan penghuni-penghuni
    Topeng pangkat terlantik tertinggi.


    Solikin Samsudin
    maaf sy penjaga blog harap qalam terima sajak sy ini

    BalasPadam
  3. EMBUN CAHAYA

    merusuh pada jiwa liat memberontak
    berkelana jauh di tasik permai
    air mengalir balik timbunan awan
    berat..tanpa henti..berterusan
    aku memandang pada dasar permukaan
    nampak gelap.badan kedinginan.menggigil
    tiada keceriaan lambaian embun pagi
    tiada gersang terik sinar mentari
    tiada dedauan kematangan tatkala labuhan lembayung senja
    suasana muram.mendung
    gelak tawa sembunyi derai gerimis
    burung bersahutan di dengar sayup
    katak nyanyi gembira biar sumbang.
    rebahkan diri mata kian malap.
    sambil menghitung waktu menyedapkan nadi
    bila mentari akan bercahaya terang
    sungguh aku mendambakannya.


    Saqallah Azim
    di dalam masjid kapitan keling

    BalasPadam
  4. TINGGAL

    tinggal daku dalam keseorangan
    menghiris jiwa mengeluh panjang
    rumahku syurgaku kegelapan
    aku tinggal sebatang kara bersendikan tangisan
    hatiku berkaca jatuh berkecah
    tanpa di dengar bunyi itu.
    sayangnya semua di ambil kerana
    sayangnya ALLAH terhadap mereka
    aku cintai selamanya
    tinggallah aku
    bawah mentari kegelapan
    tanpa dengar suara-suara menjiwa…..
    titisan inilah buktinya
    aku sayang kepada kamu..


    Richard sirosa
    sajak utk nahas bas express sbb kawan sy ada yg terkorban

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Muhamad Akmal mungkin terpilih dalam kategori sajak kanak-kanak tunggu geliran. Kali ini sajaknya bertajuk AYAT POWER ATUK. Sajak ini berbentuk sinis yang tajam dan sambil bertanya dan mempersoalkan kewajaran sebagai seorang tua yang Digelar atuk yang punya pengaruh berdasarkan mungkin kekuatan pada berlandaskan
    keagamaan, membuat ramai yang terpengaruh, sehingga boleh mengandaikan apa saja yang diperkatakan itu benar belaka buat pengikut fanatifnya. Apa-apa pun, buat yang punya rasa keraguan sekadar boleh tersenyum untuk menyatakan kenyanyukkan yang ketara tidak sepatutnya diikut. Cuma sekadar andaian sahaja. Amin

    BalasPadam
  7. Sajak salah seorang penjaga blog Solikin Samsudin kawan Quibal dan Suffian agaknya. Sajaknya bertajuk: PETROL DAN PEMANIS GULA . Dua bahan ini diantara bahan termurah dinegara-negara jiran di Asia, boleh rujuk dalam penyata harga jualan minyak bahan bakar dan makanan. Walau apa pun yang berlaku kenaikan, sepatutnya kita kena akur, daripada kita beri subsidi tidak sampai pada sasaran, malah mengalir pula ke negara jiran. Ada baiknya dihapuskan, tidak perlu lagi buat sekatan di daerah sempadan. Kita sepatutnya bersyukur apa yang ada, sebelum khalid menarik balik khazanak emas hitam ini kerana tidak bersyukur akan pemberian nekmat Allah . Amin.

    BalasPadam
  8. Sajak Saqallah Azim bertajuk: EMBUN CAHAYA. Membicarakan tentang kekalutan
    situasi semasa, berbagai keraguan dan andaian bermain dibenak hati si penulis, melihat ramai sangat permainan catur untuk betanding menentukan kemenangan, mungkin ada yang sangkup melanggar undang-undang pertandingan demi memburu kemenangan berbagai helah dan tipu daya telah digunakan. Berbagai kesedihan dan kebimbangan cukup meragukan setiap hati penghuni dengan sandiwara yang menjijikan. Kini kita perlu mengharap satu cahaya mentari selepas embun untuk menerangi suasana bumi kini yang sadikit suram. Semoga tuhan merastuinya. Amin

    BalasPadam
  9. Sajak saudara baru kita Richard sirosa yang berjaya berdakwah dikalangan keturunanan sahabatnya sebangsa, amin. kini mungcul pula dengan sajaknya bertajuk: TINGGAL .Ternyata Nampak satu kesedihan telah menyelinap masuk dalam pengucapannya, akan pemergian seorang sahabat yang terlibat dalam satu kemalangan Bas exprees baru-baru ini, kita ucpankan takziah buat keluarga sahabat Richard. Semoga tabah menahan musibah dalam hidup kita seharian ini. Amin.

    BalasPadam
  10. REMPEYEK


    Bahan-bahan ( 5 orang )

    * 150gram Tepung beras
    * 150gram Tepung jagung
    * 1/2 paket jintan manis yg harga 50sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
    * 1/2 paket jintan putih yg harga 50sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
    * 1/2 paket ketumbar yg harga 50 sen - anggaran 1 sudu besar - Dikisar halus
    * 4 ulas bawang putih- dikisar
    * Segenggam udang kering - dikisar
    * Segenggam ikan bilis - dikisar
    * 1 biji telor
    * 1 kotak kecil santan segera (200ml santan)
    * Air ikut cair yg diingini.
    * Garam dan minyak untuk menggoreng
    * Satu mangkuk kacang tanah yang sudah dibasuh dan dijemur kering
    * 10 tangkai cili padi (Optional) -dikisar - Jika mahu pedas

    Cara-cara

    1.
    Sayang_122
    Campur semua bahan dan campur air dan kacau sehingga sebati,
    2.
    Sayang_128
    Jika adunan terlalu pekat tambah air begitu sebaliknya jika cair tambah sikit tepung.
    3.
    Sayang_131
    Ambil sesenduk adunan dan letak kacang, lengserkan tepi kuali - goreng dgn api yg perlahan.

    BalasPadam
  11. solat tahujud ni dtg dari mana en nuri? sbb yg sy thu solat ada 5 waktu saja.....

    BalasPadam
  12. sy xpnh dgr pun psl solat tahujud ni en nuri?

    BalasPadam
  13. nk dapat aura kena selalu solat tahajud ke?

    BalasPadam
  14. sajak paling pening di abad ni sajak abng ni la.. hahahha

    BalasPadam
  15. apa bnda la sajak abg ni syok sndiri agaknya

    BalasPadam
  16. sajak ni pun x best jgk apa laguest door

    BalasPadam
  17. sajak kali ni pasal apa plak?

    BalasPadam
  18. abang buat sajak ni ke? xthu plak sy

    BalasPadam
  19. sajak pasal perang ke ni?

    BalasPadam
  20. sajak psl kenangan masa kecik ke abng dgn atuk dia ni?

    BalasPadam
  21. apa bnda la guli berkilat tu?

    BalasPadam
  22. atuk abg ni sapa plak?

    BalasPadam
  23. wah! dayang bagi resepi rempeyek plak!

    BalasPadam
  24. kebetolan mak aku mmg niaga rempeyek pun.. hehe

    BalasPadam
  25. rempeyek kalau yg sedap kat pekan rabu di kedah aku selalu pegi

    BalasPadam
  26. aku nk cuba pun was2 takut xjd...

    BalasPadam
  27. aku kalau bab2 masak ni nnt aku suruh bini aku je yg buat

    BalasPadam
  28. rempeyek ni bnda apa plak?

    BalasPadam
  29. rempeyek ni mcm muruku jgk ke?

    BalasPadam
  30. rempeyek ni makanan org sarawak ker?

    BalasPadam
  31. sajak apa la abg ni buat rasanya qalam sah akan pening

    BalasPadam
  32. kalau sajak macam abang ni boleh la buat qalam pening

    BalasPadam
  33. rempeyek plak? kena cuba ni

    BalasPadam
  34. byk makanan aku xthu mcm mana buat skrg dh thu dh kat sini

    BalasPadam
  35. sajak kali mmg agak pening

    BalasPadam
  36. rempeyek plak? mana dapat rsepi ni?

    BalasPadam
  37. aku selalu buat kuah kacang asyik x jd jer nnt nk cuba resepi badrolshah

    BalasPadam
  38. kuah kacang ni rasanya org tua thu la buat org muda mne thu

    BalasPadam
  39. kuah satay dgn kuah pecal ni sama ker?

    BalasPadam
  40. kuah kacang plak? mmg dh lama aku cari resepi ni

    BalasPadam
  41. kuah kacang ni sedap makan dgn apa yer?

    BalasPadam
  42. rempeyek ke tempeyek?? makanan apa ni?

    BalasPadam
  43. rempeyek ni dgn tahi helang smaa ker?

    BalasPadam
  44. mcm2 makanan ada kat sini

    BalasPadam
  45. aku dari x reti masak skrg mcm2 aku thu buat... hehe

    BalasPadam
  46. blog ni dh jd mcm blog resepi plak? nama pun citra rasa...

    BalasPadam
  47. nampaknya boleh gemuk selalu dtg kat blog ni sbb byk resepi

    BalasPadam
  48. sajak menarik jgk kali ni

    BalasPadam
  49. sambung lagi cerpen ni en nuri.... best!

    BalasPadam
  50. Jawapan rengkas sahaja.

    Buat apek luee dan meng lin dan saudara baru.dalam islam tidak ada paksaan, buat yang wajib solat 5 waktu itu untuk pelihara kita daripada hendak buat jahat. kalau tiap waktu kita teringat hendak solat (sembahyang) mana masa kita nak merompak atau mencuri, kacau orang, pergi bunuh orang atau apa saja yang jahat. kecuali kalau x solat.

    Dalam solat 5 waktu itu WAJIB , tetapi banyak lagi solat SUNAT berpuluh macam. Ini nak buat dapat
    pahala. kalau x buat tidak berdosa. Contoh macam kita sudah ada rumah yang cantek. tetapi tiada pulaperhiasan. kuranglah cantek. bila kita tambah pula
    dengan perhiasan rumah tentu nampak cantek. itulah solat sunat. Dia menjadi aura kepada sesiapa
    yang rajin mengamalnya

    Kebanyakkan tokoh ulamak terkenal zaman dahulu sepanjang malam solat sunat, malah periwayat hadis
    nabi pun kena solat sunat untuk meminta pertunjuk akan kebenaran kesahihan hadis tersebut. Biasanya
    solat sunat malam mendekatkan kita dengan Allah swt. Syekh Qadir Jailani 25 solat tahajud untuk dia
    di kurniakan berjalan atas angin dan air, dapat baca apa yang berlaku ke hadapan.Masyaallah.....

    Untuk mendapatkan cara solat sunat banyak bukunya dijual dikedai buku
    muslim dan pasar malam.

    BalasPadam