Ahad, 5 Disember 2010

KITA BERBEZA





Aku berdiri di sini
kamu berdiri di sana
mereka semua....
berdiri di merata-rata

kadang kala
kita ada dalam waktu....
untuk tertawa dan bahagia
untuk menangis dan sedih

Kadang pula....
aku merasakan
mereka semua....
memikirkan dan merasakannya

Aku,kamu,dan mereka semua...
berada dalam binaan waktu masing-masing
di tempat yang berbeza-beza


Oleh: Penyair Agung(18)n1
Pahang 

50 ulasan:

  1. BERITA: AHLI LAMA DAN BARU SINARAI TOP TEN SAJAK BLOG CR.
    penyumbang sajak cr. didapati sepanjang 2009 sajak dalam N1
    ahli sumbang sajak paling banyak.

    1.Penyair Agung 18.
    2.Penyajak istana 10.
    3.Orang lama 10.
    4.Seri Suri 8.
    5.Saizul Maizav 7
    6.puteri bunian 6
    7.legenda Pulau dan syeikh al habib 5
    8.mawar putih,ustaz muda,bulan terang 4
    9.dam catur,haji khali,Lebai Noh,Madah Pujangga
    Pak Awang,Penglipur Lara,Puisi Termashur,
    Suara Rakyat,Tengku Anita 3
    10.18orang hantar 2 sajak

    BalasPadam
  2. WARKAH BUAT KERA

    wahai si kera sumbang
    mengapa kau jadi begitu
    diam menyepi seribu bahasa
    tiada langsung sepatah kata
    apakah kau bisu ataupun
    mulutmu berbau atau ketiakmu masam
    persetankan itu semua
    datang segera ke sini
    usah layan diri sendiri
    cuba kau lihat kami
    kami biasa ketawa bersama
    kami biasa main bersama
    kami biasa menangis bersama
    kita kan sama sahaja
    lubang hidung masih dua
    bahkan lebih luas darimu
    mari segera ke sini
    kuajar kamu ilmu persaudaraan
    kuajar kamu ilmu persahabatan
    mari simpulkan talian ini tolong


    Guru Yahya
    Sungai Korok
    3pagi

    BalasPadam
  3. PAKSI BODOH

    Biarkan rasa itu hancur
    Lebur jadi lumpur.
    Tinggalkan kebodohan jahil
    pernah aku sorakkan.
    Akukan gagah!
    Kadangkala perlu
    dahulukan diri sendiri.
    Tidak mahu terus diikat
    oleh paksi waktu dan situasi.
    Tapi semakin hamper
    keluar dari paksi,
    Semakin kuat pula
    tali yang meliliti.
    Jadi bagaimana
    mahu lari dari paksi?
    Lama-lama jadi lali
    dengan situasi dan langsung
    kecundang dengan diri sendiri.
    Kan merana badan


    Ustaz Mahfuz
    Perak
    2ptg

    BalasPadam
  4. Ini juga satu lagi pusi melepaskan kegeraman.daripada Ustaz Mahfuz, sajaknya yang bertajuk: PAKSI BODOH. Terasa pengucapnya bagai mengikat diri pada binting yang rapuh dan tidak kukuh. Malah sudah acapkali diberi teguran dan peringatan, namun kawan tidak mahu percaya kepada situasi dan masa. Kini ternyata paksi yang menjadi sandaran kekuatan hamper runtuh, tetapi kerana terikat dengan janji mungkin, hendak keluar malu nak ikut hati pun sudah buntu. Kini tanggung sendiri, menunggu hari-hari kecundangannya nanti. Ada berbau politik sedikit. Semoga sahabat anda kembali sedar, pada keadaan dunia sebenarnya. . Amin.

    BalasPadam
  5. WARKAH BUAT KERA oleh Guru Yahya sungai korok, Kali ini beliau menekankan akan rasa ketidak kepuasan hatinya dengan sikap manusia yang lupa diri. malah cuba diangapnya sebagai kera sumbang. Mungkin dahulu berkawan kini bila ada rasa aliran pemikiran yang berbeza, lalu membawa haluan tersendiri, kini bila terasa kawan itu telah terpulau, atas nama sahabat, sedia memanggil kembali kepangkuan sahabat lama yang pernah dikenali selama ini. Malah mereka sanggup mengajar dan memberi tahu apa yang selama ini kamu belum mengetahuinya. Kembalilah munghkin ke jalan yang benar, Amin

    BalasPadam
  6. * 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
    * 1/4 cawan air suam
    * 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
    * 1/2 cawan gula halus
    * 1 sudu kecil garam
    * 2 biji telur
    * 1/3 cawan shortening/butter
    * 5 cawan tepung gandum
    * Minyak untuk menggoreng

    Cara-cara

    1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
    2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
    3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
    4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
    5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
    6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
    7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

    BalasPadam
  7. penyair agung paling byk rupanya!

    BalasPadam
  8. SY RUPANYA PALING BYK HNTR SAJAK KER?? LPS NI STOP BAGI PELUANG KAT ORANG LAIN PLAK LA.. DAN TERIMA KASIH SBB TERBITKAN SAJAK SAYA NI...

    BalasPadam
  9. sy dgn org lama sama byk rupanya...

    BalasPadam
  10. sy ingat sy lebih lagi rupanya sama dgn penyajak istana saja

    BalasPadam
  11. kenapa nama say xda? sy pun selalu hntr jgk...

    BalasPadam
  12. yg senarai sajak di di hantar ni ahli lama ke??

    BalasPadam
  13. ada hadiah ke bgi sapa hntr byk?? sh dapat kt penyair agung ni...

    BalasPadam
  14. 7 sajak je ke sy hntr??? sy ingat bawah 5 rupanya byk jgk

    BalasPadam
  15. penyair agung boleh buat buku sajak dia byk....

    BalasPadam
  16. 6 saja sajak yg sy hntr?/ sy ingat byk td...

    BalasPadam
  17. ni nurkilan 1 pnya ke en nuri?? sbb klu nurkilan dua sy hntr byk jgk...

    BalasPadam
  18. berkongsi bilangan sajak rupanya saya dan syeikh al habib

    BalasPadam
  19. ni nurkilan 1 kalau x salah yg nurkilan 2 bila plak en nuri?

    BalasPadam
  20. klu nurkilan 1 penyair agung paling byk kalau tak silap aku nurkilan 2 pun dia jgk yg byk...

    BalasPadam
  21. senarai ni thn lps pnya ke sapa hntr byk sajak?

    BalasPadam
  22. mcm mana en nuri senarai sajak di hantar en nuri kira 1 persatu ke?? larat ke en nuri?

    BalasPadam
  23. ingatkan ada yg sampai 50 sajak rupanya paling byk pun 18....

    BalasPadam
  24. mcm mana nk potong penyair agung klu x salah sajak aku bru 1 jer...

    BalasPadam
  25. byk jgk idea penyair agung byk sajak2 dia....

    BalasPadam
  26. senarai nurkilan 2 bila en nuri nk siar plak?

    BalasPadam
  27. sajak penyair agung ni mcm sajak berada di dimensi lain plak?

    BalasPadam
  28. penyair agung bru la layak sbb sajak dia pun kretif....

    BalasPadam
  29. penyair agung sajak dulu best2 skrg sajak2 dia biasa2 jer....

    BalasPadam
  30. penyair agung ni sapa anak didiki en nuri ke??? byk sajak dia...

    BalasPadam
  31. penyair agung ni msti org sastera sbb bkn calang2 org nk buat sajak byk2 ni....

    BalasPadam
  32. nmpknya penyair agung pencabar terdekat en nuri sbb byk jgk sajak dia,....

    BalasPadam
  33. penyair agung ni guru sastera ke?

    BalasPadam
  34. sajak penyair agung ni pelik2 jgk....

    BalasPadam
  35. penyair agung ni sapa xpnh tgk pun gambar dia????

    BalasPadam
  36. penyair agung ni org kmpung aku ni nnt nk cari jgk sapa la penyiar agung ni...

    BalasPadam
  37. ada resepi buat donut!! wah!

    BalasPadam
  38. puteri bunian ni keje katering ker?

    BalasPadam
  39. nnt nk kena cuba la resepi puteri bunian ni....

    BalasPadam
  40. pakar buat donut rupanya puteri bunian ni entah2 dia anak kak yah yg jualo donut kt blok aku apa ni????

    BalasPadam
  41. sy kalau bab2 nk buat donut malas sikit sy suka beli jer....

    BalasPadam
  42. baik beli sndiri kat kedai sbb kdg2 kita buat sndiri x jd....

    BalasPadam
  43. donut! makanan kesukaan aku tu!!!

    BalasPadam
  44. terima kasih puteri bunian! esok makan donut la nampknya....

    BalasPadam
  45. puteri bunian ni jual donut ker?

    BalasPadam
  46. esok aku nk cuba respi puteri bunian ni....

    BalasPadam
  47. donut! wah! sedapnyer esok nk suruh isteri aku buat la....

    BalasPadam
  48. puteri bunian ni sapa?? thu jgk buat donut....

    BalasPadam
  49. resepi buat donut pun ada! mcm2 blog ni....

    BalasPadam
  50. Dalam Senarai terkini nampaknya sdra
    Penyair Agung masih di atas dengan
    14 bauh sumbangan sajaknya dlm blog
    CR. Kemudian diikuti Bulan terang dan Pak Awang masing 9 buah sajak.
    Pak Ngah But dan Bulan Terang pula
    masing 7 buah sahaja.

    Buat mereka yang menulis serba nika
    kat ulasan bagi mengisi ruang utk
    kota 50 penuh, Diucapkan ribuan terima kasih kepada jalal juga yg
    berusaha memenuhkan ulasan jadi 50.

    BalasPadam