Isnin, 6 Disember 2010

BUAT YB DEWAN UNDANGAN NEGERI.



buat DUN yg pernah ditawan pembangkang.

Dimanakah letaknya kata-kata kamu dulu Insyaallah?
setelah hampir tiga tahun kami menantian dan gelisah,
ternyata kamu cuma pandai bermadah janji dan sumpah
sekadar untuk melepaskan pertemuan bibir, gigi dan lidah
sewaktu -sewaktu kempen kamu rasa ragu dan gundah.

Tetapi, bila  sudah berada di kerusi empok dan lembut
nampaknya semua  janji dan sumpah ikhrar telah hanyut
kini pengundi kamu  telah pun lemas dan bosan menanti
mana kata- manis buat janji yang dahulu kamu taburkan?
satu haram kerja pun diharap tidak nampak ditunaikan.

Setelah kamu dicalun oleh rakyat dan diberi sokongan
kamu asyik berkempen dan tengelam dalam kemewahan
kononnya ada  mesyuarat setiap hari,  pagi dan petang,
nampaknya daerah kami tidak lagi pernah kamu kunjungi
nanti PRU13, kami menentukan nasib anda selepas ini  .....

Oleh: Suara Pulau,
sakit hati tenguk wakil yang dipilih rakyat,
bercakap tidak berhemah  di dewan mulia negeri.
catatan dua tiga hari yang lalu hujung november 2010.

(kita yang undi, kita yang pileh, mengapa bagi sakit hati dan buat cerita sedeh)

50 ulasan:

  1. Kos bina pondok rehat tidak masuk akal

    KLANG 27 Nov. – Dua pihak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Exco Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Wendy Wong berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan dataran di Kompleks Sukan Pandamaran di sini.
    Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM) dan Pemuda MCA Klang membuat laporan itu selepas mendapati pembinaan dua pondok rehat di kompleks berkenaan menelan belanja tidak munasabah iaitu RM110,000.

    Presiden PKIM, A. Prakash berkata, selain pondok rehat, laporan itu turut dibuat ekoran pembinaan tiga unit tandas lelaki, tiga unit tandas wanita dan satu unit tandas orang kurang upaya (OKU) yang melibatkan kos RM400,000.( Petekan akhbar UM)

    Yang sedihnya bila ditegur, ada pula surat ugutan nak membunuh. inikah cara membela rakyat? Amat membahaya pentakbir begini.

    BalasPadam
  2. SINGAPURA

    Aku dengan berteman
    menjalar parit-parit Singapura
    melayan rasa sambil berjalan
    baca puisi-puisi derita
    Aku bertanya apa maksud cinta setia
    sekenalnya teman itu,
    aku adakah bersedia
    menahan lain rasa
    Rasa membawa sekejap gembira
    Rasa yang sesaat di mata dunia
    Atau adakah nanti persis
    aku menjejak jalanan Singapura
    membaca puisi-puisi
    tentang aku yang merana.


    Emily Bayans
    SIngapore
    2ptg

    BalasPadam
  3. KETUK 3 KALi

    ketuk ais 3 kali hari ini
    semalam sudah 3 kali
    kelmarin juga 3 kali
    curah air jernih biru
    curah air jernih hijau
    ketuk lagi 3 kali
    tiada yang retak
    tiada yang marak
    sudah jadi batukah ais ni?
    nota untuk diri sendiri
    esok akan ketuk lagi 3 kali
    kerana tulisan tegar setia
    ada tampal di dahi
    hari ini aku menangis
    kerana sebuah puisi
    bukan bait jadi punca
    tapi pemuisi tiada galang gantinya


    Arkenna
    Bukit Kayu Hitam
    4pagi

    BalasPadam
  4. BULAN,BINTANG DAN ANGIN

    Bulan menjemput bintang-bintang
    Buat meresap pancaran cahaya
    Namun hanya gelap-gelap malam
    resapan kelabu serta malap
    Menyelubungi setiap penjuru
    kewujudannya tapi adakah Bintang
    tidak cukup tuk menerangi?
    Atau mungkin bintang-bintang
    juga turut diselubungi gelap malam?
    Sang angin muncul tanpa di jemput
    Lalu dikerah menolak pantas
    sang kegelapan bulan pon tersenyum…
    Bintang-bintang kembali
    menyinarkan pancaran indah
    Lantas sang angin menundukkan diri terus pergi Bulan akui dan sedari
    Ada lain perlu hadir untuk dirinya
    Ada yang lain perlu di jemput.
    Dan slalu ada bukanlah segalanya


    Keris Sakti
    Kedah

    BalasPadam
  5. JIJIK MADAH KAU

    Masih lagi ku mencari
    Disebalik bayang warna diri
    Jauh dihati sanubari
    Lalu menghitung perjalanan ini
    Aku tak bias terlalu jauh banyak
    Simpang dan siurnya
    Namun aku masih lagi
    Masih lagi mencari
    Identiti di penjara hati.
    Jijik aku jijik
    Sisa hina kotor bernajis
    Telatah manusia bertopeng iblis
    Jauh kau pergi banyak boleh
    kau nodai Bukan diri ini pasti
    bermadah itu saja yang aku tahu
    bersajak tentang kehidupan
    manis sekejap derita amat panjang


    Roy Rashid
    Selangor
    sabtu

    BalasPadam
  6. Sdra Emily Bayans dari Singapore sajak kali ini bertajuk: SINGAPURA. Pengucapannya menceritaka situasi negaranya dalam perjalan hidup yang penuh mencabar ini, sesekali ingin mengkhabarkan pada dunia luar tentang kehidupan yang
    luarannya nampak indah dan mengkagumkan, tetapi hati dan cinta setianya penuh derita, Hanya catatan pusi-pusi yang dapat merakamkan segala dalam jejak sejarah kehidupan di nagaranya Singapura. Semuka tabah hati dan iman menghadapi atau menahan segala keadaan. Amin.

    BalasPadam
  7. KETUK 3 KALI daripada Arkena ( tidak tahu jantina penulis) agak mengelirukan, cerita dan pengucapannya untuk menilai maksudnya ( cuma sekadar andaian saja) terasa ada unsur berbau politik, tetapi ketuk 3 kali disini, mungkin teguran kepada dua golongan biru dan hijau, yang semacam air yang keras menjadi batu. Namun ternyata mereka punya pengangan tersendiri. Sebgai penulis tidak perlu menangis, cukup sekadar boleh memerhati dan merakamkan apa yang sebenar berlaku dalam baik puisi, biarlah menjadi sejarah, walaupun tiada penganti, satu hari nanti keadaan akan membacanya. Amin.

    BalasPadam
  8. Sajak agak berbau politik dan simbolik oleh Keris Sakti yang bertajuk: BULAN, BINTANG DAN ANGIN. Ternya pengucapannya menceritakan ada kerjasama diantara bulan , bintang –bintang, dalam usaha menyinarkan keadaan , tetapi nampaknya Kurang menyerlah. tetiba sang angin pula yang datang menolak , walaupun selama ini sang agin tahu mantari pernah menguasai keadaan sekeliling. Tetapi kerana bulan dan bintang ada muslihat yang tersendiri, aging rasa biarlah keadaan yang menentukannya. Yang benar itu tetap benar jangan yang salah itu cuba diputar belitkan. Amin. (cuma andaian saja).

    BalasPadam
  9. Sajak Roy Rashid dari Selangor bertajuk: JIJIK MADAH KAU. Terasa benar pengucapannya, bagai menilai satu ungapan kata yang mambawa erti rasa kekecewaan yang amat sangat kepada sesaorang, terasa ingin menjauhkan diri untuk tidak terlibat lagi dengan kata manis dan janji yang menarik tetapi penderitaanya yang diterima amat panjang. Oleh itu ada baiknya jangan terjebak dan sedia mengundur diri agar di akhirat tidak terlibat atau bersubahat sama dalam agenda perkara mungkar ini. Amin

    BalasPadam
  10. * 1 bungkus (350g) biskut marie
    * Setengah buku butter
    * 2 biji telur
    * 1 cwn serbuk koko
    * 1/2 cwn milo
    * 1 cwn air
    * 3/4 cwn gula
    * ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

    Cara-cara

    1. patah2kan biskut
    2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
    3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
    4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
    5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
    6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

    BalasPadam
  11. wah! ada resepi kek batik plak?

    BalasPadam
  12. aik! maisarah ni bkn bekas penjaga blog ke? sumbang jgk info?

    BalasPadam
  13. nampaknya musim resepi plak kali ni? hehe

    BalasPadam
  14. kek batik ni sedap ke xpnh makan pun?

    BalasPadam
  15. nmpk mcm senang je nk cuba buat jgk la kek batik ni..

    BalasPadam
  16. kek batik dgn kek lapis sama ke?

    BalasPadam
  17. aku suka lagi kek lapis sarawak....

    BalasPadam
  18. nampaknya semua makanan boleh buat sndiri la lps ni byk sumbang resepi...

    BalasPadam
  19. esok aku cadang nk sumbang resepi jgk la....

    BalasPadam
  20. mnggu ni minggu resepi ke smua pakat sumbang resepi jer?

    BalasPadam
  21. xpyh nk beli buku resepi dalam blog ni pun mcm2 ada....

    BalasPadam
  22. maisarah pun sumbang jgk??? rasanya dia bkn ahli....

    BalasPadam
  23. lps ni msti jalal plak yg sumbang info....

    BalasPadam
  24. ingatkan macam kek biasa rupanya guna biskut marie....

    BalasPadam
  25. aku selalu beli je kek batik ni malas nk buat...

    BalasPadam
  26. esok sy cadang nak sumbang cara buat budu la....

    BalasPadam
  27. minggu ni makanan je ke info dia en nuri???

    BalasPadam
  28. minggu lps minggu petua? skrg makan plak? hehe

    BalasPadam
  29. ingatkan maisarah ni makan luar je thu jgk masak rupanya....

    BalasPadam
  30. patutlah sufian makin gemuk aku tgk rupanya maisarah pandai buat mcm2...

    BalasPadam
  31. sajak agak tajam jgk sindiran ni...

    BalasPadam
  32. pembangkang ni semua berani cakap jer...

    BalasPadam
  33. rasanya PRU13 pembangkang byk kalah mngkin....

    BalasPadam
  34. dh muak dgn janji pambangkang!

    BalasPadam
  35. semoga ada parti pembangkang baca sajak en nuri ni...

    BalasPadam
  36. eh! suara pulau ke pnya sajak? patutlah pedas jgk krtikan dia...

    BalasPadam
  37. sajak lama klu x salah....

    BalasPadam
  38. sajak org yg byk sajak en nuri kenapa skrg dh xde?

    BalasPadam
  39. selalunya buat hal ni wakil rakyat pembangkang la byk...

    BalasPadam
  40. buat malu saja masa kat dun perak dulu mcm bdk2 pembangkang ni....

    BalasPadam
  41. buat tandas sampai 400 ribu!

    BalasPadam
  42. tandas emas ke dorg buat sampai beratus ribu???

    BalasPadam
  43. byk gila dia belanja wang tu!

    BalasPadam
  44. pembangkang ni asyik habiskan duit je cari x reti...

    BalasPadam
  45. mcm2 kes pembangkang ni buat....

    BalasPadam
  46. penyelewangan wang plak?? lps ni apa la plak????

    BalasPadam
  47. ponodk ada 3 tandas sampai 400ribu!

    BalasPadam
  48. x masuk akal mahal sgt pembelanjaan dorg ni....

    BalasPadam
  49. buat malu je pambangkang ni..

    BalasPadam
  50. mmg patut pun ahli dia byk lari? dia byk buat kes!

    BalasPadam