Jumaat, 3 Disember 2010

BOM KESABARAN




rasa ingin menangis
rasa ingin meraung
air mata tak mampu menitis
suara lantang tak kulontar
semuanya kusimpan semuanya kutelan
agar jadi bahan peledak hebat
buat diletupkan bila tiba masanya
benteng kesabaran masih kukuh
masih tiada goyahnya
walau sumbu sudah ternyala
masih jua belum meletup
diamku bukan bermakna kalah
diamku bukan bermakna lemah
diamku bukan menyerah pasrah
diamku diam berisi
diamku penuh peluru hidup
tunggu saat menarik picu
nanti baru kau tahu...

Oleh: Saizul Maizav
batu feringgi
11pagi/2010 Julai 10 11:14





50 ulasan:

  1. GARAM UBATI SAKIT GIGI

    Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

    BalasPadam
  2. ______________________________________________________________________

    CERPEN BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM. SIRI 1. OLEH : NURIMANJA SERAWAK. SEKITAR TAHUN !978/1979.
    ______________________________________________________________________
    MAMA, kini aku berada di satu alam yang cukup indah kurasakan, walaupun pada peringkat awalnya aku bagai tidak percaya, dan tidak mengerti, cuma hari kini mama, aku mula menyedari dan megerti bila berada di sebuah alam pendidikan.

    Mama, sebenarnya aku pun bagai tidak mengerti mengapa aku mesti melewati alam-alam ini? Benarkah ini kehidupan dan ketentuan Ilahi, bahawa sesaorang itu Allah telah tetapkan tugasnya di dunia ini, begitu juga dengan makhluk lain yang bernama manusia seperti aku ini, dengan tugas dan alamnya yang tersendiri.

    Adakah ini nekmat yang sebenar dalam alam kehidupan ini Mama? Adakah aku perlu melalui beberapa alam lagi dalam kehidupan ini Mama? Ahh, Betapa seksanya hidup,kalau aku kira kini, sudah berapa alam yang aku lalui.

    Ada alam yang cukup mengembirakan. ada alam yang cukup amat rasa mendukacitakan. Adakah ini hidup dalam kehidupan aku yang mesti aku lalui dalam kehidupan ini, yang mesti aku lalui sebagai insan kerdil di bumi Allah ini.

    Tetapi Mama, kini alam yang ku lalui ini cukup terasa indah, ghairah dan mempersonakan mama, mungkin juga mama telah memalui alam-alam yang baru aku lalui ini,

    Mama, di akhir-akhir ini, maluku kian menjadi-jadi mama, bukannya aku tidak biasa bercampur gaul dengan sejenisku yang lain bentuk fizikalnya , Malah mama dan papa orang yang sangat aku sayangi, orang yang mempunyai dua sifat yang berlaian fizikalnya. Tetapi kenapa hari ini agak anih dan berlaianan sekali mama?

    Mama, sebenarnya aku telah melewati alam yang tidak perlu lagi mama bimbangkan. Beberapa tugas dan alam ini jugalah yang mengajar aku selama ini mencapai cita-cita, dan selama ini mama yang mengasuh dan mendidik aku sehingga dewasa. Cita dan tugas ini telah pun dikabul Allah AWT.


    BERSAMBUNG......................

    BalasPadam
  3. JAMBATAN ITU

    Malam ini panjang
    membawa aku larut
    dalam sudut ingatan
    mengenai sebuah jambatan kehidupan
    menghubungkan watak dalam kenangan
    jambatan menjadi saksi duka tawa
    tempat berkongsi impian dan harapan
    sebuah perjalanan
    mematang pemikiran
    mengasuh minda dewasakan remaja
    namun masa membuat manusia leka
    maka jambatan itu menjadi layu
    meninggalkan dan ditinggalkan
    aku meneruskan kehidupan seadanya
    hanyut dalam desakan arus dunia
    tiada lagi pengalaman mengasyikkan
    berganti hiruk pikuk melemaskan
    membutakan hati dan pemikiran
    namun jambatan tidak pernah putus
    cuma ia ditinggalkan sepi
    mengharapkan kau kembali
    apabila hadir semula penyeri
    jambatan itu tidak lagi sunyi


    Pejuang Islam
    kedah
    1pagi

    BalasPadam
  4. BUNGA

    Jawablah wahai bunga
    Ketika mungkin itu hilang
    ketika sebab itu lenyap
    Serta ketika akibat itu musnah
    Maka apakah yang tersisa
    Renungkan wahai bunga
    Disaat tanya ini ada
    Dan disaat koma ini hadir
    Serta disaat titik ini muncul
    Lalu disaat ini apa yang terburuk
    Satu dua bunga mulai layu
    Dan tiga empat harap mulai redup
    Serta lima enam cinta mulai kelam
    Maka tujuh lapan tinggal angka
    Wahai bunga bersemi untuk dunia

    gelora maya
    kedah
    2ptg

    BalasPadam
  5. ANGIN PAWANA

    Dalam hidupku termaktub
    bertemu satu angin satu pawana
    Satu angin itu melanda
    dari mula aku mengenal dunia
    Walau melanda angin rebut
    angin taufan tetap terus angin
    Coba aku harungi hingga kini
    Masih angin terus begitu
    Namun ku tahu angin itu
    ada tenangnya walau
    ada puting beliungnya…
    Tercipta lagi aku bersama pawana
    Indahnya umpama angin sepoi bahasa
    Namun jika elnino melanda,
    pawana menjadi taufan serta-merta
    Terkadang memukul berlawan
    bersama angin yang utama
    Terpaksacoba harungi pawana ini
    Walau terkadang aku rasa pedih, sakit & iri hati
    Ku tahu pawana itu mampu
    membantu & menyelamatkanku..
    Aku menerima angin hadirnya pawana
    Walau hingga akhir hayat terus
    angin pawana terus menjadi pawana
    Ku tahu ku perlukan,
    ku tahu ku harus harunginya
    Karena aku mungkin terus kecewa
    Karena aku mungkin akan rebah..
    Makasih angin, makasih pawana..
    Walau sukar diharungi,
    masih tenang aku di teratakku…


    Mat Glamor
    kuala terengganu
    3ptg

    BalasPadam
  6. RAGAM DI KELAB MALAM

    Oksigen lari dan mengecil
    asap sini sana
    berkuasa seperti raja
    rupanya gah beribu bentuk
    dari bibir legam meluncur ke udara.
    Celah sempit lorong gelita
    pelacur dan pondan bermaharajalela
    muda dan tua tubuh tiada harga
    ratahsisa ringgit berganti tangan
    Jantan keparat dan betina jalang
    seperti debu berterbangan
    bertopeng syaitan bernafsu haiwan
    darah hanyir menitik mereka jilat
    terasa nikmat Megah di pentas dansa berjoget telanjang
    berlagu riang santapan
    seks dan estacy khayal melayang.


    Bob Kuli
    ketika di pintu depan kelab malam

    BalasPadam
  7. JAMBATAN juga bersimbolik dari Pejuang Isalam dengan sajak barunya untuk renungan bersama, Pengucapannya JAMBATAN ITU di sini mungkin perhubungan di anatara hehidupan pengajaran yang boleh mendewasakan kita, Bila berhenti terasa jambatan bagai sepi terputus saluran ilmu dan perhubungan mesra dan suka duka di antara kawan dan teman. Kini mungkin masih mengharap akan dapat menyambung kembali perjalanan yang terhenti untuk terus menyambungkan kembali jambatan pengajian yang terhenti, agar tidak lagi sunyi. Semoga sukses! Amin.

    BalasPadam
  8. BUNGA sajak bersimbolik dari Gelora Maya kali ini dari Kedah, dulu duduk KL.dah habis pngajian.? Pengucapannya sebagai peringatan! Gelora Maya menceritakan kisah seorang wanita (jiwa-jiwa) yang perlu menjawab berbagai soalannya dalam hidup ini? Dan perlu merenung kehadapan apa akan terjadi. Jika segala-galanya kalian rempohi dan melanggari tatacara dan budi bahasa, budaya kita orang melayu? Semoga dirimu bunga tidak dipersia-siakan dengan wajah mekar dan ayu, sebelum hilang kembang dan bunga pun terus layu. Amin

    BalasPadam
  9. ANGIN PAWANA: sajak Mat Glamor dari terangganu kali ini mengucapannya berkisar pada angin dan pawana , bukakah biasanya kalau adanya folora adalah pawana. (adakah Mat Glamor seorang pekerja di bahagian kaji cuaca ataupun perhutanan)Penceritaan menyetuh tentang kejadian alam, mungkin sebagai simbolik agaknya. Dengan kehidupan si penulis dengan keadaan terkini. Dulu mungkin asyik dan Taksup pada memuja seuatu angina cintaannya, tetapi bila sudah matang pemikiran Mulai menilai angin mana yang agak terbaik. Kini cuma ucapan terima kasih. Pada angin dan pawana yang mungkin lebih memberi keselesaan. Amin.

    BalasPadam
  10. Sajak Bob Kuli yang sesekali baik juga semua ahli CR dapat info daripada setiap pekerjaan ahlinya. Syabas! Bob Kuli, dengan sajaknya bertajuk: RAGAM DI KELAB MALAM. Saya rasa pengucapan sdra Bob Kuli bersahaja, khalayak dapat menangkapnya sebuah penceritaan di kelab malam. Saya harap ahli yang lain pun boleh menunjulkan cerita dan pengalaman tempat mereka bertugas. Syabas! Semoga anda sukses selalu, Amin.

    BalasPadam
  11. letak garam?? x pedih ke?

    BalasPadam
  12. jalil janggut btol ke ni? takut luruh plak semua gigi nnt....

    BalasPadam
  13. klu gigi palsu pun boleh cuba jgk ke jalil janggut?

    BalasPadam
  14. pedih tu kalau letak garam sekali...

    BalasPadam
  15. eh! berkumur dgn garam la jalil bkn gosok???

    BalasPadam
  16. nampak mcm kejam plak nk buat dgn garam?

    BalasPadam
  17. garam letak kt gigi??? x rosak gusi ke?

    BalasPadam
  18. biar btol jalil janggut ni?? mcm susah nk pcya jer...

    BalasPadam
  19. biar btol jalil?? aku mmg sakit gigi ni nk try takut bengkak plak gigi aku ni....

    BalasPadam
  20. sy pnh dgr jgk petua ni tp xpnh cuba plak?

    BalasPadam
  21. wah! hebat jgk saizul ni sekali sajak dia plak di terbit selepas sajak aku...

    BalasPadam
  22. sajak saizul plak yg dapat? tgk mcm biasa jer...

    BalasPadam
  23. sajak saizul biasa2 je nnt letak la sajak2 yg ada simbolik sikit....

    BalasPadam
  24. rasanya saizul dapat sbb dia ahli paling lama kot....

    BalasPadam
  25. sajak kami yg lain bila plak en nuri?

    BalasPadam
  26. teringat plak masa sy mula2 keje dulu hari2 tulis surat kat mak...

    BalasPadam
  27. alam apa plak ni?? alam perkejaan ke alam belajar ni?

    BalasPadam
  28. dia cakap dgn mak dia ke??? pelik jgk intro cerpen ni....

    BalasPadam
  29. CERPEN NILAH YG SAYA SUKA SEKALI SBB LAIN DARI YANG LAIN! SEMUA BENDA BERNYAWA APA-APAPUN SEMUA KENA BACA SY X BOELH CERITA LEBIH2 NNT SEMUA TAK MAHU BACA PLAK? APA-APAPUN TERIMA KASIH EN NURI TERBIT SEMULA CERPEN NI...

    BalasPadam
  30. cerpen ni mcm pernah baca je?? yg anak murid dia smua kurang ajar ke????

    BalasPadam
  31. cerpen ni cerita pasal guru baru kan? sbb selalunya kat skola sy guru pelatih yg banyak merungut..

    BalasPadam
  32. sapa dalam cerpen ni?? en nuri ke?

    BalasPadam
  33. xphm la cerpen ni berkisar tentang apa?

    BalasPadam
  34. ha! cerpen ni yg pelik tu! hahaha msti smua org akan suka cerpn ni..

    BalasPadam
  35. kenapa x sama fizikal plak?? dia ni keje apa?

    BalasPadam
  36. cerita pasal en nuri ke cerita pasal org lain?? sbb xde nama plak?

    BalasPadam
  37. tugas apa plak dia ni buat?? pelik btol....

    BalasPadam
  38. dia ni keja apa ni?? nurse ke???

    BalasPadam
  39. cerpen ni msti dia ni msti keja paling susah dalam dunia ni...

    BalasPadam
  40. aku dalam cerpen ni laki ke pmpuan???

    BalasPadam
  41. apa bendalah aku dalam cerpen ni keja????

    BalasPadam
  42. cerpen ni pnh baca tp x ingat plak?

    BalasPadam
  43. cerpen ni kalau x silap ada unsur magik kan????

    BalasPadam
  44. cerpen ni pun flash back jgk ke?

    BalasPadam
  45. cerpen ni pun msti flashback jgk ni sbb smua cerpen en nuri sebelum ni semuanya flashback jer...

    BalasPadam
  46. cerpen ni dia dok merungut je? dia sewa rumah hantu ker?

    BalasPadam
  47. cerpen ni msti kisah org asyik buli dia jer....

    BalasPadam
  48. apa bnda la plak cerpen ni tp x kisah la janji ada suspen... hehe

    BalasPadam
  49. cerpen kali ni tugas apa plak dia buat?? pelik btol?

    BalasPadam
  50. cerpen kali ni byk suspen xthu dia keja apa dgn aku ni laki ke pmpuan?????

    BalasPadam