Khamis, 9 Disember 2010

BILA ALAM MELUAHKAN KATA




Yah....begitulah...
alam selalu berbicara
tapi ada waktunya...
alam berteriak keras dan lantang

Mengapa?
Untuk memfungsikan kembali telinga kita
membuka mata menghentikan sepak terjang kita
yang melewati batas

Yah....begitulah...
semuanya...adalah....
hasil dari tangan-tangan kita
sebagaimana....
Allah firmankan dalam Al Qur'an

Oleh: Lagenda Pulau  (5)n1
Asal Serawak,
kerja di Pahang .





50 ulasan:

  1. POKOK HIJAU

    Dulu pohon itu kita daki.
    Kita masih belum kenal siapa diri.
    Pohon lembut itu kita goncang.
    Dan daun suci gugur seorang.
    Kini aku terbayang sendiri.
    Di pohon itu mungkin ada salji.
    Aku terbayang juga.
    Pohon itu ada sakura.
    Pokok sudah ditebang.
    Hanya tingal lalang.


    Warga Emas
    ketika duduk termenung di anjung rumah

    BalasPadam
  2. SENYUMLAH SEMUA

    tak perlu alasan untuk senyum.
    hanya senyum biar hebat mana.
    senyuman jangan dilupa.
    setiap makhluk juga.
    semuanya senang dengan senyuman.
    senyuman itu dakwah berkesan.
    senyuman itu hiburan baik.
    senyumlah semua senyum dalam hati
    tak salah untuk senyum.
    biar hati susah namun
    senyuman tetap diberi.
    biar dikata berlakon pun.
    senyuman tetap indah.
    biar senyuman itu menyindir.
    ia pasti sindiran terindah.
    kerana senyuman itu indah.
    jadilah ia tanda bahagia.
    kerana senyuman itu indah.
    lahirlah dari hati yang indah.
    kerana senyuman itu indah.
    senyuman itu anugerah.
    sudah 30tahun aku hidup dunia ini.
    sejak dulu hanya senyuman ku pinta.
    kerana senyuman ku ikhlas beri.
    aku tahu hanya senyum ku termampu.
    kata-kataku tak hebat senyumanku.
    senyuman ku beri untuk semua.
    kerana ku harap senyum terikat.
    aku yakin senyum ku lihat dulu.
    aku mahu mati dalam senyum
    agar semuanya senyuman diingati.
    biar gagal aku pasti tersenyum.
    kelak kepada zuriatku
    senyuman kuwariskan.


    Profesor Lanang
    ketika selesai mengajar pelajar UTM
    rata2 semuanya muka monyok saja

    BalasPadam
  3. SESUDAH HARI INI

    detik ini berikan pada aku
    biar aku lunaskan apa yang perlu
    senyap aku tahu patah bicaramu
    mari dekat denganku
    aku mahu dengar deru nafasmu
    habiskan waktu ini dengan bercinta
    kata perpisahan kau bisukan sahaja
    isi ruang sifar dalam hatiku
    untuk kali ini kemudian,
    terbanglah membelah awan
    larilah mengejar pelangi
    berlumba hampiri bintangmu
    halang itu tiada
    yang ada cuma derita
    cinta itu bukan rasa yang ada
    utk aku pergilah sesudah hari ini
    mungkin tujukan kekasih
    tak punya rasa


    Raja Muda
    Selangor
    5pagi

    BalasPadam
  4. BIDADARI KELAM

    dia sang bidadari
    cantiknya tidak terperi,
    jika ingin disanding
    bidadari serata negeri,
    nescaya malu mereka
    takkan habis ditagih
    lahirnya bersalut emas putih,
    diberi susu berkualiti tinggi,
    duduk hanya di istana reti,
    tak pernah sekali berani pergi,
    takut takut jiwanya mati,
    apabila dara mula menyingsing,
    diratah para dewa serata tertinggi,
    demi nafsunya mereka kononnya suci.


    Prof Naquib
    ketika di padang UM

    BalasPadam
  5. POKOK HIJAU Sajak bersimbolik dari Warga Emas punya maksud yang tersendiri, sukar juga utuk menangkapnya, Mungkin satu memory lama yang masih kental bersemadi disudut hati, Cuma andaian, keberangkalian mengenang zaman penjajah yang dahulu kita sering memujanya tanpa diketahui ada muslihat disebaliknya, kini penjajah2 telah pun pergi yang tinggal cuma kesan atau bekas sejarah penjajahannya yang usang, kini cuma ditumbuhi lalang. Kini kehijauan semua milik kita Amin.

    BalasPadam
  6. Sajak SENYUMLAH SEMUA daripada Profesor Lanang, pengucapannya kali ini meminta agar kita mengamalkan budaya paling senang senyum;Mengukir senyum juga dikira pahala sedekah, jika kena gaya dan tempatnya dengan hati yang ikhlas. Bolehkah anda atau khalayak mengatasinya? Cubalah mengatasi masallah dengan dengan sebaik mungkin, untuk anda bebas dan barulah senyum anda nampak ceria. Semoga boleh menghayati atau mengamalkan gaya Hidup Profesor Lanang. Amin.

    BalasPadam
  7. SESUDAH HARI INI sajak daripada Raja Muda pengucapannya terasa ingin menceritakan bahawa cinta itu sebenarnya tiada, mungkin dia boleh datang dan pergi seperti angin, sebenarnya hatilah yang menilai erti cinta, dan hati jugalah yang boleh membenarkan masuk ke ruang kosong untuk cinta itu bersemadi di dalam hati sesaorang. Setekah lama barulah dapat dinilai erti kasih dan sayang. (biasanya perasaan ini sering dimiliki orang yang lebih tua) tetapi orang muda hatinya sering berubah-ubah, selalu gagal menekmati erti cinta. Kalau rasa tidak percaya, tanyalah Pak Ngah But? Pak Bostaman, Pak kassim, Atok, Orang lama, dlln lagi Amin.

    BalasPadam
  8. Sajak Prof Naquib dengan sajaknya bertajuk: BIDADARI KELAM. Pengucapannya Agak bersimbolik untuk menangkap maksudnya. Sekadar andain sahaja, Mungkin Prof mencerita taraf hidup seaorang yang dikelilingi kemewahan, anak gadis mereka dibelai bagai bidadari, sehingga dewasa masih kabur dalam kehidupan, untuk mencari pasangan pastilah yang berkedudukan. Demi ada mertabah dan darjat, tidak kira sang anak boleh diserah untuk kebahagian di dunia sahaja. Semoga tidak semua begitu. Amin.

    BalasPadam
  9. RENDANG TOK


    Bahan-bahan

    * 1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
    * 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
    * 1/2 cawan kerisik
    * 1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
    * 100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
    * 1 batang kulit kayu manis
    * Garam secukup rasa
    * Bahan2 kisar:-
    * 2 sudu besar ketumbar
    * 1 sudu besar/teh lada hitam
    * 1 sudu teh serbuk kunyit
    * 1 sudu besar/teh jintan putih
    * 1 sudu besar/teh jintan manis
    * 3 biji buah keras
    * 3 kuntum bunga lawang
    * 25 biji cili kering
    * 5 batang serai
    * 5 cm halia
    * 20 biji bawang kecil

    Cara-cara

    1. Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
    2. Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar
    3. Masukkan daing yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.
    4. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.
    5. Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.
    6. Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
    7. Perlahankan api dan kacau hingga kering.

    BalasPadam
  10. sajak en nuri tinggi la sapa plak anak terjun dalam kolam?

    BalasPadam
  11. tinggi jgk sajak en nuri kali ni susah nk tangkap....

    BalasPadam
  12. sajak lagenda pulau ni mcm sajak ketuhanan saja....

    BalasPadam
  13. cikgu jamilah ni xkn hbis mcm tu jer?

    BalasPadam
  14. alamak! menjadi teka teki plak apa jd kt cikgu jamilah?

    BalasPadam
  15. esok cerpen apa la plak en nuri letak nanti?

    BalasPadam
  16. cerpen en nuri ni byk suruh kita berpikir sndiri akhir sekali....

    BalasPadam
  17. eh! xkn hbis mcm tu je en nuri???

    BalasPadam
  18. x sabar nk thu esok cerpen apa plak?

    BalasPadam
  19. sajak lagenda pulau pun biasa2 je bila plak sajak sy nk masuk ni???

    BalasPadam
  20. sajak lagenda pulau pun biasa2 je bila plak sajak sy nk masuk ni???

    BalasPadam
  21. best lagi sajak en nuri dari sajak lagenda pulau ni...

    BalasPadam
  22. harap2 esok sajak sy plak jgn guest door silap lagi sudah?

    BalasPadam
  23. kenapa byk sajak guna tajuk alam????

    BalasPadam
  24. x sabar nk tunggu sajak dari ahli bru...

    BalasPadam
  25. guest door pilih sajak mcm mana? kebanyakan x best jer...

    BalasPadam
  26. sajak lagenda pulau pun x berapa nk best jgk...

    BalasPadam
  27. eh! kalau mcm ni senang la aku nk buat rendang tok nnt...

    BalasPadam
  28. eh! kalau x salah aku rendang tok resepi ni yang aku makan rumah jalal hari tu....

    BalasPadam
  29. rendang tok pun ada! dasyat la blog ni...

    BalasPadam
  30. wah! pemurah jalal ni sekali rendang tok dia bagi...

    BalasPadam
  31. jalal lambat bagi la resepi ni kalau masa raya korban dulu boleh jgka aku try sbb aku dapat byk daging

    BalasPadam
  32. rendang tok plak jalal bagi? sy dh fobia dgn daging ni.....

    BalasPadam
  33. rendang tok ni org muda2 boleh la cuba org tua ni susah sikit la darah cepat naik....

    BalasPadam
  34. esok insyaallah aku nk bagi resepi bubur asyura plak? hehe

    BalasPadam
  35. rendang tok plak kali ni????

    BalasPadam
  36. sajak apa plak lagenda pulau bagi ni?

    BalasPadam
  37. sajak lagenda pulau ni mcm sajak jiwa2 jer....

    BalasPadam
  38. xde plak sajak yg menarik semua sajak bosan la....

    BalasPadam
  39. rendang tok! alamak sy x boleh makan daging darah naik...

    BalasPadam
  40. kalau rendang ayam boleh la cuba ni rendang daging sy x tahan....

    BalasPadam
  41. resepi ahli sumbang ni kalau kumpul boleh buat buku resepi dh ni....

    BalasPadam
  42. eh! taya korban dh hbis bru jalal nk sumbang pasal rendang plak?

    BalasPadam
  43. esok sajak letak yg best2 sikit en nuri....

    BalasPadam
  44. byk sajak jiwa2 je dari ahli citra rasa kali ni....

    BalasPadam
  45. esok letak sajak simbolik plak? sbb minggu ni samua sajak ahli mcm jiwa2 jer....

    BalasPadam
  46. lagenda pulau ni sajak pasal apa plak?

    BalasPadam
  47. sajak penjaga blog xde ke en nuri???

    BalasPadam
  48. TAHUKAH ANDA?


    Bau harum kasturi itu berasal dari daging kejang yang tumbuh di bawah perutnya, berbentuk bulat seperti bola pinpong atau golf,.

    Lama kelamaan dia membesar, cukup masanya, dia akan gugur atau jatuh, sesiapa yang bernasib
    baik, seribu. dua ada orang sangup membelinya.

    kerana darinya boleh menghasil minyak wangi bau harum kasturinya. Bentuknya bulat diluarnya berbulu seperti kulit kijang. Anih susah untuk mendapatkannya.

    BalasPadam
  49. QM mengulas cerpen:


    Cerpen ini cerita pendek yang kita tulis sekadar sambil minum kopi,
    cuma, kita masukkan gambaran, watak dan aksi penceritaan itu
    yang lebih berkesan untuk menghidupkan cerita, melukis atau cuba mengambarkan keadaan itu yang selalu menghidupkan cerita. Akhir
    sekali ada komplek atau ketegangan boleh menghidupkan cerita,

    Setakat ini kami menunggu cerpen bersiri dari Ahli baru ataupun lama. cara-cara untuk menulis telah pun diterangkan dahulu. Esok tidak ada cerpen. kalau sesiapa yang ingin mencuba, silakan! pendek pun tidak mengapa, asalkan dia cerita pendek - cerpen.

    BalasPadam