Rabu, 22 Disember 2010

ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI



-buat sdra baru di blog CR, amin

Allah  itu
maha mengetahui
berkehendak kepada
sesiapa yang dia sukai

Jika dahulu
kalian hanyut jauh
kini akan kembali
kepada cahaya Ilahi

bukan semua
insan yang dapat
tergerak rasa hati
menjadi pilihanNya

Bersyukurlah
kalian diberi hidayat
mendapat jalan lurus
menerima  keredhaan
daripada taqdir Ilahi.

Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda akhir 2009.





50 ulasan:

  1. SIRI 10.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    “Jika aku di kampong….semuanya akan diuruskan oleh mak..” Bisik hati kecil hadi lagi. Hadi masih ingat. Bagaimana hari-hari yang lalu , bila dia sakit ibunyalah yang melayaninya , cukup mesra dan memuaskan. Waktu itu ibu hadi masih kuat dan bertenaga.

    “Hadi! Kau denman , hari ini, jangan pergi turun ke sawah , biar mak yang buat.”

    “Mak! Hadi nak makan agar-agar?”

    “Nanti mak buat,”

    “Mak! Hadi nak makan bubur nasi?”

    “Nanti mak buat,”

    “Mak kepala Hadi pening dan panas,”

    “Nanti mak jelum dengan air asam jawa, nanti mak ambil putik pisang kelat, mak parut isinya, mak tempek dekat kepala hadi, mak balut dengan kain buruk.”

    Mak akan buat semuanya itu. Mak akan menjaga hadi sampai Hadi sembuh. Mak langsung tidak menunjukan rasa jemu dan susah menjaga Hadi sewaktu sakit dan deman. Malah wajah mak lebih manis daripada jururawat yang menjaga Hadi di rumah sakit umun dulu.

    “Ohhh Mak!” Hadi megeloh seorang diri. Hatinya baru teringat ibu tua yang entah sihat, entahkan tidak yang ditinggalkannya selama ini. Hadi baru dapat menilai kasih saying hati seorang ibu tua kepada anaknya. Betapa dia selama ini tidak dapat menilai dan cuba menghargai jasa baik ibunya yang selama ini begitu mengambil berat kehidupannya selama ini.

    “Hadi! Tenguklah , sejak kau tiada ini, batas perengang sawah kita telah dinaiki rumput rampai dan semak samun. Tebaslah rumput-rumput itu Hadi , bawa parang panjang aruah ayah kau itu, asah tajang-tajang supaya mudah melimbasnya, Tetapi perlu berhati-hati, nanti tertebas pula pokok cabai mak di atas batas itu,” Begitulah selalunya pesan ibu.

    Kata-kata ibunya itu Hadi tidak akan membantah lagi. Hadi akan patuh kali ini. Hadi rasa cukup senang ibunya memerentahnya begitu. Ibunya beruara lembu, cukup rasa menyenangkan telinga mendengarnya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. HUNUSKAN SATU JARI HANTU

    genggam tanganmu
    hunuskan satu jari hantu
    angkatlah ia setingginya
    tunjukkan pada mereka
    biar mereka tahu
    biar mereka sedar
    biar terbuka mata
    biar terbuka hati
    kamu sedang dibenci
    kamu sedang dimaki
    kamu sedang dicaci
    tak sedar diri
    bila mereka dah sedar
    keluarkan lagi satu jari
    jari telunjukmu
    angkat setingginya peace no war…

    Suara Tiada
    selangor
    12malam

    BalasPadam
  3. HEY ORANG MUDA

    hey kamu di sana generasi muda
    lincah meniti lurah hidup
    pantas kejar angan impian
    belah bilah arus kemodenan
    kadang lupa sempadan
    kata si tua tiada didengar
    langkah si tua tiada diturut
    tunjuk si tua dicebik sinis
    kolot pada anggapan bodohmu
    menyusahkan pada fikiran cetekmu
    menyekat pada aksi bebasmu
    nanti bila si tua tiada
    pada siapa mahu kau harap
    pada siapa mahu kau tuju
    pada aku? belum tentu...


    Pak Kassim
    melihat anak muda yang makin kurang hormat kepada org tua

    BalasPadam
  4. MAHABBAH SI AMER MUNAWER

    orang tua itu kembali lagi
    atur langkah ingin bawa perubahan
    jalan lama dibiar pergi
    kamus baru diselak kini
    darah mengalir tetap berseni
    bagai bercantum sudah sebati
    rasa insaf tak menjelma di hati
    moga tiada terpesong lagi
    lenggok mendaki tuju ilahi
    kata pujian kekasih hati
    moga terus kekal begitu
    walau dugaan datang menderu
    destinasi lurus terus diburu
    doakan ia agar direstu
    agar istiqamah ia di situ
    mahabbah oarang tua tok guru


    Sayembara Muzik
    di kaki lima

    BalasPadam
  5. MEREKA BUKAN HANTU

    lihatlah mereka ini
    pandanglah sepuasnya
    kesamaran jelas terpampang
    malah terus gelap gelita
    ayah yang harapkan tapi ayahnya juga patahkan jalan
    dia sudah terbeban
    kau tambahkan lagi beban
    sampai mereka rebah
    tiada daya melangkah
    mereka harapkan sayang
    mereka harapkan ihsan
    mereka harapkan belaian
    lain kau curahkan
    kau curahkan asid hancur semuanya
    sampai hati ayah
    kau jadikan anakmu hantu
    padahal dia bukan hantu...


    Datuk Hasbi
    mengenang nasib anak yang simbah asid oleh bapanya

    BalasPadam
  6. Suara Tiada dengan sajaknya bertajuk HUNUSKAN SATU JARI HANTU. Ternyata pengucapan sdra Suara Tiada memberi bahasa isyarat kepada mereka yang kurang tidak mengerti. Bahawa bahasa isyarat itu bagai menunjukan satu kebencian yang melucahkan. Biar mereka sedar kebencian khyalayak sedang meruap-merup. Jika mereka teruskan, mereka akan binasa, jika mereka sedar dan insaf, kita akan terima dan mengangkat jaritelunjuk mengatakan kita 1 malaysia punyai kedamaian bukannya peperangan. Semoga mereka dapat pertunjuk Allah swt. Amin

    BalasPadam
  7. Pak Kassim dengan sajak mengingatkan buat generasi yang tidak sedar diri dan tidak suka menghormati orang lebih tua. Bertajuk: HEY ORANG MUDA! Begitulah bunyi seruan Pak Kassim untuk menyedarkan mereka dengan dibuai rasa keasyikan yang agak mengila, seolah-olah hidup ini tiada penghujungnya. Seperti mana kolot pada anggapan kebodohan mereka itu.Sekiranya sikap mereka ini tidak berubah sehingga dewasa. Jadilah mereka manusia hidup yang tiada berpendomean. Semoga tidak begitu, Amin.

    BalasPadam
  8. Sayembara Muzik dengan doanya untuk sajak MAHABBAH SI AMER MUNAWER. Pengucapannya mungkin mengarapan orang dipuja selama ini akan kembali membuka lambaran baru mungkin atas kesedarannya. Semoga kata janji yang dilafas dulu tidak tidak berulang lagi. Jika benarlah perjanjian atas kesedaran illahi. Kerana selama ini telah banyak diputar belitkan kerana berkawan dengan dua rakan barunya itu. Sehingga Ada orang yang melihat seperti diperkudakan. Semoga kini tidak berlaku lagi apa yang telah terjadi. Sebaiknya ia tidak bekerjasama dan bersekokol dengan pengkianat bangsa dan negara. Amin.

    BalasPadam
  9. MEREKA BUKAN HANTU sajak daripada Datuk Hasbi kali ini cuba membicarakan Isu semasa. Tentang kerangusan si bapa yang mengikut rasa panas baran yang terlalu sukar dinilai dari sudut mana untuk diletakan tidak bersalah sehingga sanggup mencederakan anak kandungnya sendiri, siapa yang sebenarnya hantu atau dirasuk hantu? Adakah bapa kini kian tertekan dihimpit kesusahan . atau anak dan isteri kian nakal dan timbulkan masallah? Sebelum menghukum perlulah kita menyiasat dan menyelidikannya terlebih dahulu di kedua belah pihak. Amin.

    BalasPadam
  10. KUIH KAPAL TERBANG

    Bahan-bahan

    * 500gm tepung
    * 1 biji telur
    * 2 sudu margerin
    * sedikit garam
    * 160ml air
    * **6 sudu tepung jagung**
    * **6 sudu minyak**

    Cara-cara

    1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
    2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
    3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
    4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
    5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
    6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

    BalasPadam
  11. sampai siri 10 pun masih ada lagi???

    BalasPadam
  12. panjang lagi ke cerpen ni en nuri?

    BalasPadam
  13. kalau cerpen ni dgn cerpen budak pondok mana lagi panjang?

    BalasPadam
  14. sdih plak baca cerpen hadi ni

    BalasPadam
  15. cerpen ni mmg agak menyentuh hati

    BalasPadam
  16. sian hadi dulu boleh mak tolong buatkan

    BalasPadam
  17. harap2 anak2 aku nnt bila besar x jd mcm hadi ni

    BalasPadam
  18. sedih baca cerpen hadi

    BalasPadam
  19. esok kena melawat mak di kampung la..

    BalasPadam
  20. tiba2 mengalir air mata plak baca cerpen ni

    BalasPadam
  21. cerpen kali ni agak menyentuh hati dan perasan

    BalasPadam
  22. mmg nangis sy baca cerpen kali ni

    BalasPadam
  23. episod kali ni yg paling sedih sekali

    BalasPadam
  24. cerpen yg agak menyayat hati

    BalasPadam
  25. lps ni kena minta maaf dgn mak aku la

    BalasPadam
  26. rasa mcm nk balik kmpung je jmpa mak bila baca cerpen ni tp aku bru je ambik cuti..

    BalasPadam
  27. lps ni aku xnk derhaka kat mak aku dh la

    BalasPadam
  28. malam ni jgk aku nak telefon mak aku di kampung

    BalasPadam
  29. mmg sedih giler episod kali ni

    BalasPadam
  30. hmm.. agak menyedihkan baca episod ni

    BalasPadam
  31. sy dh lama xpnh nangis tiba2 air mata mengalir plak

    BalasPadam
  32. sedih dan nangis itulah apa yg sy rasa bila baca episod ni

    BalasPadam
  33. aku ingat boleh tahan tp air mata tetap kluar lps ni kena minta ampun kat mak aku la

    BalasPadam
  34. esok jgk aku balik kmpung nak minta ampun kat mak aku

    BalasPadam
  35. harap2 aku x byk dosa dgn mak aku takut jgk ni

    BalasPadam
  36. insaf plak baca cerpen menyesal merajuk kat mak aku td esok kena minta maaf balik

    BalasPadam
  37. sian hadi ni tinggal keseorangan jer...

    BalasPadam
  38. hadi ni msti org tua ni sbb selalunya org tua2 mmg suka mengenang kisah silam mereka

    BalasPadam
  39. itulah hadi buat keputusan x minta restu mak dia

    BalasPadam
  40. itulah balasan tuhan sbb hadi derhaka kat mak dia

    BalasPadam
  41. aik! kuih kapal terbang ni kuih apa plak?

    BalasPadam
  42. kuih kapal terbang ni kalau x salah org kata kuih tiram

    BalasPadam
  43. kuih kapal terbang ni selalunya hari raya org buat la

    BalasPadam
  44. mcm ni buat kuih kapal terbang selama ni aku thu makan jer

    BalasPadam
  45. kuih kapal terbang ni buat niaga best jgk ni

    BalasPadam
  46. nanti aku cuba kuih kapal terbang ni

    BalasPadam
  47. kuih kapal terbang?? snang je buat kuih ni

    BalasPadam
  48. kebetulan sy berniaga kuih kapal terbang di sekolah sebelum ni

    BalasPadam
  49. kat tmpat aku slalu org dtg jual kuih2 mcm ni.. hehe

    BalasPadam
  50. kuih kapal terbang?? mak aku selalu buat ni

    BalasPadam