Khamis, 9 Disember 2010

ALLAH BERSUMPAH




 Allah bersupah pada waktu;
demi masa, demi waktu dhuha
demi waktu malam yang hening
Allah tidak pernah membuang
atau membencikan pada kita,
seakan-akan  sama seperti nabi
yang lama tidak terima wahyu
lalu Allah memberinya semula,

Allah tidak membuang kita;
sebenarnya  kita yang selalu
rasa tersalah sangkakannya
apabila ditimpa satu musibah
sengsara menghadapi hidup,
kita pun menyalah takdir Allah
sebenarnya adalah sebagi ujian
untuk  Allah menilai keimanan.

Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
penghujung bulan tiga 2009.




50 ulasan:

  1. KAU KATA KAMI BURUK KAU BAIK

    kau kata kami buruk
    kami teruk kami ini pungguk
    tertunggu-tunggu bulan
    jatuh ke riba tergolek depan mata
    terhias dengan mutiara.
    kami ingatkan kau terbaik
    kau patut ditabik
    kau pun jalan mendabik
    tak perlu tengok kiri kanan
    jatuh tergolek pun kau tak akan
    terhias dada kau dengan kebanggaan.
    itu semua kau yang angankan
    caci engkau kami tak makan
    puja engkau sumpah
    kami tak berkenan
    pergi beranganlah
    pergi mimpilah
    engkau kan tak sekolah!
    sudah kami nak pergi ni
    ada tuhan yang perlu aku sembah.


    Ustaz Moktar
    selepas membaca surat khabar

    BalasPadam
  2. TERSUNGKUR

    Tersungkur,
    Ada kau hulur pendakian baru.
    Sepi
    Ada kau tak jemu memberi erti.
    imaginasi
    Ada kau berpimpin melakar mimpi.
    Tersasar
    Ada kau memberi arah penuh sabar.
    Tertawa
    Ada kau menyumbang bahagia.
    Teresak,
    Akau menenangkan tanpa desak.
    Tiap celik pejamku memang ada kau,
    Tiapdoaku ku pastikan ada kau,
    Jatuh-bangunku aku mahu ada kau.
    Adanya kau semalam,
    maka ada aku di sini
    hari ini yang begini.

    Sumaiyah
    Seberang Prai
    3pagi

    BalasPadam
  3. TAK SAMA DARJAT

    Benar aku terpesona
    dengan merak kayangan
    Betul darjat dia dan aku
    beza umpama air dan udara
    tanah dan langit
    Biarkan pedulikan
    ini rasa aku biarkan aku mati
    menikmati sensasi cinta mengorbit dia seperti bumi dan matahari
    Bagaimana aku memujuk hati
    agar tidak menangis
    agar tidak memikirkan
    yang buruk-buruk
    bila situasi yang tertunjuk
    tiada yang indah belaka
    tiada yang menyenangkan


    Tinta Bayu
    mengenang nasib diri sendiri

    BalasPadam
  4. DAHAN PATAH

    Percayakah kau bakal ku kata ini?
    Pintaku kau dengar dahulu
    Kerana luka ini
    Mustahil tepat kau rosakan
    Dengan torehan biasa
    Dengan ucap kata kata
    mana mungkin begitu
    Buka mata hati fikirmu
    Jangan tolong jadi dungu
    Egomu sikit pun tak membantu
    Apa kau ingat kau jantan terbilang?
    Bagiku kini kau akan ku buang
    Ya dengarkan lagi
    Buat kesekian kali
    Aku ingin pergi
    Jauh jauh kenangan akan pudar
    Manis katamu kini telah hambar
    Dalam duduk sendiri
    Membilang tasbih resah
    Sesudah bayang hilang teduh
    Kerna dahan sudah patah
    Tapi ku yakin luka akan sembuh
    Akhirnya kini aku pasrah


    Safura Zurina
    Seremban
    2.12.2010

    BalasPadam
  5. Ustaz Moktar dengan sajaknya KAU KATA KAMI BURUK KAU BAIK, Terasa bagai mahu mempertikaikan ungapan yang mungkin menyengong perasaan hati. Kini mula mengambalikan paku dulang paku serepeh . Pengucapannya jua bagai terasa agak mengecewakan nampaknya. Bila seorang yang diangap sebagai tokok berwibawa, tetapi gaya dan lagaknya bagai menidakkan ketokohannya. Malah lebih teruk daripada orang yang memuja dan mengikutnya. sepatutnya tidak berlaku perkara begini kepada seorang tokoh yang kekal mahu dihormati. Amin

    BalasPadam
  6. Sajak bertajuk: TERSUNGKUR oleh Sumaiyah, pengucapannya rasa bagai bertanya
    sesuatu kepada siapa ? agak mengelirukan. Pada tuhan, orang kedua atau diri sendiri?
    Semua jawaban bagai mengecewakan hati. bagaikan tersungkur. Akhirnya timbul satu perasaan yang lain pula, agak mengoda. Dimana saja berada bagai nampak si dia atau terasa ingin dapat bersama dengannya, pejam celek, hingga dalam doa,waktu jatuh dan bangun tetap mahu bersama pula, kalau boleh buat semalam hari dan esok. Mungkin selamanya. selepas jatuh tersungkur agaknya. Baru ada keinsafan. Cuma andaian .

    BalasPadam
  7. TAK SAMA DARJAT oleh Tinta Bayu semacam cerita lakonan seniman P. Ramlee
    dalam filem Antraa dua darjat. Biasanya darjat cuma pada kelahiran sahaja. Mungkin seorang itu dia dilahirkan dalam keluarga keturunan berada atau anak raja, maka jadilah dia anak orang berada dan berdarjat di raja, Sebenarnya tuhan menilai pada rasa keikhlasan hati kita. Kau lihat sahaja raja muda hatinya sama saja berjiwa rakyat dan ramai juga puteri di blog ini. Sebenarnya jodoh dan pertemuan itu ditentukan oleh
    Allah swt. Terserah ikut qada dan qadarNya. Amin.

    BalasPadam
  8. DAHAN PATAH sajak Safura Zurina dari Seremban N9. Pengucapannya menyetuhjiwa nan lara. Begitulah keadaan kisah rangmuda kini, berjumpa bermesra, tetiba ada yang kurang menyenangkan hati, lalu ingin pergi, pnantian pun rasa tida berguna lagi, begitu mudah membawa hati pergi untuk mengubat luka sendiri. Semua kenangan lama tidak bererti lagi. Jika masing-masing ada keegoan sendiri, yang malangnya si wanita jika tidak bekerja patahlah dahan tempat bergantung. Kini cuma sekadar menyerahkan diri pada kehendak takdir illahi. Semoga dapat cari penganti.Amin.

    BalasPadam
  9. BUBUR ASYURA

    Bahan-bahan:

    1. 2 cawan beras biasa ( direndam selama sejam atau lebih dan dikisar halus)
    2. 2 cawan gula merah (yang dicairkan)
    3. 2 cawan gula putih ( ikut manis yg disukai)
    4. 1 sudu garam ( secukup rasa, jangan termasin)
    5. 1 biji santan kelapa ( pekat)
    6. 1 cawan kacang hijau ( goreng tanpa minyak dan buang kulit)
    7. 2 cawan kacang kuda ( yang telah direbus hingga empuk)
    8. 2 tongkol jagung manis ( dipotong dan ambil isi, boleh juga guna jagung dalam tin)
    9. 1 tin kacang merah ( yang biasa campur dalam ABC dan cendol)
    10. 1 biji ubi keledek sederhana ( yang direbus , dibuang kulit dan dipotong dadu kecil)
    11. 10 biji pisang (apa-apa jenis spt pisang awak, nangka, abu, berangan dll yang dipotong dadu atau serong)
    12. 4 ulas nangka yang dipotong dadu kecil.

    ( boleh tambah lain-lain kekacang dan buah yg sesuai)


    CARANYA MUDAH AJE:

    1. Masukkan dalam kuali besar santan, gula merah, gula putih, garam dan beras yang telah dikisar.

    2. Masukkan kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek rebus dan jagung. Kacau perlahan sentiasa dengan api sederhana hingga pekat dan melekit macam gam.

    3. Masukkan kekacang dan buah lain dalam campuran tadi hingga campuran pekat dan masak. Tambah gula dan garam ikut rasa. Bubur yang masak ialah pekat, berkilat dan berwarna keperangan.

    4. Masukkan dalam bekas yang leper seperti dulang atau bekas kaca pembakar seperti Pyrex. Ratakan dan biarkan sejuk. Bubur ini akan mengeras dan boleh dipotong macam puding.Boleh juga dibuat lembut seperti bubur lambuk, dan tambahkan santan cair. Terpulang kepada selera masing-masing. Selamat mencuba dan sampaikan kepada rakan-rakan lain yang sukakan bubur ini, terutamanya warga emas. Emm... sedapnya.

    BalasPadam
  10. bila nk letak sajak yg bru2 plak en nuri?

    BalasPadam
  11. eh! nampaknya en nuri ni asyik terbit sajak lama jer???

    BalasPadam
  12. allah bersumpah? mcm sajak lama jer...

    BalasPadam
  13. Allah pun boleh bersumpah ke? mcm mne n nuri thu?

    BalasPadam
  14. allah bersumpah?? sapa allah ni?

    BalasPadam
  15. Allah ni mcm dewa jgk ka?

    BalasPadam
  16. pening jgk sajak puteri bunian ni apa yg kosong?

    BalasPadam
  17. menarik sajak allah bersumpah ni buat lagu nasyid best jgk ni...

    BalasPadam
  18. semalam sajak en nuri xphm sajak ahli kami phm skrg sajak en nuri plak snang sajak ahli plak susah,...

    BalasPadam
  19. sajak yg senang paham sajak en nuri kali ni...

    BalasPadam
  20. sajak ketuhanan yg memberikan kesedaran...

    BalasPadam
  21. sajak ni pasal apa?? kenapa semua kosong saja...

    BalasPadam
  22. apa bnda la maksud kosong tu??

    BalasPadam
  23. kosong? sajak apa plak ni???

    BalasPadam
  24. kosong je sajak ni? xpham la

    BalasPadam
  25. sajak puteri bunian ni kosong? sy pun kosong xnmpak apa mksudnya

    BalasPadam
  26. cukupkan koata... hehe salam ziarah...

    BalasPadam
  27. bubur asyura plak brader joe??/

    BalasPadam
  28. kosong? jiwa kosong ke ni

    BalasPadam
  29. sajak en nuri lagi senang nk paham....

    BalasPadam
  30. sajak bdk2 muda skrg susah nk paham....

    BalasPadam
  31. nk dekat 10 muharam dh ni

    BalasPadam
  32. terima ksih brdaer joe...

    BalasPadam
  33. nnt snang aku nk cuba

    BalasPadam
  34. nnt boleh cuba kt kmpung resepi brader joe

    BalasPadam
  35. nnt nk cuba resepi brader joe sbb kmpung sy buat slalu x berapa sedap...

    BalasPadam
  36. resepi dh ada nnt aku nk cuba buat jgk...

    BalasPadam
  37. UUM ni harap2 ada buat bubur asyura....

    BalasPadam
  38. nnt nk buat la kat opis aku kerah staff2 aku

    BalasPadam
  39. wah! hebat la brader joe siap bgi resepi

    BalasPadam
  40. terima ksih brader joe aku mmg dh lama cari resepi ni...

    BalasPadam
  41. ni resepi jabatan kita brader joe! kenapa dedahkan!

    BalasPadam
  42. sedap ke sbb nmapak lain je resepi brader joe bagi ni...

    BalasPadam
  43. hahaha rasakan... hahahahahhahahaa hancur!!!!

    BalasPadam
  44. maaf en nuri ada kerosakan dalaman sikit...

    BalasPadam
  45. Nak sedap buat bubur asyura !

    Tambahan apa yang kurang petua
    Pak cik topi suduk! (untuk makan ramai atau utk sedekah) ikut keadaan. selalu modal seratus lebih.

    Boleh dapat 40 jenis bijian,semua jenis kacang, 5 jenis buahan,3 jenis ubi,sagu, pulut, tepung beras, gula putih dan banyakan gula merah. santan kelapa , daun pandan penting.

    Semua Kacang rebus dulu kasi empuk.
    guna periuk lain. kalau kacang kuda atau tanah keras habis semua
    rasa tak selesa. Kena redap sehari dahulu.

    buahan boleh masuk kemudian,
    begitu juga pisang, nangka, labu lemak, durian, cempedak,

    ubi kayu, keladi, keledek. Ada juga orang bubuh mee sanggul atau bihun.

    Bubuh santan satu perikuk besar.
    dua kilo cukup, bancuh tepung beras, satu kilo cukup, tuang pelahan, kacau sampai sebati, pekat terus.ikut suka hati lah.

    Yang sedap sekali, ubi keladi, potong dadu dengan pisang awak
    potong duit seling.

    kalau nak buat buat betul-betul mesti sedap bubur asyura ini..


    Bagi cukup ulasan saja.(dulu saizul Maizav tak dapat. ketuk pintu hang x ada. Semua Makcik
    dan pakcik itu bagi. tunggu 10 muharam insyaallah.

    Depa buat dua laki bini depa bagi satu block kacang hantu.itulah
    kenduri dia yang aku tahu.

    BalasPadam