Rabu, 8 Disember 2010

ADA PANDANGAN RAPUH




Jika ada pedebatan orentalis
sekadar cuma satu permaian
direka atau helas puak zonis
tanpa ada dalil semua terbatal.

Pendapat ahli falasafah barat
sering saja diagung-agungkan
terasa bagai ke anak-anakkan
nakal terjun ke dalam kolam.

Kerana kita punya rujukkan
pada kitab al Quran dan sunah
dan dijamin sepanjang zaman.

Kefakiran dan juga kemiskinan
merupakan satu hikmah Allah
bila kekayaan yang melimpah
sering cetuskan persengketaan
mana mungkin jiwa tidak tenang
dapat masuk ke syurga Aallah.

Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
pada pertengah tahun 2009.




50 ulasan:

  1. ______________________________________________________________________

    SIRI 6. AKHIR : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM ALAM. OlehNurimanja : _____________________________________________________________________

    Ahh. Cikgu salmah pun sama , semacam tidak ada selerakah hendak makan atau pura-pura malu. Memangnya inilah kali pertama aku makan di katin sekolah bersama seorang guru muda yang tidak begitu aku kenali. Dan ini pun cuma secara kebetulan sahaja, itupun diperkenalkan oleh cikgu Salmah temanku .

    Itulah satu pertemuan yang telah aku lakukan mama, sehingga kini masih kental bersemadi di sudut hati. Berdosakah aku mama? Telah melanggar pesan dan kata-katamu dahulu; Jangan mudah menerima perlawaan orang yang tidak kita kenali.

    Tetapi itulah yang telah aku lakukan mama, Aku berharap mama tidak marah. pertemuan yang aku lalukan itu mama satu pertemuan yang ikhlas dan jujur, itu pun bukan aku berseorangan, aku ditemani bersama oleh cikgu Salmah , juga teman sekuliah dengan aku mama.

    Mama, sebenarnya aku cukup berharap selepas latihan ini nanti, semoga aku dapat berkhidmat di daerah pendalaman. Biar pun daerah ini jauh dari kesebukkan kota dan sukar perhubungannya, asalkan hatiku berasa senang bersama anak didikku yang dahagakan ilmu pengetahuan.

    Mama aku cukup merasa senang aman dan damai di daerah ini, bersama kicauan beburung dan deruan ombak di pantai, semuanya bagai membisikkan sesuatu yang indah dalam hatiku. Mama mungkinkah dahulu mama juga pernah merasai apa yang telah aku rasai ini, sewaktu mama dan papa muda rumaja dahulu?

    Dan paling aku merasai senang, bila guru muda yang mempelawa aku minum dan makan di kantin dahulu, adalah guru muda yang cukup istimewa yang mungkin dapat menawan hatiku. Maafkan aku mama jika mama tidak bersetuju dan tidak mengerti akan perasaan hatiku ini.

    Mama alangkah baiknya jika dia seperti papa dan aku seperti mama, lalu berjumpa dan bermesra. Ah alangkah indahnya, semoga tuhan suka melihat di antara dua hati anak muda berkasih sayang seperti burung merpati yang berpasangan. Maafkan aku mama jika membuat hatimu terguris lantaran mengenang kembali kisah silammu dulu bersama papa.

    Itulah ceritaku mama, diantara aku, mama, tugas dan alam-alam yang aku lalui kini mama. Sekian , sembah salam daripada anakmu JAMILAH.


    _____________________________________________________________________

    SELESAI . Oleh: Nurimanja Serawak. I979.

    BalasPadam
  2. KHAYALAN TIADA YANG NYATA

    dalam tak sedar
    dalam khayal
    bukan pada mata kasar
    bukan pada sentuhan
    tangan berpautan
    masih erat berpegangan
    walau perit berdekat
    masih kuat
    jalan dilalui
    kami berdiri
    berlari merentasi
    melepasi gelap
    mengharungi gelita
    dalam khayal semata
    dalam tiada nyata

    Balqish
    ketika sy bersama adik di dalam rumah terputus bekalan elektrik

    BalasPadam
  3. KARMA

    bak mentari disetiap
    paginya menyinari..
    bak purnama menerangi kelam
    malam dingin..
    adakah karma yberbunyi hingar?
    ataupun hanya bunyi
    riuh buatan angin dingin?
    biLa datang rasanya asmara,
    mutlak rindu dalam mahligai benci?
    ataupun dendam rasa mati?
    maafkan aku menerangi malam kelammu
    maafkan aku membuat onar
    disunyi sepi hatimu..
    Bila semuanya terjadi
    diri hanya kelu..
    pastik perasaan datang dari hati


    Lukiee
    Putrajaya
    3.12.2010

    BalasPadam
  4. BINTANG JATUH

    Ke hadapan bintang jatuh
    haruskah ku menendang pintu pasir
    untuk menembus hatimu
    aku tidak tahu bagaimana
    atau apa cara lagi tidakah kau?
    begitu aku melihat wajahmu
    serik aku tuk jatuh lagi
    kau sinar gelap segalanya
    putih bergemerlapan
    seindah malam tak pernah kau tahu
    rahsia ku lagi sedalam mungkin
    itu sahaja harapanku
    kau tahu biarlah kali terakhir
    aku memberitahumu


    Pahlawan Melayu
    sabtu
    9.10.2010

    BalasPadam
  5. BAHAGIA

    Perlahan ku berjalan
    walaupun tak tahu
    ke mana titisan air hujan
    sekali lagi merangkul nyawaku
    membalut hatiku dengan wajah
    sepi dan silu petang
    tak ada akhirnya
    seperti semua lukaku terbiar
    berdarah bersama
    senyuman mesranya sebak hati
    merangkap perpisahan
    kasih dan saying kau buang
    tapi itu semua dulu
    aku kini sudah bahagia


    Penghuni Maya
    Kota Damansara
    3pagi

    BalasPadam
  6. KHAYALAN TIADA YANG NYATA sajak Balqish menceritaka khayalan yang banyak datang bila keadaan dalam kegelapan. Begitulah biasanya hati seorang anak gadis atau perempuan. Biasanya waktu kecil ketakutan lebih banyak pada kegelapan,
    Tetapi bila sudah dewasa akan lebeh gemar pada cahaya kegelapan, malah lebih berani menghadapi cabaran . Itulah satu pengajaran yang perlu diamabil pengajaran dalan menghadapi perjalanan kehidupan. Amin!

    BalasPadam
  7. Sajak Lukiee dari Puterajaya (jantina tak tahu) pengucapannya terasa bagai menyerah pada keadaan hukum KARMA begitulah tajuk sajaknya. Kebiasaannya jika seorang itu melakukan yang baik akan disusuli cerita kebaikan, dan begitulah sebaliknya.Tapi bagaimana rasa terinanya, sebab itu perlu ada penilaian hukum yang ditentukan oleh yang maha kuasa, di dunia kita boleh melakukan apa saja, di akhirat nanti belum tentu kita dapat terlepas. Apa-apa pun perlu berhati-hati pada ti dak tanduk kita di dunia ini, kerana ada malaikat mencatat segala pergerakan kita di dunia ini. Amin

    BalasPadam
  8. BINTANG JATUH sajak daripada Pahlawan Melayu (negeri mana?) Pengucapannya bagai memberi ingatan dan pesanan pada sesaorang agar apa yang ada perlu dipelihara, jangan dipersiakan, terasa sudah acapkali diberi peringatan tetapi masih juga perkara yang sama berulang, dikuatiri jika hati berubah dari kasih sayang akan bertukar menjadi benci dan keji, Ini ingatan terakhir jika tidak berubah, segalanya akan berubah. Mungkin cari yang lain sebagai ganti. Amin semacam ada jiwa-jiwa pula.

    BalasPadam
  9. Sajak Penghuni Maya dengan tajuknya BAHAGIA , Pengucapannya mengenang kisah lama yang dulu mungkin pernah kecewa agaknya kini, telah ada penganti yang baru dan nampak ada kebahagiaannya. Cerita ini padamulanya derita dan sedih bila mungkin ada kekasih mempermaiankan cinta suci, agak sedih bila putus kasih dan berpisah , kini sudah menjadi sebaliknya. Amin. pun ada jiwa rumaja juga biasalah……rangmuda punya cerita.

    BalasPadam
  10. Kerabu Mangga


    Bahan-bahan ( 2-3 makan )

    * 5 biji mangga muda.
    * 1 biji bawang besar.
    * 1 biji cili merah.
    * 1 biji cili hijau.
    * 3 ekor sotong basah saiz sederhana.
    * 1 sudu makan udang kering.
    * Sedikit kacang gajus / kacang tanah (untuk hiasan).

    Cara-cara

    1. Mangga dibuang kulit dan diparut halus.
    2. Bawang besar dimayang.
    3. Cili merah dan cili hijau dipotong dadu.
    4. Sotong basah dicelur hingga empuk dan dipotong bulat.
    5. Udang kering ditumbuk halus.
    6. Kacang gajus / kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus.
    7. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul.
    8. Taburkan kacang gajus / kacang tanah.

    BalasPadam
  11. hbis dah ke cerpen ni?? esok cerpen apa plak?

    BalasPadam
  12. EH! EN NURI PUN CIKGU DAHULU KAN?? ADAKAH CIKGU MUDA YANG DI DALAM CERITA NI EN NURI SENDIRI?????

    BalasPadam
  13. cikgu laki tu sampai hbis xthu nama...

    BalasPadam
  14. cikgu lelaki tu cikgu muda ke cikgu tua????

    BalasPadam
  15. cikgu lelaki tu bangsa apa? mlyu ke?

    BalasPadam
  16. la... nampaknya semua ditipu oleh en nuri? hehe rasanya ini adalah surat yang ditulis jamilah.....

    BalasPadam
  17. cerita pasal anak murid dia dh hbis ker?

    BalasPadam
  18. mama sapa plak dalam cerpen ni??? nampak ada 3 org watak jer...

    BalasPadam
  19. bunyi mcm surat je x mcm cerpen...

    BalasPadam
  20. cikgu laki tu akhir sekali mcm mana? jd laki jamilah ker?

    BalasPadam
  21. cerpen en nuri kali ni nampaknya kita kena pikir sndiri akhir sekali....

    BalasPadam
  22. cerpen en nuri ni byk akhir dia mcm tergantung jer...

    BalasPadam
  23. ape jd kat jamilah akhir sekali?? jd tanda tanya plak?

    BalasPadam
  24. buat pertama kali cerpen en nuri watak xde nama cikgu laki tu...

    BalasPadam
  25. rasanya akhir sekali mereka kawin kot?

    BalasPadam
  26. kerabu mangga plak? ape benda ni?

    BalasPadam
  27. kerabu ni makanan ke?

    BalasPadam
  28. kerabu mangga ni sedap ke?? mcm mana rupa dia?

    BalasPadam
  29. wah! makanan tradisional lagi nampaknya sumbangan warga emas plak?

    BalasPadam
  30. makanan2 tradisional ni skrg semakin dilupakan....

    BalasPadam
  31. kerabu mangga makanan kesukaan sy ni...

    BalasPadam
  32. kerabu mangga? makan dgn nasi tomato sedap ni....

    BalasPadam
  33. kerabu aku thu la ni kerabu mangga plak? makanan baru ker?

    BalasPadam
  34. kerabu mangga ni makan dgn apa sedap yer?

    BalasPadam
  35. nampaknya boleh gemuk sy minggu ni byk plak makanan tradisional yg disumbangkan...

    BalasPadam
  36. kerabu ni makanan rupanya aku ingatkan kelambu? hahahhaa

    BalasPadam
  37. kerabu??? sedap sgt ke?

    BalasPadam
  38. byk makanan yg aku xpnh dgr dapat thu kat blog en nuri...

    BalasPadam
  39. sedap makan dgn apa kerabu mangga ni????

    BalasPadam
  40. aku makanan pelik2 ni xlayan sgt... hehehe

    BalasPadam
  41. nampaknya skrg byk plak makanan dulu2....

    BalasPadam
  42. kerabu mangga ni byk jual kat pasar malam kalau x salah aku... hehehe

    BalasPadam
  43. warga emas tahniah keran menyumbang makanan yg bru2 sbb aku ni makanan moden thu la yg dulu2 xthu pun...

    BalasPadam
  44. sajak xphm la... puistis sgt

    BalasPadam
  45. sajak pasal apa plak? xphm la...

    BalasPadam
  46. sajak ketuhanan ke poltik ni?

    BalasPadam
  47. sajak pasal quran plak kali ni....

    BalasPadam
  48. orentalis ni bnda apa plak ni?

    BalasPadam
  49. sajak kali ni tinggi sgt la susah nk paham sikit...

    BalasPadam
  50. sajak ni msti ada simbolik ni...

    BalasPadam