Khamis, 18 November 2010

PENGHINAAN KEPADA DUA TOKOH




Bila B dibaling dengan kasut
ada orang berkata; sewajarnyalah
di atas pembohongannya selama ini
menyatakan Iraq ada  senjata pemusnah

Kini geliran T pula jadi sasaran
dia dibaling dengan kasut kulit
sewaktu buat ucapan di khalayak ramai
di atas penglibatannya menyokong B
menamatkan pemerentahan Sadam Hussin.

Semua pekong ini telah terbuka
Menilai kembali membuka mata dunia
Akan keceluparan dan pembohongan B dan T
Dari kedua tokoh negara yang telah bersara.


Oleh: Nurimanja,
Catatan dari akhbar harain,
Tony Bleiar dibaling kasut, 2010.




50 ulasan:

  1. Tanpa Nama Atuk berkata...

    maaf en nuri saya ada info yg sy ingin kongsi bersama...



    Para ulama berkata : bersedekah itu 10 kepujian iaitu 5 di dunia dan 5 di akhirat :


    5 kepujian di dunia ialah :-

    1) dapat menyucikan hartanya
    2) dapat menyucikan badannya
    3) menolak bala dan penyakit
    4) mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah sebaik-baik amal
    5) berkat hartanya dan Allah akan meluaskan rezekinya.


    5 kepujian di akhirat ialah :-
    1) dinaungi Allah orang yang bersedekah pada hari kiamat ketika sangat panas
    2) ringan hisabnya
    3) berat timbangan amalannya
    4) mudah melalui titian siratulmustaqim
    5) bertambah darjatnya di dalam syurga.

    2010 November 18 05:35

    BalasPadam
  2. _____________________________________________________________________


    CERPEN BERSIRI SIRI PERTAMA : BERTAJUK : MAT BAT OLEH;
    Nurimanja Pulau Mutiara.

    _____________________________________________________________________



    MAT BAT TAHU: Hari-hari tuanya dihabiskan dengan bermenung panjang dan cuba Mengingati kembali kisah-kisah suka duka masa yang lalu. Ingatan itu bagaikan tayangan filem gambar yang datang bermain di depan matanya dan keluar dari lipatan ingatan hatinya.


    Satu –satu datang berbagai episode dari masa alam kanak-kanak hingga ke alam persekolahan, remaja dan pekerjaannya. Sesekali Mat Bat membilang angka usianya: melewati tujuh puluh lima tahun. Mat Bat tersenyum, kerana usia sepanjang itu telah melebihi usia nabi muhamad SAW.

    “Tuhan masih sayang padaku!” Bisik hati kecil Mat Bat.

    Dibawah kipas angin seling yang berputar pelahan itu, Mat Bat terasa cukup tenang dan damai di ruang bilik tamu rumahnya yang dibeli dari wang ganjaran persaraanya sebagai seorang ketua post itu.


    Sesekali dia teringat akan kumpulan muziknya yang bermain boria di serata puluk negeri Pulau Pinang. Kemudian dia terbayang pula pada wajah P. Ramlee, salah seorang peminat Mat Bat yang sering mengikutinya bermain muzik, Mat Bat tersenyum.


    Kini Mat Bat terasa lengoh-lengoh badannya bila terlalu lama tersandar di kerusi malas palastik di ruang tamu dalam rumahnya itu. Tiada teman untuk berbicara dan tiada sesiapa pun untuk bercerita.


    Kini kebosanan itu sesekali datang mengganggu benak hatinya. Dia berastaffar banya-banyak, ingat pada tuhan, akan segala kelanggaran perentah agamanya dahulu dapat diampun oleh Illahi.

    Sekadar menonton Tv dan mengisap rokok dan minum milo panas dan membaca akhbar harian, tidak cukup untuk menghilangkan kebosanannya yang lewat kebelakangan ini sering menganggu mimpi-mimpi ngrnyai di malam hari.


    BERSAMBUNG’

    BalasPadam
  3. BILA CAMAR INI KU LEPASKAN

    camar ini wajar kulepaskan
    agar dapat terbang bebas
    kembali ke angkasa,
    menerjah arus angin
    mungkin disini bukan tempatnya
    tiang layar sampan usang ini
    hanya persinggahan
    sementara mengeringkan sayap
    dipanas matahari
    andai kembali semula
    takdir yang disuratkan
    sampan usang berlabuh disini
    menanti sesuatu tak pasti
    masih belum dapat mengerti;
    selain duniamu langit dan angkasa
    sedangkan duniaku selautan sengsara


    saizul maizav
    percubaan sajak simbolik dari saya...

    BalasPadam
  4. SATU MALAM YANG BAZIR

    Suatu malam yang bazir
    aku melayari lautan luas
    lautan ciptaan manusia
    di antara pelayaran itu
    aku terjumpa satu bukti
    bukti keindahan ciptaan Tuhan
    keindahan dunia
    cukup menenangkan jiwaku
    cukup tertarik namun aku
    hanya mampu menikmati
    keindahan dengan mata zahirku
    memilikinya aku rindu pada gelora
    pada rasa pada derita
    Pada waktu yang terhenti
    membawa kepada kocakan jiwa
    Aku ingin lagi
    memberi kamu seluruh raga
    Sehingga aku hilang
    ke bulan dan ketidaksampaian.


    Bumi HIjau
    kelantan
    di tempat kerja

    BalasPadam
  5. MUSIM

    Di musim semakin
    tak pernah tahu ini,
    hujannya lebat selepas matahari menikam cepat niatku
    terus terdakap dan berharap,
    agar awan lembabnya lambat.
    Biar gersang bumi Tuhan,
    daun-daun kering
    menyujud ke tanah berguguran.
    Berubahlah jadi orang cantik.
    Akan ku tunggu
    di hujung musim hadapan.


    Saidatul Husna
    Johor
    1pagi

    BalasPadam
  6. Pengucapan sajak bagai ada rasa kecewa dengan keadaan yang mungkin boleh menyakitkan hati agaknya. Begitulah sinosis sajak Saizul maizav dengan sajaknya; BILA CAMAR INI AKU LEPASKAN- Sepatutnya bila perhentian ini kutinggalkan. Kalau sajak ini berkaitan dengan perpindahan sesuai dengan tajuk kedua. Tetapi kalau Ada cerita lain agak berat juga untuk diperkatakan, firasat pertama camar disini (isteri) mengapa mesti dilepaskan? Jika tidak ada persesuaian perlulah bertukar tempat, kerana duduk disatu tempat yang lama memang agak membosankan, apatah lagi dengan jiran-jiran yang tidak begitu sebulu dan sehaluan dengan jiwa kita. Sebaiknya cari tempat yang lebih selesa. Kita yang perlu mengubah keadaan janganlah dibiarkan keadaan menguasai kita. AMIN

    BalasPadam
  7. Bumi Hijau ini juga seorang penulis rencana , ahli lama CR agaknya Sajaknya bertajuk: SATU MALAM YANG BAZIR atau MEMBAZIR. Pengucapannya terasa bagai sedang menghadapi satu perjuangan yang belum selesai. Sesekali rasa yakin, sesekali rasa bagai longgar pula rasa keyakinan. Tetapi demi rasa cinta pada ketuhanan, rasa ingin juga meneruskannya, biarlah dalam lautan juang ini ada juga rasa keraguan dan kegelisahan dalam hati walaupun di mata zahir ada semangat yang kuat bergelora. Bila kekecewaan menjelma . Adakah Tuhan merastuinya. Dengan takbir yang aku laungkan selama ini. Masih jadi tanda tanya?

    BalasPadam
  8. Sajak Saidatul husna kali ini bertajuk MUSIM; Pengucapannya bagai mengeloh tentan situasi alam yang tersasar peredaran jadualnya. Musim-musim kekadang menmjadi celaru dan membenggungkan hati. Jika ada rancangan akan terpaksa ditangguh dan tergendala, kerana musibah musim yang tidak menentu. Sebaiknya alam ini atau dunia ini diberi keseimbangan ada hujan dan ada juga panas, barulah cantek jadinya, dan segala rancangan dapat diatur dengan baik dan tidak perlu lagi menunggu musim-musim tahun akan datang. Amin

    BalasPadam
  9. bila baca sajak ni tringat bush kena baling kasut dulu...

    BalasPadam
  10. bush kena baling kasut dulu klu kena bru best... hehe

    BalasPadam
  11. bush pandai mengelak jgk masa kena baling tu...

    BalasPadam
  12. mmg hina btol bush kena baling kasut plak?

    BalasPadam
  13. mmg memalukan perdana menteri kena baling kasut..

    BalasPadam
  14. mne nak letak muka bush tu? hehhe

    BalasPadam
  15. bush ada lagi ke skrg ni? xpnh lama dh...

    BalasPadam
  16. padan muka bush klu kena la kasut yg dibaling tu? hahaha

    BalasPadam
  17. bush mmg pemimpin yg paling hina..

    BalasPadam
  18. obama x pnh kena baling pun bush mmg memalukan...

    BalasPadam
  19. hahaha mmg lawak bila teringat bush kena baling...

    BalasPadam
  20. bila plak tony blair pun kena baling kasut setahu sy bush jer...

    BalasPadam
  21. T sapa? B bush kan?

    BalasPadam
  22. bush kena baling kasut ni klu x salah thn lps pnya ni...

    BalasPadam
  23. bush ni patut di baling batu bkn kasut...

    BalasPadam
  24. bush mmg di malukan di mata dunia...

    BalasPadam
  25. apa la cerita bush skrg ni?

    BalasPadam
  26. entah2 skrg rumah bush plak org nk baling bom? hahaha

    BalasPadam
  27. apa punya suel la nasib bush... hehe

    BalasPadam
  28. bodo punya bush! pemimpin yg baral...

    BalasPadam
  29. bush ni dgn anuar ibrahim lbih kurang la... haahhaa

    BalasPadam
  30. padan muka bush gila kuasa sgt,,,

    BalasPadam
  31. bush ni mmg org pandang dia jijik dh skrg....

    BalasPadam
  32. mana la nk letak muka bush lps ni? hehe

    BalasPadam
  33. malu tu kena baling kasut dpn org ramai...

    BalasPadam
  34. sapa plak mat bat ni???

    BalasPadam
  35. mat bat? mcm pnh dgr saja nama ni...

    BalasPadam
  36. cerpen sedih lagi sian kat mat bat...

    BalasPadam
  37. ha! cerpen ni tajuk bru la suspen sikit...

    BalasPadam
  38. 75 umor mat bat? wah!

    BalasPadam
  39. sian mat bat ni mengenang hari2 tua dia...

    BalasPadam
  40. apalah jd kat mat bat dalam cerita ni?

    BalasPadam
  41. rasanya mat bat msti meninggal dalam cerpen ni cuma agak je ni...

    BalasPadam
  42. mat bat ni xde anak2 ker?

    BalasPadam
  43. mat bat ni tinggal rumah org tua2 ke?

    BalasPadam
  44. mat bat ni nama apa sebenarnya?

    BalasPadam
  45. mat bat kenal p ramlee ker????

    BalasPadam
  46. klu mat bat sama2 dgn p ramlee jd mat bat ni ajis satar ker????

    BalasPadam
  47. mat bat ni msa zaman brapa puluhan main boria tu?

    BalasPadam
  48. masih kuat lagi mat bat ni wlpn 75 umo dia...

    BalasPadam