Isnin, 15 November 2010

MEMBURU KEJAYAAN





Saban pagi
kita dahulu kemudian
memburu kehiupan
dalam perjalanan
yang sadikit ini.

Begitulah hidup
dalam usia meniti tua
kita bagai alfa segala
yang perjalanan ini
hampir berhenti.


Oleh: Nurimanja.
Sajak lagenda
Tarikh: 15/10/2002



50 ulasan:

  1. CERPEN BERTAJUK ; SIRI KE TIGA AKHIR. "AHH SHU NAIK ANGIN" OLEH : NURIMANJA Pk.
    ______________________________________________________________________

    Ahh Shu cuma berbaring di kerusi malas, sesekali kembali pula ke tempat tidur, dia terasa semua orang di dunia ini seperti membenci dirinya, kepala pening dan tengkuknya juga menjadi sakit ,kerana terlalu lama berbaring di kerusi malas tempat mendiang ayahnya selalu berbaring di waktu petang.

    Setiap malam dia tidak dapat tidur bila mengenangkan nasib malang dirinya. Sebulan sebelum ibunya meninggal dia juga telah disahkan oleh doktor kena penyakit batuk kering seperti penyakit yang pernah mendiang ayahnya mengidapi. belum pun dia sembuh sepenuhnya ibu yang tersayang pula pergi, cukup memerikan hatinya.

    Setelah hampir sebulan setengah Ahh Shu tidak keluar atau nampak kelibatnya di luar rumah. Orang kampung telah menghubungi Ahh Hun dan Moi Lin tentang keadaan abangnya. Begitu juga dengan Ahh Chan yang duduk jauh di selatan tanah air bergegas pulang untuk mengetahui keadaan abangnya.

    Esoknya tiga beradik itu pergilah ke rumah kedai abangnya. Tetapi belum pun sempat mereka mengetuk pintu, Ahh Shu telah keluar dengan parang pajang terhunus di tangan, seperti lagak seorang samurai menunggu mangsanya untuk dipenggal. Dia tercegat di muka pintu, matanya merah dan liar memandang ke tiga adiknya itu.

    "Luu semua pergi dari sini, gua tak mau tengok lu semua punya muka! jangan balik lagi, siapa masuk ini lumah, wa pancung dia punya kepala," kata Ahh Shu sambil menghayun-hayun parang panjang di tangannya, ketiga-tiga adiknya bertempiaran lari kerana ketakutan.

    Beberapa orang kawan Ahh Hun dan Ahh Chan berketurunan Melayu datang melihat , tetapi tidak berani menghapirinya.

    Setelah oarang kampung dan tok ketua menasihati ketiga beradik itu supaya meninggal abangnya sementara menunggu hati sejuk.
    setengah daripa kawan sekmpungnya berpendapat, mungkin Ahh Shu menerima tekanan nasib malang yang sering menimpanya, dan begitu runsing sehingga tidak dapat dibendung lagi.

    Mereka semua kasihan melihat Ahh Shu dan tiga orang lagi adik beradiknya. Tetapi ketiga adik beradiknya itu, Ahh Hun, Ahh Chan dan Moi Lin mengatakan, abangnya itu ada penyakit, “Ahh Shu suka naik angin........”

    S E L E S A I.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. PAKEJ (ustaz sahzan)

    Perasaan itu rutin dalam hidup
    manusia sekata sesal dan kecewa
    Setuju atau tak
    dua jenis dalam satu
    ianya seketika mudah dilupa,
    dua yang aku kendong
    hingga hujung jauh sana,
    hingga aku tak nampak
    walau satu cahaya dan mati.
    Dua jenis melekat pada aku,
    buat aku diam layu gagal berfungsi.
    Tindak balas aku telah jangka,
    angkara diri lupa kehendak bumi.
    kepura-puraan hanyut segala aliran,
    pegangan berterbangan
    entah ke mana.
    Bandar ditinggal ada dibangunkan?
    Mata rabun hampir buta ada perasan?
    Pesakit yang meminta nyawa,
    ada yang bertimbang rasa?
    Padahal bandar mata pesakit itu aku
    Dan pasti aku lepaskan dan lupakan,
    kerana turut serta tangisan
    Mereka yang penting pada aku.
    kerana ia pakej tapi bayar
    harga yang amat sakit.


    Ustaz Sahzan
    hanya mencuba sajak simbolik dari saya

    BalasPadam
  4. KALAU KITA BUKAN MANUSIA

    Andai aku pohon bakau
    Jadilah kau bayu gunung.
    Andai aku luka di hati.
    Jadilah kau apa-apa menghurung..
    Setiap luka yang kau tinggalkan.
    Adalah luka yang halimunan.
    Kerana rasa cuma aku sendirian.
    Setiap kali aku terluka.
    Memori ikan emas akan ku pinta.
    Supaya dalam 3 saat
    Cuma aku mampu melupakan semuanya.


    Mr Casanova
    di beranda rumah
    11malam

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. MEMETIK DAUN KERING(Abang)

    dia hilang di rimba
    dia bersembunyi di belantara
    kembali mencari segala yang hilang
    adiknya suka
    suara cengkerik senjakala
    adiknya juga suka melihat angin
    memetik daun kering mengugurkannya
    hanyut di arus air yang mengalir
    demikianlah kehidupan
    menentukan arah yang bakal dituju
    kerana kebebasan yang bermakna
    adalah berani membentuk hidup
    bukan menuruti aturan terbentuk'


    Abang
    ketika di kafe di tempat kerja

    BalasPadam
  7. Sajak Ustaz Sahzan bertajuk PAKEJ melihat dua kehidupan dengan Ya atau Tidak.untuk mencari satu kebenaran agak sukar lewat kebelakangan ini, kerana yang ada, nampak gaya dan lagaknya semacam samseng tetapi baik pula orangnya, Nanum ada juga yang nampak pula gaya dan tokohnya boleh dipercayai dan berwibawa, tetapi sikap dan caranya langsung tidak boleh diterima.bertentangan pula dngan ajaran agama . (mungkin ada berbau politik sadikit cuma andaian) Bagi si penulis terlalu sukar unuk mengatakan Ya atau Tidak, untuk menilai permasallahan ini. Melainkan ambil jalan tengah buat keputusan dalam hati. Dakwah akan tetap diteruskan, keikhlasan sebenar hanya tuhan yang mengetahui dan dapat menilainya. Amin.

    BalasPadam
  8. KALAU KITA BUKAN MANUSIA oleh Mr Casanova.Pengucapannya kali ini menceritakan tentang Jiwa jiwa alam atau kisah dunia orang muda. Terlalu biasa dalam kehidupan ini kisah rangmuda punya biasa, Bila Berjumpa dan selalu bertemu, lalu bercinta, kemudian timbul cemburu dan mencurigai, lalu ada pula hati
    yang iri terluka dan kecewa. Lalu berpisah dan merana jadinya. Dan esok lusa mula mencari dan mencari lagi. Kerana terlalu biasa ,mudah saja kita melupainya. Begitulah cerita dalam hidup seorang anak muda dini hari di alam rumaja. (Cuma andaian)Semoga tidak begtiu Amin.

    BalasPadam
  9. Abang dengan sajaknya bertajuk: MEMETIK DAUN KERING. Mencritakan tentang perjalanan hidup di dunia ini.Mungkin dua manusia yang berbeza walaupun lahir dari satu perut ibu yang sama.Jika sesaorang itu bagai terangcang hidup atau tugas yang ditentukan tuhan. Ada orang yang suka dengan kehidupan di pendalaman dengan dunia hutan belantaran mengharungi kehidupan dngan penuh pahit getil berjuang dengan kehidupannya. Tetapi mungkin bagi seorang dari keluarganya abangnya bagai berani sahut cabaran dengan ilmu pengetahuan yang diperolehinya telah berjaya mengharung kehidupannya di luar daripada hutan belantara. Bgitulah erti sebuah kehidpan,kita kena mengubah naib bukan nasib menentukan kehidupan kita. Amin ( cuma andaian saja.)

    BalasPadam
  10. sebanarnya ah shu yg buat diri dia di benci...

    BalasPadam
  11. org benci sbb ada sebab apa la pnya ah shu...

    BalasPadam
  12. kenapa ah shu ni x pindah je dari kmpung tu dah thu org x ska?

    BalasPadam
  13. eh! cerita ah shu plak dtg balik?

    BalasPadam
  14. kesian ah shu smua benci dia...

    BalasPadam
  15. ah shu ni selamat dia x mengamuk plak?

    BalasPadam
  16. apa pnya suel la ah shu tu semua org benci dia...

    BalasPadam
  17. patutlah tjuk dia suka naik angin? hehe

    BalasPadam
  18. eh! ah shu ni asyik mengamuk je kenapa?

    BalasPadam
  19. ah shu ni org gila ke? hehe

    BalasPadam
  20. klu asyik mengamuk je mcm mana org x benci?

    BalasPadam
  21. sian ah shu tu la spatutnya kena buat baik dgn smua org...

    BalasPadam
  22. ah shu ni keje niaga ke dari dulu?

    BalasPadam
  23. ah shu ni mcm pnh dgr saja sbb sy ada sorg kwn dulu cina jgk dia jual ikan nama abg dia pun ah shu jgk...

    BalasPadam
  24. ah shu ni baik duduk dlm hutan jer? hehe

    BalasPadam
  25. susah jgk ah shu ni jnis x bercampur...

    BalasPadam
  26. selamat dia x bunuh plak org kmpung dia tu?

    BalasPadam
  27. ah shu x patut jgk la semua org dia nak maki hamun...

    BalasPadam
  28. susah jgk hidup sorg nk minta tolong kt org susah jgk?

    BalasPadam
  29. aku rasa ah shu ni sakit mental la...

    BalasPadam
  30. ah shu ni agak2 la semua org dia nk maki hamun...

    BalasPadam
  31. ah shu ni org cina keturunan samurai ke asyik nk pancung2 plak?

    BalasPadam
  32. klu kt kmpung aku ah shu buat mcm ni sah kena bakar rumah dia...

    BalasPadam
  33. aku rasa ah shu ni meroyan kot? hhaha

    BalasPadam
  34. mungkin jgk ah shu ni kena rsuk kot?

    BalasPadam
  35. ah shu ni bkn dh gila tapi kejam! haha

    BalasPadam
  36. akhir sekali ah shu ni mati ker?

    BalasPadam
  37. cerita benar ke ah shu ni?

    BalasPadam
  38. memburu kejayaan plak sajak kali ni?

    BalasPadam
  39. best sajak ni ada nasihat sikit...

    BalasPadam
  40. wah! sajak simbolik plak dari en nuri?

    BalasPadam
  41. sajak yg pendek dan senang nk phm...

    BalasPadam
  42. menarik sajak kali ni...

    BalasPadam
  43. sajak kali ni mmg menarik tentang khidupan...

    BalasPadam
  44. sajak ni boleh buat lagu ni menarik lirik...

    BalasPadam
  45. sajak pesan memesan plak kali ni...

    BalasPadam
  46. sajak nasihat la best... hehe

    BalasPadam
  47. sajak ni phm sikit tentang mengejar cita2 sajak semalam susah sikit nk phm,.

    BalasPadam
  48. sajak ringkas dan padat!

    BalasPadam
  49. en nuri pun buat sajak simbolik jgk? hehe

    BalasPadam