Sabtu, 27 November 2010

MASA AKAN MENCERITAKAN



Sejarah bisa merakamkan
waktu pula akan menentukan
bila tiba masa dan ketikanya nanti.

Setiap yang mungkar
jangan bisa dimakrupkan,
setiap yang dibatalkan
jangan bisa disahkan,

Kerana hari dan waktu
akan menceritakan segala
kerana sejarah telah membuktikan
pada cerita benar atau cerita salah.

Seorang berwajah tampan
jika kerjanya amat jahat dan keji
ramai orang akan membencinya,
tapi seorang kurang tampan
jika kerjanya baik dan ikhlas
ramai orang akan menyayanginya,

Begitulah lumrah kehidupan
masa  akan menceritakan segala
apa yang ada pada lipatan sejarah
untuk  kita mengambil ikhtibar darinya
sebagai satu tauladan buat pengajaran.

Oleh: Nurimanja,
Tersadar dari lena Bandar Baru PERDA
12hb, januari, 2009.



50 ulasan:

  1. ______________________________________________________________________

    CERPEN LAGENDA KE 13. SIRI PERTAMA : BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982.
    ______________________________________________________________________


    Hari ini orang kampung gempar, hari ini ada orang mengucap panjang, hari ini orang kampong akan berhenti dari megumpat dan mencelanya lagi. Mungkin juga hari ini ada orang kampung yang berpura-pura menangis dan bersedih atau pun bersimpati di atas pemergiannya kepankuan Ilahi.

    Kalau dulu ramai orang kampung berkata;

    "Nek Abang Junaidi, tahi hidung masin. tangkai jering, gemgam tak tiris, kedekut, haji bahil!" Entah berbagai tomahan dan cacian yang telah dilemparkan kepada Nek Abang junaidi.

    Nek Abang Junaidi tahu semua itu, tetapi dia bukanlah orang yang suka mengambil hati, sikap Nek Abang Junaidi yang kuat bersabar menjadikan orang kampung sukar mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.

    Dari gaya dan watak keperibadian dirinya jugalah menjadikan di satu ketika dahulu, Nek Abang Junaidi dicalun menjadi kepala Desa. di kampung Emas Tempawan, kemudian dicalun lagi menjadi penghulu pula diantara dua tiga kampung kecil di sekelingi kampungnya.

    Kini berita pemergian Nek Abang Junaidi telah tersebar luas segenap pelusuk sehingga melewati di sekelilingi luar Kampung Emas Tempawan itu. Berbagai bentuk keluhan dan pertanyaan datang bersarang di benak hati orang-orang kampung Emas Tempawan.

    Bagaimana dengan kedai Nek Abang Junaidi yang dibuka di bawah rumah itu, Bagaimana pula dengan isteri dan dua orang anak dara yang belum berkhawin itu?

    Maka berbagai andaian yang tembul dan bermain di benak hati orang-orang kampung itu. Beberapa orang anak muda kampung itu yang tidak mempunyai pekerjaan telah mula memasang angan-angan.

    "Hai,, Jika aku dapat khawin salah seorang daripada anak dara Nek Abang Junaidi itu, cukup bertuah kedai dan hartanya pasti dapat dimiliki ,hidup pun tentu senang dan berubah, walaupun usia anak dara Nek Abang Junaidi itu telah melewati ke angka ke tiga puluhan."

    Begitulah angan-angan Sapani salah seorang anak teruna telajak usia yang bekerja di sebuah bot pengangkutan Tunas Rajang di antara kampung Emas tempawan ke Sarikei itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. TIADA KATA DAPAT KU UCAPKAN

    tatkala berdiri disudut sama;
    namun berbeza dimensi
    bukan masa dan waktu yg sama
    lalu segalanya tak sekata -
    kata tak terucap soal tak terjawab.
    maafkanlah titik pertemuan ini
    sepatutnya satu nokhtah
    pengakhir segala bicara
    dan setelah ini tiada lagi
    kata-sapa selain sekian ....
    terima kasih dan selamat tinggal


    Sharul Romandy
    sajak pertama dari saya harap qalam sudi ulas...

    BalasPadam
  4. DALAM HATI ADA TAMAN

    bercerita tentang sebuah taman;
    rumput menghijau memenuhi halaman
    serta sebuah kolam yang kekeringan,
    dulunya menakung air jernih
    himpunan mata air ada seekor kuda
    bagai terlepas dari kandang
    mendatangi kolam itu
    dengan haus dahaganya
    bagai mengharap sekolam air
    untuk dihirup dan dihabiskan
    pilihanku antara padang hijau
    tanah tandus dan gersang
    namun aku memilih kesederhanaan
    untuk mendapat kedua-duanya
    agar lebih adil dan saksama
    mandapatkan sedikit kebahagian
    dalam sebahagian kesengsaraan
    jika taman itu aku punyai
    kolamnya pasti kupenuhi air jernih
    mengalir tenang menghapus kegersangan zaman berzaman


    Saidatul Husna
    Sarikei
    1pagi

    BalasPadam
  5. Sajak daripa Sdra Sharul Romandy bertajuk: TIADA KATA DAPAT KU UCAPKAN. Atau kata allahyarham P. Ramlle TIADA KATA SECANTEK BAHASA. atau LUKISAN nak kutunjukkan perasaan. Begitulah agaknya pengucapakan singkat yang ingin diluahkan si penulis mungkin dalam satu pertemuan yang singkat.Cuma dapat berpandangan, tetapi bila ada sesuatu yang kurang menyenangkan . maka disini pohon berhenti (nokhtah) dan berlalu sekadar terima kasih dan selamat tinggal . putus perhubungan. Semoga yang baik daripada Allah yang lemah dan gagal itu dari kelemahan kita sendiri. Amin.

    BalasPadam
  6. Sajak sdri Saidatul Husna sarikei dimana? Sajak anda bertajuk: DALAM HATI ADA TAMAN. Pengucapannya menceritakan kegelisahan hati seorang perawan, bila terasa berseorangan ingin mencari pasangan. Kuda mungkin seorang jejaka, peringgi mungkin merupakan seorang wanita. Padang hijau dan tanah tandus merupakan kegelisahan hati menanti untuk menamatkan alam kerumajaan. Pemelihan bukan pada Segala keindahan dan kemewahan, cukup sekadar kesederhaan buat bekalan hidup dunia dan akhirat, jika benar ada jejaka yang sudi pastinya akan dibelai dengan manja dan mesra., semoga bertemu jodoh nanti. Amin. (cuma andaian sajasajak jiwa rumaja)

    BalasPadam
  7. tak patut btol org tu kata mcm tu kat ANJ!

    BalasPadam
  8. sapa org yg hina ANJ tu en nuri? bgrhu sy biar sy hentak kepala dia...

    BalasPadam
  9. x sayang mulut btol sapa yg hina ANJ tu!!!

    BalasPadam
  10. rasa panas btol dia hina perkeja en nuri sah menempah maut dia ni...

    BalasPadam
  11. laki ke pmpuan tu? mmg mulut xde insurans

    BalasPadam
  12. barua btol tak berani letak nama plak!

    BalasPadam
  13. sapa yg kata mcm ni kat geng citra rasa? kurang ajar!

    BalasPadam
  14. cis! x berani letak nama klu dia letak nama dan e-mail mmg rosak komp dia sy buat nnt...

    BalasPadam
  15. en nuri thu x blog dia yg mana? sy nk hntr virus ni

    BalasPadam
  16. kurang ajar btol! rasanya mahu ganyang sja org yg ckp mcm ni!

    BalasPadam
  17. biadap jgk dia ni sbb setahu sy ANJ bukan org jahat..

    BalasPadam
  18. selamat dia matrah ANJ klu dia marah en nuri mmg cari pasal la...

    BalasPadam
  19. pasal anjing pun dia naik gila mcm setan! barua pnya tnpa nama!

    BalasPadam
  20. rasa mcm nk hentak je kepala dia dgn helmet mana blog dia en nuri?

    BalasPadam
  21. dia ada blog x en nuri? klu sy dapat cam muka dia mmg pecah muka dia ni...

    BalasPadam
  22. sedap2 mulut je kata kt ANJ mcm tu...

    BalasPadam
  23. dia ni mmg org xde pelajaran sbb org ada pelajaran lain percakapan dia...

    BalasPadam
  24. rasa mcm nk angkut je semua ahli citra rasa pegi belasah dia...

    BalasPadam
  25. mmg skrg ni masalah anak2 berpunca dari mak bapak...

    BalasPadam
  26. sokong sajak ni ibu bapa yg patut di pulihkan dulu sebelum anak2...

    BalasPadam
  27. kdg2 anak jd tertekan sbb kurang perhatian ibu bapa...

    BalasPadam
  28. apa2pun ibu bapa kena main peranan penting jgk dalam mendidik anak2...

    BalasPadam
  29. mmg ibu bapak perlu di pulihkan sbb merekalah anak2 jd x tentu arah...

    BalasPadam
  30. bdk2 ni kena asuh dari kecik2 klu dh besar susah la...

    BalasPadam
  31. gejala sosial berlaku sbb ibu bapa byk biar

    BalasPadam
  32. menarik sajak pasal ibu bapa patut di pulihkan...

    BalasPadam
  33. ibu bapa pun dah thu buat anak tp x reti jaga

    BalasPadam
  34. mmg ibu bapa ptut di pulihkan segera...

    BalasPadam
  35. nek abang junaidi?? mcm pnh dgr je nama ni...

    BalasPadam
  36. cerita pasal apa plak kali ni??? misteri jgk...

    BalasPadam
  37. kurang ajar pnya org kmpung! thu nak mengata jer..

    BalasPadam
  38. sampai dia dh mati pun org kmpung kutuk dia???

    BalasPadam
  39. apalah salah dia sampai org kmpung marah sgt kt dia?

    BalasPadam
  40. byk pahala nek abang junaidi ni sbb ramai kutuk dia...

    BalasPadam
  41. kepala desa tu mcm ketua kampung jgk ker?

    BalasPadam
  42. ingatkan nama sy td rupanya sapani? hehe

    BalasPadam
  43. mcm mana nek junaidi ni boleh mati?

    BalasPadam
  44. cerita ni mcm peryiasatan plak? hehe

    BalasPadam
  45. menarik ini cerita

    BalasPadam
  46. mana dapat idea?

    BalasPadam