Khamis, 4 November 2010

LIDAH PUN BOLEH TERGELINCER





Apabila lidah kita tergelincer
Malaikat rahmat pun melarikan diri
Kerana terlalu banyak mencaci dan mengeji
 Mencritakan tentang  perkara yang dusta
Yang pasti boleh terperangkap di api neraka


Jagalah lidah jangan tergelincer
Daripada terjatuh dilembah kehinaan
Jangan cuba menempah kegelinceran lidah
Kerana pengucapan kita akan dicatat malaikat
Pastikan ucapan kita tidak tergelencer lidah.



Oleh: Nurimanja,
Terlalu banyak dengar ceramah,
Sehingga diri menjadi takut dan lesu.
November 2010, 9 malam. Galas jangan patah.





50 ulasan:

  1. Sambungan siri 2

    (saya pencerita bukan en nuri)

    2. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ?ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

    Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang ?orang yang menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

    Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama bdam.
    Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

    Bersambung esok.

    BalasPadam
  2. SIRI (12)

    AKHIR SEKALI PROSES:

    Dalam penulisan cerpen kita msti ada dua proses : satu proses dalaman kedua proses luaran.

    1.POSES DALAMAN:

    Cetusan mula ilham datang bagai dapat melihat
    Berulang-ulang dan dapat melekat di hati kita
    Terasa ada gerakan cuba mnlis bahan yang terkumpul
    Kemudian dia cuba pula merangka isi pengalaman
    Akhir sekali disusun mana satu dahulu dan mana pula hendak dikemdiankan.

    2.PROSES LUARAN:

    Persedian
    Mengumpul bahan
    Menjaring dan memilih bahan
    Merancang plot crita
    Merangka dalam kurungan
    Mula mood atau proses menulis
    Menyremak kembali (Yang ini saya paling malas)
    Kelahiran sebuah karya kreatif yang dinamakan cerpen.

    UNTUK DIHATAR

    Sebuah cerpen yang baik guna gaya persembahan (aksi -showing) bukan gaya perkhabaran.(cakap-telling)

    Kemudian pilihlah ke akhbar atau majalah mana yang sesuai. Amin



    S E L E S A I . SUSUNAN OLEH : NURIMANJA. –Buat tiga orang anak muridku yang gagal ikut bengkel jadi penulis satu hari sudah lari- CATATAN INI TAHUN 1982.

    BalasPadam
  3. Apa Pas buat 20 tahun perintah Kelantan?

    GUA MUSANG 31 Okt. - Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukkan RM393.4 juta untuk mengadakan pelbagai projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

    Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, projek itu dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat di kawasan ini biarpun ia terletak jauh dari pusat bandar.

    Pada masa yang sama, beliau mencabar kerajaan negeri menunjukkan pembangunan yang dilakukan oleh mereka untuk membantu rakyat di kawasan itu.
    "Saya ingin tanya apakah yang dilakukan kerajaan Pas Kelantan untuk bantu rakyat. Jangan asyik salahkan orang dan kata pembangunan tugas Kerajaan Pusat sahaja, mereka (Pas) juga kerajaan, sudah 20 tahun perintah apa mereka buat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
    (Sedutan akbar UM dibenci PAS)

    BalasPadam
  4. RASA YANG TERTIPU

    Rasa tak pernah tipu
    Perasaan selalu jujur
    Kalau itu yang aku rasa
    Aku tulis Aku luah
    Kenapa malu nak menangis?
    Kenapa segan nak mengaku dosa?
    Tapi beria-ia meluah cinta
    Kau aku kita sama
    Mungkin banyak dosa dari pahala
    kau Ada cinta atau nafsu beraja?
    Syurga, neraka kau pilih yang mana?
    Kalau syurga kenapa himpun dosa?
    Kalau takut neraka
    kenapa sinis pada pahala?
    Kau mengadap kiblat kau angkat doa
    Kau ingat ini suka-suka?
    Jangan cakap kau sedar
    Tapi tak tau apa yang tak kena.
    Antara nikmat dan dosa
    Antara cinta dan nafsu
    Aku keliru Atas dasar apa
    aku harus menilai
    Perasaan itu datang dan pergi
    Sujud dan tafakur silih berganti
    Lantai dunia sepi keagungan Illahi
    bukti Saat segala taubat terhenti


    Pak Bostamam
    Kedah
    11malam

    BalasPadam
  5. KITA SEMUA SAHABAT

    Engkau bagai semalam bersamaku
    Mengisi kekosongan waktu
    Warnai duniaku Masih terbayang
    Perjalan kita bersama
    Mengharungi suka duka kehidupan
    Jatuh bangun sepanjang perjalanan
    Masa terhenti air mata menitis
    Tak akan berulang lagi semua ini
    Walau sekuat mana aku menangis
    Kini kau disana jalan yang berbeza
    ku percaya kita pasti tak lupa
    pada apa yang telah kita bina
    akan aku hargai kehadiran di sisi
    kau hadiahkanku permata
    persahabatan yang kekal selamanya


    Muhamad Rabbi
    UIA
    1pagi

    BalasPadam
  6. HANDPHONE BARU

    Aku ni bodoh agaknya,
    tak tahu nak pilih handphone mana,
    antara sony ericsson atau nokia.
    dalam banyak model aku nampak dia
    tapi handphone itu lari dari aku,
    aku boleh rasa itu.
    nak beli dia tak nak jual,
    nak pinjam dia tak bagi,
    nak renung pun anggap
    bagaikan aku ini sudah mati.
    bila sesuatu itu di tafsirkan
    memang mengarut pada awalnya,
    tapi hakikatnya nyata
    penghujung cerita
    tapi tak mengapa akanku
    cari handphone itu
    ia akan tetap menjadi milik ku
    walau ku terpaksa
    berkeras kepadanya!

    Bob Kuli
    ketika di kedai handphone

    BalasPadam
  7. RASA YANG TERTIPU Sajak berbau politik juga kali ini oleh orang lama dan penuh berpengelaman oleh Pak Bostaman membicarakan tentang eorang yang masih berbangga dengan kerja yang dilakukannya, malah tetap enggan mengaku diri salah atau tidak betul, malah akan mahu terus bermengah dengan sikap penduhakaannya dan sikap kekejiannya, malah bagai idak takut dengan dosa atau kemurkaan IIlahi. Bagaimanakah untuk menilai syurga atau neraka. Kerana mengisi hawa nafsu dengan kemabukkan ingin berkuasa, Dan siapa kau, mereka, aku akan perkena, demi cita-cita yang membara di hatinya, tiada siapa boleh menghalang, biarpun pecah tembelang. Demi mencapaicita-cita berjuang untuk berkuasa. Malaikan Allah sahaja yang mampu memberhentikanNya. Amin.

    BalasPadam
  8. Sdra Muhamad Rabbi dengan sajak perpisahan bertajuk: KITA SEMUA SAHABAT Begitulah kehiupan kita setiap ada pertemuan biasanya akanlah prpisahan diantara sahabat dalam berbagai perjuangan atau pengajian mengikut bidang masing-masing. Kekdang sudah menjadi ketetapan yan ditentukan Allah ila tamat pengajian, pastilah berlaku Majlis perpisahan , ada yang terus pengajian , ada yang bekrja, ada yang ke luar negara dan bebagai lagi. Namun sesekali peristiwa persahabatan yang akhtab agak sukar pula dilupakan, kenangan sudah pastilah sering bermain dalam lipatan hati. Amin

    BalasPadam
  9. Sajak Sdra Bob Kuli dan Brader Joe ini mereka menulis apa yang berlaku ke atas diri mereka.
    Oleh sebab itu, setiap sajak mereka ada sejarah, bila betahun nanti,pasti mereka akan boleh
    Kembali becerita kepada siapa saja kenapa sajak-sajak itu lahir, dimana ,kenapa, bila, semua akan mejadi memory.Itulahdinamakan sajak catatan pendek yang telah diluahkan oleh hati dengan peasaan secara penyusunan ayat dan kata-kata yang turun berbentuk puitis dan seni.Berbeza orang bukan berjiwa seni dan biasa, mereka akan biar begitu saja di dalam memory tidak membuat catatan, tetapi bila ada sesuatu keadaan yang ada persamaan mereka secara sepontan akan keluar cerita Itu dari memory hati atau kepala otak mereka, lalu berboraklah mereka di mana sajak kususnya di kedai kopi atau kantin waktu rehat tempat mereka bekerja. Begitulah apa yang dicatat oleh Bob Kuli dalam sajaknya di kedai Handphone.mungkin ada sadikit ketegangan.

    BalasPadam
  10. oh ingatkan en nuri yg pegi ke israel td?

    BalasPadam
  11. wah! byk jgk cerita pasal yahudi kat sini..

    BalasPadam
  12. yahudi dgn israel tu sama ke lain???

    BalasPadam
  13. masa bini aku mengandung dulu aku xbeli plak buku mathematik? hehe

    BalasPadam
  14. huh! mengandung pun boleh buat matematik ke?

    BalasPadam
  15. eh! boleh latih otak bayi ke kalau buat matematik masa mengandung???

    BalasPadam
  16. israel tipu ape? sbb mcm x logik je nak buat matematik masa mengandung...

    BalasPadam
  17. huh! boleh ambik iktibar dari israel pnya cerita ni...

    BalasPadam
  18. huh! byk jgk israel buat kita x buat...

    BalasPadam
  19. btol ke kalau buat matematik otak bayi pun cergas jgk?

    BalasPadam
  20. nmpk mcm x logik je tp ape2pun nk try la bila sy mengandung nnt... insyaallah....

    BalasPadam
  21. alamak! nk minyak ikan pun dorg mkn!

    BalasPadam
  22. wah! byk dah didedahkan kat sini x bahaya ker?

    BalasPadam
  23. selalunya israel ape yg dorg buat sulit mcm mana boleh dpt cerita pasal ni?

    BalasPadam
  24. nnt nak kena beritahu bini aku la pasal israel ni...

    BalasPadam
  25. org mlyu x jaga pemakanan sbb tu anak lahir jd x tentu arah....

    BalasPadam
  26. makanan pun ada jgk pantang larang? ingatkan org mengandung boleh bedal je semua....

    BalasPadam
  27. ape kena mengena matematik dgn bayi dalam kandungan?

    BalasPadam
  28. byk dah rahsia israel dah terbongkar! hhehehe

    BalasPadam
  29. ni rahsia sulit israel en nuri bongkar plak? x bahaya ke ni?

    BalasPadam
  30. semua masyarakat israel amal mcm ni ke sebahagian je???

    BalasPadam
  31. patutlah org israel pandai2....

    BalasPadam
  32. lidah tergelincir??? sajak apa ni?

    BalasPadam
  33. sajak pasal lidah ni pasal pertengkaran ke?

    BalasPadam
  34. sajak lidah ni mcm maksud peribahasa "sedangkan lidah lagi tergigit ke?"

    BalasPadam
  35. sajak lidah ni pasal org suka mengumpat ke?

    BalasPadam
  36. menarik sajak lidah ni berkatalah benar walauppun pahit....

    BalasPadam
  37. sajak pasal lidah pun ada jgk....

    BalasPadam
  38. sajak kretif lain dari yg lain pasal lidah.....

    BalasPadam
  39. lidah umpama mata pedang... hehe menarik sajak ni...

    BalasPadam
  40. sajak lidah ni mcm ada simbolik sikit....

    BalasPadam
  41. sambung lagi pasal israel ni menarik jgk ikut...

    BalasPadam
  42. cerita pasal israel ni ANJ ke yg punya aku ingatkan en nuri...

    BalasPadam
  43. eh! bkn en nuri ke yg pnya cerita israel ni? kenapa ANJ plak ambik alih?

    BalasPadam
  44. byk jgk pasal israel kami dh thu....

    BalasPadam
  45. ceritalah lagi pasal israel ni ANJ...

    BalasPadam
  46. trima kasih ANJ kerana berkongsi cerita pasal yahudi ni....

    BalasPadam
  47. bangsa israel ni cerdik jgk rupanya....

    BalasPadam
  48. kalau buat dokumentari pasal israel ni best jgk ni....

    BalasPadam
  49. cerita pasal israel ni best ikut baca... sambung lagi x sabar nk baca lagi...

    BalasPadam
  50. Maaf cerita asal dari Niazurul Syazwan Saarani
    Salam..it is just about my super ordinary life in present and future [insyaAllah]..previously, i was studying in SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Penang..then continue my foundation programme in Sunway University College in Monash University Foundation Year (MUFY)..recently im studying in University of Canterbury, New Zealand in power engineering major in electrical..cant wait to write more soon on tingle interesting stories..so, c ya!

    AJK suka ziarah blog org luarnegara
    kekadang en nuri pun sama. AJK biasanya tukang taip dan terbit saja. Nama siapa pun letak tidak penting, massejnya.

    Yahudi ada dua golongan ada yang menentang keganasan, selalu yang kurang ini Zonis.

    Sebenar mereka anak cucu nabi Allah Ibrahim, Nabi Ishak dg isteri tuanya siti sarah (Yahudi)
    isteri keduanya siti hajar lahir
    nabi Ismail (Muhamad- Islam) Sebab itulah mereka duk merebut baitul muqadis....

    BalasPadam