Jumaat, 12 November 2010

JANGAN MENGUMPAT DAN MEMFITNAH






Mengumpat dan memfitnah  bagai mengazabkan saseoarang
malah lebih dahsad daripada seorang membunuh saudaranya
jangan mengumpat ataupun memfitah akan saudara Islammu
kerana menjatuhkan maruah saudara seIslam itu amat berdosa

Jangan menjadikan hidup sesaorang itu menjadi dirinya tertekan
sebaiknya malu dan larilah dari sifat suka mengumpat dan fitnah
malah semua amalan kita di akhirat nanti akan dikira jadi muflis
kerana terlalu banyak mengumpat dan memfinah semasa di dunia.

Seorang yang suka mendedah dan mencari kesalahan orang lain
di hari akhirat dia mengngoyak tubuhnya dengan kuku panjangnya
siapa diantara kamu yang suka makan daging busuk saudaranya?
Itulah balasannya, di dunia  dulu suka mengumpat dan memfitnah.


Oleh: Nurimanja,
Catatan rengkas ceramah bebas,
Dua tiga hari yang lalu. 11/2010. 




 



50 ulasan:

  1. sambungan cerpin bersiri ; siri ke 3 bertajuk ; PAK TEH BERBINI TUJUH. Oleh; Nurimanja,
    ______________________________________________________________________

    Pak Teh jadi serba salah, tidak diberi cucu, diberi modal pun tak balik, tak apalah. "Ambillah cu, ambillah!" kata Pak Teh, Jusof mengikat dua biji durian tembaga itu, dua orang cucunya melompat-lompat gembira, sambil berkata sebelum berlalu dari situ, "Terima kasih Tuk, Terima kasih!," Pak Teh melambai-lambai tangan kepada kedua cucunya itu. Jusof tersenyum.

    Kini Pak Teh bertambah resah, sial apakah hari ini? keluh hati Pak Teh, sesekali dia memintal-mintal misai yang melintang di pipinya itu, paip bengkok yang tidak berasap dipedap-pedap dengan hujung jari telunjuknya.

    Pak Teh teringat hari-hari kejatuhannya dahulu; "Sial! kalau tidak kerana Pak menteri kebudayaan menghidupkan silat gayung dan silat kalimah nasrul hak dulu, tentu silat pulut dan silat cekak ekor musang aku masih bernafas dan digemari ramai di majlis kawin dan sambut orang besar, kini habuk pun tak ada," runggut Pak Teh , kesal.

    "Ahh! Pak menteri juga telah jatuh, walaupun mendapat pencen, pangkat dan bintang kehormatan, aku tidak hairan, kerana aku dapat menawan tujuh orang perawan tua yang terlajak usia," kata Pak Teh dalam hatinya, tersenyum bangga.

    "Hai! Pak Teh jual durian ke?" Tegur Halim bekas seorang anak murid Pak teh yang pernah belajar bersilat di kampung hilir dahulu, Pak Teh pun tersenggeh senyum bila tersedar dari lamunan tadi, waktu itulah Pak Teh teringat kembali di dalam hatinya; Bagaimana Halim menjadi orang tengah memujuk Pak Ali untuk meminang Sidah perawan tua yang telah berumur tiga puluh dua tahun itu untuk dijadikan isterinya yang ke tiga,
    Perkhawinan Pak teh dengan Sidah tidak bertahan lama. Sidah yang berpenyakit Asma sering memganggu tidur Pak The setiap malam, akhirnya mereka berpisah juga tanpa mempunyai seorang anak pun.

    "Pak Teh, Mak Cik Sidah pesan kalau cupa Pak Teh jual durianm minta sebiji dua, lagi pun Pak Ali sakit teringin nak makan durian tembaga Pak Teh jual, " beri tahu Halim kepada Pak Teh.

    :Hemm , ambillah, ambillah dua biji durian itu," kata Pak Teh, sambil memelih durian yang baik isi tembaganya, Halim segera menginkat dua biji durian itu dengan tali rupia, "Terima kasih Pak Teh, terima kasih, mudah-mudahan murah rezeki Pak Teh, amin!" kata Halim sambil berlalu dari situ dengan senyum memanjang.

    Pak Teh mengeleng-gelengka" Keluh Pak Teh sambil menghidupkan api paip bengkoknya yang sudah lama padam. Orang ramai yang lalu lalang di kaki lima pekan kecil Bagan Serai itu, sudah pun senoni dengan Pak Teh, dari kecil hingga besar, Pak Teh seorang guru silat yang banyak bini.
    Waktu itulah datang pula seorang perempuan gemuk separuh umur datang mencangkung di hadapan Pak Teh sambil dia memilih durian tembaga yang paling besar.

    "Pilih, pilih, haaa, tinggal sadikit saja lagi durian ini," kata Pak Teh, kini hatinya berasa lega bila melihat perempuan gemuk itu memilih dua biji durian tembaganya, Pak Teh segera mengikatnya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. BUKTI KUKUH DARI ZAID IBRAHIM.
    Selasa lalu, Datuk Zaid Ibrahim memberitahu, segala permasalahan yang timbul dalam PKR termasuk kekalutan pada pemilihan parti yang menyaksikan pelbagai aktiviti penyelewengan serta penipuan berleluasa, adalah manifestasi kelemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Zaid berkata, kelemahan Anwar terbukti apabila beliau hanya pandai menyalahkan BN apabila misi 16 September gagal, ahli Parlimen keluar parti selain kehilangan pentadbiran negeri Perak, sedangkan semua perkara berlaku berpunca daripadanya.


    Selain itu, beliau mendakwa kelemahan Anwar juga semakin terserlah apabila hanya 6,000 ahli parti keluar mengundi dalam pemilihan PKR dan pada masa yang sama parti itu kini dilihat semakin tidak bermaya untuk menjadi sebuah parti pembangkang yang kuat.

    Sehubungan itu, beliau yang baru mengumumkan penarikan diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden mendesak supaya Anwar bersama 'anak emasnya', Azmin Ali berundur daripada PKR kerana kedua-duanya disifatkan sebagai punca kepada segala masalah. (PAUM)

    BalasPadam
  3. LALANG

    Masa menukar tanggapan manusia
    Kenapa kota berasap dusta
    berarak kufur nikmat dunia
    kita belum habis menyoal
    tujukan ia pada mereka-mereka
    tidak punya arah tuju
    falsafah kerenah dan semua itu
    tidak membuatkan kau
    lebih pandai dari aku
    bukan kau salah seorang dari mereka
    dahulu lalang tak mati
    sudah bertumbuh
    Malam ini dengar angin berdesing
    deras mengalir seru ombak datang
    aku ditemani sunyi lagi
    duduk sini kelihatan awan berdansa
    bersama jiwaku bersama cahaya
    seperti aku tak percaya masihkah
    ada hidup di hari esok


    Zainal Arifin
    ketika balik kampung halaman
    10pagi

    BalasPadam
  4. BERHALA

    Apabila semua sembah dia
    Semua percayakan katanya
    Aku lihat dia umpama berhala
    Andai dia itu seperti berhala
    memang selalu saja dia itu
    mahu dipuja-puja sepanjang masa
    Diberi jamuan padanya tak kira hari
    Sentiasa suci tak disentuh sesiapa
    Biar jelas nampak sudah
    temberangnya di depan mata
    Maka runtuhkan bakar sahajalah ia
    Biar percaya kau manusia berhala
    Tak ada penghujungnya.


    Pak Bostamam
    selepas membaca surat khabar di halaman rumah

    BalasPadam
  5. SI BUTA TAHU SEGALANYA

    Semua hairan apabila si buta
    mengatakan merah itu benar
    kerana sibuta mana nampak dan tahu
    lalu mereka bertanya si buta itu
    tapi si buta itu merenung ke langit
    mengatakan bulan itu ada tiga segi
    Hijau dan biru warna bulan itu
    tapi bulan tak setenang warnanya
    apabila ada anjing di bulan itu
    memberitahu kucing itu 6 kaki

    mereka hairan macam mana
    si buta nampak dan tahu semuanya
    tapi kali ini si buta mengharapkan
    ada tangan memegang lengannya
    beritahu bukan semua manusia untung
    Bukan selalu bulan indah direnung
    Yang merah itu sebenarnya hitam
    Dan bulan itu biasanya malap
    Supaya biar mereka semua tahu
    dunia banyak rintihan
    kerana banyak orang baling batu
    tapi di sembunyi tangan
    beritahu si buta pada mereka itu


    Jalal Rafzee
    percubaan sajak simbolik dari saya di harap qalam dpt menangkap..

    BalasPadam
  6. LALANG sajak dari Zainal Arifin pengucapan sajaknya bagai terdengar desak desus ada cerita, mungkin perbualan dari orang kampung, Ada angin beritup penghuni kampungnya telah berubah haluan dan menyukung pihak tertentu, kini telah beralih angin menyukung pihak lain pula, sebagaimana daun lalaang dituip angin. Dimana saja ada angin kencang betiup ianya akan mengikut. Satu contoh ketidak ketetapan hati dan pegangan yang kuat, sering saja berubah-ubah, begitulah kata asal dalam bahasa arab kalbu (hati yang sering berubah-ubah) samlah juga seperti daun lalang yang ditiup angin. Agak susah untuk dinilai manusia yang hidup berpendirian longgar begini ,Semoga cepat sedar Amin,

    BalasPadam
  7. BERHALA sajak daripada Pak Bostaman pengucapannya menceritakan tentang pemujaan yang keterlaluan kepada sesaorang, mungkin boleh dikatakan terlalu fanatik atau taksup. Sehingga apa saja yang dikatakan tanpa bicara panjang terus percaya dan telan bulat-bulat, sehingga kalau dia mengatakan kambing boleh terbang, mereka akan percaya membabi buta. Di sini si penulis ingin menyedarkan kepada pemuja bahala ini elohlah sedar atau bakar saja bahala itu, kerana segala keyakinan dan kepercayaan anda selama ini tidak ada penghujung. Semuanya bagai satu cerita dongingan untuk kepentingan diri tertentu sahaja. Semoga segera dan kembali sedar. Amin.

    BalasPadam
  8. Sajak simbolik dari Jalal Rafee bertajuk: SI BUTA TAHU SEGALANYA. Si Buta di sini
    umpama seorang ahli silap mata yang cuba perbodohkan orang ramai dengan ramalan dan dogingannya . merah itu benar, walaupun dia telah tahu dalam hati dan jiwa si merah itu sebenarnya niatnya hitam. Begitu juga warna bulan hijau, berbntuk tiga segi, bukan bulat lagi, kerana tepaksa tunduk dengan dua sahabatnya lagi untuk menyukung sesuatu keputusan demi ikatan pakatannya..

    Begitu juga warna biru muda berlambang syaitan mata satu, Mumutar cerita yang kekadang langsung tidak munasabah atau masuk akal demi agenda mereka yang kian pudar dan tercalar. Kerana makhluk di dalam warna-warna ini ketuanya sering saja baling batu sembunyi tangan. Menjadikan orang ramai jadi keliru dan terharu. Benarkah cerita seorang ketua yang dilantik ini seorang ahli pakar main silap mata.? Kerana pandai memutar belitkan fakta. Semoga kembali sedar. Amin

    Ketiga buah sajak kali ini semuanya ada berbau politik yang hangit dan hangus.

    BalasPadam
  9. pak ni mcm di perbodohkan jer..

    BalasPadam
  10. pak teh ni mmg betol bendul orgnya....

    BalasPadam
  11. dorg semua pakai ambik j bayar xnk?

    BalasPadam
  12. pak teh kena mandi bunga la nampknya? hehehe

    BalasPadam
  13. pak teh ni kwin byk hbis niaga kt anak bini dia jer...

    BalasPadam
  14. apa pnya sial la pak teh ni niaga xpdt apa?

    BalasPadam
  15. pak teh x mengamalkan ilmu pelaris kot?

    BalasPadam
  16. pak teh ni baik xpyh niaga.. hahhha

    BalasPadam
  17. selamat la pak teh niaga x kluar modal klu x rugi la...

    BalasPadam
  18. pak teh ni lurus sgt la.... hehe

    BalasPadam
  19. pak teh ni niaga untung kt anak beli jer... haahhaha

    BalasPadam
  20. pak teh mmg sedekah btol2... hahahha

    BalasPadam
  21. lawak la cerita pak teh ni sambung lagi.....

    BalasPadam
  22. best jgk baca balik cerpen2 lama ni.. hehe

    BalasPadam
  23. mmg niaga dpt pahala xpdt untung.... hehhee

    BalasPadam
  24. byk btol bini pak teh ni aku rasa semua nama bini dia lupa semuanya...

    BalasPadam
  25. pak teh ni mmg di aniaya oleh anak bini ni... hahahha

    BalasPadam
  26. pak teh ni xde book keeping ke nk niaga ni?? hbis semua laku tp duit xde?

    BalasPadam
  27. apa nk jd dgn pak teh ni kena pakai tangkal la dia nk niaga nnt....

    BalasPadam
  28. cerpen ni cerita dari daerah mana ni?

    BalasPadam
  29. sajak pasal apa plak kali ni?

    BalasPadam
  30. sajak nasihat menarik ni....

    BalasPadam
  31. sajak mengumpat plak? sajak lama kan?

    BalasPadam
  32. sajak mengumpat? sajak nasihat kan? best2

    BalasPadam
  33. sajak kali ni ada unsur nasihat dan mengingati menarik...

    BalasPadam
  34. sajak mengumpat ni amat memberi kesedaran kpd sy... hehehe

    BalasPadam
  35. lps ni kena buang la tabiat mengumpat aku ni... hehehe

    BalasPadam
  36. eh! sajak mengumpat plak? mcm pnh bca jer?>

    BalasPadam
  37. sajak kali ni menarik jgk... thnkz1

    BalasPadam
  38. sajak yg lain dari yg lain....

    BalasPadam
  39. pak teh ni mesti xjd niaga ni....

    BalasPadam
  40. untung anak2 dgn bini dia... hehhee

    BalasPadam
  41. pak teh ni msti x reti nk niaga ni....

    BalasPadam
  42. pak teh ni kalau buka bussines sah rugi pnya? hehehhe

    BalasPadam
  43. selamat pak teh ni niaga sendiri? klu niaga dgn org sah kena buang keja...

    BalasPadam
  44. nak niaga apa mcm tu? semua bagi kt anak bini je?

    BalasPadam
  45. pak teh ni mmg klu buat filem sah mmg best! hahhahahaha lawak2...

    BalasPadam
  46. menarik baca cerita pak teh ni wlpn aku dh thu jalan cerita ni...

    BalasPadam
  47. mmg malang gila nasib pak teh.... hehehhe

    BalasPadam
  48. pak teh ni x belajar busines ni sbb tu x reti nk niaga...

    BalasPadam