Rabu, 17 November 2010

HARI TASRIB






Hari yang  dinanti-nantikan
Bagai pesta makan dan minum
Allah haramkan kamu berpuasa
pada tanggal 10, 11, 12, 13, Zul Hjjah
bertakbi,bertasbis, bertahmin,bertahlil,
kemudian bersolat dan menyembelehlah
akan haiwan ternakan yang gemok dan sihat
bersedekahlah kepada orang fakir dan meskin
kerana hari-hari bergembira penuh ibadat ini
ada nilai takwa berkaitan sejarah nabi  khalilullah
Bagaimana nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail,
Sedia berkorban apa sahaja harta ataupun nyawa
Bagi setiap titik darah koban yang jatuh ke bumi
Pastinya akan disambar oleh  para malaikat
Bukanlah  darah atau daging yang Allah nilaikan
Tetapi keikhlasan akan diampun segala dosamu
seperti mana banyaknya helaian bulu-bulu
penyebelehan binatang qorbanmu itu.
Allah Huakbar, Allah Huakbar,
Allah Huakbar Walillah ilham.


Oleh ; Nurimanja,
Masjid  AL Muhajirin,
Kampung Tersusun NH, Perak,
11hb, Zul Hijjah,
 



50 ulasan:

  1. SIRI 3 AKHIR : BERTAJUK MUSNAHNYA SATU PENANTIAN. OLEH : NURIMANJA TELOK KUMBAR. 1983.
    ___________________________________

    "Hai, Ingatkan si dia yang tak lama lagi nak pulang ke? Maklumlah orang yang sedang dilamun kerinduan..." Usik Sabariah kemudian berlalu dari situ.

    Normah bertambah gelisah, hari-hari yang datang terlalu lambat beredar dirasainya,matahari juga dirasai malas bergerak, kalau boleh, dia ingin segera untuk menemui Yusri, Dia masih teringat kata-kata Yusri dahulu, sebelum berangkat meninggalkan tanah air; " Normah, jika kita bersama, aku ingin sekali melihat kau berpalaian baju kurung yang berwarna lembut, biar keaslian wajahmu sebagai gadis desa yang kurindui tetap asli." itulah ucapan yang masih kental bersemadi di sudut hati Normah.

    Kini Normah telah pun menyiapkan baju kurung berwarna lembut, ditempahnya lebih tujuh puluh ringgit, dia bercadang untuk memakainya waktu menyambut Yusri pulang .Normah telah membayangkan sesuatu yang indah; Yusri tentu menyambut tangan dan menggemggam jejarinya erat-erat tanda melepaskan rindunya yang lama tenat.

    Sebelum tiba, hari yang dinantikannya itu, normah telah meminta izin dari ayahnya untuk pergi menyambut kepulangan orang yang dirinduinya itu di lapangan terbang BL. Tetapi ayahnya sendiri tidak mengizinkannya , dia tidak begitu yakin dengan cara perhubungan mereka.

    "Tak usah pergi, ayah sendiri tak pernah sampai ke situ.. entah betul , entahkan tidak," bentak ayahnya.

    Ayahnya tahu segala sifat kekurangan yang ada pada anaknya itu, terlalu sukar ada lelaki yang boleh jatuh hati pada anaknya. Tetapi Normah tetap berdegil. Dia masih teringat sepucut surat yang diterimanya tiga bulan lalu, Yusri ingin membuat kejutan dan ingin meperkenalkan oleh-oleh dari seberang.

    Bila tiba hari yang dinantikan; Normah dengan rasa bangga dan senyuman yang melebar, segera pergi ke lapangan terbang BL. seketika kemudian seorang jejaka yang dinanti-nantikannya telah pun turun, kemudian melewati pintu pagar bersama membimbit sebuah beg pakaian, Normah bagai ingin memekek pada dunia, itulah kekasihnya Yusri.

    Belum pun sempat Normah menerkam untuk menyambut beg pakaian di tangan kekasihnya itu, seorang gadis yang berkaca mata hitam, berkasut tumit tinggi, berkebaya belah, segera menyambut beg pakain di tangan kekasihnya yang bernama Yusri itu. Dan terus meluru ke se buah kereta yang sedang menunggu, lalu pergi meninggalkan kepoi-kepoi asap yang hitam dan kelabu itu..

    Normah menjadi lemah, lidahnya kelu untuk bersuara, cuma pandangannya saja yang mengekori pemergian Yusri , kini hati Normah menjadi hancur, penantiannya selama ini benar-benar telah musnah Sebagaimana musnahnya satu penantian…

    S E L E S A I . (ESOK)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. KENANGAN KITA BERTIGA(Capricorn)

    Semalam almari itu aku selongkar...
    ada buku lama tulisan rumi...
    pudar sepudar hati aku...
    aku bercerita sendiri..
    pada waktu dulu kenangan kita
    tapi sayang ingatan makin pudar...
    sepudar tulisan itu
    tapi jelas kenangan dulu
    aku membelek satu persatu...
    helaian demi helaian kenangan kita
    masa itu telah lama berlalu..
    tapi alunan suara masih jelas...
    suara ustaz mengajar kita...
    terima kasih jasamu
    tak pernah pudar sentiasa di hati
    di sana kita bertiga sahabat baik..
    tapi kenapa sekarang tidak lagi...
    aku seorang helaian terakhir
    kosong tapi tetap ada cerita...
    aku tersenyum menutup sejarah lama
    walaupun pudar tapi indah...
    aku akan simpan buku ini...
    buku kenangan aku tak akan buang...
    kenangan itu indah.....


    Capricorn
    ketika di pondok pengawal

    BalasPadam
  4. PINJAM.

    Hai kawan pinjam mancis,
    Nak bakar prasangka,
    Biar hangus jadi abu,
    Nak pinjam jarum peniti,
    Saya nak cucuk jari dan pipi,
    Biar terbukti ini bukan mimpi,

    Pinjam sedikit syiling,
    Saya mahu ke machine air,
    Mahu beli ribena,
    Pinjam rm10 saya nak makan,
    Kalau semua boleh,
    Bungkus semua dalam satu sampul,
    Ikat kemas-kemas,
    Campak ke Tasik
    Saya ingin menyelam mencari..

    Sebelum itu,
    Pinjam hard disk yang ini,
    Jangan campak Tasik,
    Taku-takut rosak berkarat,
    kamu pegang dan simpan,


    Muhamad Rabbi
    UIA
    6pagi

    BalasPadam
  5. MEMONOPOLI

    Memonopoli semua landasan
    keagungan diri hampir setiap ruang
    kau isikan dengan selaput restu tujuan kau harus mengerti
    sedang kemuncakmu mengundang basi kau akan lupa terhadap nilai kesuntukkan diri kita sendiri masih
    menanti lalu berlabuh.
    tahap tinggi di diri menghakis sisa
    jernih suci di buang jauh sujud
    kemasyuran memudar tingkah asal.


    Ustaz Zamree
    ketika di bilik guru waktu rehat

    BalasPadam
  6. Capricorn dengan saja momory sejarah lama bersama tiga kawan yang mencuit hatinya. Bertajuk: KENANGAN KITA BERTIGA. Dalam kehidupan kita yang sadikit ini, sesekali kenangan lama (mungkin cacatan dalam diary) sering datang Bermain di sudut hati, walaupun peredaran arus masa membawa diri sesaorang berpisah dan terdedah dengan tugas harian masing-masing, salah satu kenangan Manis yang mengcuit hati agak sukardilupakan, biarlah dia kekal menjadi rahsia buat diri sendiri, di antara kita kawan bertiga yang hilang dan yang jenaka. Amin.

    BalasPadam
  7. Sajak Muhamad Rabbi UIA bertajuk PINJAM ada maana yang tersirat dan simbolik juga agaknya. Justeru dalam hidup ini sering kita temu berbagai ragam manusia dan tabiat yang sesekali terasa bagai luar biasa, mungkin juga kerana terlebih kepintaran agaknya. Ada yang suka meminjam, ada yang suka pekena, ada yang berbuat baik kerana ada yang ingin dimahunya. Bila difikirkan adakah ini bagai mimpi atau yang sememangnya realiti atau kenyataan yang sebenar. Itulah kehidupan warga di kempus mana-mana pun pusat pengajian tinggi. Semoga ada hikmatnya untuk dijadikan satu pengajaran bagi menyambung perjalanan masa depan. Amin.

    BalasPadam
  8. Ustaz Zamree dengan sajak MEMONOPOLI terasa pengucapannya kali ini ingin mendedahkan kisah seorang yang mambuk kuasa dan ingin mengusai segala, dengan mengunakan kemashoran nama, mengharap rastu orang ramai, sedangkan apa yang dicanang dan digembar-gemburkan semuanya cerita basi yang orang ramai telah pun mengerti dan mengetahui, malah telah lama menilainya.. Sepatutnya anda mesti sedar dalam perjalanan yang tinggal sadikit ini , kembali kepada jalan yang jernih dan suci, bukan lagi bermain sandiwara yang boleh melenyapkan segala jasa dan kebaikan asal perjuangan anda dahulu kala. (ada sadikit berbau politik agaknya) semoga yang terlanjur kembali bertaubat ke jalan yang benar . Amin

    BalasPadam
  9. patutlah kekasih dia curang rupanya...

    BalasPadam
  10. patutlah kekasih dia curang rupanya?

    BalasPadam
  11. JALAN CERITA MEMANG MENARIK DAN SUSPEN TAPI TAJUK TAK KENA SEBAB MACAM DAH THU AKHIR SEKALI

    BalasPadam
  12. btol la dia akan kecewa.....

    BalasPadam
  13. sapa plak yusri tu??

    BalasPadam
  14. kesian norma di permainkan oleh lelaki...

    BalasPadam
  15. sepatutnya norma kena selidik dulu kekasih dia sapa?

    BalasPadam
  16. msti dorg kenal melalui facebook ni...

    BalasPadam
  17. norma akhir sekali msti bunuh diri ni...

    BalasPadam
  18. yusri tu curang la...

    BalasPadam
  19. kejam btol yusri snggup dia buat norma mcm tu!

    BalasPadam
  20. eh! yusri pegi mcm tu je?? sian norma

    BalasPadam
  21. selama ni yusri hanya mempermainkan norma jer...

    BalasPadam
  22. sian norma di permainkan...

    BalasPadam
  23. ptutlah tjuk dia musnahnya 1 pernantian....

    BalasPadam
  24. sampai hati yusri snggup dia curang kat norma...

    BalasPadam
  25. rasanya kekasih yusri yg bru ni lagi cantik kot sbb tu di tinggal norma...

    BalasPadam
  26. yusri ni bukan nama pena en nuri ke????

    BalasPadam
  27. rasanya yusri kwin ni atas pilihan keluarga ni...

    BalasPadam
  28. eh! en dh hbis ke apa jd kt norma?

    BalasPadam
  29. eh! yusri kwin dgn org lain ker?

    BalasPadam
  30. sampai hati yusri ni dia lupa ke norma?

    BalasPadam
  31. kalau aku norma ni aku buat bini norma dua jer... hehehhee

    BalasPadam
  32. hbis norma kwin dgn sapa plak?

    BalasPadam
  33. kejam jgk yusri ni....

    BalasPadam
  34. yg paling kesian dia buat xnmpk je norma dpn mata...

    BalasPadam
  35. norma kwin dgn sapa plak akhir sekali?

    BalasPadam
  36. norma msti jd andartu sampai tua ni...

    BalasPadam
  37. yusri hilang ingatan agaknya sebb tu dia lupa norma

    BalasPadam
  38. norma x pegi tegur yusri ke? mne thu pmpuan tu adik dia ke??

    BalasPadam
  39. norma msti balik menangis 3 hari 3 malam... hehe

    BalasPadam
  40. norma msti jd org gila lps ni...

    BalasPadam
  41. sian norma perasan dia dipermainkan...

    BalasPadam
  42. bila dtg blog ni byk psl korban aku dpt thu...

    BalasPadam
  43. esok hbis la raya korban...

    BalasPadam
  44. indah sunggu sajak korban ni...

    BalasPadam
  45. sajak psl lembu en nuri x buat ker? hehe

    BalasPadam
  46. msa raya korban pnuh la masjid lps hbis sunyi semula....

    BalasPadam
  47. mcm2 jenis sajak pasal haji ada kat sini...

    BalasPadam
  48. lps ni org pegi haji nnt balik la...

    BalasPadam
  49. menarik sajak rya haji ni...

    BalasPadam