Ahad, 21 November 2010

DISINILAH KAU


-buat sahabat yg akan berkhawin-


Teman disinilah kau!
manamat  alam keremajaanmu
cuma aku yang maseh berlari
melawan angin kencang
bersama citra rasa yang membara

Teman disinilah kau!
mencari noktah apartman yang sebenar
cuma aku yang maseh resah gelisa
di hujung malam yang sepi
bersama mimpi-mimpi yang bertabur,

Teman disinilah kau!
membina sebuah kehidupan yang unggul
cuma aku yang maseh termanggu
melihat bulan dan mentari bisu
bersama kehidupan yang mengharubiru.

Oleh; Nurimanja
Siar Majallah Sukses, 1981
31hb,Ogos, 1980.



50 ulasan:

  1. CERPEN MAT BAT SIRI 5. AKHIR . TAJUK ; CUMA TINGGAL KENANGAN (MAT BAT) Oleh; Nurimanja Pulau Mutiara
    _________________________________________________________________________________________________________

    Perasaan tidak puas hati ini bukan berakhir di atas pentas sahaja, malah berlarutan hingga dua tiga bulan, pukul dan yumbuk menumbuk secara ciri dan terang akan berlaku di mana sahaja.

    Sepanjang bulan selesai saja dari pengumuman, sering saja Mat Bat terdengar; kumpulan kampung Kelawai kena belasan teruk di kedai kopi, esok pula kumpulan Hutton Lane pula kena pukul di Penang Road.

    Di balai Polis menjadi sesak buat aduan, ramai pula yang di tahan kerana disyahki, sehinggalah rasa tidak puas hati dan dendam marah mula beransur -ansur reda.

    Mat Bat tersenyum sendirian; kisah-kisah lucu yang mengelikan hatinya sering datang menjadi penghibur dirinya dikala sunyi dan bersendirian di rumahnya yang sepi itu.

    "Tidak punya erti jika tidak punya anak sendiri, semua ilmu boria tidak dapat diperturunkan, kalau ada anak saudara ataupun anak angkat, tidak akan sama dengan anak sendiri," keloh Mat Bat .

    Sayu hati Mat Bat bila menge nangkan biola tuanya yang tergantung di dinding rumah cikgu Mat Cik Nun; yang telah berjanji akan menjaga biola itu sebagai barang antek untuk perhiasan di rumahnya.

    "Saya akan menjaga biola tua ini sebagai mengenang sejarah Mat bat bermain biola dan boria sewaktu muda dahulu untuk renungan jenderasi akan datang," janji cikgu Mat Cik Nun dengan penuh semangat memberi pengakuan.

    Bila mendengar pengakuan ikhlas dari mulut cikgu Mat Cik nun itulah Mat bat merelakan biola tuanya itu disimpan di rumah cikgu Mat Cik Nun yang juga ada tali persaudaraan sebelah ibu bapaknya di kampung Rawa.

    Kini cikgu Mat Cik Nun telah pun meninggal dunia, anak isterinya telah berpindah di Kuala Lumpur, Mat bat tidak dengar lagi khabar berita akan biola tuanya itu. Dia amat sedih dan pilu.

    "Kau pun sama seperti unta Mat cik Nun, meyimpa biola tidak tahu bermain, sama seperti unta membawa kitab tuanya tetapi tidak tahu membaca isi kandungannya," gerutu hati Mat Bat.

    Mat Bat sedih, air matanya mengalir jatuh ke pipi, bila dia mengenangkan biola tuanya yang telah lama tidak pernah digesek dan dilihatnya. kini dia menanti hari-hari terakhir menjemputnya kembali .......

    S E L E S A I .

    Nama sebenarnya Anuar bin Sultan Daik.Dipanggil Pak Nobat (Mat Bat )
    Tinggal di Acheet Street dulu.

    BalasPadam
  2. 2.Kehadiran Anwar disambut kecaman ahli
    SHAH ALAM 19 Nov. - Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini untuk memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti yang mendesaknya supaya berundur. (Petekan Akhbar UM)

    Tak payah sebut kes liwat , Angkat saja sumpah laknat, semua pengikut rasa selamat.

    Jangan cakap tak serupa bikin, sikit cakap banyak pusing , kalau benar kepala siapa pun tak pusing. SB.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. APA LAGI YANG KAU MAHU

    apa lagi yang kau mahu
    apa lagi nak ku harap
    bila mahumu dulu
    hanyalah separuh harapku
    lantas tinggallah hanya hiba
    yang berladung di jendela mata
    jatuh jadi titis-titis duka
    dalam diam kata-kata
    hati telah jadi basah
    seputar menanti
    harapku kau mahu
    namun kembali
    kau tetap dengan egomu
    seguris aku jadi hampa
    lupakan saja cerita dulu
    tidaklah lagi ku berharap
    tapi andai kau terbaca
    saat kata-kata dari perenggan ini
    tahulah masih ku rasa hangatnya
    ku yakin kau juga begitu.


    Safura Zurina
    Kuala Lumpur
    di mid valley

    BalasPadam
  6. TAK APA TAK SAKIT PUN

    Robek luka yang ada
    cucuh dengan jarum berhaba
    perah sedikit air limau hirisan
    taburkan secubit garam
    secukup rasa tak apa
    aku kan si tabib
    sapukan air suling serata
    kemudiannya iodin tiga kali
    hulurkan dengan jarum separa bulat
    sedia jahit cantum luka yang ada


    Anita Faridah
    Kuala Lumpur
    2ptg

    BalasPadam
  7. (BACR) daripada Safura Zurina dengan sajak APA LAGI YANG KAU MAHU? Pengucapannya agak tegas dan bertanya? Mana janji dan kisah dulu, segala harap kau musnahkan, segala kata kau tidak kotakan. Malah dengan keegoanmu membuat hati jadi jemu. (sajak jiwa-jiwa) Waktu bersama dulu semuanya indah belaka, tetapi bilamana keadaan mulai curiga mencurigai timbul pula prasangka, cemburu dan mula pula mencari hal. Lama kelamaan ada pula orang ketiga yang meracun jiwa, lahirlah porak peranda. Itulah yang sering berlaku lewat kebelakangan ini. Semoga keadaan dapat kembali tenang. Amin.

    BalasPadam
  8. BACR) sajak daripada Anita Faridah bertajuk: TAK APA TAK SAKIT PUN. Pengucapannya bagai mencabar keadaan yang telah pun luka parah pada hatinya, terasa kian menanah. Tetapi digagahinya melawan keadaan dengan mengubatnya sendiri, maka dengan ketabahan dan kekentalan jiwa semoga wanita cerita luka dilupakan. Kini hidup dan cari jalan baru. Semoga cerita lama jadi pengajaran untuk tidak kena kali yang kedua pula. Amin.

    BalasPadam
  9. cte mat bat dh hbis ker??

    BalasPadam
  10. lps ni cerita apa la plak lps mat bat ni? hehe

    BalasPadam
  11. hbis mcm tu je ker? xde mat bat siri 2???

    BalasPadam
  12. rugi dia x turunkan ilmu dia...

    BalasPadam
  13. hebat mat bat ni tp syg x trun ilmu kat anak cucu dia...

    BalasPadam
  14. pak nobat???? nama isteri dia hafizah ker??? ni isteri sy yg tanya sy xthu apa2...

    BalasPadam
  15. mat bat keturunan di raja ker?

    BalasPadam
  16. kenapa ada sultan daik plak? mat bat ni keturunan raja indon ker?

    BalasPadam
  17. dlu kalau x salah tjuk dia cerpen ni bila sampai waktunya kan??? kenapa en nuri tukar plak?

    BalasPadam
  18. sian mat bat bagi kat org pun org bgi hilang biola,...

    BalasPadam
  19. kenapa bagi kat mat cik nun? kanapa x bgi kt anak dia?

    BalasPadam
  20. hbis biola tu skrg ada kat mana?

    BalasPadam
  21. biola tu mat bat beli ktlorong kulit ker?

    BalasPadam
  22. mat bat pandai sndiri ke baljar kat mne2?

    BalasPadam
  23. nampaknya dari mula sampai akhir cerpen ni berkisar tantang kenangan jer...

    BalasPadam
  24. la..rupanya yg episod sebelum ni semuanya flash back? ingatkan btol td...

    BalasPadam
  25. mat bat ni dok acheh street? mat bat ni indon ker?

    BalasPadam
  26. kenapa mat bat dari indon jauh merantau ke penang???

    BalasPadam
  27. mat bat ni dh meninggal ke ada lagi?

    BalasPadam
  28. eh! mat bat ni x kwin ker?

    BalasPadam
  29. xde pun cerita pasal bini dia? mat bat ni bujang ke?

    BalasPadam
  30. mcm mana boleh jd nobat???? mana dapat nama nobat tu???

    BalasPadam
  31. mat bat??? bat tu apa? bukan bahasa english kata kelawar ker?

    BalasPadam
  32. kenapa x guna nama Nuar? ni guna nama nobat plak? hehe

    BalasPadam
  33. mak cik nun tu bini mat bat ker?

    BalasPadam
  34. eh! mat bat ni asal dari mana? indon ke penang?

    BalasPadam
  35. sajak pasal kwin plak kali ni? hehe

    BalasPadam
  36. bila baca psl sajak kwin ni teringat masa sy kwin dulu? hehehe

    BalasPadam
  37. sajak kwin yg lemah ni sbb sy masa akad nikah sampai 7kali!! hehehe

    BalasPadam
  38. rasa mcm nk kawin plak bila baca sajak kwin ni? hehe

    BalasPadam
  39. sajak ni msti masa en nuri muda2 dulu ni?

    BalasPadam
  40. sajak kwin? hehehe best jgk sajak ni...

    BalasPadam
  41. ni msti cuti skola sbb tu en nuri letak sajak kwin ni..

    BalasPadam
  42. tiba2 rasa nak kwin plak? hehe

    BalasPadam
  43. sajak ni mengingatkan zaman masa sy kwin plak?

    BalasPadam
  44. mmg byk kenangan manis msa kwin dulu... hmmm....

    BalasPadam
  45. ingatkan sajak ni pasal apa? rupanya pasal kwin ke?

    BalasPadam
  46. baca sajak psal kwin ni kebetulan sy pun nk kwin jgk minggu depan...

    BalasPadam
  47. nmpknya bulan disember ni byk org kwin nnt....

    BalasPadam
  48. sajak psl kwin plak? ni yg malu ni sbb sy msih anak dara lagi? hehehhee

    BalasPadam