Khamis, 11 November 2010

BILA SINGAPORA DILANGGAR TODAK




Apabila  datang seorang hamba Allah daripada  Pasai
membawa ilmu mengajar keagamaan mengenal Allah
lalu dicemburui pula oleh seoarng Datuk Temunggung
kemudian dfitnah dihasut sultan dibunuhnya pendita itu

Bila ada seorang budak bernama Nadim anak bendahara
cuma berkubukan batang pisang bukan betis atau badan
dia pintar dapat menyelesaikan masalah todak melanggar
ramai mati rakyat Singapora, sehingga terkoyak baju raja

Dia juga telah dicumburi oleh Temenggong di istana raja
lalu difitnah dan dirantai dicampakannya ke dalam lautan
begitlah hasad dan dengkinya  kelemahan melayu dulu kala
malah hingga kini maseh bebal sampai terbawa kezaman kita.

Maka berlakulah bunuh membunuh dianatara sama mereka
membuat angkara rugi dan musnah adalah sebuah negara
sepatutnyalah kita renungi sejarah lama ini buat pemikiran
semoga orang  melayu perihatin tidak berlaku lagi kesilapan.

 Oleh: Nurimanja,
Cerita mengkhabarkan segala,
Jam 8 malam 11hb.November, 2010.

50 ulasan:

  1. CERPEN BERSIRI HASIL KARYA OLEH: NURIMANJA 1986 : BERTAJUK: PAK TEH BERBINI TUJUH.

    sebuah cerpen realiti, cuma diadun dan ditokok tambah sadikit sebanyak bagi menghidupkan cerita.
    ______________________________________________________________________

    PAK TEH terasa zaman keagongan dan kegemilangannya telah musnah. Misai Pak Teh yang dipintal melintang ke pipi tidak lagi bererti. Dia terasa hari-hari kejatuhannya telah tiba. Tujuh puluh tahun berlalu, sayu hati Pak Teh bila mengenangkannya, mereka telah merampas segalakedudukanku, bentak hati Pak Teh, badannya mulai berpeluh.

    Matahari di langit sedang
    memijarkan bahang panasnya di atas kepala. Durian yang Pak Teh jual itubelum lagi lagu walaupun sabiji. Hati Pak Teh kini kian dipagut resah .

    Pak Teh mengesat peluh yang jatuh mengalir ke dahinya. Matanya melerek kepada seorang perempuan tua separuh umur, langkah dan lenggang lengguknya menggoyangkan daging pungung, seperti Embun bekas isterinya yang ke lima ditinggalkannya dahulu.

    Pak Teh merenung lama, "Embun!!", keluh hati Pak Teh, sayu bunyinya, Perempuan yang direnunginya tadi, sudah hilang entah kemana. tetapi ingatan Pak Teh masih tertumpu kepada Embun.

    "Kenapa Abang Teh ceraikan saya? Apakah salah saya?" kata Embun dengan air mata berjujuran, Ismail juga turut menangis, anak kecil yang baru berusia 6 bulan itu seperti mengerti perpisahan akan berlaku.

    "Jodoh kita, sudah tiada lagi," jawab Pak Teh pendek, kemudian mengeluarkan wang kertas sebanyak lima puluh ringgit hasil dari mengajar silat di kampung Hulu.

    Dalam ingatan Pak Teh, diketika itu dia cuma terbayang wajah Sumiah perawan tua yang berusia tiga puluh lima tahun itu. Hati Pak Teh terasa terlunjak-lunjak untuk mendapatkannya.

    Dia bercadang untuk memikat hati Sumiah untuk dijadikan Isterinya yang ke enam pula. Dia penuh yakin,setiap kali lamarannya tidak pernah sesiapa pun yang menolaknya.

    Esok, semua orang kampung berkata, " Pak Teh dah bercerai pula, Embun dah balik ke rumah mak dan ayahnya di kampung Tengah, Pak Teh kerja tabur bini,"

    Beberapa orang anak muda kampung Embun yang tidak sebulu dengan tindak tanduk Pak Teh telah melemparkan cemuhan,

    "Pak Teh memang kerja nak tabur bini, nikah cerai, nikah cerai ....."

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SENGAJA

    sengaja
    aku tidak membalas
    surat yang kau kirim
    supaya lebih mudah
    kita saling melupakan
    aku tidak menyahut
    setiap panggilanmu
    supaya lebih mudah
    kita saling membenci

    sengaja
    aku bangkitkan
    segala kenangan
    supaya lebih sakit
    hati dan perasaan
    aku membuat engkau membenci
    supaya kelak namaku
    tidak engkau sebut lagi


    Srikandi Juwita
    ketika di pasaraya mydin

    BalasPadam
  3. AKU SEDANG MARAH

    memang aku marah
    duka,terluka,sedih dan kecewa
    tetapi bukan kepada sesiapa
    tidak juga kepada kamu;
    kerana kaulah sutera dipintal itu
    menjadi selembar benang tenunan
    si pandai tenun itu adalah aku
    mahir mengurai kusutnya benang
    tetapi tak upaya
    mengurai kusutnya suasana
    memang aku duka dan terluka
    sedih,kecewa aku sedang marah
    kerana benang yang dipintal itu
    semakin kusut tak terurai
    seperti rasa ini harus berakhir
    entah bila dan dimana
    memang sedih dan kecewa
    marah,duka dan terluka
    kerana engkau seakan memberi
    sebenarnya membuangkan
    kerana engkau seakan menerima
    sebenarnya membiarkan;
    segumpal benang menjadi kusut
    sekeping hati menjadi remuk


    Sarah
    Kolej Masterkill
    1pagi

    BalasPadam
  4. KELDAI

    keldai yang berlagak pandai
    tidak bisa menari disalahkan lantai
    mengadap pelangi mendabik dada
    berjaya menambat si anjing betina
    diharap dapat mengusir gerhana
    pelangi tetap indah meninggi
    dulu menggesel di hujung kaki
    naga sudah bertahta
    habis retak segala permata
    hati keldai diisi iri
    walau telah mencapai mimpi
    menjilat hampas terasa lazat
    manakan dapat dirasa kelat
    keldai masih berasa hebat
    pada semua tepukan khianat

    Datuk Borhan
    5ptg
    di halaman rumah

    BalasPadam
  5. Sajak Srikandi Juwita jelas sekali ingin melupai si jejaka yang mungkin ada hati padanya. bertajuk; SENGAJA. Nampaknya memang sengaja, sebagai disengajakan, tidak mahu menjawab surat dan tidak menyahut sms, mlah sengaja membangkit serita lama, agar si dia membenci dan tidak lagi menyebut nama anda lagi. Ini sudah jadi kes berat.anda jangan membuat dia nanti makan hati. Anda sebaiknya harus saja berterus terang. Supaya kalaulah padi katakan padi, supaya si dia tidak tertampi-tampi, kalau sudi, katakan sudi, tidaklah dia ternanti-nanti. Harap maklum. Semoga tidak begitu.Amin

    BalasPadam
  6. Sajak sarah pula mengenang rasa kekecewaannya bila si dia bagai tidak mengerti erti isi hati. Membiarkan sekeping hati berlalu sepi. Smacam tidak diindah atau tidak diperdulikan . Sdri Sarah dngan sajaknya bertajuk; AKU SEDANG MARAH. Pengucapan hati amat terasa kecewa, duka dan terluka, sedeh,marah dan menangis tanpa lelehan air mata. Berbeza dengan sajak Srikandi Juwita SENGAJA membuat kekaihnya ternanti-nanti untuk memutus hubungan. Kalian berdua ini sengaja membuat cerita seorang memutus dan seorang mengharap.Ada baiknya kalian menukar saja kekaih. habis cerita. Amin.

    BalasPadam
  7. Sajak nukilan Datuk Bohan kali ini dengan tajuk sinisnya KELDAI berbau politikus sadikit; cerita kebodohan yang amat sangat dilakukan oleh sang keldai yang berlagak terlebih pandai sehingga tidak pandai lagi, bila cerita kian banyak orang ramai ketahui. Itupun mahu melenting lagi, cabar mencabar, kekuatan masih ada, masih berkuasa dan jangan siapa berani cuba mengganggu gugat pula. Akan dihalau seperti kerbau gila.lihat siapa yang jadi mangsa, kawan makan kawan dari keldai gila mambuk kuasa. Yang sering menjanjikan apa saja untuk kepentingan dirinya.Itulah cerita keldai tua yang tungu hari untuk rebah kerana terlalu banyak main helah. Semoga cepatlah begitu . Amin..

    BalasPadam
  8. wah! byknyer bini dia!!

    BalasPadam
  9. bkn ke org islam boleh kwin 4 ke?? kenapa ada 7 plak?

    BalasPadam
  10. sampai 7 dia kwin??? byk duit dia...

    BalasPadam
  11. kenapa kwin sampai 7????

    BalasPadam
  12. pak teh bini 7??? mcm pnh baca jer...

    BalasPadam
  13. cerpen ni pun dh lupa jgk akhir sekali mcm mna?

    BalasPadam
  14. pak teh ni jutawan ke?? hehe

    BalasPadam
  15. klu pak teh ni keturunan sultan brunei biasalah kwin byk... hehehe

    BalasPadam
  16. aku nk kwin 1 pun byk tanggungan pak teh sekali 7!!!

    BalasPadam
  17. pak teh ni gila kot sekali 7 dia kwin?

    BalasPadam
  18. pak teh kwin 7??? cerpen lama ni.. hehe

    BalasPadam
  19. cerpen lama plak! tp wlpn cerpen lama dh lupa jalan cerita dia...

    BalasPadam
  20. pak teh kwin 7?? tjuk dia pun dh gerun nk baca... hehe

    BalasPadam
  21. pak teh ni bela hantu raya ke sampai 7 dia kwin?

    BalasPadam
  22. semua bini pak teh tinggalkan dia sbb apa????

    BalasPadam
  23. bini sampai tujuh msti anak cucu dia berpuluh-puluh...

    BalasPadam
  24. pak teh ni mengamal ilmu hitam ke sampai tujuh dia kwin?

    BalasPadam
  25. pak teh ni nsem ke? byk bini dia...

    BalasPadam
  26. msti pak teh muda2 muka mam MGR sbb tu ramai nak kt dia kot? hahaha

    BalasPadam
  27. klu x slah cerpen ni lama tp akhir sekali mmg lawak...

    BalasPadam
  28. pak teh ni xjd meniaga last sekali kan?

    BalasPadam
  29. kesian pak teh hahaha lawak cerpen lama ni...

    BalasPadam
  30. p ramlee pun kwin 4 je pak teh 2 kali ganda? hebat btol pak teh ni,...

    BalasPadam
  31. pak teh mmg susun bini dgn anak2 dia... hehehhe

    BalasPadam
  32. gatal gila pak teh ni smua anak dara ktkmpung dia ke dia kwin ni?

    BalasPadam
  33. pak teh boleh kwin sampai 7 sbb jual durian ke?

    BalasPadam
  34. aduh... apa nk jd dgn pak teh ni nampak sangat pak teh x setia...

    BalasPadam
  35. pak teh bukan saja menduakan bini dia tapi mentujuhkan bini2 dia... hahaha

    BalasPadam
  36. gila punya pak teh byk bini! hahaha

    BalasPadam
  37. eh! ceerpen lama kembali semula... hehe

    BalasPadam
  38. singapora di langgar todak? mcm dalam tv plak?

    BalasPadam
  39. singapora di langgar todak ni bkn cerita bard latif berlakon ke?

    BalasPadam
  40. SINGAPORA DI LANGGAR TODAK NI SAJAK MACAM ADA MKSUD TERSIRAT SAJA....

    BalasPadam
  41. bila plak singapora di langgar todak? spanjang sy tinggal sini xpnh nmpk pun todak?

    BalasPadam
  42. cerpen kisah dulu2 plak??? best2...

    BalasPadam
  43. eh! cerpen cerita laksamana ke ni?? nntsy nk try buat 1 cerpen mcm ni..

    BalasPadam
  44. sajak yg menarik lain dari yg lain..

    BalasPadam
  45. sajak yg ada maksud simbolik...

    BalasPadam
  46. sajak kali ni maksud apa plak en nuri?

    BalasPadam
  47. -Orang dulu kala memang budaya mereka zaman itu, seiapa uang jadi guru silat, Ustaz, tuk guru, penghulu,ketua kampong, orang kaya ada harta, memang mudah Untuk berbini dua tiga, Malah ustaz saya lebai noh isteri dia dapat percuma saja, kerana selalu mengajar agama kepada orang kampung.

    -Saya pun teringat semasa di serawak dulu. Ada seorang India muslim dia ada dua orang cucu prempuan anak dara terang tang-tang. Dia kata pada saya cikgu pilih mana Satu, percuma saja, kakak atau adek, pilih saya kasi percuma saja. Saya lihat dua adik Beradik tersipu-sipu malu. Tapi saya tolak dua-dua, kalau saya mahu dua-dua pun di bagi. Memang dia serius. Macam dia malas nak jaga cucu ah besar.

    BalasPadam