Rabu, 10 November 2010

BILA DUNIA TIADA MANUSIA




Hari ini dunia pun sakit
dengan ledakan gunung berapi
dengan kebakaran yang dahsat
dengan kemarau yang panjang
dengan banjir besaryang melanda
dengar ribut dan taufan menyerang
dengan kepanasan global yang melampau
dengan kecairan kutup utara yang menyeksa.

Bagaimana keadaan dunia?
jikatiada manusia untuk menjaga.
siapa yang akan mengawal alam ini
jika manusia semua telah ditakdir mati
apa akan jadi jika dunia tiada manusia
adakah lebih dahsat lagi malapetaka
atau semuanya menjadi sepi dan mati
atau pun semuanya menyesal kerana
segala-galanya tiada keindahan lagi .....


Oleh: Nurimanja,
dalam fery seberang
9hb Noverber, pencen keluar. 2010






50 ulasan:

  1. SEBUAH BERTAJUK: SEBUAH MEMPI DI PETANGHARI. sambungan siri ke 3 cerpen
    SMDPH.
    _____________________________________________________________________

    Pertanyaan itu datang dari gelora perasaan hatinya sendiri. Muperat tidak dapat menjawab.dirinya terasa bagai dihina oleh perasaanya sendiri, namun dalam hati Muperat tetap yakin dengan cita-cita yang membara ingin meneruskan perniagaan.

    kini Muperat telah dapat membuka sebuah kedai runcit di kampungnya, hasil dari bantuan pinjaman bank amanah rakyat. Setiap hari Muperat begitu sebuk sekali melayan pelangannya yang datang membeli barang keperluan harian untuk orang kampung.

    Hasil dari keuntungan jualan barang dari kedai runcitnya, kini Muperat telah membeli sebuah lori pengankutan untuk membawa barang-barang dari kampung ke bandar dan membeli barangan bandar bawa pulang ke kampung.kedainya kini penuh diisi dengan berbagai barang keperluan, mengalahkan sabuah mini market.

    Dalam masa sesingkat saja Muperat telah menjadi perniaga yang berjaya, namanya juga dikenali di kampung juga di Bandar oleh tauke-tauke pemborong. Muperat juga telah mencari beberapa orang pembantu untuk melancarkan perniagaanya yang kian pesat maju, serta bersaing dengan bangsa asing.

    Kini Muperat bercadang untuk mencari seorang isteri, kalau boleh biarlah berbangsa asing, saolah-olah dia bagai tidak percaya lagi dengan cinta moyet daripada bangsa sendiri, ketika dia bersama Julia, gadis pujaannya dulu. kononnya mereka bercadang
    untuk sehidup dan semati.

    Akhirnya Muperat telah jatuh hati dengan seorang gadis Tionghua yang berkulit putih kuning langsat . Bapaknya adalah tauke Muperat dalam soalan jual beli dan borong memborong. Hasil dari kemesraan mereka, bapak gadis itu telah pun merelakan anak gadisnya menjadi isteri Muperat.

    Dari hasil usaha keuntungan berlipat kali ganda perniagaannya itu, serta bantuan daripada bapak mertuanya, kini Muperat telah pun membuka sebuah kedai menjual perabut dengan nama SERISURI ENTERPRISE, sempena nama isterinya. di salah sebuah bandar kecil yang tidak jauh dari perkampumgannya.

    Kini Muperat telah menjadi seorang usahawan yang berjaya, kawan dan rakan juga memanggilnya dengan nama tauke besar, perniagaan di dua buah kedainya juga sudah bertambah. saban hari ada saja pelangan yang datang dan membeli alat perabut dikedainya daripada individu, pejabat, sekolah dan restron dan juga orang kenamaan, dengan harga tawaran yang berpatutan.

    BERSAMBUNG........

    BalasPadam
  2. Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
    Anwar, Azmin mesti berundur
    Oleh Faiza Zainudin, Suzianah Jiffar dan Syed Azwan Syed Ali
    bhnews@bharian.com.my
    2010/11/10

    MUSTAFFA Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin
    supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam. Setiausaha Perhubungan PKR Sabah turut sahkan letak jawatan

    KUALA LUMPUR: Selepas membuat kejutan dengan meletak semua jawatannya dan menarik diri
    daripada bertanding Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), kelmarin, Datuk Zaid Ibrahim
    semalam secara terbuka pula menggesa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya,
    Mohamed Azmin Ali, berundur kerana kedua-duanya didakwa menjadi punca segala masalah dalam parti itu.

    (Petekan akhbar BH-semoga depa pun baca sajak en nuri DAHAGI MELAWN NAFSU.)

    BalasPadam
  3. TERANG WAKTU

    Terang pagi ini dibawah kemilau
    titik-titik embun kelmarin,
    di atas hijau daun,
    mekar bunga dan berkas2 dahan,
    dalam dingin awal januari,
    dalam lelah musim berganti,
    dalam sabar putaran waktu,
    dalam kenangan masa-masa yang dulu,
    Ah! pantas amat ia berlalu
    tapi aku mengapa masih disini?
    mengapa masih begitu?
    Seutas kata serangkap nada
    kata resah jiwa ini
    dalam getar cerita-cerita lama
    nada yang pasti alunannya
    dan dalam bisik sayu malam ini
    terungkaplah irama
    katakanlah!katakanlah!
    bahawa rinduku hanya pada mu
    hanya untuk mu moga kau begitu


    Cikgu Zuki
    Penang
    1pagi

    BalasPadam
  4. KELIP-KELIP

    lama sudah dinanti kelip-kelip
    akhirnya tumbuh sayap ditunggu
    dapat dikejar cahaya purnama
    dapat ditinggal busut di rimba
    kelip-kelip terbang sepenuh tenaga
    bersulam semangat diharap
    dapat merangkul nikmat
    pungguk itu telah lama tahu
    purnama hanya untuk dirindu
    dinasihati pada sang kelip-kelip
    janganlah dikejar harapan palsu
    kelip-kelip terbang tanpa peduli
    tetap diikut runtunan hati
    entah mengapa sayap mulai lenguh
    purnama dikejar makin menjauh
    kepenatan membuatnya keliru
    pada pantulan purnama di tasik biru
    terus menjunam ke arah tasik
    di mata hanya terbayang asyik
    kelip-kelip tenggelam lemas
    tetap direnung purnama yang tinggi
    barulah kini kelilp-kelip fahami
    mengapa pungguk terus menanti
    jadi kelip-kelip mengikuti pungguk
    sampaikan bulan jatuh ke tanah


    Haji Atang
    Pahang
    11malam

    BalasPadam
  5. EMBUN YANG HILANG

    aku tutup mata sekadar bersembunyi,
    dari sebuah cerita.
    sebuah rendang sejuk,
    di tengah padang lalang,
    di atas bukit hijau,
    meditasi bersahabat dengan sunyi.
    tanpa guntur kilau guruh bersilau
    tanpa basah titis hujan bertimpaan,
    tanpa siapa-siapa sedar kewujudan
    liar sepasang mata masih ada,
    mencari jalan dipersimpangan.
    bila buka mata mimpi segera pupus.
    Sendirian aku mendakap malam
    Dalam dingin mimpi bertemu bulan
    Aku telah bertemu kamu
    Walau apa pun kiasku
    Hatimu teguh di bintang itu
    Yang selamanya milik dia
    Secerah kerdip senyum nya
    Kamu berdua memang sepadan
    Aku ini yang tak tahu malu
    Lalu jadilah aku hanya embun
    Yang menanti datang pagi
    Untuk hilang dan abadi


    Petualang Tiga
    UiTM
    2ptg

    BalasPadam
  6. Cikgu Zaki ini masih bujang agaknya dengan sajak jiwa merontanya betajuk: TERANG WAKTU. Sesekali terasa hari-hari belalu sepeti biasa, bagai tidak ada suatu apa. Ini cerita cikgu Zaki mungkin masih muda, kerana lepas tugas cuti dua hari selepas itu tugas kembali. Bagai melayani cerita yang sama, memanglah membosankan, lebih lagi tinggal jauh dari keluarga ayah ibu atau kampung halaman. Tetapi itu tugas! Jika ada si buah hati kekasih atau pun tunang, kurang sadikit kebosanan. bolehlah juga berbicara atau pun cuba meluahkan rasa rindu di kalbu. (Cuma andaian saja) Semoga keadaan kembali menceriakan Amin..

    BalasPadam
  7. Pak Haji Atang pembela masyarakat orang asli di Galas Gua Musang. Sajaknya yang bertajuk: KELIP-KLIP. Pengucapannya bagai sini tajam buat manusia yang menjadikan dirinya Kelip-kelip. Nampak indah dan bersinar tetapi masih di pingger hutan dan melayani janji kosong oleh sang purnama sebagaimana pungguk yang tertipu. Kini jelas dan ternyata keklip juga jangan mudah dipermain dan diperbodokan. Bila Galas tidak patah , kalau tidak ternyata kelip-kelip terus gelabah menerima tamparan hidup dalam kesusahan. Sadikit ada berbaun politikus , Syabas! Tuan Haji Atang. Amin semoga cahaya mata hari melempah ruah ditempat anda. Amin.

    BalasPadam
  8. EMBUN YANG HILANG sajak daripada Petualang Tiga (geng pang8)seorang ahli lama dalam blog CR ini. Pengucapan sajaknya terasa bagai menceritakan kesesiaannya melibat diri dalam kemelut kegilaan memburu dan membantu kuasa yang agak gila. Kini ternyata sia-sia. Kini semuanya si penulis menganggapnya sebagai mimpi biasa saja. Malah sedia menyatakan dirinya bagaikan embun yang akan hilang bila datang sinar cahaya sang mentari pagi.semoga keadaan kembali ceria dan sejahtera.Amin. sadikit semacam ada rasa berbau politikus (Cuma andaian saja). Syabas! Petualang Tiga ada kemampuan kini.

    BalasPadam
  9. meniaga pun ok apa? sbb 10 dari 1 rezeki adalah meniaga

    BalasPadam
  10. apa salahnya muperat nak berniaga pun?

    BalasPadam
  11. wah! muperat buka bisnes plak?

    BalasPadam
  12. kejab je muperat dah kaya! pelik jgk...

    BalasPadam
  13. cerita ni pening jgk la semalam miskin kali ni siap buka bisnes lagi...

    BalasPadam
  14. eh! sekajab je muperat jadi kaya????

    BalasPadam
  15. muperat kaya ni msti main saham ni...

    BalasPadam
  16. aku rasa muperat buka bisnes MLM la... hehe

    BalasPadam
  17. eh! nama sy pun ada jgk dalam cerita ni ke? x perasan plak? hehe

    BalasPadam
  18. ahli nama muperat xde ke kt blog ni?

    BalasPadam
  19. alamak! muperat kwin dgn aku plak! ingatkan dgn julia? hahaa

    BalasPadam
  20. muperat x jd ke kwin dgn julia?

    BalasPadam
  21. julia mna? kenapa muperat kwin dgn seri suri?

    BalasPadam
  22. dh pening plak cerita muperat jd kena baca dari mula la nmpknya...

    BalasPadam
  23. mcm mana muperat boleh kwin dgn org cina plak?

    BalasPadam
  24. mcm mana dgn julia kalau muperat kwin dgn org cina plak?

    BalasPadam
  25. agak2 org phm x cerita muperat ni sbb kena baca byk kali bru phm....

    BalasPadam
  26. muperat ni xde keje? mcm mana boleh jd kaya?

    BalasPadam
  27. muperat msuk skim cepat kaya ke sbb jd kaya?

    BalasPadam
  28. klu x salah muperat nnt jtuh ktil akhir sekali? hehhee

    BalasPadam
  29. mcm mana sekejab je muperat boleh jd kaya?

    BalasPadam
  30. muperat menang loteri ke boleh jd kaya?

    BalasPadam
  31. dalam masa beberapa hari saja muperat dh jd ushawan?? dia buat mcm mana?

    BalasPadam
  32. kuat juga angan2 muperat ni sampai jd kaya raya....

    BalasPadam
  33. muperat ni pakai toyol agaknya terus jd kaya...

    BalasPadam
  34. kena bca dari mula cerita ni sbb tiba2 muperat boleh jd kaya plak?

    BalasPadam
  35. sy ada tertinggal baca ke sbb xthu plak mcm mana tiba2 muperat jd kaya?

    BalasPadam
  36. muperat ni keturunan raja ke? wlpn x belajar tinggi2 boleh jd kaya...

    BalasPadam
  37. pelik btol cerita muperat ni....

    BalasPadam
  38. muperat ni keje apa mula2 sampai jd kaya raya?

    BalasPadam
  39. jika dunia takda manusia mcm mana agaknya?

    BalasPadam
  40. rasanya dunia pun akan mati klu manusia xde....

    BalasPadam
  41. dunia hidup kerana manusia xde manusia xde la dunia kot?

    BalasPadam
  42. best jgk klu dunia xde manusia? hehhe

    BalasPadam
  43. klu dunia xde manusia? huru hara la jawabnya....

    BalasPadam
  44. klu dunia xde manusia haiwan ada lagi... hehe

    BalasPadam
  45. bila dunia xde manusia agaknya musnahlah semua...

    BalasPadam
  46. eh! dunia xde manusia? mcm cerita kat dicovery channel plak?

    BalasPadam
  47. dunia xde manusia? senyap sunyi la...

    BalasPadam
  48. dunia xde manusia? mcm manalah agak2....

    BalasPadam