Jumaat, 19 November 2010

BANJIR KAU DATANG LAGI





Banjir,
Bila kau datang lagi
aku mula merasi risau
anak biniku juga jadi kacau.
Banjir,
jika kau bencana alam
apakah pengajaran buat kami?
jika semua harta benda telah musnah.
Banjir,
adakah kami  berdosa?
tidak  bersyukur pada Tuhan
engkar membayar zakat harta benda.
Banjir,
jika engkau peringatan,
kami akan insaf segala kesalahan
tolong kasihanilah anak cucu cicit kami.
Oleh: Nurimanja,
takala melihat banjir di Kedah.
mengharap sadikit bantuan diterima 2010.

50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI KE 2. BERTAJUK MAT BAT Oleh ; Nurimanja Pulau Mutiara.
    _____________________________________________________________________


    Sememangnya lewat kebelakangan ini Mat Bat terasa dia terlalu lemah dan letih untuk berulang alik dari rumahnya ke GH Datuk Keramat dua kali seminggu untuk mendapatkan rawatan sakit batuk keringnya.

    Terasa daging pinggulnya yang sememangnya dari muda lagi sudah kurus dan leper kini dilanyak pula dengan jarum panjang setiap minggu sudah cukup tidak tertahan lagi, tetapi apakan daya arahan doctor, dia terpaksa menerimanya.


    Sesekali kesunyian malam terkuak bila Mat Bat terbatuk-batuk kecil. Rokok yang disedut pelahan-lahan dia melepaskan asapnya, lalu menghela naik, berputar-putar dibawa angin kipas lesap keluar melalui jendela.


    Entah kenapa lewat kebelakangan ini, seperti ada sesuatu yang menganggu ketenteraman jiwanya. Lebih ketara lagi bila ingatannya sering mengenangkan kisah mudanya bersama sebuah bialo.

    Waktu muda dahulu: Mat Bat sering saja dijemput bermain biola bersama teman-teman di seluruh negeri diutara tanah air ini, termasuk Perlis , Kedah dan Perak. Siapa yang tidak kenal Mat Bat seorang pengesek biola yang mempersonakan.

    Biasanya habis saja kerja di pejabat pos. Mat Bat ke clup muziknya bersama sebuah biola. Di situ dia menghabiskan masa dengan berlateh bersama temannya bermain biola kesayangannya

    Kadangkala hingga jauh malam, malah terlupa makan dan minum begitu asyeknya mat Bat dengan kecintaanya bermain dengan biolanya. Kadangkala hingga jam empat subuh baru dia pulang ke rumahnya. Begitulah terlalu kuat keghairahannya amat mengasikkan.


    Mat Bat agak terlewat berkhawin, keasyikkannya kepada biola menjadikan dia dipuja dan diminati ramai, termasuk beberapa orang anak gadis telah menjadikan dia sebagai idola kegelaan mereka. Mat Bat Cuma tersenyum.


    Hidup membujang, adalah temannya yang sejati ialah rokok, hamper enam atau tujuh Puluh batang sehari semalam Mat Bat menyedut dan melepaskan asapnya yang entyah darimana kah rasa datangnya nekmat rokoknya itu.



    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Zaid umum keluar PKR kuat kuasa 16 Disember
    ZAID melambai tangan selepas sidang media mengumumkan keluar PKR di kediamannya di Damansara, semalam.
    Bekas calon timbalan presiden mahu tubuh parti baru

    PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang akan meninggalkan parti itu secara rasmi berkuat kuasa 16 Disember ini akan menubuhkan parti baru sebelum berlangsungnya pilihan raya umum akan datang.

    Petekan akhbar BH
    Kita tidak menuduh sesiapa dlm PK.
    tetapi kita boleh lihat siapa jual temberang kepada siapa? Pengikut
    perlu berfikir dengan matang agar tidak terjebak atau bersubahat, semoga di akhirat anda selamat.

    BalasPadam
  3. sedih plak baca sajak banjir sbb banjir la aku xdpt balik beraya...

    BalasPadam
  4. sajak pasal banjir? mcm sajak sy semalam plak?

    BalasPadam
  5. banjir? mmg mengerikan...

    BalasPadam
  6. sy kat taiping ni mmg selalu hujan tp xde plak banjir....

    BalasPadam
  7. skrg musim banjir plak?

    BalasPadam
  8. bur la best skrg musim hujan klu x dulu panas jer...

    BalasPadam
  9. risau plak baca sajak pasal banjir ni...

    BalasPadam
  10. rasa takut plak banjir2 ni sbb kt tmpt sy mmg selalu banjir...

    BalasPadam
  11. bila la kerajaan kelantan nk buat parit! asyik banjir je kat kelantan ni...

    BalasPadam
  12. banjir skrg semua neregi kena...

    BalasPadam
  13. banjir2 plak musim skrg ni?

    BalasPadam
  14. sajak banjir harap2 kat tmpt aku x kena banjir...

    BalasPadam
  15. banjir je musim skrg ni takut plak aku sbb tmpt aku rendah sikit...

    BalasPadam
  16. aku pun tmpt selalu banjir...

    BalasPadam
  17. nampaknya kerajaan kena buat parit byk untuk mengelak banjir...

    BalasPadam
  18. kat area utara yg selalu banjir...

    BalasPadam
  19. masalah banjir plak yg sdgn meningkat ni...

    BalasPadam
  20. lps banjir ni apa plak? jgn kemarau sudah....

    BalasPadam
  21. banjir skrg ni mmg menular di serata malaysia...

    BalasPadam
  22. eh! sajak pasal banjir plak? sian kat kedah dgn perlis la...

    BalasPadam
  23. bhaya mat bat kena batuk kering...

    BalasPadam
  24. batuk kering tu bukan org pggl TB ke???

    BalasPadam
  25. penyakit batuk kering ni bahaya klu x dibendung...

    BalasPadam
  26. cerpen mat bat ni yg sy perasan xde dialog plak?

    BalasPadam
  27. mat bat ni kisah benar ke rekaan jer?

    BalasPadam
  28. mat bat dgn biola? mat bat ni masuk kugiran apa?

    BalasPadam
  29. cerpen mengenang kisah lama plak nampaknya...

    BalasPadam
  30. sdih plak baca cerpen mat bat ni...

    BalasPadam
  31. biola? mat bat belajar kt mana tu?

    BalasPadam
  32. mat bat dgn biola tua? menarik jgk cerpen ni..

    BalasPadam
  33. wah! cerpen kali ni byk suspen plak en nuri buat...

    BalasPadam
  34. mat bat kwin masa usia bila?

    BalasPadam
  35. asyik cerita mat bat je? anak bini dia mana?

    BalasPadam
  36. mat ni mmg keje gesek biola ke sejak dari muda lagi?

    BalasPadam
  37. org popular mmg lmbat kwin selalunya...

    BalasPadam
  38. mat bat ni setaraf dgn p ramlee ke dulu?

    BalasPadam
  39. kisah mat bat ni buat rencana menarik ni..

    BalasPadam
  40. mat bat masih ada lagi x en nuri?

    BalasPadam
  41. mat mat ni x kwin ke sampai tua asyik cerita pasal dia je bini dia xde plak?

    BalasPadam
  42. mat bat ni cerita thn berapa puluhan ni?

    BalasPadam
  43. HATI BAGAI RIMBA

    bila hati kasihku tidak tenang
    kita bicaralah tentang alam
    tentang keindahan ciptaan Tuhan;
    lihatlah pohon-pohon menghijau
    bukankah musim-musimnya
    daun-daunnya luruh juga
    namun rimba hijau sepanjang masa
    tahulah kamu bahawa
    setiap pohon-pohon itu
    ada musim-musimnya berbeza
    jangkamasa putarannya beza
    lalu tidaklah semua pohon
    daunnya gugur berbunga dan berbuah
    pada setiap tahun berikan kehidupan
    kepada setiap haiwan,
    margastua dan serangga melata,
    kalaulah hatimu sentiasa hijau
    sayangmu berbunga sepanjang musim
    aku akan sentiasa dalam hatimu
    tanpa rasa resah rindu dan pilu
    sebagaimana haiwan melata
    sentiasa ada kehidupan untuk mereka
    remajakanlah sayangmu,
    agar sentiasa ada ruang dihati
    untuk terus hidup menyayangi
    mati tanpa berpaling lagi.


    Suria Kencana
    pejabat pos
    2ptg

    BalasPadam
  44. INI BUKAN SAJAK

    ini bukan sajak
    hanya himpunan kata-kata
    sentiasa mbawa makna dua atau tiga
    andai kau masih anggap ia sajak
    maka ia menjadi sebuah sajak
    jika tidak ia masih kata-kata
    untuk kita memilih erti dan makna

    ini bukan sajak sekadar pernyataan
    pemberitahuan bahawa aku masih ada
    mampu menulis kata demi kata
    sebagai satu isyarat
    supaya engkau juga tahu
    aku masih mampu menghela nafasku

    ini bukan sajak namun
    jika aku sudah lama tidak menulis
    maka engkau harus khuatir
    bahawa takdir memutuskan rindu
    aku bagai angin berlalu,
    jika engkau tidak menerima khabar
    pasti angin lebih menyimpan rahsia
    menyimpan bau setanggi
    haruman bunga-bunga


    Sulaiman Embong
    percubaan sajak simbolik dari sy harap qalam dpt menangkapnya...

    BalasPadam
  45. PINGGANG KECIL

    Nampak sekarang aku
    hari-hari cekik pisang,
    kalau bertuah ada lebihan beras.
    hari ini bangun pagi
    perut pula berbunyi,
    nak pakai sampin sarung
    tapi terlondeh.
    tapi semalam tebuk tali pinggang.
    ini tak boleh jadi!
    Jadi hari ni cepat-cepat
    ponteng kerja
    pergi kedai beli kebab.
    tanpa tenaga longlai?
    macam mana nak jadi lelaki hebat!


    Badrolshah
    mengenang nasib fizikal sy yg kerdil

    BalasPadam
  46. Suria Kencana dengan sajaknya HATI BAGAI RIMBA satu perbandingan buat kekasihnya. Pengucapannya menceritakan bahawa alangkah baik dan indahnya, Jika hati ini bagai hutan rimba, sentiasa hijau dan menyejukkan mata memandang tiap pohon sentia ada tugasnya mengikut musim-musim dan sentiasa saja memberi makan pada haiwan dan ungas yang melata..Begitulah tingginya harapan penulis agar buah hatinya dapat memahaman suasana hutan rimba, begitulah kehidupan kita bolehkah dapat setenang hutan rimba? Agar kasih sayang dan senyum mesra bekekalan, jika mati pun rasanya tidak berpaling lagi. Amin.

    BalasPadam
  47. Sulaiman Embung lama juga dia menghilang semoga sihat walafiat. Kesan musibah kemalangan agakjnya maseh troma. Kali ini dengan sajaknya bertajuk: INI BUKAN SAJAK. Pengucapannya bagai berwasiat pula. Kerana jika bukan sajak mungkin satu pesanan cuma. Si penulis mahu mengingatkan jika masih ada tulisan dan namanya. Ini bererti dia maseh menyedut udara. Tetapi kalau tulisannya tidak ada kelihatan diruang CR ini lagi, jangan bertanya pada angin (sesiapa). Bahawa kerinduannya pada Rabbi kini terasa ingin berlalu. Semoga angin dapat menyimpan rahsia bila bau setanggi dan harum bunga-bungaan menguasai suasana.(Begitu zuhudnya hati Sulaiman Embong) Amin!

    BalasPadam
  48. Kau buat sajak lawak atau sembolik? Badrolshah dengan sajak lucunya PINGGANG KECIL seorang pelakon OKU berjiwa besar. Pengucapannya bagai menyesali dengan Keadaan tubuhnya yang kian menurun, sering saja makan pisang, mahu solat raya pun samping londeh, tali pinggang pun terpaksa pula diperkecilkan lagi. Engkau ini pasti jarang makan nasi agaknya. Kurang tenaga, langkah pun lemah dan longlai , bila masa yang engkau akan jadi seorang lelaki yang gagah? Berdoa saja tidak cukup kau kena berusaha cari pasangan hidup, baru ada semangat juang dan adalah rezeki untuk anak dan isteri. Barulah engkau hebat! Amin.

    BalasPadam