Isnin, 25 Oktober 2010

DIA INI DANIEL ATAU DIANA




Dia!
Siapa dia?
Daniel atau Diana?
Tiga bulan dulu  dia Diana
Tiga bulan selepas itu Daniel
Mereka kata dia manusia unsya.

Dia!
Berwatak
Dua alam agaknya?
Dia pun kacak orangnya
Memang tubuhbnya  wanita
Ramai orang yang  keliru jadinya.

Dia!
Pendiam
Tidak banyak cakap
Suara lelaki gaya wanita
Lemah lembut ber budi bahasa
Sesekali kita rasa kasihan melihatnya.
 
Oleh: Nurimanja,
Ini semua kuasa tuhan,
Kita  jangan menina mereka.
Catatan 20hb, Oktober 2010.



49 ulasan:

  1. SIRI (4)

    KENAPA KITA MENULIS?

    1. Kerana ingin mncoba
    2. Kebebasab
    3. Selalu membaca
    4. Tidak mahu diganggu
    5. Menimbulkan imanginasi
    6. Bagi orang lain membacanya
    7. Dapat rasa kepuasan
    8. Bila ada ideial iketengahkan.
    9. Mencatat situasi semasa
    10. Dapat menilai masyarakat semasa.

    APAKAH YANG HARUS ADA PADA SETIAP PENULIS

    1 Mempunyai bakat dan intelektualnya
    2 Memikirkan apa yang sebenar berlaku pada dirinya sebelum orang lain
    3 Keberanian kreatifnya mencorak zamannya
    4 Tidak menjadi alat mana-mana pihak atau diupah orang tertentu.
    5 Tahu menganalisis hal keadaan masyarakat setempatnya
    SEORANG PENULIS YANG BAIK
    1 Kemampuan yang kuat mengamati sesuatu hal berfungsi
    2 Ada kemapuan mengingati sesuatu kembali dalam tindak balas
    3 Mempu menyusun satu projek dalam satu bentuk krativiti seninya
    4 Mempunyai daya resah gelisah yang kuat untuk meuahkan ilhamnya.

    TEMA:
    Inilah soal pokok dalam sebuah karya cerpen.
    1. Tema
    2. Kemiskinan
    3. Cara lama
    4. Pelajaran
    5. Bodoh.

    SAMBUNGAN.

    BalasPadam
  2. CERITA SE DUNIA: DITAIPKAN SEMULA OLEH ANJ.

    KEIKHLASAN YANG SEBENAR DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS.
    OLEH: NURIMANJA
    _____________________________________________________________________


    AL KISAH pada zaman dahulu kononnya ada seorang saudagar India yang kaya raya dia tinggal di bandaraya Kasmer. Dia mempunyai tiga orang anak lelaki. Pertama bernama Abdul Wahid. Kedua bernama Abdul Wahub dan yang ketiga yang bungsu sekali bernama Abdul Wahab.

    Ketiga anak lelakinya ini telah diberi pendidikannya sebaik mungkin. Kerana dia orang berharta masalah pebelanjaan tidak timbul sama sekali. Asalkan anak-anaknya
    mahu belajar saudagar akan bantu sehingga tamat pengajian.

    Setelah belajar bersungguh-sungguh, ketiga anaknya kini semuanya mempunyai kelulusan ijazah dari Universiti tempatan dalam jurusan masing-masing. Sehinggalah mereka bekerja dan beranak isteri dan tinggal di rumah masing-masing.

    Pada suatu hari ayah mereka jatuh sakit . Ayahnya meminta ketiga anak-anaknya itu datang untuk diberikan wasiat. Sebelum dia meninggalkan dunia fana ini. Saudagar ini ingin tahu apakah jasa baik yang telah dilakukan oleh anak-anaknya.itu.

    Maka datanglah ketiga anaknya itu, sambil mengelilingi ayah mereka dalam keadaan sedeh dan terharu kerana bertambah tua dan keuzurannya. Seketika kemudian saudagar itu pun berkata kepada ketiga anaknya:

    “Ayah rasa sudah sampai masanya , Ayah akan kembali kepangkuan Ilahi. Sebelum ayah pergi , Ayah ada satu hadiah dalam kota besar ini. Kota ini cuma layak bagi orang yang benar-benar mempunyai keikhlasan hati yang sebenar” Kata saudagar itu. Sambil memandang kepada ketiga anaknya itu..

    Lantas ketiga anak-anaknya itu berpandangan sesama sendiri. Mereka bertiga menjadi terharu bila mendengar erti keikhlasan yang sebenar. Bagaimana untuk melakukannya dalam senjang hidup aku ini? Apa yang telah aku lakukan?

    Ketiga-tinga anaknya itu berbisik di daklam hati sambil cuba mengingatkan kembali apa yang telah mereka lakukan sepanjang hidup mereka selama ini. Ketiga anak-anaknya merasa hairan dengan sikap ayah mereka.

    “Ayah harap kamu bertiga dapat menceritakan pengalaman kamu selama ini , baik dalam kehidupan seharian dan juga tugasan kamu memberi sumbangan kepada orang perseorangan atau masyarakat sekeliling kamu”.kata saudagar itu lagi.


    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  3. KASIH YANG ALPA

    rasa tersimpan sebuah duka
    kasih yang dilakar mengukir luka
    kenyataan membeban sukma
    bahagia terkandung sengsara
    senyuman penawar mata
    tapi jiwa bunting derita
    bukan mencari paksaan
    tapi meminta renungan panjang
    tentang harapan diminta tangguh
    pada impian yang masih keruh..
    kesalahan tertentu milikku
    kelemahan sebegitu untukku
    persoalan begini mengharap
    ruang yang telah penuh
    dengan harapan yang lain…
    ketahuilah kebencian untuk diriku
    tak mampu menjauh tak terdaya menghancur lebur
    menjadi mimpimu kemarin
    akan dilupai setelah sedar kembalI


    Husni Kola
    sungai nibong
    11malam

    BalasPadam
  4. MAAFKANKU ANAK KECIL

    Menangis anak kecil itu,
    di sisi bapanya terkulai layu.
    Disapa ibunya tidak lagi bersuara.
    Hilanglah punca tiada lagi makna.
    Beratapkan langit membiru,
    bermandikan darah merah,
    anak kecil itu bangkit.
    Dentuman kuat itu masih berbunyi.
    Sesekali ditoleh ke kiri dan kanan,
    di sebalik kesamaran itu,
    dilihatnya bergelimpangan terkujur
    tidak lagi bernyawa.
    Mengalir semula air matanya,
    lemah, tidak lagi berdaya.
    Lalu ia jatuh, tersungkur di situ.
    Terdiam dirinya seribu bahasa,
    kerana sesungguhnya,
    langsung tidak mengerti apa-apa.
    Duhai anak kecil, maafkanlah aku.
    Maafkanku tidak buat kau mengerti,
    maafkan aku tidak buat kau merasai,
    nikmat keadilan dan keamanan.
    aku kerana sejujurnya
    aku juga kurang mengerti,
    mengapa agaknya hidup ini,
    tak semudah mimpi dan fantasi.
    Maafkan tak pernah aku berjanji,
    kerana janji hanyalah janji,
    takkan bisa aku tepati.
    hanya kata-kata bisa aku tuturkan,
    hanya doa aku iringkan bersama.


    Syeikh AL Habib
    apabila membaca tentang kekejaman israel di palestin

    BalasPadam
  5. KACA ITU KERAMAT

    Lapan detik meronta menanti
    Kelibat indahmu tergamit nostalgia
    Menikam jiwaku sekat air mata.
    Kesimpulannya mengapa begini?
    Mungkin aku sekadar kaca
    Jadi bukan pilihan utama.
    Tapi kau perlu tahu
    Walau kaca namun berharga
    Tetap menjadi jendela di istana.
    Bila mana kamu tidak lagi
    Merasa getaran hebat
    Seluruh urat sarafmu.
    Bila mana kamu tidak lagi
    Merasakan betapa
    Hebatnya kata keramat itu.
    Bilamana kamu rasa segalanya
    Sudah tiada makna.
    Pergi saja lari terus.


    Teksi Manaf
    Klang
    2pagi

    BalasPadam
  6. Manusia berbangsa degil ini tidak ada ubat keramat yang boleh menghalang mereka,Melainkan peluru yang tidak bermata, hanya ada dua negara yang mereka geruni Iran
    dan Lubnan, PBB tidak akan membuat apa-apa termasuk Liga Arab dan OIC, kerana di belakang mereka ada penyokong negara yang besar dan kuat konon polis yang menjaga keamanan dunia . Hanya menunggu nukliear Iran unuk dilepakan. Hanya itu jawaban yang sepatutnya diberi.Jika tidak keganasan tidak akan berhenti. Amin….

    BalasPadam
  7. Teksi Manaf dengan sajaknya KACA ITU KERAMAT. Pengucapannya bagai mempertikaikan Kenapa manusia eggan menilai kaca yang diangapnya keramat. Sebenarnya (Cuma andaian)
    Ada orang melihat sesuatu bagai tidak ada nilai, kerana terlalu banyak, seperti pasir di pantai
    dengan intan belian. Mungkin pasir terlalu banyak,maka dia tidak begitu berharga (tapi ada juga orang curi pasir) malah intan belian menjadi rebutan kepada isteri-isteri orang hartawan.

    Begitu jugalah dengan kaca kekadang dinilai tidak ada harga, tetapi setiap pemandu teksi saban hari hidup mengunakan pandangannya mencari rezeki Allah dengan cermin kaca teksinya walaupun orang awan sering terlepas pandang,kadangkala kaca ada juga dihias di istana atau mahligai, nilainya tetap sama kurang diberi perhatian sangat, menjadikan kedudukannya tetap setatik. Kecuali kalau kaca itu sudah tiada, barulah mereka mula mengenang akan jasanya.

    Hanya orang yang punya rasa daya pemikiran yang seni dan yunit atau (perihatin) dapat menilai akan cermin kaca dan pemandu teksi juga punya peranan untuk membangunkan negara..Sesama kita berdoa agar ada perubahan buat nasib pemandu teksi, agak lama tidak terbela. Syabas! Teksi Manaf

    BalasPadam
  8. KASIH SAYANG ALPA oleh Husni Kola menceritakan tentang kekesalan yang mungkin pernah dilakukan , mungkin juga di atas kealpaannya pada erti kasih sayang sebenar,
    menjadikan si dia mula merajuk diri.(ada jiwa-jiwa sadikit.) lalu berlakulah rasa kecewa dan tuduh menuduh hingga menimbulkan sengketa diantara kedua. Ini biasa
    berlaku, bila salah seorang bagai tidak memberi perhatian yang agak serius pada kekasihnya. Bila sudah merajuk, susah jadinya bila hendak dipujuk. Sebaiknya yang bersalah.
    Mengaku saja semua kesalahan, dan pohon maaf, jika benar kaseh sayangnya masih ada. Pasti dia akan meredhai dan memaafkannya. Amin. Usaha lagi

    BalasPadam
  9. mcm2 kena tahu kalau nak start menulis ni?

    BalasPadam
  10. mcm ambik ujian periksa plak bila baca tentang penulisan cerpen ni?

    BalasPadam
  11. ujian mata saya ambik dulu lagi snang dari cerpen? susah jgk nk menulis ni...

    BalasPadam
  12. ilmu persilatan pun lebih kurang mcm cerpen jgk la byk kena thu...

    BalasPadam
  13. org yg pandai sastera senang la org biasa yg susah sikit...

    BalasPadam
  14. klu mcm ni cara2 menulis cerpen? pakai x tulis la aku mcm ni susah sgt..

    BalasPadam
  15. en nuri hafal ke smua ciri menulis cerpen ni? patutlah cerpen en nuri best2....

    BalasPadam
  16. klu ambik periksa kena hafal mcm cerpen ni mmg fail la aku....

    BalasPadam
  17. ingatkan tulis cerpen senang rupanya susah jgk...

    BalasPadam
  18. mcm cerita 3 abdul je? cuma lain sikit jer...

    BalasPadam
  19. wah! en nuri ambik karya p.ramlee ke? hehehe tapi pandai en nuri ubah2 sikit....

    BalasPadam
  20. eh! ingatkan mcm cerita 3 abdul? rupanya lain sikit...

    BalasPadam
  21. seakan2 cerita 3 abdul versi lain plak? kretif en nuri...

    BalasPadam
  22. apa bndalah dalam kotak tu? duit ke?

    BalasPadam
  23. kotak tu dpt kat siapa nanti?

    BalasPadam
  24. sambung lagi en nuri suspen sapa dapat kotak tu?

    BalasPadam
  25. kota tu ada geran tanah agaknya?

    BalasPadam
  26. apa bndalah dalam kotak tu sampai hanya org ikhlas je boleh dapat?

    BalasPadam
  27. alamak! bersambung plak? ceritalah la lagi sambungan....

    BalasPadam
  28. x sabar nk thu apa bnda dalam kota tu?

    BalasPadam
  29. rasanya dalam kotak tu kosong kot? saja ayahanda mereka nak uji...

    BalasPadam
  30. dalam cerita 3 abdul xde plak cerita pasal kotak?

    BalasPadam
  31. pndai en nuri olah cerita 3 abdul ni jadi cerita lain...

    BalasPadam
  32. ingatkan sambungan cerita 3 abdul td? hehe

    BalasPadam
  33. cerpen kali ni pasal apa plak ni?

    BalasPadam
  34. ada emas agaknya dalam kotak tu?

    BalasPadam
  35. entah2 ada bom agaknya dalam kotak tu hahahha

    BalasPadam
  36. rasanya ada surat wasiat kot dalam kotak tu?

    BalasPadam
  37. kali ni mmg suspen xthu apa ada dalam kotak tu?

    BalasPadam
  38. cerita 3 abdul versi en nuri plak? nmpknya lagi best dari yg asal... hehe

    BalasPadam
  39. ni 3 abdul yg moden punya ke en nuri?

    BalasPadam
  40. ingatkan en nuri ambik bulat2 cerita p.ramlee rupanya ada ubah2 sikit...

    BalasPadam
  41. kenapa guna nama 3 abdul jgk kenapa x guna nama lain plak?

    BalasPadam
  42. hanya yg iklas je dapat kotak? ada intan berlian ke?

    BalasPadam
  43. entah apa bnda dalam kotak tu x thulah sama ada berharga atau tidak mmg pening....

    BalasPadam
  44. kotak tu kota besi ke kota kayu en nuri?

    BalasPadam
  45. kotak yg di wasiatkan tu besar mana?

    BalasPadam
  46. kotak emas ke ayah dorg nk bagi tu?

    BalasPadam
  47. terhibur jgk saya baca sampaikan suspen nak ikut seterusnya kotak tu ada apa???

    BalasPadam
  48. sajak utk golongan mak nyah ke? kesian plak baca....

    BalasPadam