Isnin, 1 November 2010

BILA KASEH HILANG




Bila ada di dalam rumah tangga
kisah suami isteri selalu berbalah
pasti kaseh sayang akan terbang
melalui pintu atau pun jendla.

Kita dengar ada anak gadis
minat lari ikut lelaki ke lombok
kerana mungkin pengaruh kawan
ada cinta atau  kasih yang dipuja.

Cerita ini bukan satu keanehan
kerana lebih dari 20 ribu berlaku
cuma kisah anak gadis lari rumah
puncanya  hal kedua ibu bapak.

Hidupkanlah  situasi keharmonian
bukan mengwujudkan perbalahan
jadikan rumah kamu itu syurga kamu
bukannya nyalakan api naraka bagimu

Drama ini perlu dihenti ditangani
jauhkan apa sahaja yang dikuateri
malah berpuluh lagi masih tersembunyi
bila kesal kemudian tidak bererti lagi

Oleh: Nurimanja,
catatn akhbar harian,
banyak lagi cerita x diketahui
sajak lahir 23hb,Oktober, 2010.




50 ulasan:

  1. BETULKAH PENGHUNI MAKHLUK ORANG BUNIAN INI ADA ALAM DUNIA INI?



    SIRI (2) Isnin

    KEBETULAN rumah Pakcik Sani buta ini di belakang pkan kecil bagan serai, banyak pokok getah tua yang hendak di tebang. Pakci Sani kerja mengambil upah menebangannya bukan untuk tanam semula tetapi projek pembangunan perumahan yang akan dibina. Di sebelah kebun getah itu ada hutan simpanan yang terbiar. Orang ramai pun tidak berani masuk ke kawasan hutan belukar itu.

    Suatu hari Pakci Sani terasa hatinya tersentuh,lalu merajuk dengan ibu angkatnya. Dia pergi menebang pagi itu tanpa membawa bekal makanan dan minuman. Dengan sebatang kapak dia turun dari rumah pergi mengambil upah menebang pokok getah tua itu.

    Walaupun keadaan mata tidak nampak tapi dia tetap tabah dan boleh membuat andaian sebelah mana pokok itu akan tumbang. Mungkin Pakcik Sani ada caranya yang tersendiri.

    Bila jam dua belas tengah hari . Ada di antara mereka yang mengambil upah itu balik ke rumah berehat ada juga yang membawa bekalan makanan dan makan di situ. Sepelah petang mereka sambung kembali hingga jam 4 atau 5 petang. Tetapi mereka rasa anih bila tibaDisebelah petang mereka dapatai Pakcik Sani tidak kelihatan menebang pokok getah . Mereka menyangka dia mungkin pulang ke umah.

    Sebenarnya Pakcik Sani pada mulanya dia terasa amat ltih dan sedih bila emak angkatnya berkata dia anak angkat yang cacat yang manaMak bapak mreka tidak mahu lagi, Tuk Ucu Limahlah yang ambil dan sangup membelanya dan dijadikan anak angkat. Kerana tuk ucu Limah dengan suaminya adik (Tuk Embing) memang tidak dikurniakan anak. Puluhan tahun berkhawin.

    Pakcik Sani dia terlena di perdu pokok getah tua yang ditepinya ada busut besar. Apabila dia tersedar dia terasa matanya boleh melihat danSeperti manusia biasa. Tetapi yang anihnya dia telah berada ditempat lain, di satu perkampungan yang aman dan damai, sekali dia Terdengar kokokan ayam dan suara orang bercakap-cakap. Ternyata dia berada di satu perkampung orang melayu beragama Islam. Bila dia Terasa perutnya lapar ia cuba mencari makanan dengan berjalan di sebuah rumah yang berhampiran.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SIRI (9)

    PERWATAKAN

    ¡, Cara lansong
    Ii, atau tidak langsong

    PERLAKUAN

    I,pebuatan yang ditak perlu watak

    DAILOG kATA BUAT

    I, pekerjaan
    Ii,melalui persekitaran
    Iii,melalui watak lain. (contoh) A bercakap dengan watak B mengatakan watak C

    IMBAS KENANG

    I, Ingatan kebelakang
    Ii, ingatan kehadapan
    Imbas kebelakan mudah (Cuma kenangan kembali) tetapi imbas kehadapan atau bayangan dihadapan agak rumit, sebenarnya itulah angang-angan macam mat jenin.


    BERSAMBUNG,

    BalasPadam
  3. Waktu Asar
    Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita (tak payah lah jumpa Dr Ismail Tamby)

    sedutan GP drp ustaz zahazan

    BalasPadam
  4. bunian tinggal kat pokok getah ke???

    BalasPadam
  5. bunian ni ska kaco org yg OKU ke?

    BalasPadam
  6. mcm mana bunian tu boleh ska kat sani sedangkan sani kan buta?

    BalasPadam
  7. sani ni pengamal ilmu hitam ke sbb boleh msuk ke alam bunian?

    BalasPadam
  8. setahu aku hnya org tertentu saja dapat ke alam bunian ni....

    BalasPadam
  9. hebat jgk ilmu sani sampai boleh msuk ke alam bunian?

    BalasPadam
  10. eh! sani tu kta org bunian ni baik2 x?

    BalasPadam
  11. belakang rumah sani tu perkampungan bunian ke?

    BalasPadam
  12. selalunya tempat2 huatn mmg tempat tinggal bunian la...

    BalasPadam
  13. org buta tebang pokok!! ajaib!

    BalasPadam
  14. bahaya dia buta takut tertebang tangan dia plak?

    BalasPadam
  15. org buta mana boleh kerja lagipun bahaya takut pokok jtuh atas dia plak?

    BalasPadam
  16. jahat btol mak bapak sani! sanggup buang anak!

    BalasPadam
  17. sedih tgk sani ni walaupun kekurangan dia tetap tabah....

    BalasPadam
  18. sani ni kena perangkap bunian kot sampai dia ke alam sana...

    BalasPadam
  19. bunian ni rupa dorg mcm mna ek?

    BalasPadam
  20. perghh!! dia masuk ke alam bunian dh sani ni....

    BalasPadam
  21. msti sani ni org baik2 sbb selalunya org baik2 je dapat ke alam bunian...

    BalasPadam
  22. alam bunian mcm alam manusia jgk ke? ada perbezaan?

    BalasPadam
  23. en nuri x pegi sekali ke dgn sani msa tu?

    BalasPadam
  24. masa sani ke alam bunian ni en nuri umor brapa?

    BalasPadam
  25. sani tu msti xdpt balik ke dunia asal....

    BalasPadam
  26. selalunya kalau masuk ke alam bunian dorg akan tahan x boleh balik la sani....

    BalasPadam
  27. sani msa ni umor brapa?

    BalasPadam
  28. wah! magik la bila msuk alam bunian terus boleh nmpk!

    BalasPadam
  29. bunian tu letak apa la kat mata sani trus boleh nampak....

    BalasPadam
  30. sani msti xnk balik dh lps ni sbb mata dia boleh nampak semula?

    BalasPadam
  31. bunia tu ajak kwin ke dgn sani?

    BalasPadam
  32. harap2 sani balik semula ke alam manusia....

    BalasPadam
  33. sani jd org bunian kot lps ni?

    BalasPadam
  34. sani xkn x balik lps ni???

    BalasPadam
  35. harap2 bunian yg sani jmpa baik2 nnt....

    BalasPadam
  36. sani mcm mna nak balik nnt?

    BalasPadam
  37. semua solat ada warna masing2 ke?

    BalasPadam
  38. mcm mana boleh ada warna mcm2 plak dalam solat?

    BalasPadam
  39. warna dalam solat ni utk apa geletek pagi?

    BalasPadam
  40. sajak pasal rumah tangga plak kali ni?

    BalasPadam
  41. sajak rumah tangga ke? menarik....

    BalasPadam
  42. sajak utk org berumah tangga je org bujang xde? hehhehe

    BalasPadam
  43. sajak pasal kwin? terima kasih sbb sy mmg pengantin bru pun... hehhehehe

    BalasPadam
  44. JALANKU

    Perjalanan hidupku tak pernah jemu
    Merentas masa dari langkah pertama
    Semakin dewasa semakin kecil dunia
    Semuanya didalam gengamanku
    Aku tahu apa yang ada disana
    Tapi tak siapa tahu
    apa ada didalam hati
    Mungkin aku terlupa
    pada seseorang disana
    Namun aku tak pernah lupa
    segala jasa mereka
    Kini aku tahu hidup penuh mencabar
    Bila ku andaikan bintang impianku
    Namun aku tetap dengan semangatku
    Kerana inilah jalan harus ku lalui


    Lim jim Kuan
    di depan masjid ketika menunggu rakan

    BalasPadam
  45. SEMUA BERUBAH

    bukit menjadi pulau
    gunung menjadi bukit
    padang menjadi laut
    sungai menjadi tasik;
    merah sinar matahari
    wajah langit yang sakit
    cahaya pecah dan berkecai
    gelombang tasik tidak lagi tenang
    bergetar didalam dadaku ini
    jika bukan kerana mereka
    jantung dah hati ini pun
    akan aku buangkan
    kerana semua tempat
    sudah tidak memberi makna
    jadi aku duduklah diam-diam
    kerana aku sedang berjuang
    memadam segala ingatan


    Mat Arifin
    Perak
    11malam

    BalasPadam
  46. JASAD TIADA TUBUH

    khayalkan aku hari senja tak sudah
    malap sedikit cahaya,
    melopong tanpa tutupnya.
    titah-titah ini merantai roh,
    untuk tempoh yang terlalu lama.
    baki-baki barah yang masih subur.
    injap usang diangkat ke langit,
    telanjang dari pahit dunia.
    komponen perasaan terlalu angkuh,
    sebuah jasad tak lagi ada nyawa.
    noktah ertinya tamat.

    Syamsul Razali
    Kelantan
    3pagi

    BalasPadam
  47. (BASCR)
    Sajak sdra Lim Jim Kuan bertajuk; JALANKU Pengucapannya mengenai perjalanan hidupya di dunia ini. Dia tahu sejak lahir dia telah mengenal dirinya yang terlotar di
    alam maya ini. (ibu bapa adalah perantaraan saja) tetapi ada yang mengatur dan yang menidupkannya. Kini dia terasa bagai mencari sesuatu yang terasa kosong di hatinya walaupun keperluan asas mungkin lebih daripada mencukupi. Tetapi untuk mendapatkan rasa satu ketenangan bukanlah mudah,melaikan bila terdengar suara azan kalimah Allah swt. Yang mencipta segala. Amin semoga anda dapat apa yang anda cari dalam usaha memburu impian dan mencari ketenangan dalam perjalanan anda selama ini. Thaniah!!

    BalasPadam
  48. (BASCR)Sajak bertajuk: SEMUA BERUBAH oleh sdra Mat Arifin juga bukan ahli sahabat cira rasa. Pengucapan sajak Mat Arifin punya pengertiannya yang terseniri dari renungannya pada alam. Dia ingin berbicara tentang alam yang kian parah dan tenat di lakukan oleh tangan-tangan nakal yang tamak pada memburu kebendaan dengan pembangunan yang tidak teancang. Termasuk jua bukit bukau , asap pembakaran, kecemaran sungai dengan sampah sarapnya. Penulis terasa ingin marah pada kedegilan dan kegilaan manusia mencemar alam (juga sebagai makluk jamadat tetapi apa daya sekadar mendiankan diri saja dengan mebenam rasa kemuakan itu. Semoga pihak alam sekitar menguruskannya.Amin Syabas buat perjuang mesra alam.

    BalasPadam
  49. Sajak berbau rasa keangkuhan yang sukar untuk dibicarakan umpama manusia yang lupa segala.Sinuksis sajak oleh Sdra Syamsul Razali bertajuk: JASAD TIADA TUBUH. Satu peringatan buat manusia: keanehan yang cukup melampau bagisagelenter manusia yang bersifat begini. Terasa bagai mereka tidak takut pada hari pembalasan tuhan dengan perjalanan yang hamper pun tamat. Tika usia sudah pun di ambang senja maseh lagi mahu melakukan kerja kemungkaran dan kefasikkan, malah tidak mengenal dosa dan
    pahala dan hari kematian yang sedang menanti. Selayaknyalah dia diangkap Jasad tidak bertubuh (roh) kerana rohnya pun lama lari
    kerana enggan mentuankan jasad atau tubuh yang engkar perentah yang maha esa. Amin semoga kita semua tidak begitu.( sebaiknya tajuk: jasad tiada roh ) syabas! Buat sdra Syamsul Razali Ada keapuantrsendiri!

    BalasPadam