Rabu, 15 September 2010

WARKAH UNTUK PAPA




Warkah ini kutulis
adalah terlalu terlewat
bila keadaan telah tenat,
sukar untuk dibicarakan semula
tentang pembahagian harta pusaka.

Papaku yang dikasihi!
sudah lama aku perhatikan
hal-hal  warisan harta dibiarkan
bila pemberian tidak ikut syarak atau
adat yang asalkan ada rasa keadilannya.

Anakmu yang sulung!
biar diam dipinggir bandar
atau di pendalaman desa rimba
anak-anak  ibu muda diam di ibu kota

Sebenarnya anakmu yang sulung
hasil dari perkhawinan isteri mudadara
menjadi kepala kepada harta warisan
dikuatiri nanti jika berlaku ketidak puasan
akan meletuslah sengketa tali persaudaraan.

Oleh; Nurimanja,
tanpa tarikh lewat  1983.
kampung tersusun Nibung Hangus.


24 ulasan:

  1. Doakan kesejahteraan bukan Islam haram: Mufti (BK)

    KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoa kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat. [+] (Petekan Akhbar BH)

    Ada yang mengatakan harus doa kepada bukan islam semoga dia masuk Islam, kalau dia tidak masuk
    Islam , kita takut orang yang berdoa dan mengamin pula terkeluar dari Islam. banyak sudah buat kerja
    yang bercanggah dengan ajaran Islam. itu yang kita takut.

    Memang nabi ada mendoakan orang yang belum masuk Islam, tetapi pada masa itu tidak ada siapa lagi
    yang hendak di doakan (berbeza kita hari ada TYT dan DYMM) namun nabi berdoa ada tujuannya jika
    umar masuk Islam pasti kekuatan berpihak kepada Islam. Benar apa yang telah berlaku.

    Tetapi bolehkah orang yang mencabar langkah mayatnya dahulu jika mahu menubuhkan negara Islam
    dan minta pula seorang lagi bertaubat, akan tunduk dan ingin masuk Islam. apa yang kita lihat terkini banyak hak melayu yang mendukung Islam sebaliknya kian tercabar.

    BalasPadam
  2. Anwar tidak bertanding Presiden PKR
    Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Adli Shaharbhnews@bharian.com.my
    2010/09/15

    Syed Husin enggan pertahan jawatan

    KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Syed Husin Ali mengesahkan tidak akan bertanding pada pemilihan parti November ini,masing-masing bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

    Anwar berkata, beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan daripada mana-mana cabang yang akan mula bermesyuarat Jumaat ini untuk sebarang jawatan dalam parti.
    “Saya inginkan persaingan yang sihat, dengan semua calon dikemukakan mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu saya.

    “Saya juga tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti,”kata beliau dalam laman blognya,
    http://anwaribrahimblog.-com.

    Sebelum ini, Majlis Muafakat Kepemimpinan Selangor dan PKR Kedah mengesyorkan supaya Anwar mengambil alih jawatan Presiden dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga penyandang jawatan itu memegang jawatan Timbalan Presiden.

    Petekan akhbar BH hari ini,

    BalasPadam
  3. SALAH FAHAM ATAU SALAH SANGKA 2. Oleh : Geletek Pagi


    Ada seorang Apek nama Liue orang panggil dia Apek Liue. Dia seorang penjual sayur yang menjaja dengan dua biji bakul dan sebatang kayu pengandar dua buah bakul besar itu penuh dengan dua jenis buah-buahan bakul hadapannya di isi dengan buah terung bulat dan bakul di belakangnya di isi buah limau besar (bali). Apek Liue ini pun memekeklah keliling kampung. zaman
    dahulu orang menjaja jalan kaki saja.

    Bila sampai di hujung kampung kebetul ada seorang hampa Allah isteri dia panggil dia abang bulat, sebab badan dia gemuk pendek. dan orang pun panggil dia bulat juga dia pun senang dengan nama itu. Bila apek Liue masuk
    ke kampungnya kali pertama isterinya pun terdengar orang memekek "Tolong molat! limau mosat ! Ada sini!!! "

    Dua tiga kali siisteri bulat mendengar. lalu dia segera memanggil suaminya. Abang bulat. dengar itu ada orang sedang minta tolong dia kata ada harimau besar! Cepat abang bulat bawa senapang patah tembak harimau nak baham orang minta tolong itu! Si suami yang bernama bulat pun bangun dan bawa senapang patahnya isi peluru
    dan meluru ke tengah jalan. ternyata hampa.

    Apa yang dia dapati seorang Apek yang sedang mengkandar menjual buah-buahan terong bulat dan limau besar dibahunya. Apek itu pun terkejut. "kenapa lu bawa senapang mahu beli buah? wa tata buat salah?" kata Apek Liue semacam ketakutan. Bulat tersenyum. "Bukan Apek. wa ingat lu minta tolong ada rimau besar. Itu pasal wa bawa
    ini senapang. mahu tembak sama dia." Apek Liue pun berasa lega. "Hai ya! Wa ada cakap salah tadi? atau lu silap dengar?" kata Apek Liue sambil ketawa. ini semua salah faham aje. kata Bulat, mereka pun terus ketawa bersama .

    SEKIAN.

    BalasPadam
  4. JANGAN SOMBONG MA

    Kilat petir rebut
    Taufan tsunami mendung dah reda.
    Sekarang cuaca dah cerah
    Cuma kadang hujan turun juga
    Aku bawa payung kau Tak ada kan?
    Mari sini kita kongsi
    Janganlah jadi bodoh
    Jangan sombong nanti kau basah
    Sakit demam kau yang susah.
    Lain kali jangan sombong lagi


    Jessica Lew
    12pagi
    penang

    BalasPadam
  5. MEMETIK BUNGA DI SAYAP MALAIKAT

    Cinta atas kelurusan
    Tak pernah lihat juga tiada dengar
    Di tengah jalan penuh penyeksaan
    Mendengar syaitan ketawa
    Diri sering tewas dengan tipu daya
    Tetapi Cinta atas kelurusan
    Aku tetap percaya tanpa wujud lelah
    Tiada siapa mengetahui hakikat
    Tinggal diriku perlu cekal dan kuat
    Untuk memetik bunga
    D hujung sayap malaikat


    Badrul Azim
    Kuala Lumpur
    12pagi

    BalasPadam
  6. Sajak bertajuk JANGAN SOMBONG MA seorang wanita cina dari pulau mutiara. Sinopsisnya mengigatkan kita musibah yang pernah melanda dahulu telah reda kini.walaupoun sesekali masih ada mendung dan hujan adalah perkara biasa dalam
    Kehidupan seharian.

    Namun ada sikap yang suka tolong menolong diamalkan budaya kita di Malaysia.Dipandang sepi dan agak sombong, kerana lebih sangup berhujan dari diberi tempat tompang berteduh dan berlindung sama berpayung. Bila ditimpa musibah barulah mereka hendak sedar. Inilah satu budaya kurang sedar atau perihatian masyarakat
    Yang bersikap hidung tinggi atau sombong. Satu peringatan buat mereka yang ada bersikap sombong. Syabas! Jassica Lew ada kemampuan mencipta puisi.usaha lagi!.

    BalasPadam
  7. Sdra Badrul Azmin juka tidak kurang hebat dalam melakar kata melalui sajaknya Bertajuk MEMETIK BUNGA DI SAYAP MALAIKAT. Pengucapannya pada Khalid pencita segala.

    Cinta sebenar sememangnya dari hati yang luhur kepada Khalid barulah lahirnya keimanan sejati. Namun dalam kehidupan mengerjakan ibadat dan mengingatiNya kita sering saja di ganggu gugat dari sempang perenang, pujukkan, keberatan dan kemalasan bujukkan iblis dan syaitan. Untuk mencapai makam yang tertinggi ia hanya cita yang tuluds ikhlas atau luhur terdaya melaksanakannya untuk memetik bunga harapan di sayap para Malaikat. Amin. Syabas! Usaha lagi, berkemampuan.

    BalasPadam
  8. SAJAK BUAT PAPA NI MCM SAJAK TAK PUAS HATI PASAL PEMBAHAGIAN HARTA KAN? ANDAIAN SAJA....

    BalasPadam
  9. sajak papaku ni pasal apa en nuri???

    BalasPadam
  10. sajak pasal wakah buat papa ni? susah nk tangkap la mksud dia...

    BalasPadam
  11. sajak en nuri pasal wakah buat papa ni mksud dalam la.... hehe

    BalasPadam
  12. sdih jgk baca sajak warkah buat papa ni...

    BalasPadam
  13. sajak warkah ni bunyi mcm cerita tiga abdul je???

    BalasPadam
  14. menarik sajak warkah buat papa wlpn aku xphm mksud dia.... hehhee

    BalasPadam
  15. eh! sajak ni berkenaan pasal apa? adik beradik ke?

    BalasPadam
  16. sajak kali ni susah nk tangkap la mksudnya

    BalasPadam
  17. warkah buat papa? mcm dah baca je sajak ni...

    BalasPadam
  18. warkah buat papa? apa benda warkah tu?

    BalasPadam
  19. cerita pasal org msuk islam ni? blog en nuri byk jgk org msuk islam? heehe

    BalasPadam
  20. eh! xboleh ke mendoakan org msuk islam???

    BalasPadam
  21. pening jgk baca pasal isu org msuk islam ni? hee

    BalasPadam
  22. alamak! agak memeningkan kepala bila dgr isu pasal mendoakan org msuk islam...

    BalasPadam
  23. dorg ni mcm2 kes skrg nk buat huru hara

    BalasPadam
  24. maaf msuk dalam ulasan kjab en nuri nk tambah isu pasal mendoakan org bkn islam ni masa sy ke masjid ari tu bawa joseph dgn jupri smua jemaa sembang pasal ni la dorg semua salahkan kerajaan sbb mengheboh2kan isu ni...

    BalasPadam