Isnin, 13 September 2010

PUISI LANGIT DAN BUMI





Dulu langit dan bumi bersatu
langit dipisahkan turun hujan
bumi dipisahkan keluar tumbuhan

Dulu keduanya adalah satu
kini dijarakkan atas dan bawah
walaupun dipisahkan keduanya sama.

Orang tidak menyebut langit
tanpa melupai asal bumi
kerana dahulu keduanya bersatu.

Oleh: Qalam Mutiara,
desa bernaung lembah sepi.
penhujung lorong jalan mati 2010.


35 ulasan:

  1. ALAM MESTRI CERITA SIRI PERTAMA BERTAJUK : WAK KARDI OLEH : NURIMANJA.
    ___________________________________

    WAK KARDI terus membanting tulang empat kerat di bawah sinar terik matahari pagi di musim kemarau. Keringatnya pun mengalir tidak berhenti, sesekali dia menyapu dengan kain tuala mukanya yang sudah lusuh itu. Wak Kardi menarik nafas panjang kemudian melepaskannya pelahan-lahan, angin pagi sesekali menerjah muka dan tubuhnya.

    "Inilah perjuangan hidup. Akan aku bawa dongkul-dongkul kematu di dua belah tapak tanganku ini ke akhirat nanti, sebagai bukti aku hidup sebagai petani mencari nafkah menyara isteri." Begitu keluh hati Wak Kardi.

    Bla suara azan berkumandang di menara masjid tanda masuknya waktu solat zohor, Wak Kardi segera berhenti kerja, lantas pergi mengerjakan solat di sebuah pondok kecil yang usang di kebunnya. Di situlah dia berehad, makan tengah hari atau tidur sebentar, sebelum memulakan kerja berkebunnya hngga ke petang.

    Wak Kar sering berdoa minta kesejahteraan di dunia dan akhirat, agar dapat memelhara kerukunana rumah tangganya berkekalan bersama isteri mudanya yang masih dara perawan. sesakali wajah isterinya yang berambut ikal mayang itu terbayang di ruang matanya, Wak Kardi tersenyum, terasa memberi semangat membuat Wak Kardi bekerja lebih gigih lagi.

    Lewat matahari petang cundung di ufuk barat. Wak Kardi terbongkok-bongkok pulang ke rumahnya. Di muka pintu Wak Kardi tenang melihat isterinya yang ayu itu menunggu dengan penuh kemesraan bersama senyuman yang menawan, segala keletehan dan penat lelah Wak Kardi terasa luruh ke bumi.

    Orang-orang kampung tahu Wak Kardi mempunyai isteri yang muda jelita. Kegigihan Wak Kardi bekerja dengan tulang empat kerat itu,menumpahkan keringat untuk mengumpulkan wang, sememangnya Wak Kardi layak meminang seorang gadis cantek jelita dengan hantaran wang yang beribu ringgit.

    Bila jauh malam, Wak Kardi sering meninggalkan isterinya didakap kesejukkan malam, pelahan-lahan Wak Kardi bangun mengerjakan solat tahajud dan sunat-sunat lain sehingga menjelang subuh cuma untuk menyerah diri kehaderat Ilahi. Kemudian menyediakan bekal untuk ke ladang lagi. Bila lewat petang dia akan pulang. Begitulah kehdupannya menjelang hari demi hari .

    Isteri muda jelitanya telah hampir tiga bulan tidak pernah disentuh atau digaulnya, dia terlalu sayang pada keperawanan dan kegadisan yang terlalu amat muda itu untuk disentuhnya dia bercadang untuk membela dan menjaganya sebaik munkin. isterinya masihmentah,usia kebudak-budakan, perlu dididik supaya lebih matang, begitulah fikir Wak Kardi.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Utara: Tanah kubur jadi tapak rumah
    Oleh Amin Ridzuan Ishak
    aminridzuan@bharian.com.my (Sebahagian sedutan akhbar BH)


    "Janganlah hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan membenarkan projek perumahan itu.
    Dengarlah suara rakyat bawahan seperti kami. Kami juga mahu keadilan," katanya kepada Berita Harian.

    Abdul Rashid berkata, pihaknya amat memerlukan tapak lebih besar bagi melaksanakan projek
    pembesaran Tanah Perkuburan Jelutong kerana keperluan terhadapnya amat tinggi berikutan
    pertambahan penduduk setiap tahun.

    "Bukan hanya jenazah penduduk Jelutong dikebumikan di sini (Tanah Perkuburan Jelutong),
    tetapi jenazah dari daerah Timur Laut juga dikebumikan di sini, menyebabkan keadaan agak sempit.

    "Bayangkan kubur hanya dikorek sehingga paras lutut kerana kawasan perkuburan sudah penuh
    dan mengelakkan kubur asal terjejas. Sampai tahap macam itu sekali masalah kami," katanya.

    Abdul Rashid berkata, pihaknya sebelum ini sudah memberikan memorandum dan surat rayuan
    kepada pelbagai pihak supaya membantu tetapi semua usaha itu masih belum menemui hasil.

    "Macam-macam memorandum sudah kami hantar, malah ada penduduk bertindak agresif dengan
    bersemuka dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bagi menyatakan bantahan walaupun tidak dilayan.

    "Kami kecewa dengan sikap pemimpin tempatan yang kini dilihat seolah-olah mengalah dalam menuntut tanah Lot 21 dan 22 untuk dijadikan tanah perkuburan. Mereka harus ingat bahawatanah itu cukup penting bagi menjaga kepentingan orang Melayu serta Islam di Jelutong," katanya

    BalasPadam
  3. TERBANG

    Hidup ibarat kopi.
    Kita minum bersama
    hilang rasa sepi.
    tapi setelah itu kita sendiri.
    terbang ke awan biru
    gapai cita-cita kau terbang dahulu.
    sayap aku tiada daya
    aku dongak ke langit
    aku lihat kalian
    satu hari nanti
    akan ku sertai kamu
    di atas sana
    di balik awan biru.


    Delaila Rahman
    cheras
    7pagi

    BalasPadam
  4. MANIS

    Manis semua sukakan yang manis
    manisnya gula jadi tarikan semut
    manisnya sari madu
    hidangan sang lebah
    manisnya senyuman
    hati berbunga riang
    siapa sangka dalam manisnya gula
    ada musibah bila terlebih
    dalam manisnya madu
    ada tersimpan racun bisa
    dalam manisnya senyuman
    ada rahsia tiada terduga
    tapi hati perlukan kemanisan...


    Tuna Tatiati
    Keninggau
    2pagi

    BalasPadam
  5. Sajak berbentuk perbidalan atau perbandingan daripada Delaila Rahman bertajuk TERBANG . Sesuatu benda yang tuhan jadikan boleh kita buat perumpamaan atau perbandingan, kerana setiap satu ada bersamaannya. Hal keadaan ini biasanya cuma dirasai atau diwaris oleh orang yang berjiwaseni sahaja untuk berfikir, bagi saorang
    biasa, tidak punya apa-apa untuk pening kepala bagi memekirkannya (Joseph lee) sorry salah seorang
    mungkin kebetulan sahaja. Tetapi orang begini jiwanya ada kemapuan lain pula, cuma dia tidak dapat diterjemahkan dalam citrasa seni dari sudut hati kecilnya.

    Pengucapan sajak TERBANG mungkin ingin mengapai segala cita-cita sebagaimana orang lain dapat dan boleh melaksanakannya, semangat yang baik. Mungkin hari ini anda seperti anak kecil yang baru bertateh atau jalan jatuh, esok atau lusa anda sudah pasti mungkin boleh berjalan dan berlari. Diketika itu barulah anda merasai berdiri sama tegak dan duduk sama rendah. Bagi mencapai segala cinta seorang itu perlulah melalui satu pengorbanan.Amin

    BalasPadam
  6. Seorang lagi penyumbang sajak kreatifnya dalam blog ini berasal dari negeri di Bawah bayu, ramai menjadi penghijrah di ibu kota menacri rezeki di perantauan.

    Sajak bertajuk; MANIS oleh Tuna Tatiati bagai bermadah bunyi iramanya, malah apa yang hendak di sampaikan semuanya telah diberi jawapan, cuma pembaca atau pun
    khalayak perlu membuat andaian yang mungkin berbeza. Kerana sebagai manusia kita perlulah berfikir dan menilai terlebih dahulu sesuatu yang datang dengan manis dan baik atau lemah lembut, tidak semestinya mencerminkan seratus peratus baik dan boleh
    dipercayai, kekadang ada berlaku sebaliknya yang mungkin boleh mengecewakan hati kita. Anda ada kemampuan usaha lagi. Syabas!!Usaha lagi.

    BalasPadam
  7. puisi langit dan bumi mcm pnh baca jer..

    BalasPadam
  8. en nuri asyik letak sajak lama je bila nk letak sajak2 bru plak?

    BalasPadam
  9. sajak langit dan bumi mcm sama maksud dgn antara dua hati plak?

    BalasPadam
  10. eh! sajak langit dan bumi pun sajak perumpamaan?

    BalasPadam
  11. cerpen wak kardi dh pnh baca dah..

    BalasPadam
  12. harap2 cerpen wak kardi kali ni skrip x hilang dah.. hehe

    BalasPadam
  13. cerpen baru xde ke en nuri? wak kardi dh pnh baca...

    BalasPadam
  14. wak kardi? cerpen jawa ke en nuri?

    BalasPadam
  15. wak kardi kwin muda! wah! byk duit dia ni...

    BalasPadam
  16. eh! wak kardi kwin bini muda? ni msti kes bini dia curang ni.. sbb slalu klu ade bini muda msti curang...

    BalasPadam
  17. eh! cerpen wak kardi? yg dia bunuh bini dia tu ker?

    BalasPadam
  18. wak kardi ni x sedar diri! dh tua tp nk kwin bini muda plak!

    BalasPadam
  19. eh! wak kardi ni tua2 pun miang jgk nk kwin muda? hahahaa

    BalasPadam
  20. klu bini muda ni x boleh percya sgt msti dia nk kwin dgn wak kardi sbb harta....

    BalasPadam
  21. wak dgn bini muda? beza dorg umor brapa thn ni?

    BalasPadam
  22. huh! tanah nak didirikan rumah ke en nuri? hbis mcm mana pengali kubur nk cari makan... nak kena beli paper la hari ni...

    BalasPadam
  23. kubur dorg nk besarkan? eh! xde tampat lain ke yg kosong lagi?

    BalasPadam
  24. tanah kubur dorg nk dirikan rumah! bahaya tu...

    BalasPadam
  25. klu dorg nk dirikan umah kat atas tapak kubur? msti berhantu rumah tu... hehe

    BalasPadam
  26. tanah kubur nak didirikan umah ke? xkn xde tempat lain dorg nk buat rumah?

    BalasPadam
  27. kat balik pulau kan byk lagi tanah kosong? xkn semua nak sumbat kat jelutong kot?

    BalasPadam
  28. bina je la umah kt tanah2 kat hutan2 jgn la sampai di tapak kubur pun nk bina rumah...

    BalasPadam
  29. gila la dorg ni nk bina rumah kat tapak kubur ker!

    BalasPadam
  30. xkn sampai mcm tu sekali dorg ni? teruk btol kubur tempat kubur la jgn la nk bina rumah plak! hish....

    BalasPadam
  31. ape pnya bodo kontraktor rumah tu! atas tapak kubur pun nk dibina rumah! hbis nnt klu org mati nk kebumi kat mne?

    BalasPadam
  32. eh! kat perak road kan ada lagi tanah perkuburan? nnt kebumilah kt situ jgn la semua nk sumbat kt jelutong...

    BalasPadam
  33. kubur kat jelutong??? kt mana plak tu?? yg perak road tu ker?

    BalasPadam
  34. tamaklah dorg ni kt tapak kubur pun nk bina rumah! mcm xde tempat lain jer...

    BalasPadam
  35. smoga kerajaan pantau sikit xkn la dorg nk bina perumahan kt tapak kubur plak?

    BalasPadam