Jumaat, 24 September 2010

HUTAN BALAK DAN LOMBONG PASIR




Cerita pasal pembalakan dan perlombongan ini,
dua perkara yang sangat serius untuk diperkatakn
hasil dari hutan kini teralu sukar hendak dihentikan
hasil dari pasir pula terus saja dikorek dicerobohkan
kerana setiap  pergerakan kita perlukan kewangan
maka jikalau kerja ini ini dihentikan wang pun hilang.

Justeru itu cuma jalan pintas saja boleh dilakukan
walaupun ada orang berkata menyalahi peraturan
dengan merosakan tebing anak sungai alam sekitar
tanpa menilai kesusahan, menimbulkan malapetaka
walaupun ada suara rungutan penghuni di sekitarnya.

Cerita pasal pembalakan dan perlombongan ini,
satu kerja mudah punggut hasil sebuah pemerentah
dan begitu rangkus  kontak pengorek mendapat permit
ini semua cuma menambah sumber hasil dalam negeri
maka terpaksalah  mengaut keuntungan hasil dari bumi.

Oleh:  Nurimanja,
Catatan dari akhbar harian
tanggal bulan Julai, Ogos 2010


40 ulasan:

  1. KISAH DUA RAKYAT SATU MALAYSIA DALAM DUA SITUASI BERLAINAN DINATARA TEGAS DAN KELUHURAN.
    ___________________________________

    1. ORANG IBAN DI RAJANG SERAWAK.

    Pernah satu masa saya mengajar tetiba ada seorang murid keturunan iban mengeluarkan buku bertajuk:
    ROSLI DOBI (salah seorang perjuang kebebasan serawak dari cengkaman penjajah) saya pernah dengar
    nama itu, tetapi tidak berapa tahu ceritanya. Lalu saya minta pinjam untuk membacanya. Kerana terlalu
    sebuk dengan tugas ujian murid hujung tahun. Saya cuma dapat baca sebahagian saja, tetapi saya janji
    akan pulang sehari dua.

    Selepas dua hari bapak anak murid saya bernama Sandin datang ke quartes saya, bapanya sandin bekerja se bagai mandor di SWC jepun di kuala rajang, minta buku itu kembali bersama Sandin sebagai saksi. Saya mula agak terkejut, bila dia bertanya dengan sopan dan saya baru teringat, dan minta maaf dan minta tempun untuk pulang esok, kerana belum habis baca lagi .

    Bapak Sandin bersetuju. Esok setelah habis baca saya pulangkan segera. Apa yang menarik dalam kisah benar ini KETEGASAN yang ditunjukan Sandin dan bapaknya. janji mesti ditepati. kita juga boleh bertolak ansur. Saya tabik kepada kedua beranak bangsa keturunan Iban itu. Tegas! Syabas...

    BERSAMBUNG. (ESOK)

    BalasPadam
  2. TERPILIH UNTUK MEMILIH

    ada dua rasa dihati
    biarkan saja ini terjadi
    takkan aku memilih lagi
    biarkan masa menjadi teka teki…
    cinta tidak memilih dengan mata
    mungkin kata hati akan berlabuh
    ini semua terjadi hanya untukmu
    dan semuanya tetap untukmu
    biarkan waktu berbicara
    menjawab semua persoalan
    bila aku harus memilih
    aku takkan memilih
    kerna degup jantung kekdg kencang
    selalunya tidak mungkin aku sayup…
    cinta juga tidak kerna harta
    biar waktu membias segalanya
    agar aku tahu yang mana berharga
    dan yang mana bertanda…
    selama mana harus aku menyimpan
    masalah makin menerjam
    haruskah aku buang,
    atau terus memendam diri diam?
    setiap jejak setiap langkah
    ku pingin untuk berdua
    tetapi tetap menyendiri
    dan tetap sendiri…
    gejolak jiwa makin hebat
    memang aku tak memilih jalan ini
    biar semua bersemi sendiri
    jiwa akan memilih waktuku berdiri…
    bernyanyi la sendiri
    nyanyi biar sampai langit
    agar suatu ari nanti
    kau akan ingat hari ini…


    Saidatina Ayubi
    Mesir
    11malam

    BalasPadam
  3. ANGGAP SAJA MIMPI

    Degup deras dulu tidak lagi hadir
    sepadat-padat memori
    Menjadi sekosong-kosong rasa
    Sekelip mata tak percaya?
    Bisakah dibenci jadikan dulu mimpi
    Sakit hari esok mungkin lebih erti
    Yang semalam sudah aku kesali
    Aku sudah tak sunyi.
    Biarlah hari ini aku menyanyi
    Hari esok aku menari dan suka hati.
    Yang semalam anggap mimpi ya.
    bagai berbatu jarak aku belakangkan
    ghaib kerancahan mengarus deras
    seolah lenyap tiada nafas itu
    biar ulangan panggilan tidak pantul
    mahu aku depakan setiap suara halus
    erat melengkapi setiap ruang wujud
    membelai rasa kehilangan lalu
    hangat nafas itu semakin merakus


    Tasya Humairah
    Mesir
    1pagi

    BalasPadam
  4. Sajak sadikit jiwa-jiwa oleh Saidatina Ayubi dari Mesir. Menceritakan soal pilih dan memilih dengan tajuk sajaknya ; TERPILIH UNTUK MEMILIH sajak ini terasa bagai menyentuh soal hati. sesekali pengucapannya terasa juga bagai mahu menyerah kepada yang berkuasa menentukan akan terpilih atau untuk memilih. Cinta yang dilahirkan bukan ukuran yang sebenar pada kebendaan. Tetapi pada keikhlasan hati dan faham memahami. Oleh itu bagai seorang yang beriman ketentuan allah itulah lebih tepat dan sabgat menyakinkan, dan berserah kepada ketentuan allah pada rukun qada dan qadarnya. Amin.

    BalasPadam
  5. Sajak dari Tasya Humairah bertajuk ANGGAP SAJA MIMPI, pengucapan sajak anda
    Juga bagai mimpi-mimpi yang bertaburan, sekejap anda padat dan sarat dengan isi memori . kini hati anda kosong sekosonganya. Sekejap anda percaya hari ini anda benci, akhirnya segala kebencian anda jadikan mimpi . bertabur untuk menangkap maana dalam pengucapan yang sebenar , saya bagai gagal untuk menyelam ke dasarnya, dimana saya akan dapat menilai isi atau maksudnya yang tersirat dan tersurat?

    Rengkasnya andaian cuma yang dapat saya katakana:. Barangkali anda ingin membuang segala memori lama dan mungkin ingin mengosongkan hati dengan cerita yang kurang menyenangkan, agar esok jiwa menjadi tenang dan mencari sesuatu yang baru, agar dapat terubat luka lama semoga biar hilang parutnya. Selepas itu barulah anda berasa bebas dan mencari penganti yang lebih bermaan dan mengerti. Amin. Usaha lagi.

    BalasPadam
  6. bg aku org yg mencemar alam sekitar adalah org x bertamadun!

    BalasPadam
  7. ape pnya dorg ni x reti hargai alam sekitar!

    BalasPadam
  8. sbb duit pnya pasal la ni semua hutan di gondol!

    BalasPadam
  9. hbis pencemaran udara berlaku sbb penebangan hutan ni la!

    BalasPadam
  10. smoga kerajaan dapat pantau aktiviti pembalakan haram ni...

    BalasPadam
  11. apa nk jadi dgn manusia skrg ni kerana duit hbis hutan jd mangsa!

    BalasPadam
  12. x cukup lagi ke dgn apa yg ada hutan pun dorg nk bedal!

    BalasPadam
  13. mmg tamak btol dorg ni dgn hutan pun x boleh bertolak ansur!

    BalasPadam
  14. patutnya org yg buat pembalakan haram ni di beri hukuman setimpal!

    BalasPadam
  15. menarik sajak en nuri kali ni berkisar tentang alam sekitar

    BalasPadam
  16. tahniah en nuri sbb jarang org nk membela nasib tumbuh2an ni...

    BalasPadam
  17. pembalakan? apa nk jd dgn manusia skrg ni!

    BalasPadam
  18. sayu baca sajak ni kesian alam fana ni..

    BalasPadam
  19. smoga ada yg simpati nnt tentang permasalahan ni...

    BalasPadam
  20. sajak yg menarik en nuri... tahniah!

    BalasPadam
  21. wah! esok jgk dia datang tuntut buku!

    BalasPadam
  22. eh! xptut btol la bagi la hbis baca dulu...

    BalasPadam
  23. org iban mmg berpegang pada janji yer...

    BalasPadam
  24. mmg btol en nuri tulis ni sbb org iban mmg marah kalau janji x ditepati...

    BalasPadam
  25. alamak! tegas btol org iban ni yer...

    BalasPadam
  26. kedekut jgk org iban ni bru sehari je lambat dh nk minta balik!

    BalasPadam
  27. kesian en nuri kejam btol org iban tu...

    BalasPadam
  28. ala...dorg ni takut sgt mcmlah en nuri nk curi buku tu...

    BalasPadam
  29. menarik peribadi org iban kita kena contohi ni...

    BalasPadam
  30. klu zaman skrg pinjam buku brapa lama pun dorg buat xthu jer... berbeza dgn org iban ni..

    BalasPadam
  31. org iban mmg marah klu x tepati janji ke???bru sy thu...

    BalasPadam
  32. bahaya jgk klu nk pinjam ape2 kt org iban ni...

    BalasPadam
  33. takut aku tgk org iban ni selamat kwn2 aku xde yg iban...

    BalasPadam
  34. pasal buku pun dia nak gaduh ke! cis!! kedekut!

    BalasPadam
  35. sehari je lambat pun dorg nk kecoh2 dh..

    BalasPadam
  36. mmg bgus btol org iban ni janji msti ditepati prinsip dorg ni...

    BalasPadam
  37. lps ni kena berhati2 kalau nk pinjam ape2 dari org iban sbb kwn aku byk iban...

    BalasPadam
  38. xkn dorg xpham? pinajm sehari mana boleh hbis baca?

    BalasPadam
  39. selamat dia x saman en nuri masa tu klu x buat malu jer..

    BalasPadam
  40. ape2pun kita patut contohi prinsip org iban ni..

    BalasPadam