Khamis, 23 September 2010

KHABAR FASIK



Bila kamu dengar
jangan terus terima
bulat-bulat masuk kepala,
satu berita tidak syaheh
dan belum tentu akan benar
jika tiada mempunyai faktanya.

Sebelum kita berucap,
pujilah Allah terlebih dulu
dan disusuli pula kepada nabi,
barulah kata kemudian daripa ini.

Itulah sebaik adap,
bila kita hendak berucap
kerana ilham daripada Allah
semuanya benar dan syaheh belaka.

Mengapa kita mengaku?
semua ucapan dari dirisendiri
mempunyai pendapat hebat,
sebenarnya satu sifat keriakkan
yang diilhamkan oleh si iblis
agar kamu melupai akan segala.


Oleh: Nurimanja,
kira jam lapan malam
bertarikh 21 september 2010.
allah tidak akan redha orang fasik dan munafik






50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 7 BERTAJUK : TAHANA OLEH:NURIMANJA PULAU PINANG.
    _____________________________________________________________________

    Isteri Jiman telah lama berhenti kerja sejak dia menjadi isteri jiman untuk memberi tumpuan sepenuh masa sebagai suri rumah sepenuh masa. Diketika itu jugalah isteri Jiman mengambil aleh semua kuasa dalam rumah itu menjadikan ibu Jiman jauh hati.

    Ibunya sendiri telah pun meninggalkan rumahnya, akibat satu pertengkaran dengan isterinya, Jiman sendiri telah menyebelahi isteri tersayangnya itu. Ibunya benar-benar rasa kecewa, dengan lenangan air mata dia rela pergi meninggalkan anak Jiman yang diangap sebagai buah hati pengarang jantungnya selama ini.

    Ibunya pergi meninggalkan pekan kota lama dengan hati yang pedeh , sedeh dan pilu membawa sekeping hati yang luka parah, remuk redam angkara Jiman yang lebih banyak membela dan menyebelahi isterinya dari menjaga hati ibunya sendiri.

    Kerana tidak tertahan menanggung segala beban derita tahana yang Jiman dan isterinya lakukan , Ibunya membawa diri pulang ke desa terpencil di tanah seberang. Tempat asal usul datuk neneknya tinggal dahulu.

    Tidak lama beberapa tahun kemudian Jiman mendengar berita dari rakan ibunya yang sama bekerja sebagai tukang sapu di majlis penbandaran kota lama. Ibunya telah pun meninggal dunia akibat makan hati dan sedeh dengan tahana yang dilakukan Jiman dan isterin ke atas diriya.

    Disinilah Jiman mulai sedar dan rasa bersalah terhadap ibunya, dia mula menghitung akan dosa-dosanya selama ini ke atas ibunya. Malah musibah demi musibah telah mulai dirasainya datang sileh berganti

    Selepas sebulan Jiman menerima pula berita yang mengemparkan dia diberhentikan kerja 24 jam kerana melakukan pecah amanah melibatkan wang syarikat yang tidak dapat dilansaikan.

    Sebahagian daripada harta bendanya terpaksa dilelong untuk dia membayar kembali wang syarikat sebanyak ratusan ribu ringgit yang telah digunakan itu, untuk mengelak dirinya daripada merengkok di dalam penjara.

    Dengan nama yang tercemar, Jiman kecewa untuk memohon mendapat sebarang pekerjaan baru. Akhirnya segala harta bendanya habis di jual untuk menampung sara hidup sehariannya.

    Malah rumah dan kereta besarnya juga telah ditarik balik oleh syarikat dan tuan-tuan punya yang telah mengeluarkan arahan sama ada ingin pulangkan semula ataupun disaman untuk dibicarakan
    dimahkamah.

    Jiman dan isterinya terpaksa akur dengan kehendak majikannya dan terpaksa mengosongkan rumahnya dan berpindah ke rumah murah kecil yang disewanya di pinggir bandar kota lama itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KISAH ATUK EN NURI DULU KALA ZAMAN SEBELUM PERANG DAN MERDEKA. CUMA DENGAR CERITA SAJA

    Anak dia cuma seorang perempuan saja, iaitu ibu kepada en nuri, kini telah pun kembali kepakuan illahi .
    Amat cukup jauh berbeza di antara ibu en nuri dengan atuknya seorang yang sangat pandai mengoda lelaki.
    ustaz dan tuk khadi luruh serba sama sekali, serah segala apa yang ada , asal dapat khawin dengan janda muda
    Yah yang cantek lawa. tidak dapat tengok orang tenguk bumbung rumah pun tidak mengapa, cukup lega.

    kini, walaupun hartanya banyak , tanah rumah , dusun dan kebun, en nuri tidak pernah ambil satu sen hasilnya,
    kini mungkin puluhan ribu nilainya, namun ada nama waris ibu en nuri, tapi keluarga tidak mahu ambil perduli.
    walaupun en nuri cucu pewarisnya, tetapi semuanya habis dikerjakan oleh adik abang dan anak-anak saudara
    atuk Yah semuanya. Sebenarnya mereka tahu, hukum hakamnya, tetapi mereka saja buat tak tahu, alasan mereka,
    kami yang jaga aruah Hajah Yah mak menakan kami dahulu.

    Cerita ini tidak sepatutnya untuk diceritakan, tetapi ada hikmat dan pengajarannya. untuk panduan buat mereka yang masih hidup dan menyedut udara di bumi tuhan ini. Kesumbongan dan keangkuhan akan musnah dan semuanya tidak abadi, cuma amal ibadat yang kita lakukan kekal bersama kita untuk kembali mengadap ke pangkuan Ilahi , Amin.

    SEKIAN.

    BalasPadam
  3. IRAMA DESA

    aku rindu pada decitan kedidi
    kokokan si jantan
    siulan murai dan teriakan cengkerik
    itulah irama damai desaku
    cerah tanah aku berlari-lari
    di padang embun rumput kemuncup
    semalu mengekekhilai tawa cerita

    terik mentari bahang hangat terasa
    dingin air mengalir jernih
    anak seluan culas berenang
    di situlah tempat aku bermain
    segaris senja melarik redup
    membingit sepi getah dan guli
    tin dan bola bermain
    tak henti bagaikan sebati

    malam memeluk siang
    aku dipeluk gundah
    waktu bagai terhenti berlari
    saat aku menanti pagi
    meronta sendiri
    ingin bermain lagi


    Pak Bostamam
    kedah
    10malam

    BalasPadam
  4. MASJID NABAWI

    Seketika di Masjid Nabawi,
    Angin menyapa hembusan dingin
    Tenang rasanya membaca doa
    Dibawah kubah yang begitu indah
    Dihiasi lampu-lampu cukup menawan
    Cukup menenangkan jiwa penghuninya

    Seketika di Masjid Nabawi,
    Entah kenapa kedengaran
    Ada sedikit keriuhan di luar sana
    Ku tinjau lewat pintu 29
    Satu keajaiban telah berlaku
    Hujan batu menuruni Kota Madinah
    Jatuh bagai guli-guli putih kecil
    Menutupi marmar jalanraya sekitar.

    Seketika di Masjid Nabawi,
    Aku insan kerdil
    Pertama kali melihat keajaiban
    Bagaikan rahmat penguat semangat
    Bagaikan nikmat peneguh ibadat
    Maha suci Allah seru sekelian alam


    Datok Borhan
    2ptg

    BalasPadam
  5. Menyedut kembali ingatan lama yang pernah bermain didenyut hati tentang citralama IRAMA DESA tajuk sajak Pak Bostamam dari kedah. Sinopsis menarik pengucapan orang lama yangberpengalaman.boleh mencabar kewibawaan anak muda yang ingin berjinak dengan dunia kepuisian. Syabas! Pak Bostaman memberi satu dorongan buat ahli sahabat CR di blog ini.Amin.

    Sesiapa pun antara kita bila berada dilengkaran senja, sesekali memori lama sering tersingkap kembali, mimpi waktu kecil masih berulang , tempat jatuh lagi dikenang apa tah lagi tempat bermain.keindahan kota tidak sama berbeza dengan keindahan sebuah desa yang wujud dengan cara semula jadinya. Kicauan beburung dan ungas lain mendendangkan sebuah irama menghidupkan sebuah desa. Begitulah Pak Bostamam bagai mahu mengkhabarkan tentang ketenangan irama desa yang pernah dialaminya sewaktu kecil dahulu. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. Datok Barhan cuba menyingkap kembali cerita beliau sewaktu berada di masjid nabawi di madinah,untuk kita kongsi bersama, agar kerinduan kepada junjungan kita nabi Muhamad saw tidak pernah luput dalam ingatan. Amin.

    Bukan semua orang yang terpilih dan dapat menjadi tetamu Allah boleht melawat baidullah al haram, kemudian menziarahi pula makam rasul, mengunjungi masjid nabi. Adalah satu cerita yang menarik, sering menghidupkan kembali ingatan. Allah huakbar! Di sinilah nilai iman akan diuji, jika ada rasa kekerdilan diri, ini sudah jelas menunjukkan ada kezuhudan di hati dan mengakui ke agongan Allah swt. Amin…

    BalasPadam
  7. tu la dia buat mak dia merana sgt!

    BalasPadam
  8. ni la namanya pembalasan! skrg padan muka jiman!

    BalasPadam
  9. dulu dia buat kat mak dia skrg dia plak yg kena...

    BalasPadam
  10. tu la jiman buat kat mak dia lagi tuhan nak balas sekejab je

    BalasPadam
  11. msti doa mak dia jiman jd mcm ni...

    BalasPadam
  12. cerita en nuri ni kalau buat drama msti best ni...

    BalasPadam
  13. menarik cerita jiman ni pnuh pengajaran...

    BalasPadam
  14. mmg pengajaran cerita ni kalau buat jahat mmg di balas jahat la...

    BalasPadam
  15. padan muka jiman! menderhaka kat mak dia lagi...

    BalasPadam
  16. mmg bahana doa ibu ni jiman jd mcm ni

    BalasPadam
  17. patutlah tjuk dia tahana rupanya jiman yg buat tahana...

    BalasPadam
  18. sian mak dia sampai mati dia xjmpa minta maaf...

    BalasPadam
  19. bini dia apa jd plak? mati ke bercerai?

    BalasPadam
  20. msti lps dia papa kedana bini dia plak tinggalkan dia ni...

    BalasPadam
  21. patutlah dia marah bila budin sebut pasal kota lama...

    BalasPadam
  22. aduh! harap2 sy x jd mcm jiman dalam cerita ni...

    BalasPadam
  23. tu la bahaya doa ibu kan jiman dah merana ni...

    BalasPadam
  24. bini dia plak apa jd? bunuh diri ke?

    BalasPadam
  25. apalah jd kat bini dia plak? x sabar nk thu?

    BalasPadam
  26. mak dia dah meninggal? bapak dia mana plak?

    BalasPadam
  27. wah! msti nenek en nuri ni ada ilmu penunduk lelaki ni... hehhehe

    BalasPadam
  28. eh! byk lagi tergoda dgn dia! hebat!

    BalasPadam
  29. mana ANJ thu pasal nenek en nuri ni?

    BalasPadam
  30. eh! dia ada anak 1 je walaupun kwin sampai 3?

    BalasPadam
  31. cerita nenek en nuri ni tahun bila ni? 50an ke?

    BalasPadam
  32. nama nenek en nuri ni nama apa?

    BalasPadam
  33. tamak jgk sedara mara en nuri mcm cerita 3 abdul plak?

    BalasPadam
  34. en nuri teraniaya kenapa x tuntut balik? mcm x adil jer...

    BalasPadam
  35. nenek en nuri ni meninggal masa umor brapa?

    BalasPadam
  36. kenapa en nuri xdapat apa plak? x adil ni..

    BalasPadam
  37. eh! mana boleh x adil ni! en nuri xdpt apa!

    BalasPadam
  38. nenek en nuri ni org kaya ker?

    BalasPadam
  39. eh! nenek en nuri ni jutawan kat kmpung ker?

    BalasPadam
  40. cerita pasal nenek en nuri ni ANJ dapat dari en nuri ke atau nenek en nuri sendiri?

    BalasPadam
  41. sajak agak kurang paham sikit la...

    BalasPadam
  42. menarik jgk sajak ketuhanan ni...

    BalasPadam
  43. menarik jgk sajak fasik ni....

    BalasPadam
  44. sajak cerita xde dah ke? best sajak2 berunsur cerita...

    BalasPadam
  45. sajak mcm pnh baca je sajak lama ke ni?

    BalasPadam
  46. alamak! en nuri skrg byk letak sajak2 lama plak?

    BalasPadam
  47. dua buah sajak yang dikirimkan ke blog CR ini agak hebat dari orang
    lama yang berpengalaman. semoga kita semua dapat mengambil contoh dan tauladan.

    BalasPadam
  48. Biasanya setiap sabtu dan ahad kami letak sajak lagenda yang pernah di terbitkan kemudian terdelik, hampir
    260 ke 270 hilang, kami cari kembali.
    untuk tatapan ahli baru.

    setidaknya sajak wargakerja blog CR
    yang masih belum diterbitkan. siapa
    agaknya ya! Tunggu saja mungkin kerabat terdekat en nuri.

    BalasPadam
  49. Adakah anda telah menemui TAHANA
    dalam cerpen ini?

    Siapa yang buat tahana dan siapa pula yang kena tahana?

    Bagaimana kesudahannya ikutilah
    siri seterusnya.

    BalasPadam
  50. sebenarnya en nuri terlalu sedih bila mengenagkan kisah atuknya ini.
    bagai kurang pendidikan agama pula.

    Mana tak nya? waktu ibu en nuri
    tapak kaki besar dua jari, atuknya
    masukkan ibu en nuri dalam lesung
    tumbuk padi. tinggal nak hayung
    anak lesung saja lagi, ada orang
    tolong sabar, kalau tak en nuri
    pun x boleh tengok bulan dan juga matahari.

    BalasPadam