Jumaat, 3 September 2010

KEMBALILAH KE LANDASAN SEBENAR



Jika kamu telah jatuh
bangun! perbetulkan semula
dari perjalanan yang tergelincer
kembali segera ke lantasan yang sebenar
agar niat dan arah tujuan kamu tidak tersasar.
Bagaimana keretapi laju?
tidak akan meneruskan perjalanan
jika tidak berada di lantasan sebenar
terlalu sukar untuk sampai ke arah tujuannya.
Begitulah kita yang tergelincer
segeralah bermuhasabh diri sendiri
kembalilah segera ke jalan yang sebenar
semoga kehidupan ini penuh bermaana
sebelum perjalanan kembali kepangkuan Ilahi. 
Oleh: Nurimanja,
Bagan Serai, Perak.
Pekan kecil tempan aku bermain. 
kini cuma tinggal memori 1978

50 ulasan:

  1. KISAH PARA AMBIA CRSIRI 24 DISUSUN SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : MIMPI ABI KHUTABAH (B)
    ___________________________________

    Abi Khutabah bemimpi melihat seorang hamba Allah yang terseksa hingga hitam mukanya, kerana anak-anaknya di dunia tidak melakukan pekara yang baik-baik, malah membelanjakan harta peninggalan aruah ayahnya ke jalan
    yang kurang menyenangkan.(mungkar)

    Kemudian dia melihat pula sorang hamba Allah mukanya bercahaya-cahaya bila ditanya; inilah berkat doa anak-anaknya di dunia sering bersedekah dan amalan soleh.atau amal makrup nahi mungkar.

    Bila khutabah bangun dari tidur,dia mencari keluarga yang teseksa itu, dan menceritakan apa yang telah pun belaku ke atas aruah ayahnya di dalam kubur.Lalu segeralah anak-anak sahabatnya itu melakukan amal makrup nahi mungkar, maka jadilah mereka waladunsolehon. (anak yang soleh).

    Setelah bebeapa lama Abi Khutabah bermimpi lagi sekali,dia melihat dari kubur yang sama penghuninya dalam keadaan yang mengembirakan. bila dia bertanya, lantas dijawab dengan sukacitanya berbanyak terima kasihlah kami kepada Abi Khutabah.

    Pengajarannya:

    Anak-anak merupakan harapan untuk ayah ibu menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat agar dapat membantu ayah ibu di alam barzah (kubur) atau pun di akhirat nanti.

    Harta peninggalan aruah ayah kita jangan dibelanjakan ke jalan yang mungkar ataupun maksiat, sebaiknya lakukan ke jalan membawa kebajikan dunia dan akhirat. Amin.

    BalasPadam
  2. CERPEN SIRI 5 BERTAJUK : MENEMPAH MASA OLEH: NURIMANJA
    __________________________________________________________________


    Lima belas minit kemudian . Dia pun sampailah di depan tangga rumah sewanya
    Sebulan seratus lima puluh ringgit. Kekadang Umar Haslam selalu menanguhkan
    bayarannya. Setelah mendapat duit upah potong getah tua dia kan menjelaskannya.

    Husna merehat dahulu di atas tangga beranda rumah itu, kakinya menjulur ke bawah,
    Anak perempuannya meluru ke pintu, dia diminta mengabil air sejud di dapur untuk menghilang dahaga di sebabkan panas mentari tadi

    Anak lelakinya di letakannya di sudut beranda yang sempit itu, kerana keletehan dia
    lena berpanjangan. Sebentar Olie membawa air membawa air segelas untuknya. Dia
    menekmati dengan rangkusnya.Terasa kesegaran menjelmabila tekaknya sudah basah.
    Dia memang diharuskan berbuaka kerana syarat mengangdung.

    Sedang dia melihat wajah anak perempuannya yang sudah boleh membantunya, dia
    Tersenyum sendirian, kemudia dia beralih pula kepada Muhamad Badawee yang masih lena itu, kasihan belum pandai berjalan betul sudah dapat adik pula.

    Seketika dia terasa dalam perutnya ada berlaku tendangan kecil, dia faham seperti biasa, tanda anak dalam kandungan cergas. Dia memusing-musing tapak tangannya di
    Atas perutnya.

    Dia menyesat-ngesat peluh di dahi dan tengkok ke dua anaknya. Dalam hati dia berazam. Bakal anak-anaknya nanti , Tidak akan dibenarkan berkhawin terlalu muda dan belum mempunyai pekerjaan tetap. Dia tidak mahu seperti apa yang menimpa ke atas dia dan suaminya.

    Tetiba dengar suara orang bagi salam.
    “Assalamualaikum Yang!”
    “Waalaikumsalam… Eh Abang dah balik. Banyak abang dapat udang galah ke?, Wah
    Kita buat gulai lemak bubuh belembing buluh ya bang. Abang pergilah kait buah itu di belakang rumah ni“ Terliur bunyinya.

    “Tapi Yang bila balik dari kelinik?” Tanya Umar Haslam.
    “Baru saja kekejap tadi, peluh pun belum kering.” Jawab isterinya
    “Abang bercadang nak ambil Yang tadi dengan anak-anak kita,” kata Umar
    “Terima kasihlah bang. Ingat juga abang pada saya dan anak-anak.” Sinis bunyinya.
    “Abang tak mahu orang kata, kita pandai buat anak tapi tak tahu jaga anak bini,”
    “Kita ini orang miskin dan susah Yang, “
    “Tapi saya sanggup melahirkan berapa ramai anak abang,”
    “Kalau begitu, kita tak payah masuk Universiti pun boleh buat BA dan Ma.”
    “ Kau dua kali MAMA aku Dua kali BABA”

    Mereka ketawa serentak, memecah kesunyian tengah hari itu.Umar tersenyum dengar kata-kata isterinya itu,sambil membimbing
    Husna masuk ke dalam rumah sewanya.

    S E L E S A I.

    BalasPadam
  3. TEWAS DI BULAN PUASA

    Semasa di bazaar
    Mata jadi rambang
    Semua nampak berkenan
    Isteri tunjuk kiri
    Anak perempuan plak tunjuk kanan
    Aku pula jalan lurus
    Mahu pulut panggang
    Mahu ayam golek
    Mahu briyani
    Mahu sup tulang
    Mahu murtabak 3 lapis
    Mahu air tebu
    Mahu air tembikai
    Penuh juadah hidangan
    Lepas waktu berbuka
    Semua jadi ular sawa
    Juadah banyak tersisa
    Nak buat takut sahabat syairan
    Jadi hidangan ku serah kepada semut
    Gemukkan kucing jiran sebelah
    Aku tewas lagi...


    Sidek Moktar
    selepas berbuka
    1.9.2010

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Sajak Sidek Moktar merakamkan pengalamannya bersama keluarga membeli be;ah juadah puasa di pasar Ramadan. Bertajuk TEWAS DI BULAN PUASA. Ini sudah Menjadi tradisi budaya orang kita, dimana silapnya sukar dicari, salah orang niaga Dia nak cari duit, salah pembeli dia ada duit, beli sajalah anak-anak nak makan. Dan kebetulan negara kita tuhan bagi makmur, kalau jadi setengah negara hendak makan pun tak ada harap bantuan luar negara. Sebenarnya senang dan susah kedua-duanya ini adalah juga ujian daripada Allah, untuk menilai keimanan hambaNya yang hidup dibumiNya ini. Amin.

    BalasPadam
  5. eh! cerita husna ni cerita btol ke rekaan semata-mata????

    BalasPadam
  6. eh! klu org mangandung mmg x boleh puasa ke?? aku xthu plak?

    BalasPadam
  7. wah! anak yg solehah olie tu? hehehe

    BalasPadam
  8. comel plak bila sy jd baby?? hehhee

    BalasPadam
  9. sian husna ni muda2 dh ada anak.... hehhe

    BalasPadam
  10. eh! husna ni kwin umor brapa dlm cerpen ni???

    BalasPadam
  11. mmg sdih cerpen ni syabas en nuri!

    BalasPadam
  12. wah! udang galah ke! sedap plak dgr...

    BalasPadam
  13. la..umar ni keje menjala je ke? ingatkan dia keje dgn kerajaan?

    BalasPadam
  14. kenapa dia biarkan bini dia pegi klinik sndiri?? bahaya tu...

    BalasPadam
  15. eh! bini dia pegi klinik ke dlm episod sebelum ni??? kenapa umar x teman? jtuh tgh jalan parah tu...

    BalasPadam
  16. sedpnyer dorg makan udang plak! wah!

    BalasPadam
  17. wlpn miskin tp dorg dpt jgk mkn udang galah! hehehehe

    BalasPadam
  18. huh! penyayang jgk umar ni naya kita kutuk dia semalam? hahahaha

    BalasPadam
  19. bila baca cerpen ni tetiba plak teringin sy nk berbini plak? hehehe

    BalasPadam
  20. huh! ape plak BABA? dan MAMA???

    BalasPadam
  21. wah! senang2 je dapat BA dgn MA? yg sy ni xthu la mcm mne? hehehehhe

    BalasPadam
  22. lagi senang buat anak byk2 dapat je BA dgn MA? hahhahaa

    BalasPadam
  23. la..rupanya dari episod muda dia dlm perjalanan ke??? hehehe

    BalasPadam
  24. byk flashback jgk cerpen en nuri ni....

    BalasPadam
  25. sian dorg wlpn miskin tp tetap bahagia....

    BalasPadam
  26. hbis mcm tu je ke en nuri??/ wah! hppy ending rupanya...

    BalasPadam
  27. ingatkan umar ke husna ni mati ke akhir sekali? rupanya hppy ending....

    BalasPadam
  28. keseluruhan cerpen ni mmg best! tahniah!

    BalasPadam
  29. wah! gembira rupanya dorg ni ingatkan sengsara td sbb miskin....

    BalasPadam
  30. kenapa x buat last sekali husna mati ke? heheh barulah dramatik sikit... hehhee

    BalasPadam
  31. sdih pun ade tgk pergorbanan seorang ibu ni...

    BalasPadam
  32. mmg cerpen terbaik! kenapa anta x hantar ke syarikat penerbitan cerpen ni pasti laris....

    BalasPadam
  33. eh! tajuk dia menempak masa? tp xde pun cerita pasal menempah masa???

    BalasPadam
  34. bila baca sampai hbis beru perasan cerita ni byk flash back....

    BalasPadam
  35. byk khayal jgk husna ni? nsib baik x jatuh masa dlm perjalanan td...

    BalasPadam
  36. wah! dpt BA dgn MA plak? eh! msti husna ni org penang,.....

    BalasPadam
  37. rupanya hppy ending ingatkan sdih ke tadi? hehhe

    BalasPadam
  38. buat lagi cerpen mcm ni en nuri.....

    BalasPadam
  39. smpai ke sudah nama sy xde? xpe2 mngkin xde rezeki mngkin cerpen lps ni plak?

    BalasPadam
  40. syabas! cerpen terbest! mmg layak pun ulasan byk....

    BalasPadam
  41. cerpen berunsur politik xde ke en nuri? hehehe

    BalasPadam
  42. cerpen pasal magik-magik xde ke en nuri????

    BalasPadam
  43. nnt letak cerpen best2 lagi en nuri! yg ada nama ahli... hehhee

    BalasPadam
  44. best cerpen ni nng sambung balik cerpen kentut en nuri...

    BalasPadam
  45. wah! bahaya klu kita silap nnt prg dlm kubur yg terasa....

    BalasPadam
  46. wah! siap mimpi lagi? klu sy mimpi mcm tu terus bangun lari jer...

    BalasPadam
  47. sy slalu jgk tido dlm masjid? tp xde ape2 la tp bila bila cerita en nuri rasanya lps ni sy xtido dh kot?

    BalasPadam
  48. seram jgk klu nk tido kat masjid ada kubur malam2...

    BalasPadam
  49. seram plak baca cerita en nuri mlm ni kena buat tahlil la nmpknya...

    BalasPadam
  50. bila baca cerita en nuri jom kita sedekahkan al fatihah kepada org2 yg telah pergi.... smoga dorg aman disana...

    BalasPadam