Sabtu, 25 September 2010

KAMI GENERASI Y




Kami anak muda generasi Y
perlu kepada kemampuan kerja
bukan retoret atau janji kosong saja
bukan lagi pada kepetahan berpidatu
bukan pada warisan politik turun temurun.

Kami anak muda generasi Y
perlukan layanan yang sewajar
seber maya dunia perhubungan kami
lihat saja pengaruh kami bukan omongan
kami ada acuan dan agenda maya tersendiri.

Iman yang  tua elok berhenti
kami iman muda sedia menganti
iman tua kebanyakkan bergigi paslu
bacaan quran muhraj huruf tidak menentu
khutebah disampai semuanya menjadi harubiru.

Oleh : Suara Bebas,
kini bernaung di blog CR.
beberapa hari yang lalu 2010.


41 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 9 BERTAJUK : TAHANA OLEH:NURIMANJA PULAU PINANG.
    _____________________________________________________________________


    JIMAN menarik kain guni selimutnya dan menutup tubuh dari digigit nyamuk dan agas.Hari ini nasib jiman memangnya kurang baik. Sejak dari pagi dia keluar menageh rezeki
    dari simpati orang ramai di pekan kota baru. Haram satu sen pun tidak diperolehinya.

    “Ahh Sial apakah mala petaka yang menimpa ke atas diriku pada hari ini? Hujan pula turun hingga ke malam. Ah tahana apakah ini?” keluh hati kecil Jiman. Kemudian dia cuaba menagleh matanya pada roti kering yang tersangkut di dinding pondok itu.

    Lewat kebelakangan ini ingatan Jiman sering saja terkenang kepada aruah inunya yang telah lama pergi itu. Kemudian pada wajah isterinya yang berlaku curang itu. “Aku tidak membunuhmu serirahayu idayumanja, kau yang terjatuh ditolak oleh lelaki keparat itu, sewaktu tanganku terhunus pisau belati,” keloh Jiman kesal

    Malah kedua-dua wajah inunya dan isteri curangnya itu sering saja silih berganti datang mengganggu kota pemikiran di kepalanya. Sesekali mahu rasanya dia memekek dan menjerek bila keadaan yang cukup tenang bermain di otaknya. Kepalanya sakit terasa bagai hendak pecah dibuatnya.

    Lebih-lebih lagi bila Budin menyebut pekan kota lama, hatinya memang sakit. Bagai diserang satu penyakit yang anih, terasa cemas, sesak nafas, malah seluruh anggotanya bagai dihantui kenangan hitam, keji dan menjijikkan itu.

    Kekadang menjadikan Jiman tidak dapat tidur, resah dan gelisah , bila saja mata mahu terpejam, gambaran ngeri dan keluh kesah , kecewa dan marah datang menyerang pangkal hatinya, bagai melahiran satu dendam kesumat pula. Inilah yang menjadikan Jiman kurus kering, kerana makan tidak menentu , tidur pula tidak lena.


    Dalam keadaan diantara tidur ayam dan lena jaga itulah berbagai andaian datang menjelma dan bermain di antara mimpi dan jaganya. Tetiba Jiman terasa ada suara bagai bertanya kepadanya.

    “Hai Jiman, anak durhaka. Kau telah membuat tahana kepada ibumu. Biarkan dia pergi dengan membawa diri yang terluka dan berkecil hati. Sembahyang mengaji tidak kau perdulikan, kau kejar dunia, tunduk kata isteri dan memuja kekayaan. Hari ini mana semua itu? Kau jadi manusia merempat, geladangan penagih rezeki dari belas ihsan orang lalu lalang di jalanan. Ha ha ha ha ha …” Jiman tersentak dan tersadar dari ingauan itu

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. MANA SELIPARKU!

    mana pula pergi tadi ada di sini
    siapa punya kerja
    siapa punya angkara
    angkara tikus agaknya
    tikus kepala hitam
    mulut mula memaki
    pahala tinggal separuh
    akal mula berlegar
    mana mahu dicari
    mata mula menjalar
    itu sahaja yang tinggal
    sarung sahaja pahala tiada lagi
    terus jadi dosa sejenak belakang
    pak imam membebel sakan
    selipar jepun dah hilang...


    Muhamad Rabbi
    UIA
    12tgh hari

    BalasPadam
  3. BULAN BINTANG DAN MATAHARI

    Siangku di angimu
    Penuh cahaya hiasi dunia
    Beri harapan kepada semua
    Engkaulah mentari merah
    Sungguh indah juga megah
    Engkaulah ciptaan Allah
    Malamku hilang cahaya
    Hanya sinar bulan purnama
    Menyinari gelap gelita
    Engkau begitu mengasyikan
    Sungguh cantik dan menawan
    Engkau juga ciptaan tuhan
    Langit hitam penuh berlian
    Bekerlipan di balik awan
    Menjadi petunjuk jalan
    Engkaulah beribu bintang
    Sungguh hebat ciptaan tuhan
    Membuktikan kebesarannya
    Mari berfikir wahai manusia
    Yang di kurnia akal fikiran
    Taatlah kita pada pencipta


    Ibnu Siddiq
    UIA
    1ptg

    BalasPadam
  4. Muhamad Rabbi dari UIA sajak komedi MABNA SELIPARKU ,prngucapanya agak mudah dan santai, diantara marah dan lucu, tolak campur tidak ada apa-apa. Dosa pun Tidak berapa pahala pun tidak berapa. Kerana pencuri dan pemaki dua-duanya dapat panggu sadikit dosa.. Mujurlah niat yang kena curi itu ada pahala bonus kerana hendak bersolat berjumaah, tetapi yang pasang niat ke masjid memang nak mencuri,bonus apa pahala pun tidak ada, tanggung sajalah dosa anda, sesuatu yang kita lakukan membuatkan orang susah dan marah kita pun berdosa. Catat saja malaikan, jangan kira siapa dia. Sadikit sebanyak sajak ini ada juga pengajarannya, utk mengelirukan si pengambil kasut atau selipar, jangan letak kasut sepasang sekali. Letak saja di sana sebelah, dan di sini sebelah, kerana jarang orang curia tau ambil kasut sebelah. Amin.

    BalasPadam
  5. Sajak Ibnu Siddiq dari UIA dengan tajuk sajak; BULAN BINTANG DAN MATAHARI. Menceritakan tentang tiga kejadian mahkluk ini dan memberi segala hikmah pada setiap penghuni di dunia ini, sertiap kejadian allah ada nilai tunjuk dan faedahnya untuk makhluk jagat, bukanlah sesuatu yang sia-sia , hanya manusia yang kuat daya pemikirannya dan gemar menilai alam atau kejadian allah yang dapat mentafsir dan mengunakan segala memfaat khazanah alam yang allah sediakan atau jadikan adalah untuk kepentingan umat manusia semua. Amin.

    BalasPadam
  6. padan muka jiman dulu sombong sgt dgn mak dia!

    BalasPadam
  7. skrg baru jiman thu erti susah dulu dia biarkan mak dia susah...

    BalasPadam
  8. menyesal skrg x guna la jiman! bodo pnya jiman!

    BalasPadam
  9. selamat roh bini jiman x kacao jiman... hehe

    BalasPadam
  10. jiman mcm baca flash back je dlm episod ni..

    BalasPadam
  11. eh! laki keparat tu jiman x cari balik ke? bunuh balik!

    BalasPadam
  12. eh! ada org plak ckp dgn jiman? sapa tu?

    BalasPadam
  13. msti setan yg cakap dgn jiman msa tu...

    BalasPadam
  14. eh! wlpn jiman pembunuh budin nak jgk kwn dgn jiman kalau aku takut jgk...

    BalasPadam
  15. ada org plak cakap dgn jiman? sapa plak tu?

    BalasPadam
  16. msti setan yg menghina jiman sbb salah silap dia dulu...

    BalasPadam
  17. selalunya org mcm nilah masa buat jahat x ingat masa dah terima balasan baru teringat balik...

    BalasPadam
  18. tu la pasal jiman alpa kejar dunia sgt!

    BalasPadam
  19. panjang jgk cerita jiman ni berapa episod ni?

    BalasPadam
  20. msti akhir sekali jiman mati merana ni...

    BalasPadam
  21. sian jiman hidup merempat xde sapa peduli...

    BalasPadam
  22. semoga ada yg prihatin dgn jiman nnt...

    BalasPadam
  23. jiman x mrompak bank ke masa ni? hehehe

    BalasPadam
  24. apa nk jadi jiman ni msti mati melarat ni...

    BalasPadam
  25. mmg berpengajaran btol cerita jiman ni...

    BalasPadam
  26. jiman x mencuri plak kan dia miskin skrg ni...

    BalasPadam
  27. kluarga jiman x cari jiman balik ker?

    BalasPadam
  28. hahaha lawak pun ada sajak generasi Y ni...

    BalasPadam
  29. sajak generasi Y plak ke kali ni? hehe

    BalasPadam
  30. btol tu generasi Y generasi hebat! hehe

    BalasPadam
  31. menarik jgk sajak anak muda ni...

    BalasPadam
  32. sajak suara bebas??? dia pun perkeja en nuri ker?

    BalasPadam
  33. suara bebas ni ahli ke? tiba2 plak jadi perkeja en nuri...

    BalasPadam
  34. eh! kenapa generasi Y plak ni????

    BalasPadam
  35. apa maksud Y tu suara bebas?

    BalasPadam
  36. sajak berkisar tentang anak muda mmg menarik!

    BalasPadam
  37. sajak generasi Y plak? ingatkan sajak en nuri rupanya suara bebas ke?

    BalasPadam
  38. sajak generasi Y plak kali ni hebat jgk! hehe

    BalasPadam
  39. sajak utk anak2 muda mmg best!

    BalasPadam
  40. sajak anak2 muda plak suara bebas letak? terima ksihlah membela nasib anak2 muda...

    BalasPadam
  41. ada dua generasi kini

    pertama generasi x.
    lahir sebelum merdeka 1957.

    kedua generasi Y.
    lahir selepas merdeka 1957.

    generasi baru ini lah yang
    akan mencorak masa depan negara.
    bahaya juga klau mereka tidak kenal sejarah.....

    BalasPadam