Khamis, 2 September 2010

JANGAN BIARKAN EMPAYA MELAYU BERAKHIR



Melayuku kini kian terharu dan buntu
diserang kecelaruan minda bermaharajalela
hindarkan supaya jangan ada peristiwa 1511
bagaimana terkuburnya  empaya melayu terakhir.

Kini awas empaya melayuku abad 2011
jangan biarkan  kisah silam berulang laku
bila mmelayuku menolak usaha bersatu padu
dikuateri mungkin lambaran tragedi hitam berlaku.

Belajarlah erti sejarah peristiwa yang lalu
jangan ada di antara kita suka berpecah belah
dikuatiri kita akan kembali diperentah dan dijajah
maka waspada ! wawasan 2020 akan turut musnah.

Oleh: Nurimanja,
waktu kembali ke desa lama
melihat penduduknya pecah tiga.
bertambah maju kuat agama, tapi x sepurna.


49 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 4 BERTAJUK : MENEMPAH MASA OLEH: NURIMANJA
    ___________________________________

    Bila dia teringatkan rakannya semua berjawatan dia terasa masa yang dilaluinya dahulu terbuang dengan percuma , kini dia gagal menempah masa yang baik untuk senang di hari kemudian.

    Salina sudah menjadi guru, Anita kerani di pejabat pos, Shuhada penolong kerani bank, Sofian kerani sekolah menengah. Beritulah berita yang didengarnya daripada Dang Anun ahli persatuan Seri kandi di sekolahya dahulu.

    Kini tidak guna difikir lagi, menyesal kemudian tiada gunanya. Nasi sudah menjadi bubur, perkara yang berlaku telah berlalu, tidak akan boleh masa yang pergi akan berundur kebelakang kembali. Dia terpaksa mengharungi hidup ini.

    “Keling! Keling! Keling!!!..” Tetiba bunyi locing basikal dari belakangnya. Dia tersentak dari lamunannya, ada seorang tua yang dipanggil Pak Ngah But yang sedang mengayuh basikal begitu pelahan di belakangnya.

    “Hai Husna! Kenapa berjalan kaki?” Sapa Pak Ngah But sambil tersenyum.
    “Oh! Pak Ngah, Ingatkan siapa tadi?”
    “Darimana kau datang ini?” Tanya Pak Ngah, sambil memperlahankan basikalnya.
    “Dari kelinik Bidan ,” jawab Husna rengkas.

    Pak Ngah cuba mencuri pandang, pada bentuk tubuh perempuan muda itu, ternyalah tidak lama lagi anak lelaki kecil itu akan mendapat adik seorang lagi. Dan si kakak yang masih berjalan melawan panas itu akan merebuh kasih sayang di anatara dua adiknya itu.

    “Ehh! Mana suami kau, Umar Haslam tak datang ambil ke?”
    “Dia ke sungai, pagi tadi menjala udang galah, Lagi pun dah dua hari tak menoreh getah, hari ini baru cuaca panas sikit,” Jawan Husna bagai memberi penerangan pula.

    “Maaflah ya! Pak Ngah nak beri topang pun, barang banyak di belakang basikal ini.”
    “Tak mengapalah Pak Ngah, tak jauh pun, terima kasih sajak laa..”
    “Pak Ngah pergi dulu ya Husnah,”
    “Baik Pak Ngah!”

    Dalam hati Pak Ngat But dia berkata, kasihan aku tengok anak-anak muda sekarang belum cukup matang sudah berkhawin. Ikut kata nafsu lesu, ikut kata darah muda kita yang binasa. Sedeh aku tengok, mana si kakak yang masih berjalan jatuh, si adik pula masih tercelapak di pinggang ibu. Malah di dalam perut nampak pula membusung lagi. Pak Ngah But menggeleng-gelengkan kepalanya.

    “Hai! Umar Haslam buat anak saja kerja kau ini …..kasihan aku tenguk Husna,masih muda lagi, sudah dapat BA lepas itu MA pula. Main anak.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  2. SIRI 23 SECARA BEBAS ; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : ABDULLH BIN UBAI DENGAN JUBAH NABI
    __________________________________

    Abdullah bin Ubai sewaktu hidupnya
    berwasiat bila dia mati meminta mayatnya dibungkus dengan jubah nabi.

    konon dapat peluang masuk syurga, asalkan ada berkat bekas nabi Muamad SAW .

    Bila diketahui oleh sahabat Omar al khatab, lalu beliau mengkeritik nabi sambil berkata."Bagaimana sewaktu perang Uhud dulu? Abdulah pernah buat kacau dengan menarik 200 askar keluar dari perang Uhud, malah menentang pula tentera Islam?"

    Jawab nabi Muhamad SAW."Tidak ada kena mengena jubah aku dengan iman sesaorang." sambil tersenyum.
    Omar Al Khatab pun terdiam, ternyata sangkaannya meleset, sebab air liur nabi, peluh nabi, tidak menjamin iman sesaorang yang syirik dengan Islam.

    Pengajaran;
    Jangan sekadar mengaku beriman tetapi tingkah laku tidak pula mencerminkan ciri-ciri Islamic malah sbaliknya.

    Ramai kita lihat pada luarnya berpakaian ala islamic tetapi gaya hidup banyak yang munafik dan syirik kepada Allah SWT.

    BalasPadam
  3. ALAM SUNYI

    Tiba-tiba aku disini
    Bersama dan sebagaimana
    Pohon-pohon dan ranting,
    Serta rumput-rumput kering
    Sepi dan mati di lembah sunyi
    Angin pun tidak bertiup
    Tiada bicara sampaikan berita
    Selain tentang ketakutan
    Akan terputusnya rindu
    Dipertengahan jalan
    Antara yang ditinggalkan
    Dan meninggalkan
    Mana satu binasa?
    Mana lebih sengsara?


    Nurul Husna
    4pagi
    1.9.2010

    BalasPadam
  4. Sesekali menghayati puisi Sdri Husna bertajuk ALAM SUNYI seolah terasa semacam dalam perjalanan cerpen en nuri MENEMPAH MASA, barangkali penulis yang diberi watak utama dalm cerpen ini membaca dengan penuh penghayatan di hati.

    Pengucapan agak menarik Dalam Sunyi. biasanya dalam sepi itu berbagai andaian dan kenangan lama sering datang menjelma. Kekadang kita terasa diri ini bagaikan sedang dibuang bersendirian di ruang sepi,orang lain meninggalkan kita, terasa juga sedih pilu dan lainnya. Lebih sedih dan terharu lagi bila fakir pula masa depan diantara kita hidup atau mati, senang atau susah. Fikirkanlah dan hadapilah masa yang ditempah? Amin.

    BalasPadam
  5. sajak mcm ade bunyi politik jer? hehe

    BalasPadam
  6. wah! menarik jgk sajak ni...

    BalasPadam
  7. kenapa tjuk mlyu berakhir plak?

    BalasPadam
  8. sajak kentut xde ke?? hehe dulu kan tergantung....

    BalasPadam
  9. cerpen kemerdekaan xde dh ke?

    BalasPadam
  10. giler apa dia nk nk di kapan dgn jubah nabi plak?

    BalasPadam
  11. syiriklah! ade plak klu kapan jubah nabi masuk syurga...

    BalasPadam
  12. huh! sampai mcm tu sekali dia taksub! syirik tu...

    BalasPadam
  13. mne ade klu kapan jubah nabi masuk surga masuk surga ke x? itu berhantung dgn amal ibadat,...

    BalasPadam
  14. menarik kisah nabi ni harap2 org skrg x buat mcm ni... ade plak nk di kapan dgn jubah nabi plak?

    BalasPadam
  15. gila la abu tu xkn dpt msuk surga klu kapan jubah nabi....

    BalasPadam
  16. org dulu2 pun kdg2 x btol jgk.... mne ade msuk surga plak?

    BalasPadam
  17. wah! klu dikapan jubah nabi msuk surga rasanya 1 dunia nk tempah! hahaha adoiyai.. syirik...

    BalasPadam
  18. xkn sampai kena minum air liur? peluh nabi pun msuk surga? kepercyaan syirik tu...

    BalasPadam
  19. semoga kitax tergolong dlm golongan mcm ni gila ape kalau dikapan jubah nabi jamin masuk surga? klu org jahat xkn nk msuk surga jgk>

    BalasPadam
  20. huh! sy jd guru ke??/ wah! terharu plak sbb sy hnya suri rumah sepenuh msa jer...

    BalasPadam
  21. harap2 lah jd kenyataan en nuri kata ni sy jd pengawai pejabat pos? hehehe

    BalasPadam
  22. penolong kerani bank ke perkerjaan sy??? wow! hehe

    BalasPadam
  23. eh! kebetulan plak? sy mmg kerani skola pun! tp bkn skola menengah skola rendah jer.. wah! en nuri mmg ahli falak la! tabik btol!

    BalasPadam
  24. sy keje ape? en nuri x kasi thu pun dlm cerpen ni????

    BalasPadam
  25. nama sy jd nama persatuan je??? hehehhee

    BalasPadam
  26. eh! mcm btol plak cerita ni sbb selalunya pagi2 mmg sy selalu berbasikal nk bagi sihat semenjak pencen ni dok rumah saja letih jgk...

    BalasPadam
  27. huh! umar haslam ke suami saya? mmg patut pun dh cerai sbb x sesuai! hahahaha

    BalasPadam
  28. eh! husna ni en nuri maksudkan nurul husna atau saya???

    BalasPadam
  29. rasanya pak ngah but ni kwin dgn husna la nnt... hahahahhaa

    BalasPadam
  30. eh! sy baik orgnya rasanya xkn abaikan isteri... harap2 ahli citra rasa jgn ingat sy mcm cerpen ni.... hehhee

    BalasPadam
  31. sian husna klu bagi sy watak suami husna rasanya dia xkn terabai.... hehhee

    BalasPadam
  32. wah! kejam btol umar haslam! bagi kat aku je la husna ni... hahahhaa

    BalasPadam
  33. pak ngah but tu tegur ada makna ke? jual minyak ke?? hehhe

    BalasPadam
  34. wah! masih bertenaga pak ngah but? hehe tapi mmg secara dasarnya pak ngah but ni setahu sy suka berbasikal waktu pagi...

    BalasPadam
  35. baby dalam perut husna tu ape nama plak??? kasi je nama saya... hahaha

    BalasPadam
  36. ape la umar haslam ni! tahu buat anak je jaga x reti! hahahhahahhaa

    BalasPadam
  37. watak saya xde dh ke??? bila husna nk pegi jumpa bapak dia plak? hehe

    BalasPadam
  38. watak anak husna x bercakap ke?? merengek ke nak mainan? hehe

    BalasPadam
  39. rasanya msti umar haslam ni akan cerai bini dia ni...

    BalasPadam
  40. minta fasak je la husna ade suami pun terabai makan minum anak2...

    BalasPadam
  41. eh! xde hantu ke dalam cerpen ni?

    BalasPadam
  42. apelah nasib husna ni dh mcm xde suami jer..

    BalasPadam
  43. rasanya umar haslam ni main kayu tiga la....

    BalasPadam
  44. sian anak2 husna kcik2 xdpt ksih sayang ayah....

    BalasPadam
  45. pak ngah but ni sapa plak? tok husna ke?

    BalasPadam
  46. pak ngah but? dia orang kampung husna jgk ke?? msti duda ni... lps tu dia syok kat husna plak? haahhaa

    BalasPadam
  47. cerita ni mcm kisah isteri yang terabai jer...

    BalasPadam
  48. CUMA CERPEN NI SAYA TAK DAPAT TANGAKP AKHIR MCAM MANA? SBB TAJUK DIA MISTERI JUGAK BUKAN MCAM CERPEN YANG DULU BACA TAJUK DAH TAHU MACM MANA CERITA DIA...

    BalasPadam
  49. ustazah xde ke dlm cerpen ni? ustaz dah ade...

    BalasPadam