Rabu, 1 September 2010

KITA YANG TUA INI



Aku pun mengerti,
bila sudah tua begini
keletihan acap kali terjadi
bukan kira puasa atau tidak
sebenarnya begitulah bila sudah tua.
Dalam bulan puasa,
keletehan bagai bergayut
dimana-mana sahaja aku berada
sepanjang hari dan waktu aku diburu
kedhaifan yang telah longgar segalanya.
Aku yang sudah tua,
berdiri pun bagai anak kecil
cari penahan dinding atau kerusi
untuk bangun setiap kali untuk berdiri
bukan kerana puasa ataupun  tidak puasa
sememangannya begitulah keadaanya aku rasa.

Oleh: Nurimanja,
Jalan ke Getak Sangul,
Pulau Pinang, 29h Ogos 2010.


50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 3 BERTAJUK : MENEMPAH MASA OLEH:NURIMANJA __________________________________


    Setelah setahun dia tinggal dengan ayahnya Badrolshah dia terasa masanya terbuang begitu saja. Bila dia ada peluang mengikut ibunya Amalina ke Pulau Pinang yang bekerja di Super Market Giant Bayan Baru. Ibunya mendaftar dirinya ke tingkat lima Di sek. men. seri permai.

    Namun nasibnya malang sekali lagi ibunya yang masih muda itu telah jatuh hati dan berkhawin pula dengan lelaki bernama Sudin Ramle dari Ipoh tempat dia bekerja itu. Kemudian mengikut pula suaminya menetap di Ipoh Perak.

    Husna terpaksa pulang ke kebun getah tua tempat ayah bekerja. Tempat yang ada harimau, hantu dan kala jengking. Belum pun sempat umurnya memasuki lapan belas tahun, dia dipinang pula dan dijodohkan dengan anak sahabat Ayahnya sendiri Angkel 13. Maka kini beranak pinaklah dia sebagai penghuni di kebun getah tua.

    Dia tidak lama menduduki kelas tingkat lima. Dia tidak sempat melihat lama muka ustaz Nasaruddin untuk mempelajari pelajaran agama Islam yang selama ini diabaikan. Malah dia tidak sempat untuk mengenali ramai rakan, guru, dan pengetua Karim Ghani di sekolah itu. dia terpaksa berpindah dan berhenti pula meninggalkan alam pelajaran.

    Kini dia tidak menduga sama sekali setelah dia keluar dari alam persekolahan, Waktu usia yang masih muda, dia memasuki alam rumah tangga. Dia hamper-hamper hendak pengsan bila menerima berita dirinya telah di pinang dan dipertunangkan dengan anak jiran sebelah rumahnya di kebun getah tua itu.

    Dia tidak berani membantah kerana ayahnya juga telah mengantikan ibu baru untuknya, kerana rumah sewa yang sempit mempunyai satu bilik itu, akhirnya dia menerima juga pinangan itu.

    Kini dia tinggal bersama suaminya di sebuah rumah sewa di kampung hulu bersebelahan dengan kebun getah tua tempat tinggal ayah dan ibu mudanya bernama Sarah..

    Sesekali dia terasa mahu memprotes akan sikap ayah dan ibu mudanya. yang memaksa dia berkahwin terlalu muda.Kenapa mereka terlalu suka dan berbangga bila anak gadisnya telah dipinang orang.Bukankah ini satu penyeksaan dan membunuh akan segala cita-cita.

    Mereka langsung tidak memikirkan telah menampah masa depan yang gelap ditempohi , bolehkah hidup dengan menyembah pokok getah tua yang tidak berapa hasil susunya. Tuan Danial dan sahabatnya tuan Ali Canon juga tidak berusaha untuk menanam semula kebun getah yang sudah tua itu.

    Setiap petang mereka cuma asyik bersenang-senang sahaja bermain dam catur, sesudah membeli kebun getah tua ini dengan harga yang agak murah daripada tuan Richard Sirosa apabila dia ingin berangkat pulang semula ke tanah air bersama isterinya puan Emily ke Britain.

    BalasPadam
  2. KISAH PARA AMBIA SIRI 22 DISUSUN SECARA BEBAS ; BERTAJUK : ABU SULAIMAN DAN UMMU DARDAR
    ___________________________________


    Pada satu hari Abu Sulaiman berjmpa dengan kakaknya ummu Dardar, bila dilihatnya ummu Dardar berpakain lusuh buruk dan masai, dia pun bertanya,"Kenapa engkau berpakaian seburuk ini?" kata Abu Sulaiman.

    "Buat apa aku berpakaian elok,Abang kamu Abu Dardar siang dia berpuasa sunat, malam bertahajud pula di masjid." jawab Ummu Dardar,semacam kecewa.

    Satu bila Abu Sulaiman datang ke rumah Abu Dardar untuk melihatnya, Abu Dardar terpaksa berbuka puasa
    dan tidur dirumahnya melayani saudaranya Abu Sulaiman.

    Hal ini telah diceritakan kepada nabi Muhamad saw,untuk meminta pandangan, nabi menjawab dengan tenang, kedua-duanya betul. Abu Sulaiman buat yang penting untuk dunia dan untuk akhirat.

    Pengajaran;

    Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari, bekerjalah seolah kamu mahu hidup seratus tahun lagi. Adapun dunia ini jambatan untuk menuju ke alam akhirat.

    Ikhlaslah pada setiap pekerjaan kamu kerana Allah menilainya akan ada balasan di hari akhirat nanti, bukan wang yang kita bawa tapi amalan soleh yang kita lakukan di dunia ini. amin.

    Dengar kerja yang benar danikhlas, Allah akan memberikan kepada kita kekuatan tidak takut kepadasesiapa malainkan Allah swt semata-mata sahaja. Amin

    BalasPadam
  3. EMAS HITAM INI BOLEH TIMBUL SENDIRI JIKA TIDAK DIGALI?
    ___________________________________

    Kelantan saman PETRONAS tuntut bayaran royalti
    KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan menyaman Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
    menuntut tunggakan pembayaran royalti dan bayaran masa hadapan bagi hasil petroleum
    diperoleh di luar pantai negeri berkenaan. (Sedutan BH)

    Sejak MK negara jiran selatan tanah air datang ke kelantan , penyakit saman ini mulai meresap di hati pembangkang. Ilmu inilah yang negara jiran itu berjaya, mana ada parti lain dapat mengusai dewan mereka. (PAP)

    Gaya AP hendak naik, cari jalan saman, kemudian muflis hamba Allah itu, nah secara tak langsung anda tak layak jadi wakil rakyat. Number dua kena menguasai akhbar, silap tulis samanm kemudian bagi batu api dekat badan swasta.

    Tengok saja segelenter penoroka Felda, ada tanah malas usaha, ada buah jual dekat peraih luar, tak dapat bonus marah, kemudian saman balik tuan punya pengurus tempat memberi mereka berteduh selama ini. Mana ada perasaan mengenang budi. ataupun berterima kasih.

    Terasa bagaimana anak kita saman kita balik bila disuruh belajar tidak mahu, bila besar rasa
    susah, bapak abaikan saya dahulu , saya saman bapak. Inilah yang berlaku sekarang mungkin ada orang yang ketiga menghasut atau dalang yang mengajar.

    BalasPadam
  4. Wasiril Azmi berkata...
    ARTIS TERLAMPAU

    Orang dedah engkaupun dedah
    Semua benda habis kau dedah
    Orang redah engkaupun redah
    Semua daerah habis kau redah
    Memang dasar keras kepala
    Sebab dah nampak kilauan permata
    Kerlipan lampu merata-rata
    Diri disangka masih dipuja
    Lagak bagai seniman hebat
    Tak sedar orang semua meluat
    Dapat semua apa dihajat
    Gambar terpampang merata tempat
    Mak ayah halkum tersumbat
    Anak dipuja sudah tersesat
    Orang kampung buka cerita
    Di warung kopi merata-rata
    Sanak saudara habis terkena
    Tak tahu mana nak sorok muka
    Artis terlampau punya angkara...

    Oleh: Wasiril Azmi
    Ketika merwawancara artis
    12mlm,/2010 September 1 04:24

    ULASAN:

    Sajak Artis Terlampau oleh seorang wartawan Wasiril Azmi mencatat apa yang berlaku dalam tugashariannya, biasanya penulis berita inimenulis apa yang baru dan benar belaka. Syabas kerana berani, berkatalah yang benar walaupun pahit.

    Pengucapan bersahaja menceritakan maksud puisi ini. sesuatu yang kurang menyenangkan telah berlaku kepada saseorang yang mungkin punya nama dan peminat yang ramai, Maka tentulah jadi malu pada keluarga dan ibu bapa, jika ceritanya dibicarakan di kedai kopi dan merata tempat.Ini yang dikatakan lupa daratan, bila punya nama, mahu kejar glamour kita pun tersasar. Minta di simpang atau dijauhkan oleh malaikat dari bala bincana ini, Amin

    BalasPadam
  5. huh! sy ke penang berkeja di giant? hehehhe best2... hahaha

    BalasPadam
  6. wah! sy kwin bini muda la nampaknya?? hahaha

    BalasPadam
  7. eh! mak badrolshah tu nama apa???

    BalasPadam
  8. hahaha lawak la cerpen ni... best2... yg paling best ade harimau? hantu dan jengking? hahaaa

    BalasPadam
  9. wah! ganas jgk aku ni hahhahhaa sampai husna pun takut... terima kasih en nuri!!

    BalasPadam
  10. wah! ade jgk nama sy ingatkan xde peluang td? jd hantu pun ok gak... hahahhaha

    BalasPadam
  11. huh! ade jgk watak sy? wlpn sekadar jd haiwan? ok la jgk merasa la... hehhee

    BalasPadam
  12. huh! aku kwin dgn husna ke??? eh! husna ni xde gambar ker??? teringin jgk nk thu bakal isteri aku ni.... hahha

    BalasPadam
  13. eh! bila baca td ingatkan xde nama sy? rupanya ade jgk... jd ustaz skola menengah plak tu? heheh

    BalasPadam
  14. eh! naik pangkat plak sy jd pengetua... hehehe

    BalasPadam
  15. alamak! sy kwin dgn sapa plak en nuri?? hehe

    BalasPadam
  16. yg x boleh tahan tu dorg main dam catur plak? hahhaha merasa jgk nama sy... thnkz! hahahhaa

    BalasPadam
  17. wah! sy kwin dgn emily ke? hahahha harap2 bini sy x jeles bila baca cerpen ni bah,...

    BalasPadam
  18. alamak! laki aku kwin lain plak??? sy kwin dgn sapa plak en nuri???

    BalasPadam
  19. wah! that my name!!! thnkz a lot!!! hehe sambung lagi en nuri!! cerpen terbaik!!!

    BalasPadam
  20. nampaknya peluang utk aku berlakon semakin tipis... hehhe

    BalasPadam
  21. huh! dam catur pun msuk jgk wlpn peranan hanya jd dam jer??? hahhaha

    BalasPadam
  22. lawak plak cerpen ni! macam2 nama masuk wlpn dorg msuk bkn jd manusia.... hahahaha

    BalasPadam
  23. MAAF SAYA KATAKAN CERPEN NI AGAK PENING SEDIKIT JALAN CERITANYA KERANA ADA BERSIMPUL-SIMPUL MACAM CERITA KELUARGA 69 PUN ADA? TAPI RASANYA EN NURI PANDAI BUAT TARIKAN PEMBACA DGN MENGGUNAKAN NAMA-NAMA AHLI SBB ITULAH MEREKA MSUK SEMAKIN RAMAI... APA2PUN TAHNIAH! KERANA MENCUBA BENDA BARU...

    BalasPadam
  24. best! sambung lagi! dok tunggu jgk nama sy... he ehe

    BalasPadam
  25. wah! bangga btol setiap episod msti ada nama aku.... hahahha

    BalasPadam
  26. eh! sy dgn ali conan kwin dgn sapa plak??? hehe

    BalasPadam
  27. wah! sempoi la en nuri ni! makin lama makin menarik cerpen ni....

    BalasPadam
  28. smua pmpuan kwin muda je dlm cerpen ni....

    BalasPadam
  29. cerpen ni berkisar tentang apa? kekeluargaan ke?

    BalasPadam
  30. alamak! watak sy cuma ada 1 episod je? heheh tp xpe la asalkan merasa jgk...

    BalasPadam
  31. wah! karim ghani jd pengetua rupanya? hhahaha

    BalasPadam
  32. eh! cerita ni sapa watak utama????? badrolshah ke husna?

    BalasPadam
  33. eh! cerita pasal kami berlima smlm dh hbis ker?

    BalasPadam
  34. nama sy rasanya x mngkin ada tp walaubagaimana pun sy support en nuri! tahniah!

    BalasPadam
  35. eh! semakin lama semakin byk nama ahli masuk??? wah!

    BalasPadam
  36. sokong sajak en nuri ni bila tua mmg x larat nk buat apa2...

    BalasPadam
  37. bila usia tua mmg kudrat tu terhad...

    BalasPadam
  38. menarik cerita abu sulaiman ni...

    BalasPadam
  39. wah! sian kakak abu sulaiman tu....

    BalasPadam
  40. ape2pun cerita abu sulaiman ni byk pengajaran... syabas!

    BalasPadam
  41. eh! badrolshah ni bkn smlm jd bapak ke? kenapa jd anak plak?

    BalasPadam
  42. eh! berapa org watak dlm cerita ni keseluruhan???????????

    BalasPadam
  43. sian badrolshah di tinggalkan mak dia....

    BalasPadam
  44. agaknya ape la kesudahan cerita ni nanti....

    BalasPadam
  45. eh! hantu tu hantu gigi ke kaki hantu??? hehe

    BalasPadam
  46. xde ke kerabat di raja dlm cerpen ni? hehehe

    BalasPadam
  47. wah! best la baca cerpen kali ni.... sempoi hbis!

    BalasPadam
  48. eh! cerpen ni tentang pejuang kemerdekaan ke?

    BalasPadam
  49. sambung lagi en nuri x sabar nk thu kesudahan cerpen ni...

    BalasPadam
  50. cerpen ni byk suspen la yg tu yg best tu....

    BalasPadam