Jumaat, 17 September 2010

DIMANA SETIA KAWAN?




Kawan pertama
ingin menubuh negara Islam
kawan kedua pula
harap dapat kerjasama
kawan ketiga terus terang
mencabar penubuhannya
malah mengarah kawan kedua
bertaubat di atas kesilapannya
disini kita lihat sebenarnya
kawan ketiga lebih berkuasa
di atas kedua-dua  kawannya.

Oleh: Geletek Pagi,
sesekali fikir benar juga,
dua tahun lalu 2008.


45 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 1 BERTAJUK : TAHANA OLEH:NURIMANJA PULAU PINANG.
    _____________________________________________________________________


    HUJAN MALAM masih turun mencurah-curah, diikuti dengan angin ribut dan kilat peter sabung menyabung di dada langit, sesekali warna hitam pekat terkuak: Bila ada cahaya kilat di dada langit datang menerpa memancarkan cahayanya di muka bumi.


    Seorang tua yang daif terhoyong hayang meredah hujan malam dengan sebatang tongkat kayu. Sesekali dia terasa dirinya kecil dan kerdil di tengah hujan yang sedang turun lebat malam itu.

    Dia mengumpul semua saki-baki tenaga tuanya. Dia menggenggam tongkat kayu sekuat hati, dia mengharung suasana hujan lebat yang turun di celah peter dan kilat sabung menyabung di malam hari itu.

    Dia telah beberapa kali jatuh tersungkur , rebah rempah, tergelincer dan terguling ke dalam lopak yang bertakung air selut malam itu. Dia menguatkan tekad di hati untuk meneruskan perjalanannya.

    Kedua belah tangan dan kakinya bagai terasa dicucuk-cucuk dengan jarum kerana dicekam rasa sejuk dan kebas. Bibir dan dagunya mengeletar. Tongkat kayunya juga telah beberapa kali jatuh dan terlepas dari genggamannya. Namun dia tetap juga nahu meneruskan perjalanan pulang.

    Di celah-celah hujan dan cahaya kilat itulah, kelihatan dia sudah tidak terdaya lagi hendak menghayunkan langkah untuk meneruskan perjalanan. Tetapi, dia mesti pulang , kerana janjinya begitu. Dia tidak mahu membiarkan temannya itu ternanti-nanti akan kepulangannya.

    “Aku mesti pulang !” Bentak hati kecilnya. Dia sedar setiap janji mesti ditepati, hanya janji yang ditepati biasa dapat menenangkan hati temannya.

    Dia sekali lagi mengumpul saki baki tenaga tuanya, meredah hujan malam, melawan peter dan kilat yang sedang sabung menyabung itu. Hatinya terasa ingin segera pulang.

    Akhirnya dia sampai juga ke pondok kecil tempat dia dan temannya berteduh. Tetapi ternyata tenaga tuanya telah kehabisan. Di depan pintu dia tidak terdaya lagi hendak memanggil nama temannya itu.

    Dia cuma terasa segala-galanya lemah, segala-galanya tidak bermaya lagi. Kini dia rebah, terguling di dalam lopak bertakung air selut di hadapan pondok kecilnya. Dalam keadaan mengerekut dan menggigil kesejukkan.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. BINTANG YANG DIPUJA

    Satu bintang yang aku puja
    Alangkah indah bila aku jadi dia
    Tempat terindah ku
    pijakan terakhir dalam anganku
    Untuk melepas kepengatan jiwa
    Namun raga ini tak pernah diakui
    Yang kucintai tak pernah mengerti
    Walau satu kata
    Aku berusaha untuk berubah
    Apapun itu tak pernah digurisnya
    Hanya di yang dipuja
    Malang nian nasibku ini
    Dalam kesendirian inginku akhiri Hidup ini tapi lupakanlah


    Pari-Pari Hutan
    Batu Uban
    12.9.2010

    BalasPadam
  3. PEJAM MATA

    Bila ku pejam mata,
    Hadirnya mimpi bukan kenyataan,
    Bila ku pejam mata,
    Indahnya dunia tanpa beban,
    Melihat luas dunia tanpa batasan,
    Terlalu cerah memberi senyuman.
    Bila ku pejam mata,
    Tidak ku lihat kegelapan namun hanya ada harapan,
    Menanam cinta bukan kebendaan,
    Menguasai hati bukan pemikiran.
    Bila ku pejam mata,
    Aku jatuh cinta dalam perjalanan,
    anya kerana aku yang mengamalkan,
    Cinta tanpa batasan,
    Hanya cinta buat insan.
    Akhirnya aku pejam mata,
    Agar aku melihat dunia,
    Dunia bukan dunia kita,
    Dan bukan ciptaan semua,
    Itu yang akan aku pastikan.


    Untie Jah
    Kodiang
    jumaat

    BalasPadam
  4. Sajak bertajuk BILA AKU PEJAM MATA daripada Untei Jah , pengucapannya yang dapat ditangkap mungkin ada dua maksud disini, satu sewaktu kita tidur ataupun telah telah meninggal dunia atau kematian.
    Teatapi apa yang difahamkan maka tidurlah biasanya dalam ada mimpi yang bukan sesuatu kenyataan, apa yang kita rasa cuma kita seorang yang tahu, kekadang mungkin jadi
    kenyataan tetapi kebanyakkan hanyalah fantasi dalam alam mimpi yang sering terkeluar dari dunia reality. amin. Usaha lagi.

    BalasPadam
  5. Pari-Pari Hutan dan Nabil Quldi dua orang pengirim sajak dari pulau mutiara. Jika NQ hanya memori waktu sekolah dulu , tetapi PPH ingin memuja bintang . dan berharap kalau dapat menjadi bintang yang dipuja , alangkah baiknya. Tetapi tidak ada seorang pun teman yang ingin mengakui akan pemujaannya.

    Walaupun cuba mengatakan sepatah kata apa yang di puja sebagai satu kebenaran, namun tidak siapa pun pernah percaya.lantas rasa mahu menamatkan saja hidup ini tetapi ternya dibatalkan dan melupainya. Pengucapan bagai dalam fantacy. Siapa yang dipuja tidak pula dinyatakan dengan tepat. Guru atau arti, kekasih dlln. Cuma andaian. Usaha lagi.

    BalasPadam
  6. agak pening jgk sajak setia kawan ole geletek pagi ni,,,

    BalasPadam
  7. apa kwn pertama dgn kedua dan ketiga tu geletek pagi???

    BalasPadam
  8. kenapa kawan dia ada 3 je geletek pagi????

    BalasPadam
  9. sapa kawan pertama kedua dgn ketiga tu guest door?

    BalasPadam
  10. setia kawan?? sajak pasal persahabatan ke?

    BalasPadam
  11. apa mksud kawan pertama sampai ketiga ni en nuri?

    BalasPadam
  12. sapalah agaknya kawan pertama sampai ketiga tu?

    BalasPadam
  13. sajak setia kawan ni msti ada mksud tersirat ni...

    BalasPadam
  14. sajak setia kawan ni ada berbaur politik jgk la....

    BalasPadam
  15. sajak setia kawan ni mcm cerita kawan makan kawan jer?

    BalasPadam
  16. ni sajak pasal 3 sekawan ke geletek pagi?

    BalasPadam
  17. eh! pelik jgk cerita tahana ni????

    BalasPadam
  18. apa org tua tu buat malam2 kt hutan?

    BalasPadam
  19. sian dah la tua kat dalam hutan malam2 plak tu....

    BalasPadam
  20. sampai rebah depan tangga pun teman dia x perasan ke?

    BalasPadam
  21. dia buat apa malam2 dalam hutan tu??? cari kayu api ker?

    BalasPadam
  22. dia janji dgn teman dia?? sapa teman dia tu?

    BalasPadam
  23. hmm....teman dia tu bini dia ke??

    BalasPadam
  24. kenapa dia msti pulang jmpa teman dia????

    BalasPadam
  25. org tua tu janji apa dgn teman dia tu?

    BalasPadam
  26. sampai mengeleletar tangan pun dia masih nak pergi jumpa teman dia???

    BalasPadam
  27. harap2 dia masih hidup lagi wlpn d jtuh rebah kat tangga...

    BalasPadam
  28. dia hidup lagi ke walaupun jtuh rebah kat tangga tu????

    BalasPadam
  29. org tu xde anak ke sian dia malam pi msuk hutan plak?

    BalasPadam
  30. suspen jgk cerpen ni.... apa la jadi dgn org tua tu?

    BalasPadam
  31. org tua tu masuk hutan dari kayu nk buat herba ke?

    BalasPadam
  32. mmg menarik cerpen kali ni... sambung lagi en nuri...

    BalasPadam
  33. org tua tu sapa? misteri btol...

    BalasPadam
  34. org tu nenek kebayan ke en nuri??

    BalasPadam
  35. dia buat apa kt hutan malam2 tu?? aneh jgk...

    BalasPadam
  36. org tua yang naif??? kenapa ni? suspen jer...

    BalasPadam
  37. cerpen tahana ni pasal apa misteri la...

    BalasPadam
  38. org tua nak jmpa teman dia?? teman dia hantu raya ker?

    BalasPadam
  39. sapa teman dia tu? roh bini dia ke en nuri?

    BalasPadam
  40. dia xde rumah ke? dok kat pondok kecik plak?

    BalasPadam
  41. cerita ni mcm cerita pasal hantu je en nuri....

    BalasPadam
  42. sampai x larat mcm tu pun dia sanggup berjalan sbb nk jmpa teman dia?? sapa teman dia tu?

    BalasPadam
  43. misteri jgk org tua ni pelik btol cerita ni...

    BalasPadam
  44. org tua ni keja apa? dia xde anak ker?

    BalasPadam
  45. kenapa dia janji dgn teman dia kena pulang?

    BalasPadam