Ahad, 12 September 2010

DIANTARA DUA HATI



Hati,
seorang koprat,
tidurnya sering tidak lena
khuatir ribuan sahamnya jatuh
hutang piutangnya nanti tidak langsai
maka berusaha kuatlah dia siang dan malam
sehinggalah dia menerima anugerah kekayaan Allah swt.

Calun surgakah dia?
zakat hartanya diagihkan ke jalan kebajikan
serta membantu pekembangan dakwah syariat Islam
Allah suka melihat hamba-hambanya yang kaya lagi dermawan.

Hati,
seorang pengemis,
tidurnya tidak pernah fakir tentang kerugian
malah rezeki untuk makan esok pun malas untuk difikir
lantas menjadikan dia sepanjang hayatnya pengemis jalanan
maka tidak hairanlah dirinya fakir yang hamper pula dengan kufur.

Calun surgakah dia?
sebahagian hidupanya mengemis dijalanan
cuma meminta dan mengharap belas kasihan insan.
Jangan jadikan diri kamu fakir yang hamper kepada kufur

Oleh; Nurimanja,
BBPTK, Pulau Pinang.
6hb, Ogos, 2009.

34 ulasan:

  1. KISAH MESTRI siri4. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA

    Setelah usia tuk ayah menjangkau ke usia seratus dua puluh, anak dan cucu sulungnya telah lama meninggal dunia, dia cuma tinggal dengan cicit perempuan cucu sulung dari anak keduanya. Adayang antara mereka dan jenderasinya semua telah meninggal dunia, tidak ingat lagi cerita tuk ayah hanya cicit dan piutnya saja masih ada yang sanggup membela dan menjaganya. Mujurlah tuk ayah ini tidak banyak kerenah, mudah dijaga.

    Tetiba dia dikatakan meninggal dunia setelah beberapa hari tidak bergerak, nadinya juga lemah dan nafasnya bagai terhenti. setelah buat laporan dikatakan sakit tua. cucu dan piutnya pun buatlah persediaan untuk acarapenkebumian, setelah dimandi , kapan, dibawa ke masjid di sembahyangkan mayat, dan di bawa ke kubur untuk dikebumikan.

    Setelah keranda di turunkan ke dalam lubang, orang ramaipun menhampirinya untuk melihay kali terakhir dan ada diantaranya masih ingat lupa sejarah tuk ayah mengatakan mati dua kali. hidup semula, kali kini mungkinmati
    betul dan sebenarnya. Tetiba belum pun sempat tanah di turunkan, Tuk ayah sekali lagi bangun dan memekek.

    "Aku belum mati lagi..." Orang ramai bertempiaran lari, lentang pukang kerana terkejut, untuk meninggalkan tanah perkuburan itu. ada yang darah tinggiterus pengsan.

    SEKIAN.

    sebab penceramah itu berhenti disitu, anda pun boleh buat berbagai andaian. apa terjadi?

    BalasPadam
  2. PEMINTA SEDEKAH DENGAN DUA ORANG USTAZ MUDA ( SIRI 2 )

    Kebetulan sewaktu mereka sedang menunggu minuman dan makanan ustaz muda abul hassan dan ustaz muda mozaire di datangi seorang peminta sedekah dalam keadaan yang kosot masai dan nampak cengkong macam kelaparan.

    Ustaz muda abul hassan berkata kepada peminta sedekah itu, jangan minta sedekah nanti mati muka kamu tinggal tulang, peminta sedekah itu beralih kepada ustaz muda mozaire dan menghulur tangannya, ustaz muda mozaire menberi dua ringgit, kemudian peminta sedekah itupun lalu pergi.

    DAILOG:

    Maka berlaku dailog antara Ustaz muda abul hassan bertanya kepada ustaz muda mozaire
    UMAH : kenapa anta beri wang kepadanya?
    UMM : ana kasihan tengok dia macam tak makan, lapar nampak.
    UMAH : ana takut kalau dia beli gam berdengung kita dikira bersubahat
    UMM : ana niat kalau dia lapar dia dapat makan dia dapat berfikir dengan waras.
    UMAH : mudah-mudahan dia insaf dan sedar.
    UMM : tetapi kenapa anta tak beri wang sadikit pun ?
    UMAH : ana beri juga tadi, tetapi bentuk nasihat saja
    UMM : mudah-mudahan dia dapat taufik dan hidayah Allah.

    SELESAI.

    BalasPadam
  3. API

    Api di dalam hatiku
    Ingin membakar segala
    Namun nanti bila hangus semua
    Apakah aku mampu membinanya semula?
    Api di dalam hatiku
    Semarak menyala
    Dari mewujudkan lebih banyak api
    Bukankah lebih baik kugunakan
    untuk menerangi kehidupanku ini?
    Malaikat tertawa syaitan menangis


    Moktar Darus
    Balik Pulau
    4pagi

    BalasPadam
  4. AKU MENUNGGUMU

    Aku termangu pada hari yang lambat
    Detiknya yang cacat
    Aku di sini menyapa mentari usang
    Rembulan yang hampa
    Pagi tak lagi bersinar
    Awan tak lagi beredar
    Dengan birunya tergeletak mati
    Aku masih disini terus menanti.
    Lamakah lagu waktu merangkak?
    Buat menjemput esok pergi
    Sepotong hati untuk sendiri
    Tenggelamkan aku dengan hadirmu
    Agar rindu tak tersedak
    Serik aku dengan khabar kamu
    Hingga resah terlelap.
    Selama apa pun itu
    Aku akan tetap menanti
    Seperti layak bintang bulan malam
    Nampak serasi langit kelam.


    Ramisah Junit
    Klang
    7pagi

    BalasPadam
  5. Mohtar Darus juga pengelola blog gen jalal anak buah en Zainal Arifin. Sajak agak mudah dan pendek tajuknya berkepalakan API. Mudah dan rengkas sahaja tetapi ada pengucapan yang bermakna. Api biasanya panas dan panas itu bias melahirkan rasa Kemarahan. Bagai api marak yang mahu membakar segala, biarkan sampai hangus,

    Tetapi apakah kebakaran itu dapat memuaskan hati? Apakah kehagusan itu dapat kita Menyelesaikan masallah, dan dengan mudah dapat membina semula apa yang telah musnah? Lalu ada baiknya kemarahan itu ditukarkan jadi semangat untuk melawan Akan segala hasutan syaitan dan menyejukkan dan menyenangkan hati para malaikat.
    Amin semoga sukses!

    BalasPadam
  6. Ingin menyentuh sudut lain dua baris agak ketara; Hingga resah terlelap dan Nampak Serasi langit kelam. Ayat ini sadikit keliru tetapi saya tidak tahu mungkin ada makna lain agaknya? Kerana orang resah mana mungkin boleh terlelap? Dan dalam keadaan Hitam yang menakutkan tiada siapa boleh serasi menjalani hidup. Kena berhati-hati pemilihan perkataan untuk mencipta ayat yang putis didengari. (maaf saya sudah ter
    keluar dari arahan en nuri, tetapi kerana saya rasa Ramisah Junit ada bakat jika asuh)

    Sajak oleh Ramisah Junit bertajuk AKU MENUNGGUMU Penulis rasa ingi nmengetengahkan rasa kecewa yang amat sangat bila sesuatu yang ditunggu begitu lama , amat kecewa
    rasa menyeksa dan menyakitkan hati. Namun kerana janji dan hati bagai telah pun mahu menyerah , si penulis terus menanti walaupun resah tetapi tetap boleh terlelap. walaupun nampak langit kelam tetapi tetap nakpak serasi. Barangkali itulah dua ayat
    yang digunakan oleh Ramisah Junit Semoga anda tabah menanti . Amin

    BalasPadam
  7. Saya diminta en nuri mengulas cuma dari segi maksud isi yang tersurat dan tersirat atau lebih tepat penceritaan yang ingin disampaikan oleh penulis dari rasa denyutnadi apa yang dirasa dan diamati diilhamkan oleh pancaindera si penulis. Setelah dirakam lalu jadilah sebuah puisi ciptaanya tersendiri. ( Pengulas sekadar boleh buat andaian sahaja.Tidak semestinya benar dan tepat) sajak yang baik meningbulkan berbagai rasa andaian yang berbeza buat pembaca. amin

    BalasPadam
  8. di antara dua hati ni mcm ade bunyi politik jer??

    BalasPadam
  9. sajak dua hati ni msih samar2 maksudnya la...

    BalasPadam
  10. tjuk mcm jiwa2 dua hati bila baca bunyi mcm ketuhanan pun ada...

    BalasPadam
  11. sajak psl kehidupan manusia ke en nuri dua hati ni?

    BalasPadam
  12. eh! antara dua hati? sajak ni mcm bunyi jiwa2 jer..

    BalasPadam
  13. sajak baru ke lama antara dua hati ni? rasa mcm x pnh baca jer..

    BalasPadam
  14. di antara dua hati?? eh! sajak ni mcm sajak diantara tidur dan lena plak?

    BalasPadam
  15. sajak tentang kisah2 manusia rupanya dua hati ni....

    BalasPadam
  16. antara dua hati? ingatkan sajak jiwa2 rupanya pasal perbandingan ker...

    BalasPadam
  17. di antara dua hati? ingatkan di antara dua jiwa td? hehe

    BalasPadam
  18. eh! diantara dua hati? sajak ni menarik jgk lain dari yg lain la...

    BalasPadam
  19. di antara dua hati ni sjak lama ke baru? sbb aku ahli lama pun x pnh bca sajak ni...

    BalasPadam
  20. di antara dua hati? mcm lagu plak? ada lagu pasal ni...

    BalasPadam
  21. di antara dua hati kisah tentang 3 perwatakan manusia yg berbeza ke? best!

    BalasPadam
  22. en nuri msti buat sajak psl lain dari yg lain! tahniah!

    BalasPadam
  23. kenapa penceramah berhenti?? sbb rasanya dialah org yg mati hidup balik! hahaha

    BalasPadam
  24. mngkin sbb ustaz tu seram bulu roma agaknya? hehe

    BalasPadam
  25. penceramah tu berhenti mngkin sbb dia nampak roh org yg mati 3 kali tu kot?

    BalasPadam
  26. mngkin sebab penceramah tu rasa lain macam kot?

    BalasPadam
  27. eh! penceramah tu berhenti sbb apa plak?? dia lupa kot?

    BalasPadam
  28. penceramah tu berhenti sbb dia nk terkencing kot? hehe

    BalasPadam
  29. penceramah tu berhenti sbb rasanya dia dah malas nk cerita kot?

    BalasPadam
  30. alamak! dia berhenti plak cerita pasal org mati 3 kali tu?

    BalasPadam
  31. rasanya dia berhenti sbb henfone dia berbunyi kot? hehhe

    BalasPadam
  32. mngkin sbb dia berhnti dia nampak hantu org yg mati 3 kali kot?

    BalasPadam
  33. 3 kali mati pelik btol.... dia bela apa? makhluk asing ker?

    BalasPadam
  34. penceramah tu tiba2 berhenti plak? aneh jgk....

    BalasPadam