Jumaat, 27 Ogos 2010

KULIT HITAM PATUT BANGUN



Bertahun si kulit hitam diperhamba
kini tiba waktunya anda perlu bangun
daripada tidur lena yang panjang
tidak kira agama atau pun  bangsa
berjuang menentang  sikap durjana
si kulit putih yang bermaharajalela
contohilah Zembakwe yang berani
lantas menghalau keluar si haloba
merampas kembali tanah jajahannya
daripada penguasaan si kulit putih
yang dahulu rangkus menguasainya
kini sebelum banyak lagi tertindas
bagunlah menentang kuasa besar
yang suka menakluk ekonomi dunia.
 
Oleh: Nurimanja,
Bila melihat penindasan.
kepentingan manusia haloba 2010.
 

38 ulasan:

  1. KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 17 DISUSUN SECARA BEBAS. OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : NABI KASIHKAN BINATANG.
    __________________________________

    Pada satu ketika nabi Muhamas saw hendak mengerjakan solat, didapati kain tempat solatnya di tidur oleh saekor kucing, Nabi pun segera mengambil gunting, kemudian menguntingkannya kain solat (sejadah) di sekeliling tempat tubuh kucing itu tidur.

    Dengan kain sajadah yang koyak tergunting itu nabi terus mengerjakan solatnya, apakah iktibar dan pengajaran daripada cerita ini.?

    Pengajarannya;

    Manusia sepatutnya ada sifah ihsan terhadap makhluk Allah, sema ada insan atau pun haiwan, tanaman dan juga jamadat.(bukit bukau, gunung ganang, sungai, batu dan lain).

    Oleh itu hendak menyebelihi lembu kena parang yang tajam dan jangan tunduk golok itu kepada lembu, kalau menebang pokok mula tebang dari perdunya , jangan potong sekerat-sekerat, seksa pokok itu, kalau dia boleh bercakap lari orang yang tebang itu.

    Begitu juga membuang najis tidak boleh di bawah pokok, dalam lubang atau air tenang atau mengalir, belajar dekat kucing lepas buang,
    kambus najisnya.

    SELESAI.

    BalasPadam
  2. Mencari malam Lailatul Qadar ada berbagai andaian mungkin juga nabi berkata untuk kita berfikir,
    semacam sajak juga ada maana yang berbagai andaian, maksudnya sama cuma kita kena berfikir, dan cari ada apa hikmahnya? dan maksud yang tersirah dan tersurat?

    Ada setengah orang berkata malam sepuluh terakhir ada yang kata tujuh hari yang terakhir,ada yang kata pilih malam ganjil. Saya telah lama mencari dan buat sadikit kajian supaya apa yang
    kita dengar tidak bercangah.

    Ketiga ini benar belaka. Sepuluh malam terakhir, mungkin malam yang manusia letih, manusia juga sebuk dengan urusan menyambut adilfitri, mereka lalai untuk beribadat, letih malas dan terlepas begitu saja.

    Ada pun tujuh hari terakhir , maksud malam ganjil nabi kata; iaitu, 17, 19, 21, 23,25,27,29, tujuh belas tetap juga malam nuzulul Quran (turunnya Al Quran) kebetulan bilangan tujuh yang terakhir ini bilangannya hari -hari ganjil. SAMBUNG

    Ada pun beribadat pada malam ganjil itu dan kena pula dengan malam pahala berganda seribu bulan,
    masudnya hadiah bonus, kalau anda dapat dua tahun berturut dua kali bulan puasa. drap saja seribu
    bulan sama dengan lebih kurang sama usia seorang tua 82 atau 83 tahun. Nah kalau dua kali ganda
    berarti anda hidup 120 atau 122 tahun sama umur orang zaman dahulu kala.

    BalasPadam
  3. CERPEN SIRI 5 BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA. __________________________________


    TETAPI hari ini Taip telah pun mengecewakan harapannya itu. Dia amat terasa malu dengan teman-temannya itu. Bila Taip tidak pernah menyatakan bila dia hendak pulang ke tanah airnya ini. Segala harapannya selama ini telah musnah.

    Kini hari kemerdekaan negaranya akan tiba tidak berapa hari saja lagi.Sedangkan rasa kemarahannya kepada anaknya Taip kian memuncak sepanjang bulan dan minggu ini. Tetiba di waktu sebelah petang dia di datangi pembawa telegram.

    Apa bila surat dibuka ternyata ayat rengkas dan pendek itu berbunyi: Taip akan pulang esok bersama isteri dan seorang anaknya untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negaranya.

    Betapa gembira hatinya terasa dia ingin memekek sekuat hati ingin mengkhabarkan kepada dunia, doanya juga telah dikabulkan Allah swt, rasa kemenangan merayap seluruh tubuh tuanya. Dia bangun dari kerusi malasnya sebagai seorang perkasa, kopi pahit di hadapnya dihirup sekali gus. Dia nampak wajah kemenanganmenyebelahinya.

    “Taip akan pulang juga bersama isteri dan anaknya, sempena hari menyambut ulang tahun kemerdekaan negaranya.” Dia bercakap sendirian dengan senyum yang melebar.

    Terasa dia ingin menkhabarkan berita ini kerpada teman-temannya yang masih hidup dan menyedut udara kemerdekaan ini. Kini anak tunggalnya Abdul Taib bin Sulaiman Embong akan pulang ke rumah yang selama ini sepi, kini pasti akan bersiri kembali.

    Inilah rumah yang dibeli hasil wang simpanan pekerjaannya selama ini., sebelum Taip berangkat ke luar negara , lebih sepuluh tahun rasanya Taip tidak pulang, rumah ini juga tidak lama dia tinggal bersama Taip. Kini Taip mungkin sudah menjangkau umurnya 33 tahun.

    Taip tentu banyak berubah, kalau di ikutkan sebelah aruah datuknya Embong merupakan seorang tokoh yang pandai berbicara dan sangat berpengaruh di kampungnya itu.
    Tidak hairan Sulaiman layak jadi budak pejabat dari beratus anak muda di kampunya itu. Sebab dia sahaja yang boleh membaca dan menulis.Anak-anak muda yang lain kebanyakkannya buta huruf.


    Dulu dia mengharap agar Taip akan pulang dan dapat melangsungkan perkhawinan dengan seorang ustazah Hamidah. Tetapi bila sahaja tamat pengajian Taip tidak pulang. Terus menetap di kota London. Harapan mengunungnya terhadap Taip runtuh berkecai .Ini yang membuatkan hatinya dibaham rasa amat kecewa berpanjangan..


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  4. AKU RAJA

    pentadbir negeri permai
    pentadbir rakyat jelata
    kubina tembok kukuh
    menjaga semua rakyat
    kusemai benih cinta
    agar subur sentiasa
    kuajar mereka berperang
    tewaskan semua musuh
    kuajar mereka berenang
    menempuh lautan kehidupan
    kupahat hati mereka
    petunjuk tuhan dan rasul
    kusiram dengan ilmu
    agar mereka semua tahu
    tahu mentadbir negeri
    bilaku tiada nanti
    walaupun daerahku sekangkang kera
    walaupun hanya sebuah pondok usang
    walaupun rakyatku cuma bertiga
    cukuplah semua itu
    akulah Raja Keluarga...


    Taib
    melaka
    4.30pagi

    BalasPadam
  5. ULASAN:
    Pendatang baru Sahabat CR Taib kebetulan nama sama dalam cerpen BTWN yang sedang diikuti sekarang. Sajak pertama daripada sdra Taip bertajuk AKU RAJA. Ada Berbentuk sembolik juga dan berbagai andaian.

    Pengucapannya agak bersahaja, cuma menceritakan tentang keyakinan diri, pada sesuatu yang akan ditinggalkan keadaan pasti akan setabil, jika sebuah rumah tangga keluarga atau anak cucunya pasti aman damai, jika negeri rakyatnya pasti aman sentosa. Kerana telah diajar dengan persedian yang cukup tentang ilmu duniawi dan akhrawi untuk menghadapi akan segala asam garam kehidupan di alam maya ini .

    Begitulah gayanya seorang bapak kepada keluarganya atau jika raja kepada rakyat jelatanya antara kaum hidup dengan sempurna. Amin.

    BalasPadam
  6. sajak ni ditujukan kpd Obama ker?

    BalasPadam
  7. sajak kulit hitam terasa plak aku ni? hehe

    BalasPadam
  8. sajak kulit hitam je ke? kulit putih xde ker? hehe

    BalasPadam
  9. wah! tahniah en nuri membela nasib kulit hitam...

    BalasPadam
  10. wah! menarik sajak ni terasa terbela jgk la nasib kulit hitam ni...

    BalasPadam
  11. sajak org kulit hitam tp kenapa ada gmbr berkulit putih di tgh2 tu??? msti ade mskud simbolik ni..

    BalasPadam
  12. sajak utk org berkulit hitam pun ade??? wah!

    BalasPadam
  13. sajak ni khs utk negro je ke? mamak pun masuk sekali x?

    BalasPadam
  14. sajak utk org kulit hitam je ker? utk india muslim xde ke en nuri?? hehe

    BalasPadam
  15. sajak utk org berkulit hitam ke atau utk negro? hehe

    BalasPadam
  16. eh! bila plak nama anak saya taib? hehe tp ape2pun terima ksih masukan nama saya... he he he

    BalasPadam
  17. ingatkan dia marah anak dia kwin mat salleh tp bila dpt telegram dia senyum plak?

    BalasPadam
  18. wah! dah ada anak pun taib ni?? dh lama la dia dh kwin...

    BalasPadam
  19. eh! ada nama sulaiman embong plak?? hahaha eh! nama saya dh xde ke??? watak sampingan je ker?

    BalasPadam
  20. 33 thn ke taib ni?? dh tua ingatkan bru 20an...

    BalasPadam
  21. wah! sulaiman embong punya ayah org berpengaruh yer? hehehehhehehehe

    BalasPadam
  22. eh! ustazah hamidah kwin dgn sapa plak????

    BalasPadam
  23. sian ustazah hamidah? kenapa dia xkn kwin dgn ustazah?

    BalasPadam
  24. kesian ustazah hamidah tu??? eh! di apa cerita? brader joe pun dh xde?

    BalasPadam
  25. hahahaha sulaiman embong ke bapak dia?? selama ni kami dok marah rupanya sulaiman embong....

    BalasPadam
  26. eh! mlm nuzul quran bpun boleh jd ke??? biar btol en nuri??????

    BalasPadam
  27. eh! mne en nuri thu?? tp setahu sy mlm 10 terakhir...

    BalasPadam
  28. mlm 10 terakhir? ke 7 terakhir? agak mengelirukan jgk la...

    BalasPadam
  29. wah! selama ni sy ingat 10 mlm terakhir rupanya start dari 17 ke?

    BalasPadam
  30. byk jgk info sy thu dlm blog ni psl mlm lailatulqadar...

    BalasPadam
  31. selama ni kita buat x btol ke??? sbb mlm 17 pun dikira jgk?

    BalasPadam
  32. kd kesimpulan kena pulun setiap hari la nmpknya sbb x tentu mlm lailatulqadar ni...

    BalasPadam
  33. eh! baru sy thu je psl malam 17 pun dikira mlm lailatulqadar jgk ker?

    BalasPadam
  34. eh! menarik jgk info en nuri kasi tentang malam lailatulqadar...

    BalasPadam
  35. dgr org kata mlm 10 kenapa en nuri kata start dari mlm 17?? pelik jgk...

    BalasPadam
  36. cerita nabi dgn kucing ni mcm pnh dgr jer....

    BalasPadam
  37. bgus nabi klu skrg ni x thu la mmg org dh pkul kucing tu... hehe

    BalasPadam
  38. baik jgk nabi ni? klu aku xthu la ape nasib kucing tu... hehe

    BalasPadam