Sabtu, 28 Ogos 2010

DULU- KINI- AKAN DATANG.




-buat warga mas-

Dimana kita dulu?
Aman damai dalam rahim ibu,
Cuma bersiap siaga menunggu hari
Menerjah keluar di dunia penuh pancaroba

Dimana kita kini?
Terlalu mudah untuk dijawap,
Berdiri id depan cermin lihat wajah
Tegangkah kulit hitamkah rambut dikepala.

Dimana kita akan datang?
Lihatlah tanah perkuburan kita,
Bagaimana mayat masuk ke dalam kubur
Dibacanya talkin buat peringatan yang terakhir.

Oleh Nurimanja,
Khemah Ibadat SKSS,
Kuala Kurau, Perak. Hujung 1986.


34 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 6 BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA. __________________________________

    BILA berita itu disampaikan kepada isterinya. Kelihatan kedua suami isteri warga emas itu bagai menaruh harapan. Agar kepulangan Taip isteri dan anaknya terus menyerikan lagi rumah desa tempat bernaungan mereka.

    Sepanjang malam itu dia seperti tidak sabar lagi menanti hari esok. Kelihatan gelisah sepanjang malam di atas katilnya dan entah berapa kali dia bangun dan keluar masuk di dalam rumah itu , mundar madir ke ruang dapur dan tengah rumah.

    Sambil menonton TV dia menangkap segala ucapan PM. Terutamanya bila PM menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan ada kepakaran balik berkhidmat di negara ini, kita akan bayar dengan gaji yang setempal dengan kos kehidupan.

    Dia senyum puas bila melihat anak bangsanya dahulu cuma sekadar layak jadi budak seruhan penjajah kini telah ada yang menjadi pemimpin negara. Dia juga tidak pernah ketinggal bersama perarakan warga emas dalam menjayakan hari ulang tahun kemerdekaan negaranya.

    Pagi esok diluar jendela kelihatan sebuah teksi berhenti di hadapan rumahnya. Turun seorang lelaki dan seorang perempuan bersama dengan seorang anak lelaki kecil berambut perang.

    Seketika kemudian pintu rumahnya diketuk, salam pun diberi, jelas suara itu agak garau dan besar bunyinya. Isterinya meluru ke pintu setelah salam dijawap. Bila daun pintu di buka, isterinya meluru keluar dan terus memeluk dengan tangis dan hiba.

    Dalam beriringan itu, Taip segera melangkah ke dalam rumah setelah memperkelkan isteri Dania dan anaknya mohamad akmal, belum pun sempat duduk Taip meluru kepada seorang tua yang lama menunggu. “Ayah!!...” Taip menegur.

    “Taipp!!” Dia memekek, bila wajah itu muncul di depan matanya. Taip terus sujud di kaki ayahnya. Kemudian berpelukkan, air mata kasih berjujuran jatuh ke pipi. Sebak rasa di dada untuk berkata. Keduanya dalam tangisan pilu dan kasih sayang seorang anak dan ayahnya. Drama itu diperhati oleh isteri dan anaknya.

    Kemudian Taip memperkenalkan pula isteri dan anaknya yang berkulit putih dan bermata cokelat itu. Keduanya datang dan mencium kedua tangannya. Di ketika itu dia terasa sebagai menerima satu penghormatan yang amat tinggi dirasainya diulang tahun menyambut kemerdekaan negaranya.

    Kini telah tibalah masanya bangsa kulit putih telah datang mencium kedua tanganku. Seperti mana aku mengangkat tangan memberi hormat kepada tuan Brader Joe bangsa kulit putih ketika berdiri di muka pintu pejabat kastam dahulu. Kini hatinya berasa puas!

    S E L E S A I.
    Semua nama dipinjam daripada sahabat CR. cerita lama dihidupkan kembali. Amin.

    BalasPadam
  2. BANCI PENGUNDI BARU SIAPA YANG JALANKAN? OLEH: SUARA BEBAS

    Dengar khabar memalukan Malaysia angkara demontrasi di indonesia memijak dan melempar najis di kedutaan kita. Tetapi tidakkah lebih memalukan lagi bila kita mengutuk negara kita sendiri? di akhbar negara orang lain?

    Buat kebelakangan ini anih orang berserban yang dihormati dan disegani lebih banyak menimbulkan
    masallah dan buat hal daripada seorang lebai biasa. membuatkan kepercayaan kian melentur dan menurun. Jadi tidak hairanlah bila Preseden MCA kata melayu guna politik bersandar agama.

    18/4/2010 banci pengundi datang ke rumah merayu, konon malu orang asing serah pengundi 300
    atau 400 ratus orang sebulan , kita melayu cuma 20 atau 30 orang sebulan. Hari ini dua nama yang
    didaftarkan untuk pemilihan mengundi baru, terima kad ucapan selamat hari raya.

    Dari wajah tokoh dua orang berserban. jembut majlis buka puasa . Inikah kerja tokoh orang-orang yang berserban? main putar belit di bulan ramadan . keluarga saya tidak akan hadir takut subahat. rasa macam nak pancing undi , nawaitunya sudah menyeleweng.

    BalasPadam
  3. PENING BERFIKIR SUPAYA TIDAK TEWAS

    Pening lalat rasa otakku
    Bila kusedar masaku
    Telah pun dah hampir tamat
    Jadiku sembunyikan seberkas rahsia
    Simpulan tidak terlerai
    Sebelum jatuh ke lapangan deria
    Perlukan aku tetap berbohong
    Agar tersenyum seperti hari ini
    Kadang-kadang kita lupa
    Ada memberi kita ruang
    Kerana tertalu dambakan kasih
    Seribu kali janji
    Tak mahu puisi emosi lagi
    Tapi tewas dengan hati agi.


    Amalina
    Sungkai
    7malam

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Sajak menyentuh tentang jiwa-jiwa nampaknya oleh Amalina sajak pertama dengan tajuk Pening Berfikir Supaya Tidak Tewas. Seorang ahli baru. Pengucapannya ada kait paut dengan hati dan perasaan yang selama ini cuba disembunyikan, akhirnya masa
    telah memperdaya diri sendiri, sampai bilakah cerita ini akan berhenti. Kerana jika sering bermain sandiwara dengan janji, hati dan emosi dikuatir akan memakan dirikita sendiri,sebaiknya luahkan rasa hati dan berilah harapan kepada yang meminta..
    Dengan rasa kerelaan sepenuhnya . amin.

    BalasPadam
  5. kretif sajak ni lain dari yg lain? hahahha

    BalasPadam
  6. eh! kretif giler sajak ni dulu kini dn akan dtg? hahha

    BalasPadam
  7. sajak yg lain dari yg lain... hehe

    BalasPadam
  8. xpnh trpikir plak nk buat sajak mcm en nurimanja buat ni?? hehehe

    BalasPadam
  9. sajak hebat!!! hehehehe mmg lain dari yg lain...

    BalasPadam
  10. huh! sajak ni mcm ada gurau senda plak? dulu kini dan akan dtg...

    BalasPadam
  11. sajak paling best di abad ni!! hehe

    BalasPadam
  12. ingatkan sajak ni psal ape? rupanya mmg best! hahaha

    BalasPadam
  13. pelik jgk tjuk dulu kini dn akan dtg ingatkan ape td? rupanya mcm lawak plak? hehe

    BalasPadam
  14. best sajak ni sbb xterpikir dek akal plak? hehe

    BalasPadam
  15. ingatkan dia marah rupanya dia sambut dgn baik anak menantu dia?

    BalasPadam
  16. huh! rupanya taib ni nk balas dendam? sbb selama ni dia selalu kena angkat tangan kt aku? hahaha

    BalasPadam
  17. huh! taib suamiku??? hahahhaha harap2 bkn taib ahli citra rasa? sbb rasanya taib citra rasa xnsem? hahaha

    BalasPadam
  18. wakakakaka dania kwin dgn taib ke??? hahaha

    BalasPadam
  19. bini aku dania ke??? hehehe harap2 dia cantik... hehehehhehee

    BalasPadam
  20. alamak! dania? ni bkn ku dania ahli citra rasa ke? eh! nmpknya sy ade mak bru yg muda? sebaya kakak saya nmpknya hehehe

    BalasPadam
  21. nama aku jgk x msuk2 lagi dlm cerpen??/ heheheh

    BalasPadam
  22. nsib baik bkn sharifah bini taib ni klu x? mmg aku belasah taib ni... hahahahhaa

    BalasPadam
  23. sian malang nasib ku dania kena kwin dgn taib plak?? hahahaha

    BalasPadam
  24. eh! mohamad akmal jd anak tadi?? hehehehe

    BalasPadam
  25. wah! byk nama ahli msuk dlm cerpen kali ni?? hehhee

    BalasPadam
  26. hahaha lawak plak baca bini taip ku dania? anak dia mohamd akmal?

    BalasPadam
  27. bila baca anak dgn bini dia aku mula terbayang wajah sahabat? cuma taib je xpdt byg xde gambar...

    BalasPadam
  28. harap2 lps ni nama aku plak msuk?? hehee

    BalasPadam
  29. wah! kretif encik ni smua nama ahli msuk sekali...

    BalasPadam
  30. huh! lawak la smlm sulaiman embong??? hahahha

    BalasPadam
  31. eh! bini saya nama apa dlm cerita ni>????

    BalasPadam
  32. tsnyum lebar sy baca cerpen ni dri mula smpai hbis.. syabas en nuri???!

    BalasPadam
  33. smua nama en nuri adunkan jd 1?? hehe

    BalasPadam
  34. lps ni en nuri kena letak lagi la nama2 ahli citra rasa? hehe

    BalasPadam