Selasa, 3 Ogos 2010

KITA HIDUP UMPAMA LIMA JARI



Kita pun umpama lima jari tangan
ada kecil, besar, gemok dan kurus,
janganlah menghina di anatara satu
kerana Allah menjadikan sesuatu itu,
punya  hikmah dan pengajarannya.

Setiap jari ada tugas fungsi sendiri.
jari ibu terkenal dengan cop jarinya
jari telunjuk untuk mengarah orang
jari tengah mencapai benda tinggi
jari manis letak cincin pertunangan
jari kelingking korek lubang hidung.

Mengapa kita mesti rasa bersedeh?
wajah huduh atau pun cantek lawa
semua ada kelebihan dan kelemahan
di sisi Allah hanya orang beriman dan
taqwa dinilai, bukan wajah dan rupa.

Oleh: Nurimanja,
catatan meragukan insan,
disisi allah ada nilainya 03082010.


32 ulasan:

  1. CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 2 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
    _______________________________________________________________________


    HARI ini Moniandy benar-benar berasa letih. Dua hari yang lalu dia telah minta cuti dengan pengurus estate, untuk menghantar isterinya ke hauspital Parit Buntar. Monacy sakit keguguran. Ini merupakan keguruan kali kedua selepas empat bulan yang lalu..

    Yang anih dan peliknya tiap kali dia mengandung atau ingin lekat keguguran akan berlaku. Dan berminggu pulalah lamanya Monacy tinggal di hauspital Parit Buntar tempat sakit hendak bersalin.

    Sebab itulah badan Monacy kelihatan kurus dan kering seperti orang kekurangan darah dan tidak bermaya. Malah kaki dan tangannya selalu saja kebas-kebas , mukanya pucat lesi dan kalau ditoreh mungkin tidak berdarah.

    Inilah yang membuat Monaidy terasa sunyi dan kesepian. Dia juga bagai tidak terdaya lagi hendak berulang balik saja dari bekerja pergi pula ke bandar Parit Buntar, malam baru balik, melihat isterinya di hauspital. wangnya juga banyak yang habis.

    Lebih parah lagi Monacy bukan sajak keguguran, dia juga didapati diserangi deman kuning, menjadikan berminggu dan berbulan kena tinggal di hauspital. Dari wad bersalin, tukar pula ke wad sakit penyakit berjangkit.

    Inilah yang membuat Monandy tidur seorang diri dalam kesejukan malam kerana tiada tubuh dapat memanaskan badan. Sebenarnya Monacy cuma isteri pada zahirnya sahaja, tapi pada batinnya tiada siapa yang tahu.

    Sesekali Monacy menangis bila mengenangkan nasib malang dirinya, Dia amat kecewa untuk memberi layannan yang memuaskan kepada suaminya Moniandy. Sesekali dia juga risau kalau hati Moniandy turut berubah.

    Semasa Monacy berada terlantar di Hauspital Luckmy yang menyediakan makan dan minum Moniandy . Dia membekalkan makan pagi untuk pergi kerja dan menyediakan pula makan tengahari sewaktu pulang kerja.

    Monacy bersyukur kepada tuhan kerana Luckmy dapat membantu abang iparnya sewaktu dia tiada, kalau tidak adanya, pastilah segala makan minum Moniandy tidak akan terurus dan siapalah yang akan melayaninya.

    Moniandy juga pernah terdengar Monacy bercakap seorang diri sewaktu di katil wad bilik sakit. “ Tuhan kenapa aku jadi begini? Aku menyesal dan gagal melayani suamiku dengan sempurna, kalau begini, aku tak tahan lagi, biarlah aku mati,” Moniandy jadi sebak dadanya mendengar rintihan isterinya itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KETIAK BERBAU

    kau tampil penuh seri
    rambut kemas tersisir rapi
    pakai pula fesyen terkini
    mata memandang penuh iri
    cermin mata buatan itali
    keletap keletup kasut tinggi
    kulit buaya tinggi kualiti
    wajah manis senang hati
    senyum terlukis sampai ke pipi
    kemas di tangan telefon blackberry
    di sisi pula notebook peribadi
    gaya eksekutif muda
    penampilan penuh terjaga
    personaliti tinggi sekali
    semakin ku dekati
    ada sesuatu mengganggu
    kembang kempis lubang hidungku
    langkahku mati di situ
    mengapa kau lupakan deodorant
    ketiakmu berbau hancur....

    Angker 13
    ketika berdating bersama awek
    2ptg

    BalasPadam
  3. ULASAN:

    Sajak seloka anak muda oleh Angker 13 bertajuk Ketiak Berbau. Nampaknya lewat kebelakangan ini banyak pula sahabat Cr menulis sajak berbentuk saloka Ini mungkin pengaruh en nuri juga ada dua tiga sajaknya berbentuk saloka. bayar bil.Isteriku dan jejari tangan. Sajak berbentuk begini amat mudah difaham dan khalayak tidak lagi
    perlu berfikir mencari maana dan menterjemah pula isi dan maksut pengucapannya yang tersirat
    dan tersurat. Malah kanak pun mudah memahaminya.

    Ini cerita seorang eksekutif
    yang terlupa pakai penahan bau ketiak, sehingga mencucuk lubang hidung bfnya yang tak tahan dengan bau hapak tengik. Tetapi nak kata apa syok punya cerita kentut pun dikira wangi juga daa.

    BalasPadam
  4. sdih rupanya cerpen ni... hmm....

    BalasPadam
  5. harap2 jgn la monacy tu meninggal sbb kesian kat munaindy...

    BalasPadam
  6. sedih btol cerpen ni.... harap2 monacy cpt smbuh...

    BalasPadam
  7. kenapa gila mengandung asyik gugur je??? kena sumpahan ker?

    BalasPadam
  8. setia btol muniandy klu aku la sah dah cari lain... hehehe

    BalasPadam
  9. nnt klu monancy dh xde? msti muniandy kwin dgn lucmy.....

    BalasPadam
  10. x cemburu plak monancy adik dia tinggal dgn muniandy???

    BalasPadam
  11. sian monacy... harap2 dia x mati klu dia mati mmg sedih giler cerpen ni..

    BalasPadam
  12. sian dia hbis byk duit utk bini dia....

    BalasPadam
  13. monacy ni sakit makan hati kot? kan bapak dia baru minggal...

    BalasPadam
  14. eh! cerpen ni mcm cerita mahmud yg meninggal sbb minum tody tu...

    BalasPadam
  15. mmg suami yg mithali btol muniandy tu...

    BalasPadam
  16. eh! insaf plak aku baca sajak en nuri ni mcm kena dekat aku jer...

    BalasPadam
  17. btol tu jgn menghina diri sendiri... hehe

    BalasPadam
  18. wah! setiap jari ade peranan dia sendiri ker?

    BalasPadam
  19. syukur dgn ape yg ada... walaupun aku x sempurna tp aku tetap dapat hidup di dunia...

    BalasPadam
  20. bila baca sajak en nuri mmg sy bersyukur ke atas tuhan wlpn tuhan jdkan saya x sempurna tapi nak dibandingkan dgn org lain? sy lbih bertuah...

    BalasPadam
  21. best sajak ni insaf sy baca... pinjam lagi nak buat lagu mstii org menangis kalau dgr...

    BalasPadam
  22. btol tu setiap jari ade peranan masing2....

    BalasPadam
  23. rasanya monacy meninggal la nnt...

    BalasPadam
  24. entah2 monacy meninggal? mngkin moniandy pun meninggal sbb sedih... luchmy mngkin jd gila xdpt terima keyataan... agak je ni...

    BalasPadam
  25. mcm2 dugaan yg menimpa muniandy ni...

    BalasPadam
  26. sian dh la miskin isteri plak sakit? dugaan hidup ni....

    BalasPadam
  27. wah! dulu sajak tangan skrg sajak jari plak? hehhe

    BalasPadam
  28. syukur jgk kpd tuhan wlpn aku msih bujang mngkin kalau aku kwin bercerai nnt....

    BalasPadam
  29. baca sajak en nuri ni bersyukur kpd tuhan dgn limpah kurnianya...

    BalasPadam
  30. insaf baca sajak en nuri... mmg kita kena bersyukur...

    BalasPadam
  31. hmm... msti isteri dia meninggal nnt dan dia msti akan kwin dgn luchmy...

    BalasPadam
  32. rasanya cerita ni akan berakhir dgn sedih....

    BalasPadam