Isnin, 2 Ogos 2010

ISTERIKU TERLALU BANYAK TUGAS



Kasihan dari pagi sampailah ke malam hari,
isteriku dibelengui tugas routine rasminya,
dialah jaga dan pengawal keselamatan kami
dialah juga pengurus di segala  jabatannya
penyambut tetamu dan tukang masak kami
tukang sapu, tukang cuci, dan tukang kebun
juga, pegawai pendidikan dan kebajikan am
kekadang menjadi doktor dan jururawat pula,
merawat dan memereksa ada keluarga sakit.
disamping pengurus ekonomi rumah tangga.
Kalau begitu keadaan biarlah aku yang sakit,
jangan isteriku sakit nanti susah pula  jadinya
aku cuma bekerja mencari rezeki nafkah saja
aku tidak pandai mentakbir hal rumah tangga
untuk membuat itu dan ini kacau bilau jadinya
aku rasa baiklah aku dari isteriku yang sakit.
kini selalu saja  berdoa kepada kehadrat Ilahi
Ya Allah jauhkanlah segala musibah dari kami,

Oleh: Nurimanja,
waktu pagi hari sabtu
jam 9, warung salam penuh tetamu.


50 ulasan:

  1. ADA TUJUH BUAH CERPEN BERSIRI DALAM SIMPANAN TELAH DISIARKAN DALAM BLOG CITRA RASA HILANG.
    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ (H) HILANG (DB) DALAM BLOG


    1. HATI ORANG KAMPUNG(B) 21. MAT BAT(H)
    2, PULANG(B) 22. PAK THE(H)
    3. PILU HATIKU PILU(B) 23. AH SUU NAIK ANGING(H)
    4. ISTERI ANAK BUNGSU(B) 24. PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI(H)
    5. SEBIJI JAMBU MAWAR (B) 25. PENYEKSAAN(B)
    6. KENYALANG YANG KUTINGGALKAN(B) 26. BERTEMU ROH(B)
    7. LECER LECER(B) 27. WAK KARDI(B)
    8. PERGINYA KEPALA PENGHUNI RUMAH PUTIH(B) 28. UTAZ GANI DG HANTU BOTAK.(B)
    9. DIMATANYAN. ADA SINAR KEIMNAN(B) 29. SEORANG TUA DG WARNA SENJAKALA(B)
    10. MARAH SEORANG NYONYA(B) 30. MUSNAHNYA SATU PENANTIAN(H)
    11. CINTA TUKANG SAPU(B) 31. AKU MAMA TUGAS DAN ALAM-ALAM(H)
    12. AK PEREMPUAN SIMPANAN(B) 32. SEBUAH MIMPI DI PETANG HARI(H)
    13. CINTA GADIS KENYALANG(B) 33. PERGINYA SEORANG MUALAF(B)
    14. PENGKALAN BATU(B) 34. MENCARI KETENANGAN(B)
    15. MATAHRI MERAH DIREMBANG PETANG(B) 35. PERGINYA BERSAMA IGAUWAN.(B)
    16. KEKOSONGANNYA TERISI KEMBALI(B) 36. KEKASIH HATI TUNANGAN ORANG(B)
    17. KINI SUDAH MELAMPAU(B) 37. AKU MEMNANG TAK TAHU(B)
    18. SATU BATU TANDA(B) 38. ESTATE
    19. DENDAM GADIS IBAN (B) 39.
    20. HATI LINAI(B) 40.

    BalasPadam
  2. CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 1 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
    _______________________________________________________________________


    BERAPAKAH sangat bayaran mengambil upah memotong getah di kebun Ahh Teek itu,kalaulah tidak disebabkan ibunya yang telah tua dan selalu sakit-sakit itu, memang sudah lama dia merambus pergi meninggalkan kawasan jahanam ini.

    Setelah kematian ibunya Moniandy tiada lagi tempat pergantungan untuk dia hendak mengadu, kini dia hidup sendiri mengikut untung nasibnya. Moniandy memang sudah lama berniat hendak meninggalkan tempat celaka yang sering saja mencekek kehidupan mereka dua beranak ini.

    Kini Moniandy merantau di sebuah estate yang tidak jauh dari tempat tinggalnya, Dia bekerja sebagai seorang pemandu lori kelapa sawit dan buah koko. Moniandy masih ingat lagi sewaktu dia menjejakkan kakinya di estate ini. Ramasamy orang pertama dikenalinya.

    Sebenarnya Ramasamy jugalah yang telah menolongnya bagi mendapatkan kerja di estate ini, Dia juga salah seorang mandor memetek buah koko di estate ini. Kerana bila Moniandy berulang dari rumahnya ke estate ini selalu saja terlewat pendaftaran nama masuk kerja pagi, Ramasamy menjemput Moniandy untuk tinggal bersamanya.

    Malah Ramasamy menjadikan Moniandy sebagai anak angkatnya,Dan akhirnya sehinggalah Moniandy telah menjadi menantunya sendiri. Inilah budi baik Ramasamy bapak mertuanya yang selalu di kenang oleh Moniandy sejak akhir-akhir ini.

    Malang tidak berbau, Selepas lapan bulan perkhawinan Moniandy dengan anaknya Mona berlalu , Ramasamy menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan Moniandy dan disisi anaknya Mona dan Luckmy.

    Kini Ramasamy telah pergi mengikut isterinya yang telah sepuluh tahun bersemadi di tanah perkuburan orang India beragama hindu di hujung estate itu. Kini tinggallah Mona bersama adiknya bernama Luckmy yang masih mentah berusia belasan tahun itu.

    “Moniandy! Jika aku tiada lagi, kau jagalah Mona dan adiknya Luckmy dengan baik-baik. Aku sangat berharap pada kau seorang sahaja Moniandy. Mona selalu saja sakit, dan Luckmy pula tidak begitu matang fikirannya.” Kata bapak mertuanya.

    Kata-kata itulah masih kental bersemadi disudut hati Monindy hingga kini. Malah lewat kebelakangan ini, kata-kata itu sering saja bermain di cuping telinganya. Terasa baru semalam. Moniandy memicit-micit kening di kepalanya.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. ISU SEMASA SERIUS AWAS ADA UDANG DISEBALIK BATU CERITA PEMBANGKANG

    Dua menteri jadi gelabah, seorang pro dan seorang kontra, cerita daripada kapal sing buat helah.


    Dulu kata sakit hari ini keluar kenyataan isu perogol patut di hukum bunuh pula untuk mencari publisiti orang ramai, sepatutnya pembuat fitnah dan tojmah juga patut di hukum bunuh kerana fitnah ini lebih dahsat daripada orang
    membunuh. Pemerentah sepatutnya pantau pergerakan mereka ini. dan baca tinda tanduk mereka. Demi mencari kemenangan PRU ke 14 akan datang.

    Awas kenyataan bagai satu permaian menarik perhatian umum, pada masa yang sama ada demontrasi pula dilaksanakan di pulau pinang, ipoh dan kuala Lumpur malam ahad tadi menentang perlaksanaan ISA .
    jika hal ini dapat sambutan daripada rakyat umum, jarum mereka berjalan lancar.

    Kes Anuar ditangguhkan kerana peguamnya sakit masuk houspital terpaksa ditangguhkan lagi hingga
    Ogos pula. hari ini elok pula buat kenyataan. Benar kata Mantan Dr M.. ada kes orang tertentu sengaja
    pula dilewat-lewatkan, mungkin ada orang dia. Sebenarnya mereka takut jikalau si ketua kena tahan dan
    pada masa yang sama PM N. akan umum pilihan raya ke 14 segera dilaksanakan. pasti mereka jadi darcamurba....

    BalasPadam
  4. LAGAK SI TUA BANGKA

    ada akal tidak diguna
    ada otak simpan sahaja
    ikut apa orang kata
    bagai kerbau dicucuk hidung
    ditarik ke mana sahaja
    masuk ke mulut buaya
    terjah ke mulut naga
    hilang jati diri
    agama sendiri sudah terlupa
    disuruh makan telan sahaja
    suruh mengaji tersekat-sekat
    kerongkong sudah tersumbat
    halwa manis terasa kelat
    lidah keras kematu
    rumah dah suruh pergi
    kubur memanggil-manggil
    baru nak cari kopiah buruk
    sejadah lama berhabuk
    sibuk pakai serban
    konon nak orang gelar tok guru
    harap diri tu sedar
    dia tua bangka...


    Suara rakyat
    sungai ara
    17.7.2010

    BalasPadam
  5. ULASAN:

    Suara rakyat sajaknya kian tajam kini, kalau bola smash memang terduduk hancur berkecai, memang kalau orang cintakan agama , dia pasti marah jika ada orang cuba mempermainkan agama, jangan main sebelih orang jadi. Kerana dia rasa tercabar. mati pun tidak mengapa katanya kerana jihat.

    Inilah yang orang Yahudi takut bila
    disebut jihat. Sebab itu mereka cuba cari jalan mempengaruhi orang yang kuat pada agamanya, bila pengikutnya sudah tidak yakin dan percaya lagi, hancurlah agama itu. Inilah agenda musuh Allah swt. Renungkanlah..

    BalasPadam
  6. bgus btol bini en nuri smua dia urus! wah!

    BalasPadam
  7. bini en nuri mmg baik! klu bini sy plak? asyik nk balik kmpung saja? adoiyai...

    BalasPadam
  8. bini en nuri serba serbi la! hebat! bkn mcm bini sy asyik berleter saja kerjanya...

    BalasPadam
  9. bini aku lain dgn bini en nuri ape2pun bini en nuri mmg hebat!

    BalasPadam
  10. bini aku klu nk dibanding dgn bini en nuri mmg jauh beza sbb bini aku kerja! tp bini en nuri mmg hebat!

    BalasPadam
  11. sama la kita en nuri isteri sy pun serba boleh jgk cuma yang x boleh menguruskan wang perbelanjaan dia agak boros...

    BalasPadam
  12. mmg supermama la bini en nuri!!! beruntung en nuri dapat bini mcm tu... harap2 bini sy pun jd mcm bini en nuri...

    BalasPadam
  13. mmg x kenal erti letih la bini en nuri ni... tahniah en nuri.... harap2 bakal bini aku mcm bini en nuri jgk.. hehhe

    BalasPadam
  14. smua kerja bini en nuri buat ke? suri rumah sepenuh masa agaknya? respek kat isteri en nuri harap sy boleh jd mcm tu 1 ari nnt...

    BalasPadam
  15. best la en nuri rilex je smua kerja isteri en nuri yg buat? bkn mcm sy bini ari2 dok klinik mlm bru jmpa... adoi...

    BalasPadam
  16. mmg mcm superman isteri en nuri xknal letih? tahniah en nuri!!!

    BalasPadam
  17. ietri en nuri 24jam mengurus semua hal ker???? wow!!!

    BalasPadam
  18. MALU RASANYA NAK BERITAHU? TAPI TAK APA KITA KONGSI KAN KITA SEMUA SAHABAT CITRA RASA... DALAM SAJAK ISTERI EN NURI BUANG SMUA KERJA? SAYA PLAK SEBALIKNYA? NAK BUAT MACAM MANA ISTERI BERKERJA SAYA PLAK YANG MENGURUS SEMUANYA SAMPAI KE HAL ANAK2 PUN SAYA LAKUKAN....

    BalasPadam
  19. eh! best en nuri isteri en nuri berbakat! sy ni x thu la? sbb saya kerja isteri plak berkerja di perak? jarang berjumpa....

    BalasPadam
  20. wah! boleh jdkan idola ni isteri en nuri... harap2 sy boleh jd mcm isteri en nuri...

    BalasPadam
  21. tabik kat isteri en nuri lain mcm sy bah? mona x reti masak! ar2 kena mkn luar...

    BalasPadam
  22. nnt nk suruh isteri aku mencontohi mcm isteri en nuri....

    BalasPadam
  23. mak saya pun macam isteri en nuri jgk rajin dn pndai masak...

    BalasPadam
  24. hmm.. bila agaknya sy nk berumah tangga? harap2 isteri sy mcm en nuri...

    BalasPadam
  25. wah! bini en nuri rajin! lain mcm mak sy ops! hehhehee

    BalasPadam
  26. untung en nuri dpt isteri mcm ni lain plak bini sy ni? asyik mengasuh saja kdg2 rasa terabai plak?

    BalasPadam
  27. bini en nuri mmg versertail! tahniah en nuri!

    BalasPadam
  28. senang ati la en nuri dapat bini yg rajin... hehhee

    BalasPadam
  29. nnt nk tunjuk kat bini aku sajak en nuri suruh dia ikut mcm bini en nuri jgk...

    BalasPadam
  30. en nuri mmg bertuah! bini en nuri rajin menguruskan hal rumah bkn mcm sy ni bini sy 24 dgn persatuan wanita saja....

    BalasPadam
  31. en nuri mdapat bertuah isteri yg solehah.... isteri sy jgak begitu boleh sama jgk.. kita memang beruntung kan en nuri? syukran....

    BalasPadam
  32. bini en nuri mcm mak sy jgk? cuma mak saya ni ikut mood kdg2 malas kdg2 rajin? hehhe

    BalasPadam
  33. hmm..sedih plak baca sajak isteri terkenang plak bekas isteri sy...

    BalasPadam
  34. eh! ade cerpen estet plak?? hehehe best jgk...

    BalasPadam
  35. mula2 dh dramtik cerpen en nuri ni... best! smbung lagi...

    BalasPadam
  36. cerpen ni cerita sedih ke cerita seram?? mmg suspen intro cerpen ni...

    BalasPadam
  37. sian muniandy bapak mertua plak meninggal..... ape jd selepas ni?? jgn bini dia meninggal sudah...

    BalasPadam
  38. berat jgk beban yg perlu dipikul muniandy...

    BalasPadam
  39. ape jd kat munaindy nnt??? cerpen ni berkisar tentang apa?? jiwa2 ker?

    BalasPadam
  40. sdih la cerpen en nuri kali ni...

    BalasPadam
  41. ape la nasib muniandy ni... harap2 cerpen ni berkahir dgn gembira...

    BalasPadam
  42. adik lucmy wlpn belasan thn msih fikiran x matang?? adik dia cacat ker?

    BalasPadam
  43. munaindy ni mcm cerita yg bercakap dgn roh plak? tempat dalam estet jgk??

    BalasPadam
  44. eh! mmg pelik cerpen ni? misteri plak? sbb x dapat tangkap lagi cerpen ni sedih ke seram?

    BalasPadam
  45. sian muniandy... ape jd kat dia lps ni??? org kmpung halau dia ker?

    BalasPadam
  46. menarik isu suara pulau ni.. smoga BN lbih peka dgn agenda pembangkang...

    BalasPadam
  47. btol tu suara pulau! mmg pembangkang ni ska putar belit la...

    BalasPadam
  48. btol! fitnah berdosa lebih besar!!!!!

    BalasPadam
  49. harap BN segera mengambil tindakan sbb jika dibiarkan takut bertambah parah....

    BalasPadam
  50. ape2pun diharapkan ape yg suara pulau tulis ni ade pengawai BN baca....

    BalasPadam