Isnin, 16 Ogos 2010

ILHAM DATANG DARI HATI YANG IKHLAS




Ilham akan datang,
dari hati yang ikhlas
menilai dengan mata hati
dengan rasa iman dan takqa
bukan sebagai andaian yang direka.

Ilham akan datang,
dari hati orang zuhud
yang menerima keamanan
kerana  jiwa seninya sentiasa tenang.

Ilham akan datang
memujuk seni mencipta
pada rasa kesejahteraan jiwa
kerana dapat membaca apa yang terlintas.

Oleh: Nurimanja,
lewat petang sebelum berbuka.
hari-hari sering mengkhabarkan sesuatu.
lewat dua tiga hari yang berlalu 10/08/2010.


23 ulasan:

  1. CERPEN 1 ALAYSIA SIRI 7 BERTAJUK: TERKORBAN OLEH:NURIMANJA .__________________________________

    ITULAH kata wasiat papanya dan sumpah setia kepada kumpulannya sebagai seorang tokoh utama dalam perjuangan gila itu. Setelah papaknya menemui ibunya buat kali terakhir di rumah mereka di kampung Rajang . kemudian papanya pergi tidak kembali lagi.

    “Eh! Ehh! Apa yang kau menungkan?”
    Lamunan Ah guat terputus bila ada suara menyapanya dari belakang., Ah Guat menoleh ke arah suara itu. Ternya Swee Lan yang datang. Ah Guat merenung wajah kekasihnya iti. Senyumannya bagai dipaksa. Ah guat pun mengerti.

    Di tangan Swee Lan menatang sebuah dulang , di dalamnya terdapat dua biji kole besar berisi air tea kosong. Dan beberapa ketul ubi keletek rebus yang diambilnya dari dapur kem latihan tentera mereka.

    Swee Lan duduk tersimpuh disisi Ah Guat, setelah meletakan dulang di atas tanah di hadapan mereka. Swee Lan menghulurkan sebiji kole kepada Ah Guat.kemudian mereka minum dan keledek rebus itu bersama, walaupun tidak berselera, tetapi mereka terpaksa menelannya juga.

    Ah Guat mengawasi keadaan sekeliling dalam kem itu, setelah didapati tidak ada seorang pun berhampiran dengan tempat duduk mereka, Ah Guat bersuara dengan lembut, seperti orang berbisik.
    “Swee Lan?”
    ”ada apa? Ah Guat?”
    “Tidakkah kau terasa terlalu sengsara hidup di sini?”
    Swee Lan merenung muka Ah Guat, dia mengerti dalam kesayuan mata itu terlihat banyak persoalan yang sedang difikirkan oleh kekasihnya itu.

    “Ah Guat! Biarpun bagaimana sengsaranya kehidupan kita di sini, kita akan hadapi bersama. Asalkan kita tidak berjauhan,”
    “Itu aku tahu Swee Lan, tetapi bagi diriku ini, aku benar-benar tidak mempunyai semangat untuk berjuang, jiwaku kini kosong, Tidak sanggup rasanya hendak menentang pihak pemerentah,”
    “Kenapa Ah Guat?”
    “Entahlah, Aku fikir perjuangan ini, satu perjuangan gila, dan perjuangan sia-sia, Negara kita sudah lama merdeka, sudah cukup memberi keamanan kepada rakyat. Semua rakyat yang berbilang kaum ada wakil untuk menyuarakan pendapat. Bebas bersuara, dan bebas mencari rezeki menekmati hak-hak hasil kemajuan. Apa lagi yang kita mahu…?”

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KISAH PARA AMBIAK CR. SIRI 6. DISUSUN SECARA BEBAS ; OLEH : NURIMANJA ; MALAIKAT BERTANYA NABI
    ___________________________________

    Bilal bin Rabbah azannya sampai ke sitdaratulmuttaha. satu pagi ada seorang hamba Allah meminta kepada nabi untuk azan subuh bagi memperdengarkan suaranya pula, nabi mengizinkan.

    Selepas solat subuh para malaikat datang berjumpa nabi dan bertanya , "Pagi tadi tiada solat subuh ke?" lantas nabi bertanya semula, "Kenapa?" jawab malaikat, " sebab tiada ada sampai ke atas sana?" . "Ada, tetapi orang lain yang azan,
    dan aku sendiri yang mengimamkannya," jawab nabi. para malaikat terdiam.

    Pengajaran;
    Tok Bilal yang ada hari ini ambil sempena nama Bilal bin rabbah.maka orang kampung dan bandar hari ini siapa azan bilal. Bila nak azan biarlah ada orang yang bersuara merdu garau dan membangkitkan hati untuk beribadah, janganlah kalau
    suara pun macam kambing nak beranak atau kaldai tua, kasi orang lain saja laa. kecuali memang dah tak ada orang lain
    lagi di qariah atau kampung itu. hentam ajalah...

    BalasPadam
  3. oh rupanya ambil semperna nama bilal ke??? bru je thu ni..

    BalasPadam
  4. wah! suara bilal mmg power! sampai ke malaikat pun dgr...

    BalasPadam
  5. wlpn bilal hitam tp suara dia mmg merdu...

    BalasPadam
  6. wah! hebat sampai malaikat dgr!! org lain azan x dgr plak???

    BalasPadam
  7. btol tu en nuri kdg2 suara xsedap mana pun?? tp gagah nk azan jgk kat surau sy ada sorg...

    BalasPadam
  8. klu bilal menyanyi la msti smua penyanyi kalah! hehe

    BalasPadam
  9. wah! tabik dgn bilal wlpn dia hitam suara dia sedap...

    BalasPadam
  10. eh! hebat suara bilal org lain azan malaikat x dgr plak???

    BalasPadam
  11. best jgk baca kisah2 ambiak ni.. sambung lagi en nuri....

    BalasPadam
  12. wah! masyaallah merdu btol suara bilal...

    BalasPadam
  13. eh! ah guat dh sedar agak2 dorg sempat x lari x??

    BalasPadam
  14. dorg bercadang nak lari ke?? x takut kena tangkap???

    BalasPadam
  15. eh! ah guat nak sedar xnk berpaling tadah dah?? swee lan masih nk berjuang lgi ker?

    BalasPadam
  16. MUNGKIN MEREKA BERCADANG NAK LARI?? MASA TU AGAKNYA KEDUA-DUA TERKORBAN.... ANDAIAN SAHAJA..

    BalasPadam
  17. eh! semakin dramatik plak cerpen ni?? agaknya bila dorg boleh kluar dari situ...

    BalasPadam
  18. ni sajak anak ana kirim tadi tapi dia tulis sajak bahasa arab ana cuba terjemahkan dalam bahasa mlyu utk memudahkan en nuri mengulas....


    CACATAN DI DAERAH MALANG

    Daerah malang itu
    Sebenarnya tak pernah malang.
    Sebab semua punya semangat teguh.
    Mmencari cintaNya
    Walau terus meninggalkan mereka.
    Mereka menangis setiap doa mereka.
    Merintih dalam setiap bacaan.
    Mereka memohon dalam setiap sujud.
    Mereka tak pernah berhenti
    Mencari cintaNya itu.
    Terus pertahan semangat yang ada.

    Daerah malang itu,
    Sebenarnya tidak pernah malang.
    Sebab setiap disana kaya doa.
    Doa dari diri sendiri
    Doa orang yang diluar daerah itu
    Yang terkena serpihan semangat
    Yang mereka tebarkan tanpa sedar.
    Sebab disetiap darah
    Mengalir dari tubuh mereka
    Adalah sungai menuju syurgaNya.


    Al Fayed
    Universiti Al Azhar

    BalasPadam
  19. dorg boleh ke lari??? nnt kena tangkap msti kena bunuh....

    BalasPadam
  20. wah! rupanya mcm tu ilham datang? menraik...

    BalasPadam
  21. wah! ilham dtg pun boleh buat sajak jgk ker?? hehe

    BalasPadam
  22. ilham dtg pun ada jgk sajak mengenainya?? wah! hebat en nuri....

    BalasPadam
  23. Inilah dikatakan orang dulukala, kuah sememangnya tumpah ke nasi juga, terima kasih buat Al Fayed anak kepada Syeikh Al Habib yang berada di luar negara kini, semoga dirahmati Allah. Dalam perjuangan mencari ilmu.

    Sajak Catatan Di Daerah Malang tulisan asal bahasa Arabic diterjemah kepada bahasa Melayu oleh bapanya sendiri untuk memudahkan mencari maksud penghkabarannya ceritanya, cuma andaian daerah CDDM mungkin bumi para ambiak (Z.P) tempat dimikrajkan nabi. Atau dimana saja bumi Timur Tengah saya sangat di berkati dan dijamin oleh Allah rumahNya tidak akan sesiapa boleh merosakkannya. Kerana disini merupakan hujan doa , tempat berhimpum segala isan disegenap pelusuk dinia, berpuak dan juga berbilang bangsa , temapt penuh rahmat, keramat dan diberkati. Semestinyalah darah mereka yang mengalir sama, dan semangat juang tidak mudah padam di atas tali persaudaraan sesame Islam. Amin.

    BalasPadam