Sabtu, 28 Ogos 2010

BICARA BUAT TUHAN




Tuhanku!
Akukah ini?
Yang tiba-tiba ada
Lalu menungu hari
Untuk tiada semula,
Kemudian menunggu lagi
Untuk hidup kedua kali.

Tuhanku!
Tidakkah kau jemu
Mencipta aku yang kerdil
Lalu dibicarakan pula
Di  Yaumalmahsyar
Aku pun penuh terharu
Apa  mesti yang kau mahu.

Tuhanku!
Masa pun berlalu
Yang memaksa aku
Melempar diri di dunia ini
Menghitung dosa dan pahala
Dengan kuasa qada dan qadar
Untuk ke mana Surga atau Neraka.

Oleh;Nurimanja,
Rajang Sarikei, Serawak.
Tuesday,October,12.1982

25 ulasan:

  1. NFO AGAMA SYABAS! KHATIB MUDA MASJID SUNGAI BATU


    Ramai para jumaah hari itu memanjangkan leher, bila melihat seorang khaitib perwatakan gaya
    orang biasa bersongkok hitam baju melayu warna hijau, tidak juga tua ,dan tidak juga muda.

    Berbeza dengan hari jumaat yang lalu, semua khatib berserban dan berjubah putih itulah gaya seorang khatib kononnya.

    Tetapi berbeza dengan khatib ini. Terpukau semua para jumaah sebutan ayat terang lontaran suara tidak menjadikan orang lain mengantuk. Dia seolah mengambil jalan tengah tidak berdoa untuk TYT atau Ling Guang Eng. Doa umum sahaja. Bebas agaknya. hendak jadi iman kena semua orang suka.

    Yang menarik dan membezakan. Khatib terdahuku berserban dan berjubah, semuanya menjadikan
    jumaah tersenguk, ada yang lena entah kemana. 30 peratus saja fokus. kini ternyata angkara khatib
    muda semuanya tegak kepala tercengang mendengarnya hampir 95 peratus mengikutinya. walaupun
    dalam keadaan letih di bulan puasa. Syabas!

    Iblis juga kecewa, selama ini apa yang telah disitakan sebelum masuk ramadan kamu semua hendak lena atau tidur ayam bila khatib ini baca khutebah. Hari ini ternyata projek iblis kecewa mungkin dia
    menghantukkan kepala ke dinding batu masjid. akibat pertukaran khatib muda.

    Cuma Iman tua yang membaca ayat atau surat dan doa berirama lengang lentuknya panjang sangat.
    perkara yang mudah menjadi susah. Pihak jabatan agama patut pantau Iman atau Khatib sudah tua ini.
    baca khutebah ramai jumaah nak lena. tak faham isi buahnya, eloklah diganti dengan iman muda sadikit.

    BalasPadam
  2. KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 18 DISUSUN SECARA BEBAS. OLEH NURIMANJA ; SHIEKH ABDUL QADIR JAILANI DENGAN PEROMPAK
    ___________________________________


    SHIEKH ABDUL QADIR JAILANI sejak kecil lagi dia bercakap benar, satu hari di bercadang untuk pergi menuntut ilmu di Bagdad,ibunya pun telah membekalkannya 40 dinar dan membenarkannya mengikut satu khalifah membawa barang-barang perdagangan, melalui bukit bukau, gunung ganag dan merentasi juga padang pasir yang luas.

    Bila tiba dipertengahan perjalanan di antara celah bukit dan bukau itu muncul sekumpulan perompak menahan kesuam orang khalifah termasuk Shiekh Abdul Qadir Jailani. lalu ditanya oleh ketua perompok itu, "Hai anak muda , apa yang anta bawa haaa?"
    dengan selamba dijawab oleh Shiekh Abdul Qadir Jailani, " Ana cuma ada 40 dinar sahaja," ketua perompok itu pun ketawa geli
    hati, "Hey! Anak muda! anta mahu mati ke ?" Tanya ketua perompak itu.

    Shiekh Abdul Qadir Jailani hairan melihat muka ketua perompak itu, "Ana bercakap benar, lihat ini 40 dinar, sejak kecil lagi, ibu ana
    sudah ajar ana mesti bercakap benar pada waktu susah atau pun senang," Tiba-tiba saja kata-kata itu meresap masuk dan menyucuk
    hati nurani ketua perompak itu. dalam hati dia berkata; Kenapa ana setua ini, masih lagi melakukan perkara jahat? sedangkan anak
    muda ini begitu luhur... malu, malu, ana mesti bertaubat..

    Ketua perompak itu pun memerentah semua orang tawanan dilepaskan, "sejak hari ini ana bertaubat tidak lagi mahu merompak dan
    ingin bertaubat kepada Allah , anak muda ini telah beri pengajaran kepada ana." Semua tahanan melompat gembira, anak buah ketua perompak jadi terpinga-pinga, hairan bin ajaib.

    Pengajaran;

    -Keikhlasan hati bisanya akan mengatasi segala-galanya dan Allah bersama orang yang sabar dan ikhlas, jujur dan amanah.

    -Orang jahat sebagaimana hebatnya pun, jika ingin dan insaf diri mahu bertaubat kepada Allah, dialah semulia-mulia manusia.

    -Berani biasanya kerana benar dan takut biasanya kerana bersalah, untuk mengetahui orang itu benar atau salah lihat matanya,
    jika dia cuba menyembunyikan matanya , ternyata ada masallah. semoga kita tidak begitu .amin.

    BalasPadam
  3. AKU BUKANNYA

    aku bukan bodoh
    cuma tidak pandai
    nak buat dosa
    aku bukan takut
    cuma tidak berani
    lawan arahan tuhan
    aku bukan bisu
    cuma tidak bersuara
    takut bercakap semua dusta
    aku bukan pekak
    cuma tidak mendengar
    kata umpat keji itu
    aku bukan lemah
    cuma tidak kuat
    lawan ketentuan tuhan
    aku bukan miskin
    cuma tidak kaya
    sedekah cuma senyuman
    aku bukan sedih
    cuma tidak gembira
    kenang segala dosa...


    Mat Toopa
    Ketika di bazaar ramadan
    6ptg

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Sajak Mat Toopa kawan sekolah Penyaer Agong seorang yang banyak menyumbang sajak diblog ini. Dia selalu memeram sajaknya sehingga masak dan matang baru dikeluarkan. Seperti en nuri baru-baru mahu menulis dahulu.

    Pengucapan sajak Aku Bukannya ada tanda tanya? Menceritakan berbagai cerita seandainya.Jika aku lakukan ,aku akan terima begini. Jika tidak aku selamat.Ini mengambarkan masih ada kekuatan keyakinan dan kekentalan keimanan, rasa takut dan gentar untuk melakukan sesuatu kerana terasa bagai tuhan ada mengintai dan merakam semua kelakuan kita. Dan masih kuat menilai dosa. Amin selamat.

    BalasPadam
  5. ULASAN:

    Sajak Mat Toopa kawan sekolah Penyaer Agong seorang yang banyak menyumbang sajak diblog ini. Dia selalu memeram sajaknya sehingga masak dan matang baru dikeluarkan. Seperti en nuri baru-baru mahu menulis dahulu.

    Pengucapan sajak Aku Bukannya ada tanda tanya? Menceritakan berbagai cerita seandainya.Jika akulakukan aku akan terima begini. Jika tidak aku selamat. Ini mengambarkan masih ada kekuatan keyakinan dan kekentalan keimanan, rasa takut dan gentar untuk melakukan sesuatu kerana terasa bagai tuhan ada mengintai dan merakam semua kelakuan kita. Dan masih kuat menilai dosa. Amin selamat.

    BalasPadam
  6. berani dia bagi semu wang dia?? klu aku rasanya kata xde jer...

    BalasPadam
  7. mmg jujur btol syeikh kadir jalani ni...

    BalasPadam
  8. rasanya terlalu btol bendul la syeikh kadir jalani ni hbis mua duit dia...

    BalasPadam
  9. dgn jujur je trus perompak bertaubat?????

    BalasPadam
  10. klu skrg pyh nk cari org jujur sbb tu perompak bunuh je klu x dpt duit....

    BalasPadam
  11. org jahat pun boleh terduduk dgn kata2 syeikh kadir ni...

    BalasPadam
  12. wah! jujur sgt kadir jalani ni??? ape2pun sifat yg terpuji..

    BalasPadam
  13. jujur btol syeikh kadir ni klu zaman skrg? susah nk cari org jujur...

    BalasPadam
  14. wah! terus bertaubat dorg semua! hebat kadir ni...

    BalasPadam
  15. smoga kita semua boleh jd mcm kadir ni jgk....

    BalasPadam
  16. perompak tu x bunuh plak kadir?? kuat jgk aura dia...

    BalasPadam
  17. wah! kuat aura kadir jalani ni klu zaman skrg? jgn harap2 ade org mcm ni...

    BalasPadam
  18. smoga kita mengambil pengajaran cerita kadir jalani ni...

    BalasPadam
  19. wah! jujur sampai perompak pun terpegun! wah!

    BalasPadam
  20. eh! cerita khatib muda??? huh!

    BalasPadam
  21. wah! semua khatib dh tukar fesyen ke?

    BalasPadam
  22. eh! khatib tua la lagi senang mereka byk pengalaman... (sy jgk sorng khatib kdg2 di masjid)

    BalasPadam
  23. eh! ade cerita pasal khatib plak?? hehe

    BalasPadam
  24. ape2pun sokong pendapat anda! khatib muda lbih pandai.....

    BalasPadam
  25. yup! org muda2 lagi pandai nk membaca khutbah dr org tua yg asyik berpolitik dlm masjid...

    BalasPadam