Selasa, 6 Julai 2010

TAUBAT YANG SEBENAR



Taubat yang sebenar
ada penyesalan di hati
sehingga menitiskan air mata
dengan apa yang telah berlaku itu

Mengambil hak orang
pulangkanlah dengan segera
jika tersilap kata atau dusta
pohon ampun dan maaf dengan segera

Solat sunat dua rakaat
berastafar 70 atau 100 kali
kita bertaubat kerana berdosa
para wali bertaubat membersihkan jiwa
para ambiak bertaubat kerana kesyukurannya.

Dosa lain akan diampun
kecuali syirik dengan Allah
ataupun nyawa sudah dekat khalkum
dan taubat sudah hampir hari akan Qiamat.

OLEH: Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas,
Sewaktu kuliah subuh, 29/6/2010

35 ulasan:

  1. CERPEN BERSIRI 1 :BERTAJUK: MAILGILABERISTERIJANDA KAYA OLEH: NURIMANJA
    ___________________________________


    KAMPUNG NIBUNG HANGUS dilanda cerita lagi. Cerita –crita yang tidak pernah berhenti. Lepas anak saudara Mat Hider kena tangkap basah, bawa jantan balik ke rumah. Kini cerita pasal Mail Gila pula mengambil tempat.

    Apakah tidaknya, cerita Mail Gila lari dari kampong ini 25 tahun dahulu bagai tersikap kembali: Apakah jadahnya dengan orang-orang kampong memandang serong pada Mail Gila.

    Mentang-mentang bapa Mail gila dahulu Nayan sakit jiwa dan datuknya juga Lazin tinggal di parit Jawa sakit jiwa, kerana hendak sembelih bini dia dengan parang panjang.cuba main gila dengan jantan lain, Mail Gila yang tidak tahu apa-apa pun disabit bersama kesalahannya.

    Orang-orang kampong Nibung Hangus sering memandang Mail Gila seperti ada seuatu yang tidak kena. Dulu pun begitu juga. Sewaktu Mail Gila tidak bekerja, sewaktu dia masih bujang tidak kenal erti kehidupan dan perkhawinan.

    Dia masih ingat sewaktu dia masih galak hendak berbini, duit tidak ada, kerja pun tidak ada, tidak ada seorang pun yang mahu atau cuba menolongnya mendapat kerja di kampong ataupun di estate,.mentang-mentang dia anak orang susah, dan keturunan pula menyedihkan.

    Di waktu itu dia hamper –hamper saja mahu jadi gila. Mak dia yang sudah berusia lewat lima puluh tahun itu, terpaksa pak-pak lang ke hulu pak-pak lang ke hilir ambil upah jual minyak angin dan ubat tradisinol mencari rezeki, untuk adik-adiknya yang tiga orang yang masih bersekolah.

    Harap bapanya , langsung Mail Gila tidak tahu cerita, cuma orang kata itu bapak kamu, naik basikal kontot, terselit sebilah parang panjang di galang basikal kontotnya itu. Siapa berani cuba menegornya , jangan cari naas.

    Itu pun sesekali saja Mail Gila tengok dari jauh, sebab seorang pendiam seperti orang Indonesia masuk negara ini secara haram. Itu pun nasib baik nampak juga kelibat Nayan Gila , kalau tidak dia banyak duduk di Tanjung Rambutan hospital sakit jiwa.

    Di kampong yang memang dirasainya tidak pernah merastui kehidupan keluarganya sebagai anak kampong jadi sebelah maknya, malah sebelah datuknya; iaitu ayah maknya memang seorang yang hebat, Ali Mustafa; sebut nama sahaja orang sudah pun gentar, malah penduduk estate pun tidak berani angkat muka melihat wajahnya dan tubuhnya yang kental dan keras seperti ahli gusti.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KINI SELESAILAH SUDAH FASA 1.

    Iaitu Israk perjalanan di antara Masjidil Haram di Mekkah ..... ke Majidil Aqsa di Baitul Makdis. Plestine.

    _____________________________________

    ESOK BERSAMBUNG FASA 2.(Insyaallah.)

    BalasPadam
  3. DON CRY AGENTINA

    kasihan
    menangislah sepuasnya
    keluarkan semua air mata
    biar banjir bumi afrika
    wahai maradona
    gigitlah kuku sepuasnya
    tiada guna lagi tangan keramatmu
    sorokkan ke dalam kotmu
    jangan sampai terlihat lagi
    tiada peluang kau berbogel

    wahai messi
    simpan kembali kukumu itu
    kuku itu tumpul di afrika
    kau lupa asah dahulu
    kau asahlah sepuasnya
    empat tahun lagi

    wahai tevez
    kau geleceklah seorang diri
    sampai kau puas hati
    baliklah segera ke rumah
    nyanyilah lagu madonna
    don't cry for me argentina
    viva argentina....


    Pedang Kesatria
    London

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Jangan menagis Agentina; sajak kali ini jauh nampaknya dari kota London daripada seorang ahli CR juga, lama tidak nampak Pedang Kesatria sdra kembar kpd Golok Buta;

    Berbicara pasal bola piala dunia. Dimana-mana pun rakyat bumi kini, tiap saat menceritakan pasal bola. Mana peminat yang negara yang dia sokong menang terus saja menaruh harapan, begitu juga dengan kaki bookie, ada untung dan ada yang rugi. Ada yang merajuk, menangis, letak jawatan, semuanya boleh saja kita lihat dan kita dengar gelagat manusia dengan bola sepaknya. Ini merupakan sajak pertama berkenaan dengan BOLA. Syabas! Pedang Kesatria.

    BalasPadam
  5. sajak taubat je ke? xde cerpen?

    BalasPadam
  6. sajak taubat je ke? cerpen mne?

    BalasPadam
  7. dimanakah cerpen dan israk mikraj?

    BalasPadam
  8. xde cerpen plak ari ni????

    BalasPadam
  9. x best la hari ni xde cerpen plak?

    BalasPadam
  10. eh! x best la mcm ni nk komen sbb xde cerpen plak?

    BalasPadam
  11. buat pertama kali xde cerpen plak? jd x best plak?

    BalasPadam
  12. sajak taubat je semata2 cerpen mne?

    BalasPadam
  13. buat pertama kali xde cerpen? en nuri kehabisan idea agaknyer?

    BalasPadam
  14. smoga esok ade cerpen balik boring xde cerpen ni...

    BalasPadam
  15. dimana cerpen??? hanya ada sajak jer?

    BalasPadam
  16. mne cerpen? en nuri lupa letak ke? atau mmg xde cerpen dh lps ni?

    BalasPadam
  17. aik! cerpen xde? en nuri lupa letak ker?

    BalasPadam
  18. harap2 esok ade cerpn x best klu xde cerpen...

    BalasPadam
  19. CERPEN BERSIRI 1 :BERTAJUK: MAILGILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA OLEH: NURIMANJA (KISAH DI SEBUAH DESA TERPENCHIL DI PERAK)
    ____________________________________________________________________


    KAMPUNG NIBUNG HANGUS dilanda cerita lagi. Cerita –crita yang tidak pernah berhenti. Lepas anak menakan Mat Hider kena tangkap basah, bawa jantan balik ke rumah. Kini cerita Mail Gila pula yang mengambil tempat.

    Apakah tidaknya, cerita Mail Gila lari dari kampong ini 25 tahun dahulu bagai tersikap kembali:

    Apakah jadahnya orang-orang kampong memandang serong pada Mail Gila?.

    Mentang-mentang bapa Mail gila dulu Nayan sakit jiwa dan datuknya juga Lazin tinggal di parit Jawa, hendak sembeleh bini dia dengan parang panjang, kerana main gila dengan jantan lain, Mail Gila yang tidak tahu apa-apa pun disabit bersama kesalahan.

    Orang-orang kampong Nibung Hangus sering memandang Mail Gila seperti ada seuatu yang tidak kena. Dulu pun begitu juga. Sewaktu Mail Gila tidak bekerja, sewaktu dia masih bujang tidak kenal erti kehidupan dan perkhawinan.

    Dia masih ingat sewaktu dia masih galak hendak berbini, duit tidak ada, kerja pun tidak ada, tidak ada seorang pun yang sangup mahu menolongnya mendapat kerja kampong ataupun di estate,.mentang-mentang dia anak orang susah, keturunan pula menyedihkan.

    Di waktu itu dia hamper –hamper saja mahu jadi gila. Mak dia yang sudah berusia lewat lima puluh tahun itu, terpaksa pak-pak lang ke hulu pak-pak lang ke hilir, ambil upah jual minyak angin dan ubat tradisinol mencari rezeki, untuk adik-adiknya yang masih bersekolah.

    Harap bapanya . langsung Mail Gila tidak tahu cerita, cuma orang kata itu bapak kamu, naik basikal kontot, terselit sebilah parang panjang di galang basikal diserebat dengan tali jerami, Siapa berani menegornya , jangan cari naas.

    Itu pun sesekali saja Mail Gila tengok dari jauh, sebab dia pendiam seperti orang Indonesia masuk negara ini secara haram. Itu pun nasib baik Nampak juga kelibat Nayan Gila , kalau tiak dia banyak duduk di Tanjung Rambutan di hospital sakit jiwa.

    Di kampong inilah tempat lahirnya yang sememangnya tidak pernah dirasai merastui akan kehidupan keluarganya sebagai anak kampong jati di sebelah maknya, malah sebelah datuknya; iaitu ayah maknya memang seorang yang hebat, Ali Mustafa; sebut sahaja nama, orang sudah gentar, malah penduduk estate pun tidak berani angkat muka melihat wajahnya dan tubuhnya yang kental dan keras seperti ahli gustiitu..

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  20. cerita kampung nibung habgus plak ker? wah! best2..

    BalasPadam
  21. mail gila??? mcm knal saja? adik dia bahrin ker????

    BalasPadam
  22. mail gila?? hahaha lawak btol tjuk dia... cerita pun best jgk...

    BalasPadam
  23. sian mail mne x jd gila klu bini curang dgn laki lain!

    BalasPadam
  24. mail gila??/ tp rasanya dia x gila sbb bini dia yg curang,,,

    BalasPadam
  25. dia sembelih bini dia?? mcm cerita wak kardi plak?

    BalasPadam
  26. mail jd gila sbb apa??? bini dia curang ker?

    BalasPadam
  27. nayan dan mail? dua2 gila??? eh! ni cerita psl org gila ker?

    BalasPadam
  28. byk plak org gila dalam cerita ni... hehe

    BalasPadam
  29. mail jd gila sbb bini dia main kayu tiga kan? nayan gila sbb apa plak?

    BalasPadam
  30. ali mustapa gengster ke? wah! mcm2 cerita kmpung ni yer..

    BalasPadam
  31. kmpung ni ptut letak kmpung gila byk sgt org gila... hehehe

    BalasPadam
  32. wah! best jgk cerpen kali ni...

    BalasPadam
  33. sian mail gila kenapa org pggl dia gila???

    BalasPadam
  34. org gila ada? gengster pun ada? wah! mmg mcm2 ada kt kmpung ni... hahahaha

    BalasPadam
  35. Cerita ini hanya rekaan semata-mata
    nama dan tempat mungkin dipinjam saja.

    Tidak ada kena mengena baik yang hidup atau pun mati. termauk dua
    buah cerpen yang terahulu sebelum
    ini. cuma pengalaman ilmu bantu
    yang dapat menghidupkan cerita.

    BalasPadam