Jumaat, 30 Julai 2010

LELAKI OH LELAKI



Lelaki oh lelaki!
kini apa hendak jadi?
bila wanita menguasai segala,
dipengajian tinggi hampir 70% wanita.
tidak terasa cemburu atau nak marah ke?

Lelaki oh lelaki!
ingin aku khabarkan?
wanita telah menjadi hakim kini,
hukuman tali gantung ditangan wanita.
tidak malukah mertabat lelaki telah tiada?

Lelaki oh lelaki!
masa kamu dirumah?
wanita  ambil aleh pergi bekerja.
lelaki masak jaga anak megurus dapur.
pastikah muka kamu hendak letak dimana?

Oleh: Nurimanja,
tak kata sesungguhnya,
bila direnung, jadi kacaubilau,
3 malam Tarikh: 24hb, Julai, 2010.


30 ulasan:

  1. CERPEN SIRI KE 4 : AKU MEMANG TAK TAHU ; OLEH NURIMANJA PERAK.
    _______________________________________________________________________


    SEBENARNYA aku memang tak tahu. Tak tahu apa-apa. Tetapi siapa suruh mereka kata aku tahu. Gasaklah , mereka mahu sangat aku pegang tugas itu. Tetapi tugas itu berat. Bukan sebarang tugas, mesti kerja keras . tetapi apa yang aku nak buat. Aku sendiri tak tahu . benar-benar tak tahu apa-apa.


    Hai! Gila! Gila. Gila betul aku dibuatnya. Kalau macam itu siapa yang gila? Mereka gila atau aku gila? Hai Entahlah aku pun tak tahu. Memng aku tak tahu lagi, apa yang hendak aku katakan nanti.

    Satu hari , waktu matahari mula merangkak ke dada langit. Aku terima sepucuk surat yang bersetem sepuluh sen. Terbeliak biji bola mataku. Bila nama persatuan Sedenyutrasa atau hati, aku baca. Ada Mesyuarat lagi. Ahh!! Karut. Aku tengah sesak duit ini masa itu.
    (maklum masih menganggur) .

    Tak mahu pergi. Aku punya tugas penting, malah aku dikehendaki wajib hadir dalam menyuarat AJK persatuan itu. Hai nak mempus! Bagaimana ini? Entahlah. Aku sungguh tak tahu masa itu. Tak tahu apa-apa hendak kukatakan dalam mesyuarat nanti.

    Mujurlah di hari di adakan mesyuarat itu ada kematian di kampung , jiran sebelah rumah pula. Aku cukup bersyukur kepada tuhan, bukan bersyukur kerana kematian jiran sebelah rumah. Tetapi disebabkan ada kematian itu, mesyuarat persatuan aku batalkan kehadiran.

    Malam itu juga , aku taip sepucuk surat, malam itu juga aku beri melalui seorang kawan duduk hujung kampung,Untuk tatap Yusof Tongkat sitiausaha persatuan itu, aku terangkan sebab kenapa aku tak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut, aku serahkan kepada persatuan apa saja keputusan.

    Pada hari isnin, aku turun ke pekan kecil di daerahku. Sengaja aku melangkah kaki singah sebentar di kedai Pustaka Kawan, tempat menjual buku dan akhbar harian. Baik sungguh hatiku hari itu sudi membeli akhbar harian. Entah kenapa aku pun tak tahu.

    Sebelum ini aku jarang sangat membeli sebuah akhbar. Tempek baca hak kawan-kawan saja, ataupun di kedai kopi Salam, macam jalil janggut. Lagi pun aku bukan baca berita, tapi aku cari sudut sastra. Kalau ada puisi atau cerpen atau kartun sinis di dada akhbar.

    Sebab itulah mereka mengatakan aku hantu puisi, kaki cerpen, tahi kartunis. Aku memang seronok dengan gelaran itu. Macam orang ketagis candu, digelar kaki candu atau tahi candu, semua ini bukan jadi penyakit padanya, malah terasa satu macam punya sihat. Dan bagai satu penghormatan paling agung dalam hidupnya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. ISU GURU BESAR DG4 - 48 DAN PPD DIBENARKANBERPOLITIK Oleh; Suara Pulau.

    Isu ini menjadi keresahan kepada guru-guru yang menyokong parti pembangkang yang selama ini cukup
    berani dan bermaharajalela menyebarkan dakyah parti politik pembangkang.Sebenarnya sudah lama hal sebegini saya perhatikan, sepatutnya sudah lama ditangani, tidak hairan mereka sapu lima negeri..

    Mereka ini duduk berkelompok, paling ramai ustaz dan ustazah yang makan gaji sebagi guru pendidikan Islam, tetapi mereka megutuk balik pemerentah. hampir 70% dahulu semasa itu Anuar menjadi TPM, Ada disatu majlis rasmi di Pulau Pinang. ramai guru agama tidak bangun bila Anuar masuk (masa itu menteri pendidikan)

    Hari ini sudah ramai celek mata dan buka minda, Semasa itu guru besar tidak ada kuasa dan tidak boleh bercakap hal politik, apa lagi setiap sekolah mesti ada seorang dua bekerja dengan pihak pemerentah tetapi masih menghentam dasar pemerentah, sebab itulah hari ini Pas sudah berkata jangan pilih kasih! Kalau mereka kata terima kasih kepada pemerentah mereka silap besar, selama ini tiap pukulan bola lambung tinggi
    tak ada langsung untuk dibalas.

    BalasPadam
  3. BEBEL LAGI

    bagai bertih jagung
    hamburkan kata-kata
    tak sempat menjawab
    tak sempat mencelah
    mampu angguk sahaja
    lega akhirnya...
    berhenti juga menembak
    sasaran sudah mengena
    hati sudah puas
    luahkan segala isinya
    alamak apa lagi dia buat lagi
    mana putik kapas
    mahu sumbat telinga
    berbuku rasa hati
    ingin ku tampal plaster
    agar terus menyepi
    tak tahan bebelan kaum hawa...


    Sulaiman Embong
    apabila isteri mula membebel
    9pagi

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Ada seorang sepupu saya bila isteri dia membebel, dia terus menari depan isteri dia, akhirnya tidak jadi marahjuga. lawak

    Sajak sdra Sulaiman Embong cerita pasal bertih jagung atau radio tempurung atau meriam buluh, atau murai tercabut ekor atau benggali terbakar janggut ataupun keling
    karam. Biasalah perumpaman ini dilabelkannya pada orang kuat berleter atau yang kuat membebel. Tidak kiralah siapa lelaki atau perempuan,ibu ataupun ayah datuk ataupun nenek. Sesuatu yang hanya membingitkan telinga, membosankan hati,mahu saja terbakat di api yang tak bernyala. Tak payah sumbat telinga atau tampalplaster, angkat kaki belah,cau saje! Tunggu sejuk balik semula. Biarlah dia luah sebanyak mungkin. Satu tabiat semula jadi saja.lagi pun tak lama sekejap aje. Lepas Itu darling I love you.

    BalasPadam
  5. eh! kenapa ni en nuri dari episod mula smpai skrg asyik tak tahu jer? hehe

    BalasPadam
  6. eh! jalil janggut slalu lepak kedai salam ke??? yg mne 1?

    BalasPadam
  7. panjang jgk cerpen ni? bila en nuri nk tahu? sbb asyik tak tahu je dari mula sampai skrg? hehe

    BalasPadam
  8. eh! en nuri wlpn menganggur pun dilantik jd ketua! wow!

    BalasPadam
  9. klu ade kematian mesyuarat dibatalkan ke?

    BalasPadam
  10. murahnye 10 sen je setam??? hehehe

    BalasPadam
  11. en nuri smua boleh ke? wah! serba boleh en nuri ni...

    BalasPadam
  12. en nuri ulat buku jugak ye? klu sy haram nk singgah perpustakaan sy x ske sgt mebaca? hehhee

    BalasPadam
  13. jiran en nuri meninggal?? sbb apa plak?

    BalasPadam
  14. kdg2 pening jg bca cerpen ni.. hehe

    BalasPadam
  15. cerpen ni masa tahun berapa puluhan?? 70an ke 80an?

    BalasPadam
  16. masa ni en nuri dh kwin ke blum??

    BalasPadam
  17. btol sy sokong isu suara pulau! kat sini pun byk jgk dlm masjid pun sempat lagi berpolitik! adoi...

    BalasPadam
  18. skrg ni di mana2 pun dorg nk berpolitik.... adoi...

    BalasPadam
  19. BENAR KATA SUARA PULAU SAMA JUGA DISKOLA SY BYK CIKGU2 BERPUAK-PUAK! BILA WAKTU REHAT SMUA GURU AGAMA PUAK GURU AGAMA SAJA SEMBANG PLAK HAL-HAL POLITIK KLU SOKONG KERAJAAN TAKPA JUGA NI SMUA PAKAT HENTAM KERAJAAN! TAPI SAYA X AMBIL PORT SGT SBB SY KERJA KERAJAAN TAKKAN NAK KUTUK KERAJAAN PLAK SEBAB DAH LA MKN GAJI KERAJAAN YANG BAGI? LAINLAH KALAU SAYA KERJA SENDIRI... JD KESIMPULAN ISU SUARA PULAU SEGELINTIR BKN SMUA GURU AGAMA KINI MAAF SAYA KATAKAN IBARAT BAGI SUSU DI BALAS TUBA....

    BalasPadam
  20. btol suara pulau! kbykan guru agama pro kerajaan. apa nk jd dorg ni...

    BalasPadam
  21. sama saja di masjid ana ni byk pak lebai dan imam smasa berkhutbah mengantikan ana smua berckp hal politik? apa yang ana suruh mereka baca tak diendahkan politik jgk di jadikan keutamaan! dunia.. dunia...

    BalasPadam
  22. alamak! sajak ni mcm kutuk lelaki je??? malu nk komen... hehehe

    BalasPadam
  23. erk.. erk... aku nak komen ape pun xthu sajak ni?? ape2pun hidup lelaki! hehehe

    BalasPadam
  24. lelaki pun penting jgk sbb ape2pun klu tak de laki? pmpuan xleh beranak! hahahahaha

    BalasPadam
  25. lelaki pun penting jgk utk kerja berat2 nk harapkan pmpuan boleh ke? hehehe

    BalasPadam
  26. lelaki pun penting sbb lelaki kan ketua keluarga... hehe

    BalasPadam
  27. wah! terima ksih en nuri kerana menangkat martabat kaum wanita! hehehe

    BalasPadam
  28. btol! sy sokong 100% sajak en nuri ni! hahaha

    BalasPadam
  29. eh! sajak wanita plak xde ke? hehehe

    BalasPadam
  30. sajak ni tjuk lelaki? tp byk puji pmpuan? pening jgk... hehhe

    BalasPadam