Rabu, 7 Julai 2010

FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR




Tiduritu merehakkan tubuh untuk dipulihkan
kurang tidur otak terganggu merosakan memori
malah boleh memburukan resiko kepada anggota
kerana gangguan pada fikiran, mata dan selera.

Tidur yang cukup menguatkan lagi memori lampau
jika tidak tidur menjadikan hormon kita stres
tidur lina mengabalikan kembali kenormalan kita

jika kurang tidur mungkin kena berisiko tinggi
degup jantong tidak normal rentak perjalanannya
tidur seoarng dewasa tujuh jam sudah memadai
boleh mningkatkan hormon mengantikan imune kita

Jika terganggu tidur membuat deprasi bertambah
otak tidak boleh bertindak balas dengan baik
malah boleh bunuh diri seorang situasi begini.

Oleh: nurimanja
Catatan tidak rasmi
sekadar kongsi bersama 
dua hari yang lalu Julai 2010.

34 ulasan:

  1. __________________________________________________________________________________________________________________


    KINI SELESAILAH SUDAH FASA 1.

    Iaitu Israk perjalanan di antara Masjidil Haram di Mekkah ..... ke Majidil Aqsa di Baitul Makdis. Plestine.

    ____________________________________________________________________________________________________________________

    KINI FASA 2.


    NABI KETIKA DIMIKRAJKAN

    Iaitu Mikraj atau dinaikan di Masjidil Aqsa Plestine ... naik ke Sidratul muntaha dan terus tempat paling tingi
    sekali iaitu Hadratul Quds dan disinilah nabi Muhamad saw menerima perentah solat. Mengikut pendapat yang masyhur
    peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan brsamaan 621M usia nabi 52 tahun. peistiwa ini berlaku
    kira satu setengah tahun sebelumnabi berhijrah ke Madinah.


    Nabi Muhamad saw bersama malaikat jibrail yang menemaninya. Ketika dimikrajkan ke langit berbagai peristiwa pula telah pun nabi
    alaminya.Diantara peritiwa-perisiwa berikut ialah:-


    2.1 Bertemu para Ambia dan malaikat yang menyambut ke datangannya dengan penuh penghormatan dan kemuliaan. Setiap
    pintu langit yang dilalui serta mendoakan untuknya.Di antara nabi-nabi yang ditemui oleh Rasulullah saw, Ialah:



    2,1.1 langit pertama - Nabi Aadm as

    2,1.2 langit kedua - Nabi Isa dan Nabi Yahya as

    2.1.3 langit ketiga - Nabi Yusuf as

    2.1.4 langit keempat - Nabi Idris as

    2.1.5 langit kelima - Nabi Harus as

    2.1.6 langit keenam - Nabi Musa as

    2.1.7 langit ketujuh - Nabi Ibrahim as.


    Nabi Ibrahim berpesan agar umat nabi Muhamad saw memperbanyakan tanam syurga dan membaca zikir
    Agar kita dapat berjalan dengan teuh bila pepohon yang kita tanam ini dibkati di akhirat nanti.
    brikut:

    Senang saja setiap hari kita sebut (SUBEHA NALLAH WAL HAMDULILLAH WA LA ILA HAILLALLH WALA HUAKBAR WALA HAULA WALA QUWATAILLAH BILLAH HIL ALI HIL AZIM)


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. CERPENSIRI 2 : BERTAJUK : MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.
    ___________________________________


    TETIBA rumah pintu Mail Gila bagai hendak pecah keketuk orang agak kasar dan keras bunyinya.

    “Siapaa??” Tanya Mail Gila dengan perasaan cemas dan hairan, bila pintu rumahnya diketuk orang di tengah malam buta begini.

    “Kami Wachtman!” Sahut suara itu dari luar, keras dan kasar bunyinya
    “Mail Gila dengan darah panasnya yang mudah naik itu, tergesa-gesa pergi untuk membuka pintu.

    Dengan rasa terharu dan tecengan-cengang dia bertanya; Wacthman? Ada apa pula ini, menganggu aku hendak tidur. Berkata Mail dalam hatinya. Bila pintu dibuka
    “Ada apa pula malam-malam buta datang ini?” Sergah Mail Gila, mukanya mula naik merah.

    “Kami diarah menahan awak!” kata salah seoang dari pengawal estate bernama Pak Awang dan seorang lagi bernama Yusof dia cuma diam sahaja.

    “Apa hal pula?” Tanya Mail Gila masih terharu dan tidak mengerti pangkal dan hujungnya.,sebab apa dia ditahan.

    “Ikut kami, awak didapati bersalah
    mencuri buah kelapa dan koko di estate petang semalam,” Sergah pula Yusof yang tadi cuma diam sahaja.

    “Ooo! Jadi encik bedua datang nak tangkap sayalah ? Ahh! Balik. Sebelum saya naik darah. Balikk!!.”
    Sergah Mail Gila lagi kuat daripada kedua pengawal estate tadi.

    “Kami, Cuma diarahkan!” kata pula Pak Awang pengawal yang lebih tua daripada Yusof kawannya.

    “Saya tidak perdulii. Saya kata balik, balikk! Sebelum saya mengeluarkan parang panjang, Cepat merambusss!!”Pekik Mail Gila lagi.

    Kedua Pengawal estate itu uba brundur dan tidak brani bertindak, kerana mereka Cuma pengawal sebuah estate, kalau mereka bertindak juga malam itu, mngkin salah
    Seorang daripada mereka menemui maut, sedangkan gaji mereka tidak seberapa.

    Apabila meeka melihat mata Mail Gila Nampak merah di sinari lampu pelita minyak tanah, kedua pengawal estate itu Pak Awang dan Yusuf mulai berundur dari muka pintu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. KERANA SATU KERUSI

    kerana satu kerusi
    kawan jadi lawan
    kawan makan kawan
    kawan jadi buta
    kawan jadi duri
    tiada lagi ketawa mesra
    tiada lagi tangisan hiba
    tiada lagi sapa menyapa
    tiada lagi bicara sesama
    kerana satu kerusi
    nyamuk di sana jelas
    gajah di hadapan kabur sahaja
    pantang terkurang pantang terlebih
    sejelasnya jadi tontonan
    jadi bahan jadi tohmahan
    jadi caci jadi tempelak
    memang dasar tempayan
    mana mungkin ditutup mulutnya
    memang adat manusia
    mulut pasti menutur kata
    kerana satu kerusi
    siapa jadi arang
    siapa jadi abu
    siapa bersinar terang
    mana pergi si jebat
    mana pergi si tuah
    yang ada cuma panglima ketot
    pantang nampak hidangan manis
    habis dijilat sampai licin
    pak kaduk jua jadi ikutan...


    Sulaiman Embong
    Buat rakan sepejuangan

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Kekalutan musim berbau politik semula lewat dua tiga hari ini, termasuk juga sajak en nuri, walau apa pun lumrah alam , kalau orang yang berjiwa perasa dia sekadar dapat meluahkan apa yang dirasinya. Kalau tidak mungkin hatinya rasa terbuku dikalbu (begitu kata P.Ramlee.Cuma melihat senyum simpul.) Apatah lagi dengan agenda jahan untuk menghancurkan negara.bersekongkol dengan bukan orang Islam. Jadi sejarah lama berulang,panglima ketot nak buka pintu kota Melaka. Syabas! Sajak Sulaiman Embong kali ini bertajuk Kerana Satu Kerusi. Semoga apa yang diperkatakan sdra.Sulaiman Embong; Kita tidak akan menjadi Hamas dan Fatah, bila Obama cuba bermain sandiwara..Amin!

    BalasPadam
  5. Harap maaf. kesilapan yang tidak disengajakan, langsung tidak perasan
    sebenarnya saya ada memasuki Cerpen Bertajuk: MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.

    Walau bagaianapun : Hari saya masukkan semula seri pertama; dalam sajak TAUBAT YANG SEBENAR

    BalasPadam
  6. wah! x boleh di terur mail ni...

    BalasPadam
  7. bahaya dorg ni dtg umah org gila plak?

    BalasPadam
  8. huh! bahaya klu sembang dgn org gila dia kira nak bawak parang jer...

    BalasPadam
  9. mmg gila mail ni kena masuk wad klu mcm ni...

    BalasPadam
  10. selamat la mail x kejar dorg lps tu...

    BalasPadam
  11. mail gila nak naik syeih plak? bahaya ni...

    BalasPadam
  12. apa2pun org gila bkn boleh di desak mcm tu? nnt dia mengamuk? parah...

    BalasPadam
  13. eh! btol ke mail yg curi atau dia kena fitnah?

    BalasPadam
  14. eh! selamat dia x mengamuk bawak parang kejar keliling kampung pengawai estate tu.....

    BalasPadam
  15. sian mail ni dh la jadi gila kena tuduh plak mencuri?

    BalasPadam
  16. eh! mail gila ni mmg sah gila! agak2 la nak bawak parang plak?

    BalasPadam
  17. selamat dorg pergi klu kena bunuh dgn mail gila? mail gila x kena tangkap sbb kan dia mmg gila....

    BalasPadam
  18. rasanya org kmpung buat cerita mail ni curi kot?

    BalasPadam
  19. mail gila ni keja apa?? eh! btol ke dia yg curi?

    BalasPadam
  20. wah! sampai tujuh langit nabi pergi!

    BalasPadam
  21. sy selama ni x thu plak pasal kisah ni? smpai tujuh langit! wah! terima kasih en nur berkongsi ilmu...

    BalasPadam
  22. lagi senang ikut kisah nabi kt blog en nuri tnya org masjid pun sorg pun x mau kasi tahu!

    BalasPadam
  23. wah! best la baca kisah nabi ni.... terima ksih en nuri...

    BalasPadam
  24. byk jgk nabi2 yg lain nabi muhamad ni jmpa?

    BalasPadam
  25. en nuri byk ilmu la... sy pun kdg2 terlupa jgk kisah israk mikraj ni? hehe

    BalasPadam
  26. kisah yg menarik! boleh buat buku cerita israk mikraj ni...

    BalasPadam
  27. smoga kisah israk mikraj ni boleh mnjd iktibar kpd org lain... insyaallah...

    BalasPadam
  28. alamak! semenjak musim bola ni aku mmg x cukup tido...

    BalasPadam
  29. menarik jgk fakta pasal tido ni...

    BalasPadam
  30. lps ni kena cukup tido ni... bahaya klu x cukup tido nnt?

    BalasPadam
  31. sajak yg menarik ape2pun kena cukup tido...

    BalasPadam
  32. lps piala dunia kena cukup tido balik... hehe

    BalasPadam
  33. eh! sajak tido pun ade? wah! mmg lain dari yg lain..

    BalasPadam
  34. eh! sajak ni menarik jgk... sy semanjak piala dunia ni asyik berjaga di kedai awie saja...

    BalasPadam