Jumaat, 23 Julai 2010

AGENDA PENJAJAH



Dulu, melayuku mundur
tiada berjiwa besar,
akal fikirannya telah disemai
dengan canai bacaan
maka jadilahlah shahsiahnya
seperti cerita rekaan penjajah.

Awang Kenet,
kononya sekadar boleh
memanjat pokok perjut.

Mat Jenin,
angan-angan atau wawasannya
telah dimusnahkan,
kerana jatuh dari pokok kelapa.

Pak Pandir,
watak lelaki yang sukar
menjadi ketuanan melayu,
kerana kebebalannya.

Kini, jangan biarkan
penjajah memasung kita
atau mengilas tangan ke belakang
dengan penaklokkan cara baru.

Oleh: Nurimanja,
Teluk kumbar,
tanggal 15/11/2001 

 

21 ulasan:

  1. CERPEN RUMAJA SIRI KE 6 : MENGHARAP KASIH TUNANGAN ORANG.
    ___________________________________


    “Hai Maisarah! Dah mandi?”
    “Sudah…”
    “Kami nak pergi sekarang!”
    “Eh! Eh! Begitu cepat sekali?”
    “Jam, dah hampir pukul sepuluh ini,”
    “Kalau ia pun dah beri minum si dia tu?”
    “Sudahhh!”
    “Hem, hem, boleh tanya Sal?”
    “Tanya apa?”
    “Bila kau pulang?”
    “Mungkin petang sikit.”
    “Boleh aku tahu lagi?”
    “Tahu apa?”
    “Kemana kau orang nak pergi?”
    “Aku pun tak tahu, mungkin di tempat-tempat yang menarik di pulau mutiara ini,”
    “Seronoklah ya!”
    “Kau nak pergi sama Mai?”
    “Tak payah la..”
    “Apa salahnya, tunangku baru beli kereta,”
    “Terima kasih sajalah..”
    “Oh ya! Kau belum kenali lagi dengannya,marilah aku perkenalkan.”
    “Sekejap. Aku sikat rambut dahulu,”
    “Cepatlah ya! Aku tunggu di ruang tamu,”

    Salmy beredardari bilik tidur Maisarah itu.Maisarah tergesa-gesa mengikat rambutnya. Kemudian mengikuti Salmy dari belakang menuju ke ruang tamu.

    Setiba saha di ruang tamu salmy memperkenalkan tunangannya kepada Maisarah yang sedang tunduk asyik membaca berita akhbar mingguan hari itu.

    Mula-mula Maisarah rasa malu dan segan juga untuk diperkenalkan dengan tunangan Sahabat se rumah dengannya. Tetapi hati kawan perlu juga di jaga, nanti berkecil hati pula Salmy teman se pejabat dengannya.

    Tiba-tiba sahaja Maisarah berpatah balik berlari menuju ke biliknya, seperti ada sesuatu yang tertinggal dalam bilik tidurnya. Salmy mengeluh panjang.

    “Hai!. Kemana pula dia pergi Maisarah ini…Apa yang dia nak ambil?” keluh Salmy sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

    BERSAMBUNG.

    aAgak-agak apakah benda yang Maisarah tertinggal di kamar diturnya?

    BalasPadam
  2. PARKING

    tempat parking penuh keliling
    mengapa sini kau pilih
    mengapa di belakang si kecilku
    mentang-mentang bawa mercedes
    berlagak tinggikan hidung
    terimalah hadiah ikhlas
    dari hatiku yang panas
    dua pucuk paku keramat
    buat hiasan bunga tayarmu...


    Brader Joe
    kerana berbalahan
    dgn penduduk di perumahan
    9pagi

    BalasPadam
  3. ULASAN:

    Brader Joe dengan sajaknya yang agak lucu PARKING dalam kemarahan boleh pula tulis sajak dengan edia nakalnya, mengajar orang yang sumbung dengan dua batang paku keramat apabila merebut tempat letak kerita. Begitu juga di air itam bila ada orang baru datang
    sewa flat air itam PP. mungkin agak sombong, ini kisah lama dia orang bakar kereta dia. Yang
    peleknya siapa pun tidak tolong. Jangan sumbong duduk tempat orang. Sepatutnya.berbincang dengan baik dan berhemah. Di khuatiri satu penganianyaan, berdosa pula.

    BalasPadam
  4. aku rasa maisarah mngkin nk pakai tuudung kot?

    BalasPadam
  5. aku rasa msti maisarah nk tergelak sbb tunang salmi org tua agaknya?

    BalasPadam
  6. aku rasa maisarah nk terkencing kot?? hahhaha

    BalasPadam
  7. mngkin maisraah nk ke belakang nk buang air! hehehe

    BalasPadam
  8. maisarah mngkin malu kot dgn tunang salmi?/ hehehe

    BalasPadam
  9. aku rasa maisarah nk ke belakang sbb nk ambik tudung! ye la dia malu...

    BalasPadam
  10. maisarah patah balik sbb dompet dia tertinggal! kan salmy nk ajak dia kluar...

    BalasPadam
  11. mngkin sbb maisarah nk tukar baju mngkin bju dia koyak?

    BalasPadam
  12. maisarah patah balik?? sbb dia nak ambik nset agaknya?

    BalasPadam
  13. maisarah mngkin nak ke belakang sbb dia nak tukar baju lain kot???

    BalasPadam
  14. maisarah nk ambik mekap agaknya... hehe

    BalasPadam
  15. wah! tunang saly ade kereta! dia kwin dgn anak datuk ker?

    BalasPadam
  16. tunang salmy mcm org kaya je? keje apa agaknya?

    BalasPadam
  17. entah2 tunang salmy tu abg maisarah apa?? sbb tu dia lari belakang

    BalasPadam
  18. kenapa maisarah lari ke belakang?? hanya maisarah sendiri yg thu... hahahaha kita tnya je maisarah ahli citra rasa! hahahahah

    BalasPadam
  19. eh! hmm.. agaknyer saya lari ke belakang mngkin sbb kain baju terkoyak kot??? hehehhehehehhe

    BalasPadam
  20. mngkin tunang salmy kekasih lama maisarah agaknya??

    BalasPadam
  21. RASANYA TUNANG MAISARAH TU LELAKI YANG MAISARAH SELALU BAGI PAPER KOT?? SEBAB TU DIA LARI KE BELAKANG? NAK MENANGIS AGAKNYA... MACAM DALAM FILEM JUGAK...

    BalasPadam