Isnin, 7 Jun 2010

TUHAN PEMILIK KAMU SEPENUHNYA



Tuhan pemilik kamu semua!
Dia menjadikan langit dan bumi
Apa yang disembah cuma patung batu
tidak ada apa kemampuan dan kekuatan.

Nabi Ibrahim bapa segala nabi
mencari kebenaran merata pelusuk
sehingga mendapat pemikiran yang nyata
tentang kebenaran akidah Allah SWT.

Tuhan bukan patong dibuat dari emas
atau dipakai dengan berbagai perhiasan
nabi Ibrahim menempelak kepada kaumnya
jawab mereka, kami ikut nenek moyang dulu.
kini telah nyata, bila kamu akan berubah?

Oleh : Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas.
Dari kuliah tafir Al Quran
2hb, June, 2010.

20 ulasan:

  1. CERPEN SIRI4 BERTAJUK : HATI LINAI OLEH: NURIMANJA.



    LINAI iam , susah baginya untuk member kepastian hatinya kepada cikgu Rosle,
    “Abang peraya?” Tanya Linai pula.

    “Lin , tak usah bimbang, abang kenal benar dengan bapa Josof itu, dia kawan baik abang sewaktu di Sarikei dahulu,”
    “Siapa namanya bang?”
    “Ngambab anak Jugah,”

    Ngambab anak Jugah,? Linai terasa sdidalam hatinya; Bagai pernah dengar nama itu dua puluh lima tahun dahulu .
    “Dia juga berketuunan Iban seprti Lin,”
    “Tapi bang….?”
    “Ahh, Sudahlah Lin, takusah dirisaukan lagi al itu. Mari kita tidur hari sudah jauh malam,” Kata cikgu Roslie sambil mnarik tangan Linai ke sisinya.

    Linai pelahan-lahan merebahkan dirinya di sisi cikgu Rosle, tangan cikgu Rosle berlabuh di pinggang Linai, cikgu Rosle ingin mendamaikan hati Linai yakinkan diri didalam pelukannya.

    ,Linai sedaya upaya cuba memejamkan kedua kelopak matanya, namun dalam hati kecilnya, masih ada tanda tanya yang perlukan jawabannya..
    “Apakah benar Josof anak Ngambab, dan Ngambab anak Jugah yang pernah meniduri aku dahulu di kampong Jagar?” Hati Linai mulai resah.

    Lebih tiga tahun Josof menuntut di Universiti Sains Malaysia ini, setiap cuti kampus bermula dia sering menghabiskan masa bermesra tinggal bersama keluarganya, tidak pula hati Linai tegerak untuk bertanya asal usulnya.

    Tetapi setelah Josof dan Laily menjadi sepasang kekasih dan akan menjadi sepasang suami isteri, berbagai tanda tanya datang bertalu-talu di benak hatinya, anih.

    Kenapa selama ini dia langsung tidak merasai curiga.Malah, setelah keduanya berangkat ke bumi Kenyalang, hati Linai mulai rasa curiga tentang siapa keturunan Josof?

    “Saya akan memeluk agama Islam makcik, saya percaya agama yang saya pilih ini akan membawa kebahagian kepada saya dan Laily,” kata Josof kepadanya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. TERIMA KASIH WAKTU

    Ini kali keempat aku ke sini
    walau jarak masa
    memakan dua puluh sembilan tahun
    aku sekadar menyampai hajat
    bersilaturrahim dengan insan
    yang pernah sepermainan denganku.

    Dalam keindahan lampu malam
    bersama rintik hujan
    kami sempat makan bersama
    masih seperti dulu
    seorang wanita pering
    ramah dan mesra.
    Terima kasih
    Kerana memberiku waktu.

    Busur berduri
    waktu rehat di kantin
    smk bukit rahman putra

    BalasPadam
  3. ULASAN

    Sajak Busur berduri dengan tajuk Terima Kasih Waktu, menceriakan pertemuan dengan sahabat lama yang juga teman sepermainan sewaktu kecil dahulu, walaupun mungkin jaraknya jauh ,jika ada kesempatan waktu dipanjangkan umur dapat jua bersua kembali,walaupun jarak puluhan tahun lamanya. Begitlah keadaan kita dalam kehiupan ini, jika ada waktu, panjang umur murah rezeki akan bersua kembali walau
    pun seketika, jika diizinkan Allah SWT., amin.

    BalasPadam
  4. jusof ni bkn islam rupanya....

    BalasPadam
  5. msti ade sesuatu terjd nnt....

    BalasPadam
  6. kenapa linai ni asyik xsedap ati jer...

    BalasPadam
  7. suspe byklah cerita ni....

    BalasPadam
  8. eh! linai ni kenapa? mcm ade yg x kena jer....

    BalasPadam
  9. msti ade sesuatu terjd nnt kt laili ni....

    BalasPadam
  10. laili ni ikut jusof kenapa? jusof laki dia ker?

    BalasPadam
  11. selalunya naluri ibu btol... msti ade sesuatu trjd nnt...

    BalasPadam
  12. x sabar nk thu apa ksudahan cerpen ni nnt...

    BalasPadam
  13. misteri dan suspen cerpen ni....

    BalasPadam
  14. ada yg xkena la rasanya laili ni..

    BalasPadam
  15. linai ni dari episod 1 lagi dok susah hati... pelik la...

    BalasPadam
  16. tuhan pemilik sepenuhnya? menarik sajak ni..

    BalasPadam
  17. sajak kali ni mmg menarik!

    BalasPadam
  18. tuhanlah pemilik semua! syabas en nuri sajak menarik...

    BalasPadam
  19. semua sajak en nuri msti dari penceramah bebas? sapa penceramah tu agaknya???

    BalasPadam
  20. Tunggu siri akhir cerpen Hati Linai. sii ke 7 merupakan sii teakir.Apakah yang dirisaukan oleh Linai selama ini.Apakah kesudahannya?

    BalasPadam