Selasa, 8 Jun 2010

ADA EMPAT NEKMAT ALLAH BERIKAN



Langit padanya ada bintang-bintang panduan bergermarlapan
untuk kita menilai kehadiran buat panduan jalan kehidupan
di atasnya diturunkannya pula hujan dan salji bagai rezeki
untuk memberi kesuburan pada tumbuh-tumbuhan yang menghijau.

Bumi padanya ada tanah berbagai dan tumbuhan yang bermacam
untuk kita mencari dan mamfaatkan rezeki yang Allah berikan
di atas daratan dan di dasar lautan serta di perut buminya
semuanya akan memberi mamfaat kepada makhluk umat manusia.

Matahari tugasnya mengalih waktu padanya ada kukuasan panas
berpusing menentukan waktu terjadinya siang dan malam hari
bergerak mengikut putaran objet-objet yang Allah tentukan
semuanya memberi kemudahan pada makhluk umat di dunia ini.

Bulan juga bergerak mengikut pusingan membilang kiraannya
pada masa, hari, minggu, bulan,tahun, abad danribuan  lamanya
selain kita merenung memikikan peredaran matahari dan bulan
selain untuk berehat menilai akan kehidupan ini sebelum mati.

Oleh: Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas,
Merenung kejadian alam mengukuhkan akidah,
Tanggal dua dan tiga bulan yang lalu.2010.

20 ulasan:

  1. CERPEN SIRI5 BERTAJUK : HATI LINAI OLEH: NURIMANJA.


    Linai tahu cinta Josof kepada Laily bukanlah satu mainan, malah pemergian Laily dan kepulangan Josof ke bumi Kenyalang bukanlah bertujuan untuk memperkenalkan Laily kepada kedua orang tua Josof semata, tetapi sebagai menyahut cabaran tugas yang mereka pikul.

    Kenyalang sebuah negeri yang sedang pesat memburu pembangunan dari negeri –negeri lain di Semenanjung patut dibri tumpuan penuh oleh anak peribumi Serawak sendiri,untuk menjayakan tenaga mahir dan pakar akademik anak watanmenghadapi zabaran zaman dalam usaha pembangunan negara hari ini.

    “Negara papa sudah lama menekmati kemerdekaan dan kemajuan, sekarang biarlah Laily pergi berkhidmat di negeri mama pula, negeri mama adalah negeri datuk nenek Laily juga,Mama sepatutnya berbesar hati dan berdan berbesar hati,
    gembira.” begitu kata Laily kepadanya.

    “Ya! Mama bangga tetapi…” kata-kata terputus bila Laily menyambung.

    “Tak ada tapi lagi mama, Kalau papa sanggup berkhidmat sebagai pendidik di negiri Mama , kenapa Laily tidak boleh pergi?”Begitu kata Laily, anak perempuan tunggalnya, hasil perkongsian hidup bersama cikgu Rosle selama ini.

    Bila mengenangkan kesungguhan Laily hendak pergi ke bumi Kenyalang untuk berkhidmat sebagai pegawai pertanian di daerah Sarikei, tempat tanah tumpah darah datuk neneknya itu.Hati Linai terasa damai sadikit, Malah , Linai terasa janji-janjinya kepada Ngambab pada satu masa dahulu telah dapat ditnaikannya.

    Linai masih ingat lagi: Bagaimana satu pertemuan yang mans itu berlaku. Di suatu senja di tepian sungai di kaki bukit kampung Jakar, setelah seharian mereka bekerja di huma, sebelum pulang mereka berdua turun mandi dan mencuci pakaian di tebing sungai yang cetek itu.

    Ngambab sing saha menhampirinya,
    “Linai, aku kasihat melihat kau,” begitulah kata-kata yang melompat keluar dari mulut Ngamab.

    “Perlu apa kau kasihankan aku, anak yatim piatu ini,”

    “Kau cantik Linai, kulitmu yang putih kuning itu seharian kau biarkan terbakar di bawah sinar terek matahari, jari-jarimu yang kecil tirus itu, kau biarkan penuh di salut selut dan lumpur..”

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. linai ni asyik falshback jer... hehe

    BalasPadam
  3. laily dgn jusoh ni dh kwin ke belum paning jgk aku baca...

    BalasPadam
  4. ngambab mne menghilang msih xjmpe lagi ker?

    BalasPadam
  5. sian plak aku tgk seorang ibu asyik teringatkan anaknya? tetiba teringat mak aku plak? adoi...

    BalasPadam
  6. kenapa keje jauh sgt laili tu??? keje dekat2 xboleh ker?

    BalasPadam
  7. kenapa dgn linai dari mula sampai skrg asyik susah hati jer?? telefon la anak dia...

    BalasPadam
  8. linai ni keje ke? atau suri rumah jer...

    BalasPadam
  9. laili ni pegi berapa bulan x balik2 lagi ker?

    BalasPadam
  10. panjang jgk cerpen ni.... smua suspen2 belaka...

    BalasPadam
  11. kesian plak bila seorang ibu asyik risaukan keselamatan anaknya..

    BalasPadam
  12. sajak psl sains plak en nuri buat! wah!

    BalasPadam
  13. menarik setiap benda yg Allah beri msti ade kegunaan...

    BalasPadam
  14. eh! en nuri thu jgk psal sains ni? en nuri msti cikgu sains dulu ni...

    BalasPadam
  15. sajak kali ni lain dari yang lain macam sains plak...

    BalasPadam
  16. sajak psl ilmu alam plak? menarik...

    BalasPadam
  17. sajak en nuri ni mcm subjek sains plak? sbb menceritakan asal usul alam...

    BalasPadam
  18. aku pun dh lupa psl kejadian alam ni bila baca en nuri tulis bru aku ingat balik? hehe

    BalasPadam
  19. PERTEMUAN KEMBALI

    Telah empat belas tahun terpisah
    terpisah oleh lautan yang luas
    namun simbahan rahmat yang esa
    memberi kekuatan
    untuk kita melangkah
    di jembatan waktu
    mengingkap tabir masa
    kita masih lagi
    menggenggam tekad
    menzahir wajah
    dan merangkul pertemuan
    yang menjanjikan
    sebuah kebahagian


    Hamba Allah
    11malam

    BalasPadam
  20. ULASAN;

    Pertemuan kembali sajak oleh Hamba Allah, kali ini menyingkap kembali satu pertemuan yang telah belasan tahun lamanya tidak berlaku, dengan izin Allah dan dengan kemewahan yang dinekmati (rezeki) azam yang kuat lautan masa dan jarak waktu kambali mudah bertemu, untuk satu kebahagian.Harap,semoga persahabat dan pertemuan ini kerana Allah SWT. Amin.

    BalasPadam