Jumaat, 11 Jun 2010

RIAK ITU PENYAKIT HATI



Riak itu satu penyakit
Perbuatan yang sukar dinilai
nampak baik tidak siapa yang tahu
penyakit riak semata dalam hati saja

Berapa ramai yang tahu
dan telah pun mengubatinya?
kerana Allah yang tahu akan niat
apa yang ada di dalam hati nuraninya.

Apakah kerana Allah SWT
menolak akan niat orang riak
sebenarnya dia memperkecilkan Allah
amalan riak menuju ke jalan kehancuran.

Riak ada tiga ketegori;
riak dahsat orang kapir sombong
riak ibadat wajib solat kerana orang
riak pekara sunat sekadar mengikut-ikut
melakukan untuk perhatian orang ramai saja.

Oleh ; Nurimanja
Pagi hari jam sebelumdelapan
Catatan Kuliah -kuliah yang diikuti.
dua tiga hari yang lalu 7hb,Jun, 2010.

30 ulasan:

  1. CERPEN LAGENDA SIRI 1 SEORANG TUA DENGAN WARNA SENJAKALA.
    ____________________________________________________________________

    Cerpen ini sebenarnya pernah saya berkira atau mencadangkan untuk menghantarkannya kepada guru pembimbing saya sdra Abdullah Tahir untuk di komen dimana salah dan silapnya. Tetapi sayang guru pembimbing saya itu telah dahulu dijemput kembali ke pangkuan Ilahi. Al Fatihah. 30/jun/1982.

    oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo


    Seperti biasa; waktu-waktu rembang petang begini, mentari hamper tengelam di ufuk barat, cahaya merah di kaki langit tertumpah di permukaan air laut. Warna merah senjakala menguasai suasana alam.

    Beberapa orang pasangan muda mudi datang menekmati keindahan warna senjakala di tepian pantai yang permai itu. Dan Jiman juga tidak ketinggalan. Dia yakin: Hanya pantai permai dan warna senjakala ini sajalah yang dapat mengerti tentang penderitaan hidupnya.

    Pelahan-lahan Jiman mengambil tempat: dia bertongkat, kemudian dia mengisutkan pinggulnya di atas sebuah bangku batu yang sengaja dibina khas oleh pihak berkuasa tempatan kemajuan negeri untuk menghiasai tepi pantai yang telah tersedia indah itu.

    Hanya di tepi pantai yang sejajar panjang ini, dan bersama laut yang luas nan terbentang,saujana mata memandang, bersama hempasan ombak dan deruan angin laut petang,dalam suasana senjakala beginilah dia melepaskan rasa keletihannya.

    “Ohhh!!...” Jiman mengeluh panjang. Di pinggangnya terasa sengal-sengal kerana sepanjang hari dia berjalan menagih simpati, rezeki dari meja ke meja, dari warung ke warung, dari kaki lima ke kaki lima, sehingga melewati ke perhentian bus.

    Setelah senja begini, disinilah Jiman mencari sadikit ketenangan, bagi mengubat hatinya yang pilu yang selama ini telah mencengkam segala kepincangan kehidupannya , sebagai seorang tua menagih rezeki diperjalanan.

    Bagi Jiman: Warna senjakala bagai gadis-gadis yang pernah dirindui, hamparan laut;bagai ranjang tempat tidurannya zaman muda lalu, suara ombak: seperti irama muzik yang pernah didengarinya di ruang-ruang hiburan bebrapa night club bersama gadis-gadis tidurannya dulu.

    “Sampai bila , aku mesti begini …?” Bisik hati kecil Jiman.Matanya kian sayu memandang cahaya merah mentari senja yang tertumpah di permukaan laut, menjadikan waktu senjakala penuh dengan cerita misteri baginya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Dalam RMK 10 bila PM mencadangkan usia 5 tahun dapat pendidikan pomal ada bunyi buuu suara sumbang daripada pembangkang.Kenapa?
    Begitu juga dengan rancangan permata pintar mencari kanak-kanak pintar seribu dalam satu,ini usaha murni dari datin rosmah.Mengapa
    mereka mesti menyendir? Atau mereka cuba menarik perhatian .agar tidak diterukan.?

    Jawapannya Orang kristian atau Yahudi mula memdidik anak mereka dari seawal mungkin, seperti kelas asuhan dalam usia 3 atau 4
    tahun lagi.Parti Pembangkang mula susah hati. kerana mereka mengambi Pasti dalam usia 4 tahun, cuma ada satu tahun saja untuk
    masuk jarum menanam semangat menentang kerajaan BN.

    Saya pernah dengar orang kristian berkata,ajarlah anak-anak kamu dalam usia muda 3 atau 4 tahun, bila mereka rasa susah sewaktu
    usia 21 tahun, kamu boleh datang mencari saya. Inilah edia yang digunakan taman asuhan yang digunakan pihak menentang kerajaan.
    Ini membuat pihak pembangkang sudah usah hati.Kalau mereka menang dalam sbuah negeri , mereka cuba merantai kelas KEMAS. mereka
    sudah mula gentar untuk menjalini jarum halus sudah mula sukar.

    Pengajaran;

    -Lihat bangsa Yahudi mereka bertinda dahulu sebelum baik buruk terjadi , peduli apa orang lain kata.

    -Ciri ini sudah ada setengah parti -parti tetentu dalam negara kita berbeza dengan pakaian nampak alim.

    -Ini kita tidak dapat kaji parti bukan muslim, strategi mereka lebih hebat, lihat kelas asuhan mereka ada puluhan murid, tetapi cukup berdisplen. berbeza kelas fardhu ain bising macam hendak pecah kelas.

    -Lihat anak muda hari ini yang dapat asuh pati Mereka hidup dalam keadaan akgerisip pendapat mereka saja yang betul terlalu sukar menerima pendapat orang lain.Saya ada murid jenis begini dan bertanya dari kelas mana sewaktu tadika dahulu. Amat berbeza.

    -Mereka ini memang warak, dalam kelas pun songkok tidak mahu buang,mak baba tengok pun sejk hati, banggaboleh baca doa dan al quraan, malah boleh menegur kejahilan mak baba yang tak sempat blajar dahulu,sebuk dan miskin.

    BalasPadam
  3. RUANG PETAK PUTIH

    Di ruang petak putih
    Terpalit kenangan kita
    Pada hari ini
    Tarikh yang sama
    Tahun yang berbeza
    Pita pernah terakam
    Namun telah aku padam
    Tidak mahu mengenang
    Ruang petak itu
    Pernah riuh kenangan
    Sekarang sunyi
    Satu Kenangan pergi
    Takkan kembali
    Takkan terulang lagi
    Dan untuk kamu
    Selamat hari jadi
    Ruang petak
    pernah jadi saksi
    Kini sepi
    Kerana 'KITA'
    Tidak wujud lagi...


    Srikandi Juwita
    di pasaraya Mydin
    ketika rehat

    BalasPadam
  4. ULASAN:

    Sajak Serikandi Juwita bertajuk RUANG PETAK PUTIH Halaman blog ataupun Facebook, Berbicara tentang putus hubungan dengan si dia agaknya, atau kawan karib, Nampak begitu marah sekali, hingga sangup memusnahkan segala catatan dalam memory kemesraan yang dulu gah di kenali. Kini cuma sekadar dapat ucapan selamat hari jadi sahaja. Walaupun kota putih pernah jadi saksi, Sebaiknya persahabat tidak baik dipuuskan, kata orang ramai kawan rezeki murah, putus kawan rezeki juga akan terputus, meniratkan tali persahabatan dan persaudaraan panjang umur. Amin.

    BalasPadam
  5. tajuk cerpen ni mmg membuatkan aku nak baca cerita ni...

    BalasPadam
  6. wah! baca tjuk pun dh best blum baca lagi cerpen ni... hehe

    BalasPadam
  7. sian jiman... ape jd selepas ni????

    BalasPadam
  8. eh! jiman ni org jawa ke? nama mcm jawa/

    BalasPadam
  9. wah! intro cerpen ni pun dh menarik.. teruskan menulis en nuri...

    BalasPadam
  10. cerpen ni sesuai utk org tua2.. terima kasih en nuri...

    BalasPadam
  11. cerpen kali ni nmpk menarik jgk...

    BalasPadam
  12. kesianlah jiman ni.. dia keje nelayan ker?

    BalasPadam
  13. mne anak2 jiman?? atau jiman ni bujang terlajak...

    BalasPadam
  14. sayu saya baca ceerpen kali ni....

    BalasPadam
  15. wah! byk bhasa sastera dalam cerpen ni..

    BalasPadam
  16. pendek je dialog jiman ni? hehe ape2pun menarik utk dibaca...

    BalasPadam
  17. cerita ni cerita btol ke en nuri>?????

    BalasPadam
  18. agak2 aku msti jiman ni mati ape kesudahan cerpen ni... hehhee

    BalasPadam
  19. cerpen kali ni berkisar tentang apa plak?

    BalasPadam
  20. tajuk cerpen ni mmg best! pandai en nuri pilih tjuk...

    BalasPadam
  21. sokong pendapat suara pulau! hehe

    BalasPadam
  22. eh! lama menghilang suara pulau ni?? pegi mana?

    BalasPadam
  23. eh! suara pulau kembali berpolitik plak? hehe ape2pun sokong suara pulau!

    BalasPadam
  24. eh! suara pulau ni masuk je msti byk isu dia bentangkan... tahniah...

    BalasPadam
  25. suara pulau ni msti YB ape?? semua agenda pembangkang dia thu.. hehe

    BalasPadam
  26. btol kata sajak ni tak baik riak....

    BalasPadam
  27. ape2pun jgn riak bila menerima sesuatu pujian... best sajak ni...

    BalasPadam
  28. berpengajaran sajak kali ni... smoga kita tak menjadi riak..

    BalasPadam
  29. semoga kita x tergolong dalam golongan org yg riak...

    BalasPadam
  30. wah! riak pun ade jenis2 jgk??? ingatkan riak tu bangga diri...

    BalasPadam