Isnin, 14 Jun 2010

ADA KEBUN EMAS LUMPUR


Kuala Selangor!
ada kebun emas lumpur
rezeki buat nelayan pantai.

Di dasar sungaimu!
anak nelayan tersenyum
mengawasi kebun emas lumpur.

Pendapatan lumayan!
jikalau rajin berusaha
rezeki sehari ratusan ringit.

Ini bukan mas hitam!
tetapi binih biji kerang
hasil isinya punya permintaan.

Hasil dari kerjasama!
J.Perikanan dan persatuan
demi menjamin kehidupan masadepan.

Oleh : Nurimanja,
Catatan buat nelayan Pantai.
beberapa hari yang lalu 6/2010.

23 ulasan:

  1. CERPEN LAGENDA SIRI 4 SEORANG TUA DENGAN WARNA SENJAKALA.


    Inilah musibahnya: Sikap kejam dan angkohnya sewaktu muda dan begaya kira-kira 25 tahun dahulu.kini telah terbalas dengan penderitaan yang amat sangat. Wang dari hasil derma syarikat dan orang ramai hamper puluhan ribu ringit sebagai bantuan membeli kaki palsu telah habis dibelanjakannya.


    Bila mengenankan itu semua, Jiman menangis sepanjang malam, semuanya telah terlanjur, pekara ini diterimanya sebagai satu dari pembalasan terhadap sikap kejam dan angkuhannya masa muda dan berpangkat dulu.


    Kini Jiman terasa dunia ini kejam, bagai neraka baginya, hidup tanpa anak isteri, jika dia berkhawin pun Jiman sedar dia tidak akan dapat memberi kebahagian kepada isterinya, jauh sekali untuk memberi layanan tuntutan batin, bagi melahirkan seorang anak, memang bigitulah kata doctor, sewaktu dia menerima rawatan dahulu.dengan perasaan sedih dan pilu dia menerima kenyataan itu.


    “Ehhh! Orang tua, buat apa dekat sini haa?”Sergah seorang anak muda bersama pasangannya seorang gadis genik.Lamunan Jiman tergugat. Dia bangun terbongkok-bongkok cuba menjauhkan dirinya dari situ, tetapi langkahnya terhenti pula.


    Jiman amat sedar dan mengerti, kehadirannya di tepi pantai permai di waktu senjakala begini mungkin terlalu jijik bagi setiap orang memandangnya.terapi Jiman tidak pernah mengambil hati, cuma Jiman terasa sayu, bila dia disergah begitu rupa.


    Jiman sudah mula mengerti nilai harga dirinya sekarang. Walaupun apa orang lain kata, Jiman tidak marah, dia tahu, kemarahan tidak ada erti lagi baginya.Apa yang perlu dipikirkan, Kemanakah dia mesti pergi? Jika warna senjakala di tepian pantai permai ini tidak merastui lagi kehadirannya.


    Jiman bercadang untuk beteduh di masjid, tetapi hatinya terlalu berat. Dia tidak lagi mahu menyusahkan Tok Siak penjaga masjid itu yang terpaka menghalau dan mengusirnya seperti anjing kurap, kerana bau busuk hapak pekung dan kurap di tubuhnya.


    SAMBUNGAN.

    BalasPadam
  2. JANGAN DICERCA PATUNG ITU

    jangan dicerca ia
    kerana ia bukan sesiapa
    hanya sebuah patung
    kau cerca atau hina
    dia bukan ada kuasa
    dia cuma panggung sandiwara
    percuma saja kau cerca ia
    bukan ia jadi penggerak ini semua,
    tak perlu waktumu terbuang sia-sia,
    buatlah aksi yang lebih nyata…
    bukan sekedar membuang masa…

    Ali Omar
    di dewan mesyuarat
    5.6.2010

    BalasPadam
  3. ULASAN:

    Sajak demotrasi Jangan Cerca Patung itu. Oleh Ali Omar, cuma sekadar untuk melepas geram dan marah, manusia meluahkan bahasa kemarahannya melalu pembakaran patung atau bendera bagi seorang pemimpin atau bndera sebuah negara. Pada asasnya memang kerja sia-sia dan membuangkan masa. Tetapi untuk menzahirkan sesuatu yang lebih nyata agak terlalu berat dan bebagai permasalahan
    perlu pula kita hadapi, apatah lagi sebuah negara yang ada berbagai bangsa dan agama seta keturunan.

    BalasPadam
  4. sian jiman nak ke mana pun org xska???

    BalasPadam
  5. jiman ni xde anak bini ker???

    BalasPadam
  6. sayu je baca cerpen ni......

    BalasPadam
  7. jiman ni umur brapa thn????

    BalasPadam
  8. eh! jiman mmg xde rumah je asyik merempat jer?

    BalasPadam
  9. jiman ni org jawa ker?????

    BalasPadam
  10. pengajaran btol cerpen ni...

    BalasPadam
  11. jiman ni keje ape? asyik berjalan je....

    BalasPadam
  12. jiman ni mmg stiap hari asyik berjalan je ke?

    BalasPadam
  13. sedih tgk keadaan jiman? tu la pasal jahat sgt masa muda2 dulu...

    BalasPadam
  14. dh mcm org giler aku tgk jiman ni...

    BalasPadam
  15. jiman pnya mak ayah mne???

    BalasPadam
  16. cerpen jiman ni mmg menyentuh hati...

    BalasPadam
  17. emas lumpur benda apa plak ni???

    BalasPadam
  18. emas lumpur??? bijih timah ker?

    BalasPadam
  19. menarik sajak ni wlpn aku xphm mksudnya....

    BalasPadam
  20. emas lumpur ni sajak pasal apa?

    BalasPadam
  21. macam sajak emas hitam plak? sajak sama mksud ker?

    BalasPadam
  22. eh! emas lumpur???? mne ade emas dlm lumpur pelik la...

    BalasPadam
  23. Jawapan soalan ttenu;

    Cerpen jiman khayalan semata. tiada
    kena mengena yg hidup atau mati.cuma
    yang penting mesejnya untuk pembaca.

    Sajak kebun emas lumpur, kisah benar,
    keidupan nelayang di kuala selangor, juru di pulau, kuala gula di perak.

    Mulai esok saya siarkan berkaitan dengan bulan REJAB lan Allah SWT.kisah Israk dan Mikraj.

    BalasPadam