Ahad, 2 Mei 2010

ZAMANKU TELAH BERLALU


Terasa lewat kebelakangan ini
zaman-zamanku telah pun berlalu
syukur kepada Allah aku telah melewatinya
zaman bayi, kanak, rumaja, dewasa dan warga emas.
Kini menunggu menjadi zaman atuk atau nenek moyang saja.

Zaman ini pergerakan perlahan,
Badan sendi dan urat tulang pun sakit
Makan dan minum tidak seberapa selera lagi
Jikalau terasa  suasana tidak menyenangkan dialami
Jiwa pun mudah tersentuh lalu merajuk dan menjauhkan hati.

Malam siang cuma mengira hari,
Mengenang usia yang sudah terlewat
Menghitung dan menghimpun segala dosa lalu
Semoga diampun dan dipermudah kiraan Allah SWT
Diperjalanan menuju ke hujung zaman bersemdi di pusara sepi.

Oleh ; Nurimanja,
Air Itam, Pulau Pinang, 2010.
Bila mengenang teman-teman yang kembali.

17 ulasan:

  1. Awas! Ada musang bebulu ayam!


    Orang BN kena jaga dan tenguk -tenguk sadikit,ada musang berbulu ayam, pulus punya pasal tergadai
    maruah tidak diharaukan lagi, Perkena Kawan dan Rakan. Di Taman Ferda ini ada berapa orang ketua
    pemuda UMNO, masa PRUK13/2008 dia duk ponduk Pas, dia pun kutuk Najib hal (ATYA) .
    dengar kata dia ini Pumuda Pas. macamana dia nak bawa pi Pulau Jerja perjumpaan UMNO lagi?

    Aku sudah kena bermacam tohmah dan fitnah dulu, dia kata dekat aku dia Pegawai Peribadi si Polan
    kerja 3 tahun. Semua saya tahu. Duk Balik Pulau budak itu orang klantan khawin dg orag sini,Dia jual Fitnah.

    Khairi menantu bekas PM. Jambatan kedua PP dia punya. bus repaid penang dia punya,tanah beribu ekar
    dekat air itam dia punya, janji pula 6,000 bounos kerja kilang setahun jika depa menang.

    Berjaya hamba allah itu kelentong dan jual tohmah, tumpas BN di PP.berapa dapat upah budak itu ?

    Semalam aku kena lagi berjalan dkat meja pnahtaran pengundi baru, datang seorang perempuan tua, bagi satu postar kecil, dia tak bcakap. bagi gambar 6 orang muka YB pembangkang smuanya masih belia
    muda tak khain lagi mukin pmimpin masa depan. jum mengundi. Mereka mana ada masa buat kerja untuk rakyat, melaikan santai bekerja kempen memancing rakyat di tempat orang awam gedung belibelah.

    Berapa upah perempuan tua itu x tahu?


    GELETEK PAGI.

    BalasPadam
  2. 4.FADIL KETU A PEROMPAK

    Fadil seorang ketua perompak yang amat digeruni dan ditakuti dikawasan gurun sahara itu, setelah berpuluh tahun dia merompak berbagai macam barang dagangan khalifah yang melentasi kawasan itu , dia menjadi kayaraya, dan ingin bertaubat.

    Pengikutnya seramai 40 orang itu tidak pernah membantah apa saja kata Fazil sebagai ketua mereka, Mereka hidup tidak mengenal erti kemanusiaan ,setiap saudagar yang lalu mereka akan merompak dan membunuhnya.

    Pada seuatu hari tiba-tiba datang seorang saudagar yang kayaraya tidak dikenalinya telah pun menyerahkan segala harta dan wang ringgitnya kepada Fazil dengan rasa hairan dan terkejut, Akulah perompak itu kenapa diserahkan segala harta dan wang ringgitnya kepada aku?

    Tetapi aku tidak sepatutnya menginanya saudagar itu, kata Fazil dalam hatinya. Selama ini aku terlalu jahat dan kejam., Aku ingin bertaubat, Ya Allah Ampunkan dosa-dosaku selama ini. Setelah Fazil berfikir panjang,

    Dia mengumpulkan semua penyamun di bawah jagaanya berkumpul , setelah diberinya sebahagian daripa harta rompakan itu,kepada semua penyamun.

    Dia menghistiharkan bersara dan bertaubatlah kamu semua supaya jangan merompak lagi. Aku juga tidak mahu jadi ketua perompak lagi. TAMAT.

    Ulasan; Sejahat-jahat manusia apabila mereka menerima hidayat dari Allah SWT dia akan berubah, sebaik-baik perubahan biarlah sebelum ajal sudah hamper.


    TAMAT

    BalasPadam
  3. MULUT BERBAU

    dari jauh aku dapat hidu
    mulut mu busuk sangat berbau
    tekak ku loya seperti alahan
    bagai mengandung 8 bulan
    mulut mu busuk tidak mengapa
    mungkin terlupa menggosok gigi
    tapi mengapa engkau berdusta
    semakin bertambah sakitnya hati
    mulut mu manis tapi berbau
    usahlah engkau menanam tebu
    bibir mu pucat hilangnya gincu
    engkau menipu semua yang tahu

    mulut mu rabik terkena pisau
    hadiah kerana bercakap bohong
    akhirat kelak harus di risau
    bimbang dosa tak tertanggung
    mulut mu busuk tidak terkata
    di tambah lagi kata yang dusta
    di benci orang serata negeri
    di hina makhluk setiap masa
    mulut yang busuk ada ubatnya
    kata yang buruk racun berbisa
    terlajak perahu U turn sahaja
    terlajak kata buruk padahnya
    mulut ku busuk sekejap sahaja
    guna sugi hilanglah bau
    hidup di dunia hanya semetara
    bertaubatlah selagi punya waktu


    Bulan Terang dan Sulaiman Embong
    terengganu
    1.5.2010

    BalasPadam
  4. hari ni en nuri letak dua sajak bru ker???? x pnh baca pun dua2 sajak ni sebelum ni...

    BalasPadam
  5. sajak best! dan ade sedih jgk...

    BalasPadam
  6. sajak kali ni sayu je baca... sajak kenangan kan?

    BalasPadam
  7. sajak mcm sedih je en nuri...

    BalasPadam
  8. huh insaf jgk fadil sbb saudagar tu...

    BalasPadam
  9. eh! insaf mcm tu je fadil? hebat aura saudagar tu...

    BalasPadam
  10. ni mcm cerita ali baba dgn 40 penyamun? hehe

    BalasPadam
  11. ape2pun manusia boleh berubah tgk fadil yg jahat pun jd baik....

    BalasPadam
  12. pembangkang mmg mcm tu dorg berkempen setiap hari...

    BalasPadam
  13. geletek pagi kat mana ko dpt risalah tu?

    BalasPadam
  14. pembangkang dh mula kempen BN bila la nak kempen? adoi...

    BalasPadam
  15. BN over confident la tu dorg boleh menang sbb tu x kempen? dorg x thu pembangkang berkempen setiap hari adoi...

    BalasPadam
  16. BN klu nk kempen tunggu pilihan raya je? mcm mne nk ambik balik penang tu...

    BalasPadam
  17. ULASAN
    Buat Bulang Terang dan Sulaiman Embong. Sajak MB!
    Ramai sahabat kawan dan rakan kita kecewa dengan sandiwara hebat daripada (Pekena Kawan Rakan) Rata-rata yang saya temui amat sedih mengecewakan, malah ada seorang tua 70an mengarang pantun dihulurkan kepada saya, di rangkap akhir sekali Pantunnya PENGKIANAT NEGARA.

    Marah betul dia, walau pun dia tidak telibat sekadar baca akhbar penglihatan dan pendengaran cuma melalui media masa, cukup marah! Apatah lagi yang benar tekena, apa yang kita boleh buat cuba mmpebetulkan kembali tangapan rakyat kepada keadaan sebenar.
    Sekurangnya dapat pahala, daripada cuma mengutuk mereka, ada baiknya kita berdoa sahaja semoga sedar akan kesalahan yang merugikan bangsa .

    Sepatutnya mereka berkhidmat untuk membalas budi pemerentah memberi pendidikan tinggi kepada mereka sehingga menjadi orang yang pintar, bukanya .......

    BalasPadam